Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016

Assalamualaikum..

Tahun ni kitorang sekeluarga beraya di KL dulu..pastu esoknya raya ke 2 baru balik ke kampung Kulim, Kedah. Budak2 cuti sekolah awal2 lagi, tapi sebab raya di KL dulu kan, tak dapat la nak balik kampung awal. Jadi, lepak aje la di rumah. Nak bagi budak2 balik umah Atok Nenek awal pun tak boleh gak sebab Luqman Jannah kemain susah woiii nak kejut bangun sahur. Kesian Atok Nenek kang tetiba jenuh nak kejut diorang. Apalagi..lepak je lah kat umah ye.

Raya pertama, hari Rabu 6 Julai 2016. Hari Selasa barulah kitorang gerak balik Keramat sebab Isnin abah keje lagi. Umi pun, pagi Isnin still ada appointment check up di klinik kesihatan. Biasa la..pregnant kali ni memang special case sket, setiap 2 minggu sekali dari awal pregnant memang kena ke klinik dan hospital je. Dah ujung2 ni lagi la..makin kerap la jawabnya. Semua utk baby kembar umi yg dalam perut ni ha. Mudah2an sihat selamat semuanya. Pasal entri babies kemudian baru umi update (tengah menaip ni melompat2 meletup2 dalam perut umi ni ha..dok buat apa la 2 badik ni ye..hehehe), sekarang kita setelkan cerita raya dulu je..

Sempena bulan Syawal yg masih bersisa ni..masih sempat utk umi ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir Batin pada semua umat Islam tak kira di mana jua berada.

Entri ni kita masuk gambar kami sekeluarga aje lah dulu ye...hihi..

Ni gambar profile kitorang utk ucapan raya tahun ni.. Ala..antar kat family je. Kat lain takde pun.hehe. Low profile.. Sebenarnya ni gambar studio sempena anniversary umi abah 10 tahun aritu..dah pakai baju raya elok, sesuai la wat profile raya kan.
Ni gambar raya pertama kitorang kat Keramat. Dalam umah snap gambar agak gelap..terpaksa edit bagi cerah sket. Tu gambar2 kat bawah pun lebih kurang sama je.hehe. Masuk je sekali.
Ada gambar Luqman tidoq, umi jaga..gambar lain lak umi tdoq, Luqman jaga.hihi
Tema kami tahun 2016 ni coklat + kuning. Alhamdulillah dapat cari sedondon yg murah dan kualiti.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform