Showing posts with label Pengalaman melahirkan anak2. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman melahirkan anak2. Show all posts

Muhammad Hadif / Muhammad Hasif bin Muhammad Razif

Assalamualaikum..

Perihal kelahiran pada buku merah umi.
Rasa terharu sangat sebab pertama kali dlm hidup..lepas bersalin tersusun elok 2 baby cot kat sebelah katil umi. Bersyukur sgt Allah beri peluang kepada umi utk memiliki sepasang kembar..Alhamdulillah.

Alhamdulillah..nama yg diberikan oleh Allah swt. kepada si kembar umi abah setelah sekian lama berpikir2 nak bagi nama apa..akhirnya Allah ilhamkan dan kami sepakat menamakan mereka berdua Muhammad Hadif dan juga Muhammad Hasif..bin Muhammad Razif. Sepadan sekali dengan nama abah ye..dah daftar baru umi perasan.hehe..

Memang banyak senarai nama kami berdua carikan sejak baby2 twin dalam perut umi lagi, tapi langsung tak dapat ilham. Akhirnya dah masuk hari ke 8 dan 9 baru kitorang rancak carikan nama semula (sebelum tu bz dengan urusan jaundis pergi ke klinik, ke hospital..tak berapa rajin nak setelkan register nama.huhu).

Sebelum umi ceritakan pengalaman melahirkan pasangan kembar ni, mari kita bagitau maksud nama mereka berdua dulu ye. Nama abang Muhammad Hadif bermaksud Terpuji dan Yg mempunyai matlamat..adik pula Muhammad Hasif bermaksud Terpuji dan Yg kemas dan rapi. Semoga anak2 umi menjadi seperti maksud nama mereka. Aaminnn...

Pengalaman melahirkan si kembar seiras umi abah ni..Alhamdulillah selamat melahirkan bayi kembar pada Jumaat, 23 September 2016 pada pukul 10.12 pg dan 10.13 pg. Berat bayi pertama 2.47 kg, bayi kedua pulak 2.55 kg. Jom imbas kembali peristiwa minggu lalu.

Pagi Jumaat 23 September 2016, awal2 nurse doctor suruh mandi siap2 bersedia utk ditolak ke dewan bedah bila2 masa saja..siap pakai baju biru utk operate. Tak pasti pukul berapa nak operate..tanya semua doc, cuma cakap bergantung kalo takde emergency kes..jadi sampai petang pun boleh jadi..tp confirm siang hari Jumaat ni la. Maknanya kalo petang pun, terpaksa la berlapar..sebab sedang berpuasa dari makan minum sejak pukul 12 tgh malam td.

Tgh dok rileks2 atas katil dlm pukul 9 lebih camtu, tup2 nurse datang suruh ready, nak psg tiub kencing, nak tolak ke dewan bedah. Haihhh..cepat pulak..ingat lambat lagi. Tanya nurse nak g kencing dulu diorang cakap tak yah, nnt automatik kencing dlm tiub tu..aduhaii..terus rasa tak best sbb masa tu rasa nak terkucil.hihi..

Terus capai phone wasap abah suruh tunggu kat depan dewan bedah. Abah memang awal2 dah datang hospital. Sampai depan dewan bedah jumpa abah..ikut masuk sekali nak amek phone dan spek umi. Abah nnt tunggu kat ruang menunggu sebelah dewan bedah..apa2 nnt nurse cari kat situ je..utk azankan baby dsb.

Salam minta maaf segala ngan abah. Abah pesan suruh positif..InsyaAllah takda apa, semuanya baik2 saja. Aaminn... Pas abah keluar, umi dok terbaring tunggu kat 1 ruang tu..doc mai minta sign borang la hape. Tak lama pastu terus diorang tolak masuk bilik bedah. Ada beberapa orang doc juga la dlm tu. Doc laki 2 orang tak silap, lain semua pompuan.

Tak macam operate bersalinkan Luqman dulu, umi rasa sejuk gigil sungguh..kali ni lama jugak baru rasa sejuk tu. Masa dibius separuh badan tu takde pulak umi rasa sakit sgt..Alhamdulillah dipermudahkan tak perlu bius berkali2..doc tanya rasa kebas kaki tak..cuba angkat kaki..memang tak leh angkat, kebas tak rasa apa.

Pastu rasa diorang dok tolak2 perut umi, tak rasa sakit apa langsung la. Walaupun ada kain diorang tutup tak nak bg umi tgk kat lampu bedah tp rasanya boleh nampak jugak tp tak hingin umi nak tgk.hehe. Umi pandang kiri kanan je la sambil berzikir. Tak lama pastu dgr suara baby nangis. Alala...comei doc cakap..ok pastu sorang lagi suara baby nangis. Alhamdulillah 2 baby kembar umi dah selamat dilahirkan ke dunia.

Masa tu tiba2 umi rasa gatallll sgt kat muka. Haihh..apa kena pulak ni.hehe. Dulu masa Luqman takde pulak rasa gatal..rasa sejuk gigil tak ingat ye la. Tangan dah la kena depang lurus kiri kanan kan..ah, tak kira..tak tahan dah gatal. Angkat tgn kiri terus garu ke muka la.haha. Sorang doc tanya, kenapa gatal ke?. Dia kata tu salah 1 kesan bius tp tak semua la kena..oooo..gitu rupanya. Ok, sambung menggaru.hihi.

Tak lama pastu sorg doc or nurse pompuan dtg bawa baby 2nd dulu..bgtau ni si adik, ada tanda kat tgn. Tunjuk bird, bg cium pastu dia letak mulut baby kat nenen umi nak bg rangsangan isap tu..pandai baby. Pastu bawa baby 1st pulak buat benda sama cam tadi. Alhamdulillah 2 baby kembar yg umi kandungkan selama 9 bulan tu dah selamat lahir ke dunia.

Alhamdulillah dah selesai proses pembedahan caesarian bersalin umi pada pagi Jumaat tu. Pastu umi ditolak kat tempat kuarantin cam sebelum operate td rasanya. Masa tu pening kepala tak ingat..umi nak pejam mata je rasa. Pastu terus termuntah berkali2. Doc ke nurse kat situ sibuk dok tahan bg umi muntah dlm bekas. Lama juga rasa pening muntah tu. Masa Luqman dulu umi cuma pening sampai tak keluar suara..kali ni sampai muntah2.

Abah dah azankan baby kat dewan bedah lagi, nurse panggil abah masa tu. Abah mmg hepi sgt umi dah selamat melahirkan baby kembar yg dia nanti2kan sepanjang mengandung tu lg. Umi masuk ke wad mmg berehat tido je la. Baby2 bawah jagaan nurse dulu kot. Abah temankan umi waktu siang. Bila malam, Maklong Azma take over temankan umi dan baby2.

Malam pertama umi dah bangun turun dari katil dan berjalan..lepas cabut buang tiub kencing. Abah ngan Maknjang Azma yg dok ajar umi berjalan..tu pun lepas dah hilang sakit pening tu. Beza dgn masa kat Luqman dulu, umi terbaring je tak turun katil..tu yg baby meraung pun tak dpt nak amek.huhu. Kali ni umi dah prepare segala ilmu yg ada pasal operate caesarian dari pregnant lagi. Nak cepat baik, cepat2 la berjalan supaya darah tak beku. Memang kali ni umi asyik bergerak je la..dah Allah anugerahkan si kembar kan..jaga sorang pun jenuh, apa lagi jaga 2 orang.hehe. Syukur Alhamdulillah Allah bagi peluang umi abah dapat baby kembar.

Mm..nak ke toilet tp seriau lagi..tak nak kuar hajat pulok.hihi. Nurse cakap kalo tak kencing gak, sok pakai tiub balik..haihh..jangan lerr.. Alhamdulillah esok paginya dah lepas hajat..yg kecil. Yg besar tu tunggu la hari apa tak tau..lagi la seriau.haha (hari ke 4 baru dapat).

Esoknya, hari ke 2, doc cakap baby macam dah kuning, jaundice..so diorang suruh dok bawah lampu. Aduh..letih jugak la umi abah..susu tak de lagi..baby keje nak nyusu kan. Umi sampai sakit montot..sakit pinggang, tak dpt nak baring rest langsung.huhu..dah la baru operate semalam. Atok nenek ngan Maklong Shikin datang jenguk..abah jaga bebudak kat bawah sbb tak boleh naik kecuali Luqman. Rindu umi ngan Najla.

Malam, Maknjang Azma dtg..minta abah belikan susu formula sbb susu tak keluar lagi sbb tu baby lapar..tak leh nak tido lena..sbb tu letih sgt umi sepanjang siang. Nurse bukan amek baby bagi minum pun walaupun tau umi tak kuar susu lagi.huhu. Baru umi tau, kena sorok2 bagi susu bg baby kenyang. Kat hospital pun diorang bagi susu formula jugak. Member Maknjang Azma yg keje nurse kat hospital sendiri bgtau..dan minta belikan susu topup selain menyusukan bg rangsang susu keluar.

Alhamdulillah malam tu umi syukur sgt2 dapat rehat tido lena sebab Maknjang Azma yg berjaga layan baby dok bawah lampu tu..sambil bg susu. Tak tau la kalo umi tak dpt rest lgsg..badan memang letih..sakit tak terkata dah la. Kalo normal takpe..memang dah kuat..ini, kita operate dgn dua baby pulak tu.huhu.

Esoknya, Alhamdulillah tengahari umi dan baby2 dah boleh balik ke rumah. Tok Cik Pah dan Tokcik Zakaria datang, diorang tolong angkat barang, pegang baby sekali la masa discharge. Tok Tokwan pun on the way naik train ke umah kitorang..Paknjang Najib jemput nanti. Maklong Lina gerak lambat sikit, sampai Putrajaya time Maghrib.

Atok Nenek pun datang jugak anta ank2 umi yg lain. Baru la Jannah, Afiq, Najla dapat jumpa baby2 baru diorang. Najla masa mula2 agak sedih cam jauh dari umi..sian kakak Najla. Ada gak dia nangis sedih..hehe. Takpe, pastu umi peluk dia..walaupun dah ada adik, umi sayang jugak kakak Najla.hehe. Comei sgt..dia sayang betul adik2 baby dia. Itulah dia pengalaman melahirkan anak kembar umi abah..anak ke 5 dan 6 kami. InsyaAllah bongsu ye..

Entri macam2 cerita ada..pasal selepas kelahiran si kembar.

Assalamualaikum...

P/S : Entri ni mula2 taip hari ke 8..tak abis..berpanjangan sampai hari ke 10.hehe. Biasa la, tak berapa nak rajin, pastu paham2 je la baby 2 org nak kena urus..tak terhabis..kita sambung je la..asal jalan cerita sampai sudah.

Arini dah masuk hari ke 8 si kembar umi dilahirkan. Setakat ni umi abah belum berkesempatan lagi daftar nama baby2 ni..kali ni tak macam kelahiran anak2 single sebelum ni..dah register nama anak, dah sedia cukur rambut, dah cari ustaz tahnik baby..kali ni slow je..tak dapat lagi nak buat. Nama baby mmg dah cari dari sebelum bersalin sebab mmg dah tau jantina kan..tp satu nama pun belum diilhamkan oleh Allah pada kami. Ada je yg rasa tak kena pasa sesetengah nama.

Lepas tu umi abah dok bz setiap ari bawa twin baby ke klinik amek darah sebab kuning jaundis.huhu. Awat la tinggi sangat jaundis 2 baby twin ni..setiap hari jumpa result jaundis makin meningkat. Stress rasa..mau masuk wad nicu smula kot si adik tu. Aritu lepas keluar dari wad bersalin, esoknya kena masuk nicu sebab jaundis.huhu. Adik dok semalam je..yg si abg dok 2 malam jugak la sebab dehydration sekali.

Ok, sambung hari ke 10.hehe..

Arini rest sekejap tak yah ke klinik sebab ari ke 9 amek darah kat KK Presint 9 turun sket jaundis 2 badik twin. Abg baby daripada 219 turun 193, adik baby daripada 243 turun 209..so rest la sehari. Esok hari ke 11 g KK lagi amek darah. Tunggu je la apa resultnya.

Kitorang ada mandikan air serai, minum halwa kundur, minum anggur hitam tak jalan pun. Pstu mandikan sensei cina pulak, turun sket. Umi pun stop minum susu kambing.

Haa..cam dulu umi susu badan je kat anak2 masa kuning tp kali ni tak dapat nak fully bf sbb tak sempat la ngan keperluan twin ni. Kalo nangis serentak macam mana nak nenen..ada try serentak tp susah..umi pun sakit2 bdn. Susu pun macam tak cukup je.

Sakit kat tempat jahitan operate tak yah cakap la..mmg nyut2 walaupun dah hari ke 10. Umi mmg tak dpt lena sgt..atau baring rest sgt. Harap luka dalaman pun ok bukan setakat kering cantik elok luaran je. Doktor n nurse pun memang suruh umi topup susu formula kat si kembar berdua. Diorang pun paham keperluan anak kembar..tp kena teruskan menyusu badan la, jangan berhenti. Uii..memang umi akan nenen InsyaAllah sampai 2 tahun juga cam abg kakak. Semoga Allah permudahkan.

Ok, ari ke 8 umi cakap belum register nama baby twin kan. Hari ke 9 umi abah sepakat register je la..tak yah pikir2 dan cari lagi. Dah jumpa 2 nama ni, confirm je la terus. Memang Allah dah ilhamkan lah tu. Lepas ni umi umumkan ye..utk entri pengalaman melahirkan si kembar.

Last sebelum stop entri ni..umi nak bagitau jugak..Alhamdulillah umi kat umah ni dibantu oleh Tok Kulim, mak umi yg datang dari Kulim sejak hari Ahad umi dan baby discharge dari wad bersalin tu.

Tokwan pun datang tp dah balik semula dgn Maklong Lina sekeluarga ke Kulim. Tokwan nak uruskan pembelian kete baru Persona Tokwan..semoga Allah permudahkan dari mula sampai ke akhirnya. Hepi utk Tokwan nak beli kete baru..sian seumur hidup menyara keluarga besar kami, tak penah beli kereta baru..ni lah kali pertama di usia 66 tahun..dah lama pencen.

Selain Maklong Lina dan anak2 tido 2malam kat umah kitorang, Pakndak Man ngan Makndak Tikah pun dah datang tgk baby, tido 2 malam jugak..selain family Paknjang Najib dan Maknjang Azma (Maknjang Azma banyak bantu umi sepanjang 2 malam kat hospital lepas bersalin operate..umi berterima kasih sgt2 kat dia). Pastu Maksu Yayah pun dah datang tido umah kitorang 3 malam sebelum balik UTM Skudai siang td.

Tak pasti bila Tok nak balik Kulim..umi pun naik kesian tgk Tok bersengkang mata urus rumahtangga dan baby kembar umi..tak larat Tok pun. Ni kali pertama Tok jaga umi kat umah kitorang..sebelum ni umi balik sekejap dlm pantang selain jaga sendiri je kat umah. Kali ni dpt kembar siap pakej operate, tu yg Tok nak bantu umi. Terhutang budi sgt2 umi abah kat Tok Tokwan.

Umi abah harap Tok tak dok lama la..2 minggu pun dah ok..InsyaAllah umi dah kuat. Anak2 pun boleh umi abah handle. Sebab tu umi minta abah cuti sebulan sbb nak sama2 jaga ngan abah. Ni sampai sekarang abah tak penah lg berjaga malam jaga baby2.hehe. Dah tido atas, umi ngan Tok kat bawah.

Ok, kita korek2 cari gambar apa yg ada ye..

Abang baby memang suka bergaya la. Tgk la ni, kemain hensem..tak padan ngan haluih.hihi. Masa ni g jenguk abg baby kat Nicu..dia kena stay 2 mlm sbb jaundis ngan dehydration. Adik baby dok semalam je. Sampai je tgk dia..sedih umi tgk sbb terpaksa tinggal abg baby kat hospital sorang2. Pastu abg baby hiburkan hati umi dgn buat gaya tgn camni..hensem sungguh. Terus umi snap gambar sambil pangku dia.hihi..
Ni pun gambar abg baby jugak..alahaii..kang jeles adik baby ni.hehe. Ni ngan Maksu Yayah g amek darah baby kat KK Presint 18. Maksu tunjuk tgn baby camtu pulak..haihh..ada gaya betul dia yee..
Tangan abg baby cinonit je atas tapak tangan umi. Haluih ye sebenarnya depa dua ni..tp abg baby mmg kecik sket dari adik baby.
Nampak besarnya kakak Najla tido sebelah adik2 baby dia. Selalu dok main ngan dia je..nampak cinonit je anak gigirl umi tu..bila keluar adik haluih..haa..amek ko..kemain besar kak Najla.
Alololo...comeinya si kembar 2 badik ni tido. Kanan adik baby ye..kiri abang baby.
Ni maksu yang send kat group wasap. Nak tunjuk gambar Najla masa baby sama tak dgn kembar umi.hehe..

Depa ikut abah p antaq maksu Yayah balik UTM Skudai semula kat TBS. Maksu mai umah Putrajaya 3 malam jugak la..tgk baby kembar, sebab Tok Kulim ada kat Putrajaya kan. Pakndak Man dgn Makndak pun lepak tido 2 malam.


Alhamdulillah lahirnya kembar umi abah - 23 September 2016

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..umi panjatkan setinggi2 kesyukuran kepada Allah swt. kerana dengan izinNya, umi telah selamat melahirkan kembar umi abah yg sentiasa kami sekeluarga nantikan.

Alhamdulillah..hari ni dah masuk hari ke 5 usia mereka di bumi Allah ni. Seperti tarikh yg doktor berikan utk umi dioperate caesarian melahirkan bayi2 kembar ni, Allah izinkan tarikh bersejarah itu..maka pada tanggal 23 September 2016, usia kandungan umi 37 minggu 5 hari, lahirlah kedua2 kembar seiras lelaki, umi abah ke dunia di Hospital Putrajaya.. Ya, bersalin secara caesarian..seperti mana kali pertama umi melahirkn anak sulung umi 10 tahun yg lalu..abg Luqman.

Sebelum ceritakan pengalaman bersalin, entri ni umi citerkan peristiwa sebelum bersalin dulu la ye..pengalaman juga semua tu.

Hari Khamis pagi, umi abah dgn Najla dan Afiq ke hospital utk book wad..doktor yg suruh sbb wad kat hospital sentiasa penuh. Sekali pegi, kena amek no. giliran bagai jugak..terpaksa la cari parking tp paham2 saja la..nan ado kalau hari keja..jem tempat parking pun. Abah masuk dlm hospital, umi dgn anak2 tunggu dlm kete.

Gelang hospital pun dah dapat..tunggu nak check in je..

Rupa2nya nama umi mmg dah ada dlm sistem..dah lama dpt tarikh operate dan warded kan.. Ada masa lagi, jom lari ke Kajang pegi KWSP selesaikan urusan umi. Alhamdulillah selesai sebelum umi bersalin..syukur lah.. Pastu, barulah cari makan..kelaparan. Makan roti2 canai n roti telur je.

Balik singgah Mydin Presint Diplomatik, abah belikan barang makanan utk umi bawa ke hospital. Balik umah umi pek segala keperluan yg terakhir la. Baju 4 badik utk dok umah Atok Nenek pun semua dah setelkan. Tunggu Luqman, Jannah balik sekolah dan Atok Nenek datang jemput..dah boleh check in hospital la.

Tp yg bestnya, sampai umah tu umi on tv tgk TV3 Wanita Hari Ini bercakap pasal Kembar..wahh..kebetulan sangat nih..esok InsyaAllah umi nak jumpa kembar umi dah.hehe..

Kebetulan program Wanita Hari Ini pasal kembar..

Anak2 dah selamat ikut Atok Nenek. Najla pun ok..siap babai umi abah..nak jadi kakak dah ye. Lagipun tak risau sgt sbb abang2 kakak dia ada sekali kan. Umi abah pun ke hosital..sampai kat wad bersalin 2A masa azan Asar. Katil penuh, diorang bg masuk sebilik 6 katil dulu..takpe la kat mana pun. Persinggahan sekejap je kan..

Beg2 barang nak pegi hospital. Tgk la, cam nak berkampung lama je kan.hehe.

Tup2 masa sebelum Maghrib umi mandi, nurse mai ketuk pintu cakap nak tolak barang2 umi ke wad sebilik 2 katil (kelas 1 ikut gred abah). Ok..

Malam tu dgn nak demam, selsema bagai la pulak. Risau jgn la demam..nak operate esok nihh.. Tak makan apa jugak maybe nama tak masuk sistem ke macam mana tah. Minta abah belikan buger je..lapar kang..lepas pukul 12 tgh malam umi kena puasa dah..tak leh makan minum langsung sampai operate esoknya.

Alhamdulillah tak berpanjangan demam selsema tu..cuma ada sakit tekak sket la..nak minum tak leh.

Buat CTG berkali asyik masalah sbb dapat graf sama je utk si kembar ni..sepatutnya beza. Kena turun scan kat dewan bersalin utk dpt fetal heart je..2x. Sekali naik wheelchair, sekali berjalan2 je..jenuh usung perut dgn sakit kaki bengkak besarnya.haha.

Umi ni nampak je perut kecik tak cam twin, tp usung perut 5kg lebih jugak kat dlm tu..kaki membengkak bagai juara..dah macam kaki gajah si Jannah kata.haha. Pengalaman mengandung kali ni mmg lain macam sket..twin katakan.

Apa2 pun bersyukur sebab Allah izinkan bersalin pada waktu yg sesuai..bukan pramatang. Berat baby pun ok, tak perlu tahan di Nicu, tempat baby kecik2 tak cukup berat tu. Segala checkup umi pun semuanya normal takde masalah. Alhamdulillah atas nikmat kurniaanMu, Ya Allah..

Salah satu makanan hospital lepas bersalin. Makan ngan bubur nasi. Abah cakap atu ayam upin ipin.
Tag baby cot si kembar umi.
Si kembar umi..pakai selimut lain2 sbb selimut baby sorang lg terkena muntah..tak dapat la nak sedondon sama ye..
Abah hepi dgn kelahiran si kembar dia.
Tokcik Pah berdua datang ziarah umi dan baby kat hospital..tolong bawa baby dgn barang discharge hospital balik ke umah sekali. Kebetulan Tok Tokwan pun datang dari Kulim. Atok Nenek lak nak datang hantar 4 badik ke umah. Lagi..Maklong Lina sekeluarga pun nak datang tido umah kitorang selama 2 malam. Pastu sorang lg member abah dtg ziarah.



Pengalaman melahirkan Nur Najla

Assalamualaikum..

Mari umi citerkan detik2 indah pengalaman melahirkan Nur Najla.

Pada 17 Julai 2014, hari Khamis..masa bangun sahur tu umi terasa awat pelik sangat kat perut..cam mencucuk sakit. Cakap kat abah, "tah2 arini bersalin kot..pelik sangat rasa perut ni, sakit semacam je..". Tp lum rasa kontraksi pun, cuma sakit yg tak penah rasa sebelum ni la. Kebetulan masa tu umi genap la 39 minggu mengandung. Tp kehidupan seharian tetap diteruskan seperti biasa..cuma pesan siap2 kat abah..kalo tiba2 umi sakit kontraksi nnt, abah kena balik la dari ofis. Budak2 lak, nak minta atuk nenek datang jemput bawa blk Keramat la.

Dah sunyi2 berdua ngan Afiq kat umah, semakin terasa kontraksi setiap 10 minit. So, SMS abah confirmkan nak bersalin ni. Minta abah balik la time lunch hour.  Umi pun amek peluang pek baju Luqman, Jannah n Afiq utk duduk kat umah Keramat masa umi kat hospital nnt. Sempat kemas umah, cuci pinggan, sidai baju, lipat baju segala..sambil menahan sakit yg datang setiap 10 minit tu la. Umi dok ber'whatsap' gak ngan group family Kulim, diorang suruh umi buka pose la kalo tul dah nak bersalin. Tp umi ni degil..pikir sure lambat bersalin ni..umi jenis bukaan lambat sket..so sempat kot nak pose arini..so tak buka pose la.hehe.

Kul 12 atuk nenek datang..tgk umi dok tahan sakit sekejap2..sambil dok wat keje umah, risau dah diorang..yg abah lum balik lg. Bila abah dah balik, Luqman Jannah pun dah balik sekolah, so berpisah la. Umi abah ke hospital, diorang sume ke Keramat. Kali ni umi merancang nak bersalin di Hospital Putrajaya. Sampai di Dewan Bersalin, nurse kat kaunter cakap wad penuh. Kalo bukaan belum besar, diorang akan hantar ke hospital lain terdekat. Alahaiiii..frust dengar. Kita baik punya plan nak bersalin Putrajaya kali ni.

Masuk ke dalam dulu, check kontraksi dan bukaan..rupanya dah buka 4cm. Memang kena bersalin terus la camni..confirm Hospital Putrajaya la. Alhamdulillah Allah izinkan. So terus bersiap ke bilik dewan bersalin..masuk situ kul 3. Doctor dan nurse datang lepas sorang2 tgk rilex je akak sorang ni, leh dok tersenyum lg. Ye la..lum sakit sepenuhnya lagi..still kontraksi setiap 10minit je.  Eh, lupa lak..umi kan pose..memang lum makan minum apa pun lagi.huhu. Dah nak kena bersalin, memang tak sempat la nak makan apa2. Camne la nak ada tenaga nnt. Setakat minum air mineral je la sempat pun.

Nurse tanya nak amek suntikan Epidural utk tahan sakit ke tak..selagi lum buka lebih 5cm..pastu mmg diorg tak bagi dah. Umi cakap takmo, sebelum2 ni pun tak penah amek. So, diorang check bukaan kul 4ptg, baru 5cm..doc cakap nnt kul 8mlm akan datang check sekali lagi, tp doc jangkakan sebelum buka pose dah bersalin ni. Air ketuban pun dah kuar abis. Masin mulut doc, tak lama pastu memang rasa sakit setiap 5 minit pun menyerang. Masa ni senyum sengih bagai dah takde, ye.hehe. Sakitttt...

Kul bape tah, mayba 6ptg kot..3, 4 orang nurse datang check lagi n terus cakap "dah boleh bersalin ni..". Memang bb umi disambut oleh nurse je aritu, tanpa kehadiran doc pun. Diorang memang bagi layanan terbaik la kat umi. Diorang sian tgk umi lemah takde tenaga sebab pose, tak makan apa kan. Memang terbaik nurse dan doc kat Dewan Bersalin Hospital Putrajaya. Satu yg umi nak cakap, banyak kali dengar nurse tnya ada rasa nak berak tak.. Serius, sejak bersalin normal 3x ni sekali pun umi tak penah rasa nak berak pun, sumenya doc suruh teran camtu je. Pelik gak la.

Bila dah boleh bersalin, nurse2 suruh teran ikut teknik bersalin yg sebenar la. Umi pun tau..tp agaknya lemah takde tenaga..rasa susah sungguh la. Dah abis tenaga umi kerah tp bb tetap lum leh kuar gak. Letih n sakit tak terkata..hanya Allah saja la yg tau apa yg umi rasa. Dengar sore nurse2 bercakap "kesian...die pose..tu tak de tenaga..". Diorang nampak minyak selusuh yg mula2 umi takut nak guna depan diorang..diorang guna sampai abis nak mudahkan umi bersalin. Memang membantu jugak la. Moralnya kat sini, makan la cukup2 supaya ada tenaga utk menghadapi sakit kontraksi dan masa nak bersalin. Dan mujur suami tersayang, abah ada kat sisi umi sentiasa bagi semangat dan bantuan..kalo tak, tak tau la camne. Umi hanya berdoa minta Allah permudahkan..Alhamdulillah Allah Maha Penyayang, Maha Mendengar..mengkabulkan doa hambaNya..tepat kul 6.55 petang, kurang sejam lagi nak masuk waktu berbuka pose, umi selamat melahirkan bayi ke 4 umi abah, yg 9 bulan berada dalam perut umi die ni. Allahuakbar!!

Nurse yg sambut bb pun tunjuk kat umi abah suruh tengok jantina bb. Kitorang yg mmg lum tau bb ape..mula2 umi sebut "girl..eh boy..eh girl"..sebab tak bape pasan mula2.haha. Ok, confirm kitorang dapat bb girl. Alhamdulillah Ya Allah..Kau kabulkan permintaanku lagi..berikan bb girl yg memang umi impikan dari sebelum pregnant lagi. Dan tak sangka boleh dapat anak selang bunga..lelaki-perempuan-lelaki-perempuan. Alhamdulillah. Sama lagi la ngan kawan baik umi, Cik Leen tu.(KLIK DI SINI) Memang umi dok berhubung ngan die je masa dlm dewan bersalin pun. Tak sabar nak bgtau kat abg kakak bb ni..diorang dapat adik perempuan! Jannah..nak bb girl, baru ada kawan.. Ya, Allah dah bagi kat kite, kak Jannah. Terima kasih Allah. Alhamdulillah.

Abah sempat snap gambar bb n send ke family Keramat. Luqman tgk, dan cakap, macam muka Luqman.hehe. nampaknya bb girl adik Luqman ye. Afiq adik Jannah..walaupun kadang tak ngam, keja nak bergaduh je..tengok la 2 pusar kat atas kepala diorang berdua.hehe. Jannah n Afiq pun kulit cerah sket, Luqman n bb girl agak gelap sket..memang padan la Allah bg kat kitorang.hehe.

Memandangkan wad bersalin kat hospital penuh, so umi dihantar ke Pusat Bersalin Risiko Rendah kat Presint 8. Sebelum bersalin umi ada minta nak bersalin kat sini, tapi tak boleh sebab umi ada sejarah ceasar walaupun operate anak pertama tu dah bertahun2 pun. Merasa gak la naik ambulan ne no ne no ye.hehe. Masa kat wad tu la baru umi dpt tau yg pesawat MAS MH17 ditembak jatuh oleh pengganas kat Ukraine sana.huhu. Berdebar2 sangat rasa. Innalillahiwainnailaihirajiun.. Semoga arwah umat Islam yg terlibat ditempatkan di kalangan orang yg beriman. Amin.. Al Fatihah.

Esoknya, lepas bb dah selesai kencing berak, baru la umi n bb boleh balik ke rumah. Alhamdulillah Allah permudahkan. Abg2 n kakak bb still tido kat Keramat la masa tu. Nnt atuk nenek anta balik ke umah Putrajaya. Bersalin ari Khamis..ari Jumaat anak2 terpaksa ponteng sehari la.

Sori, sume gambar yg sama je..sbb rasa takde satu pun gambar yg leh dibuang..semua rasa indah2 pada pandangan mata.hehe..



Nur Najla binti Muhammad Razif

Assalamualaikum..


Alhamdulillah..syukur pada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya telah menganugerahkan kepada umi dan abah, cahayamata ke 4 kami, seorang puteri pada bulan yg penuh keberkatan, Ramadhan yg lalu..tanggal 17 Julai 2014 bersamaan 19 Ramadhan 1435 Hijrah pada pukul 6.55 petang, lg setengah jam akan masuk waktu berbuka puasa..yang mana akan masuk 10 Ramadhan terakhir pd malam tu. (Tarikh ni gak akan buatkan rakyat Malaysia ingat peristiwa kapal terbang MAS MH17 yg terhempas akibat ditembak jatuh oleh pengganas Ukraine. Umi tau berita tu masa di wad la..beberapa jam selepas melahirkan bb ni.huhu. Al Fatihah dan salam takziah pada keluarga penumpang dan anak kapal MH17..)

Bayi perempuan yg kami sepakat menamakannya sebagai Nur Najla binti Muhammad Razif (maksud dalam bahasa Arab ialah Yang bermata elok, Yang baik keturunannya)..mudah-mudahan akan berakhlak dan berperibadi baik sebagaimana maksud namanya. InsyaAllah.. Amin. Sebenarnya nama ni umi dah simpan sejak umi mengandung lagi seandainya dapat bb girl. Utk bb boy pun umi ada simpankan sekali sebab sampai ke saat akhir bersalin belum confirm akan jantina bayi disebabkan umi hanya berpeluang scan sebanyak 2x, itupun hanya scan hitam putih 2D. Masa tahnikkan bb Najla kat Masjid Besi aritu, imam besar dan imam terawih pun cakap bagus la, nama Arab..ada maksudnya. Umi dan abah memang seboleh2nya nak namakan anak yg ringkas dan ada maksud baik..seterusnya akan memanggil anak dengan nama penuh diorang..supaya panggilan itu akan menjadi doa semoga diorang akan menjadi baik sebagaimana maksud namanya. InsyaAllah.

2x scan tu doktor yg berlainan jangkakan bb girl tp umi tak nak la confirm terus sbb scan 2D tak jelas, kadang cakap girl tp kuar nnt boy pulak. Sedangkan masa Afiq scan tak nampak biasanya org cakap girl, tp kuarnya boy. Lagipun, perut umi kecik bujur orang kata cam bb boy, mmg ramai yg jangka bb boy pun. Cuma yg pelik prgnt kali ni, trimester pertama umi alah teruk, tak penah2 pun sebelum ni pregnant 3 badik. So, surprise kita tunggu masa bersalin je la. Masa dah kuar tu baru confirm perempuan dan umumkan. Persiapan bb cam baju tu umi belikan yg unisex la, lebih kepada biru sebenarnya..tu yg bb Najla asyik pakai baju biru aje.hehe..

Kalo nak ikutkan diri umi ni, teringinkan anak perempuan pulak la kan sebab baru ada sorang perempuan, kakak Jannah ni..lelaki dah ada dua, Luqman n Afiq..tp seandainya dikurniakan lelaki lg pun tak pe la, bukan kerja kita nak tetapkan nak bb apa, nak bersalin bila kan, semuanya dah ditetapkan oleh Allah, tp sebagai hambaNya kita hendaklah sentiasa berdoa mudah-mudahan apa yg kita hajatkan menjadi kenyataan. Jadi, sebelum mengandung lagi sehinggalah dekat nak bersalin, umi sentiasa berdoa momohon supaya dikurniakan anak perempuan pula (juga rajin membaca surah Maryam).

Alhamdulillah..berkat usaha, doa dan tawakal umi yg bersungguh-sungguh, Allah telah menganugerahkan bayi perempuan pada kami..dan bonusnya anak2 adalah mengikut susunan 'selang bunga' orang panggil, ye. Yg sulung lelaki diikuti perempuan - lelaki - perempuan. Alhamdulillah..bukan senang nak dpt susunan anak selang camni kan. Semuanya Allah dah tentukan di Luh Mahfuz lg. Umi nak share juga, sebenarnya memang umi abah merancang utk menambah zuriat lagi selepas Afiq berumur 2 tahun..dah jarak sket kan. Alhamdulillah Allah bg peluang umi pregnant lg pada Ramadhan tahun lepas (bulan 7) tp sekejap je Allah pinjamkan..dlm usia kandungan 6 minggu umi keguguran, waktu kitorang sibuk beraya lg. Redha je la, mungkin ada hikmah di sebaliknya kan. Selepas tu, Alhamdulillah 3 bulan lepas tu (bulan 10), Allah bagi peluang kedua buat umi pregnant lg..dan inilah dia lahirnya Nur Najla pada bulan Ramadhan. Dia pilih nak lahir dalam bulan Ramadhan rupanya.

Selain tu, perlu gak umi citerkan beberapa hajat umi yg telah dikabulkan oleh Allah SWT. berkaitan kelahiran bb Nur Najla ni..Alhamdulillah. * Pertama, umi sangat berharap akan melahirkan pada bulan Julai sbb abg2 dan kakak Najla masing2 lahir pada bulan ganjil Mei, September dan November. (Tp umi tertunggu jugak tarikh kelahiran adakah sama ngan abg kakak yg lahir pd 8hb dan 18hb..ropenya bb nak lahir sama dengan tarikh lahir abah iaitu 17hb.hehe. Sangat cantik susunan yg Allah berikan.)

* Kedua, umi sentiasa memohon agar umi dapat berpuasa Ramadhan sekurang2nya selama setengah bulan, takde la banyak sgt nak menggantikannya nnt.hehe. Cam kakak Jannah dulu, umi hanya sempat berpuasa Ramadhan 6 ari je (minggu ke 38 mengandung)..lepas abis pantang terus ganti puasa direct. Alhamdulillah kali ni umi dapat berpuasa selama 18 ari. Ari ke 19 dah bersalin (minggu ke 39 mengandung)..so ada 11 ari je lagi perlu diganti. Tunggu pas abis pantang nnt kita terus ganti pose, ye.

* Ketiga, umi berdoa semoga dapat bersalin secara normal dan Alhamdulillah dikabulkan. * Keempat dan akhir sekali, umi sangat2 berharap dapat melahirkan anak ke 4 umi ni di Hospital Putrajaya. Mengada2 kan umi, sampaikan tempat bersalin pun nak berharap bagai.hehe. Mesti la..sebabnya unik sket bab kelahiran anak2 umi ni. Dah la tarikh dan bulan lahir pun cantik, pastu tempat kelahiran anak2 semuanya berlainan.hehe. Luqman kat Kedah, Jannah kat KL, Afiq kat Selangor, Najla kat Putrajaya.. No. Mykid kat tengah tu mmg tak sama la 4 badik ni. Yg Putrajaya ni mmg tak confirm boleh dapat ke tak sebab wad bersalin sentiasa penuh. Orang2 luar Putrajaya pun ramai pakat nak bersalin kat Putrajaya. Umi pun bernasib baik je dapat bersalin kat sini (sebenarnya mmg Allah dah tetapkan, kan), nnt umi citer pengalaman bersalin pulak, ye..

Ok, umi stop entri ni sampai sini dulu. Dah panjang berjela umi menaip, kang nak citer pangalaman bersalin juling lak mata membacanya.haha. Bab pengalaman tu umi buka entri baru lah ye. Lagipun banyak gambar bb Nur Najla tersimpan tak masukkan sebelum ni kan.

2 gambar kat atas ni adalah gambar bb Nur Najla beberapa minit selepas kelahirannya di Hospital Putrajaya. Selamat datang anak umi..

Gambar2 ni lak kat wad di Pusat Bersalin Risiko Rendah

Muhammad Afiq bin Muhammad Razif



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, umi selamat melahirkan cahayamata ke 3 umi dan abah pada 8 Mei 2011 (Hari Ibu) pada pukul 10.34 malam di Hospital Selayang, Selangor dengan berat 2.85 kg. Surprise, bile baby dah kuar, baru umi n abah tau jantina baby iaitu boy. Sebelum ni mmg tak tau langsung sebab penah scan tapi tak nampak, baby tak nak tunjuk lagi kot (org cakap baby malu, girl la tu..pastu bentuk perut la, tah hape lg..). Dan..kebanyakan kawan2 or sedara umi teka baby ni girl, termasuk la abah baby sendiri.. Sebab tu abah cari nama baby girl je, nama boy wat tak tau je..dah kuar baby boy baru kelam kabut cari nama, ye abah.hehe. Cuma cam biasa, instinct umi yg mengandungkan anak ni dalam hati dah agak boy sebab pengalaman mengandung sama cam mengandungkan abg Luqman dulu..cuma diamkan je la. Mana2 pun boleh kan, boy girl sama je..anak2 umi abah gak.


Lepas berhari abah usaha pikir nama baby boy ni, akhirnya kami sepakat menamakan adik Luqman n Jannah ni …Muhammad Afiq bin Muhammad Razif yang bermaksud ‘Yang Amat Berpengetahuan dan Yang Amat Pemurah’. Semoga baby Afiq pun akan menjadi seperti maksud namanya..Aminnn…


Mm..nak citer pengalaman melahirkan baby Afiq.


Due umi bersalin baby Afiq sepatutnya pada 14 Mei 2011, so baby kuar awal seminggu la. Baby leh share celebrate Besday & Hari Ibu ngan umi la nnt.hehe. Ok..pada pagi selepas Subuh, 8hb tu umi mula rasa semacam je kat perut..jap ilang, jap datang blk..tapi lum sakit la. Kebetulan Ahad cuti, umi pun cakap la kat abah ajak balik Keramat terus, kot ni tanda nak bersalin. Masa nak angkat wuduk solat Subuh tu pun umi dah perasan cam kuar tanda sket. Lagipun, memang kitorg nak balik Keramat arini pun sebab dah ada janji nak makan besar ngan family Keramat..maklong Shikin nak open table hi-tea kat Hotel Residence, KL. So, siap ape yg patut..kejut anak2 bangun tido, ngan diorg tak mandi lg, terus blk Keramat.


Kat Keramat rasa pelik kat perut tu still ada..jap ilang jap datang balik makin kerap. Bgtau kat nenek, die pun suruh g spital check. Utk pengetahuan, umi mmg dah plan nak bersalin kali ni kat Hospital Selayang. Saje takmo kat Hospital Putrajaya sebab dengar dari pengalaman ramai kawan2, penuh sangat org bersalin kat sana smpai takde bed kat wad..kadang kena tolak ke spital lain yg terdekat. Lagipun, saje nak bg anak2 umi lahir di negeri yg berlainan..hahaha.. (Luqman-Kedah, Jannah-KL, Afiq-Selangor). So, umi n abah je g spital, Luqman Jannah tinggal kat Keramat la..kot kena tahan terus, anak2 mana leh masuk dewan bersalin kan.


Kat spital dekat kul 12 tghari, doctor check mmg tanda nak bersalin, sebab kontraksi bersalin dah setiap 10 minit camtu..tp bukaan baru 2 cm, so doc bagi pilihan nak balik dulu or dok spital terus. Orang dah dok terbayang makanan sodap2 kat hotel nun..ape lg..jom terbang makan2 dulu.hahaha. Kat sana dah tunggu family Keramat ngan Luqman Jannah la. Umi leh makan ala kadar je la sebab sakit tu kejap2 datang. Tahan je makan dalam sakit, orang tak tau pompuan ni tengah tunggu masa nak bersalin. Dah sakit ada hati nak g hi-tea dulu, bertuah tul.hehe. Sian gak kat abah sebenarnya kalo die tak dapat join makan2 ni, bukan selalu dapat pun. Kat situ pun terasa cam tanda kuar lg. Pas makan lebih kurang, kitorg berdua terus ke spital balik.Takut gak woo..kang dah nak bersalin, kite kat luar lg. Sampai spital dekat kul 4 ptg, sakit makin kuat n setiap 5 minit dah. Air mata pun mula mengalir dah masa mula2 sakit kuat tu serang. Tapi, g check bukaan balik, baru 3 cm.huhu. So, kena admit wad dulu la. Sempat la Achik Azah, suami n anak n Pakndak Man datang menjenguk time umi tengah sakit tahan kontraksi tu.


Dkt kul 8 mlm, sakit sangat2 tak ingat, doc check bukaan baru 4 cm. Umi dah ngadu sakit sangat, takde cara nak cepatkan bukaan ke. Tak lama pastu, maybe diorg pun pasan umi dok mengerang semacam tahan sakit, doc check dah 5 cm, die suruh tolak g dewan bersalin la, pecahkan ketuban. Kat dewan bersalin, sakit makin kuat n cepat je bukaan 7, 8 cm. Ropenya air ketuban dah takde,kosong..doc sibuk la tanya bile kuar. Tah la, umi pun tak pasan, agaknya masa kat hotel tadi la kot. Macam2 la. Umi mmg dah cam ape la, tak tau nak cakap,tak leh nak gambarkan ngan kata2 dah..tanya la abah tu camne keadaan bini die masa tu..tak tahan la sakit.huhu..(sampai pas je bersalin umi n abah leh cakap sesame kitorg, pasni bersalin lg, rasa nak operate je sbb umi jenis lambat bukaan n sakit kontraksi pun lama sangat..tp cakap2 tu masa tu je la..tak pikir kalo operate lg byk problem mnunggu). Hanya Allah dan ibu2 yg pernah melahirkan anak je tau camne sakit nak bersalin ni. Bile bukaan dah 9 cm, ada sorang doc laki datang ajar camne cara or teknik nak bersalin nnt..die kata bile datang je rasa sakit, tarik nafas panjang, tahan nafas lama dalam 10 saat, teran sekuat ati cam nak berak sembelit, nafas tahas..sampai la kepala baby kuar..jangan kuar sore mengerang, jerit segala sbb nnt tenaga cepat ilang. Umi pun baru paham camne, so, abah ajak umi try teran stiap kali sakit..sampai la kepala baby dah tul2 nak kuar n ramai doc n nurse kelam kabut datang berkumpul nak sambut baby. Sbnrnya, sebelum tu ada doc pompuan India ajar gak tapi die cakap tak betul cara umi then terus g, mana la umi tau sangat kan.. Thanks to doc laki td la. N paling penting thanks to abah sebab sentiasa kat sisi umi bg semangat perangsang sume, kalo abah tak de, tak tau la umi nak hadapi camne. Sebelum lupa..yg kelakarnya, umi sakit sgt kontraksi bersalin ni sampai tercabut contact lens yg umi pakai.haha. Pakai sbb senang nak nampak sume benda, kalo pakai spek confirm umi dah cabut dulu dah cam masa bersalin Jannah dulu..sbb sakit tah cam hape kan. Sudahnya, buang je lens sebelah lagi memang terus tak nampak la muka doc n nurse sume..sampai ke wad sok pun tak nampak muka org yg cakap ngan kite..spek tak bawa. Mujur muka bb Afiq umi nampak.hehe.


Beza bersalin kat Jannah dulu ngan baby Afiq ni ialah umi dah paham serba sket dan memudahkan proses baby nk kuar la, banding dulu umi banyak mengerang menjerit sampai terganggu pernafasan. Ok, sambung part baby nak kuar…bile umi ikut cara doc laki td bgtau, jap je baby Afiq pun terus kuar. Masa tu, Ya Allah rasa bersyukur sangat2 dah selesai penderitaan menahan kesakitan. Bersyukur sangat2 baby dah selamat kuar. Abah pun sempat la sebut ‘Allahuakbar’. Tak sempat nurse tunjuk jantina baby kat umi abah, abah dah bisik “baby boy”..syukur Alhamdulillah.. Yang umi takleh lupa, masa doc dok sibuk kuarkan uri dsb, baby Afiq yang lum dibersihkan, nurse letakkan kat dada umi. Ya Allah, terharu, sayu..tak tau cakap la..tgk baby dok diam je pandang kat umi sambil rasa degupan jantung umi dari luar (sebelum ni kat dalam perut je). Tak penah umi alami perasaan camni lagi sebelum ni..masa Luqman diorg just tunjuk jantina baby then terus tak jumpa baby sampai la kat wad balik, sebab operate kan. Masa Jannah lak diorg letak sekejap kat dada pastu terus angkat bersihkan baby. Sebenarnya, bagus sangat2 bile diorg letak baby kat dada ibu pas bersalin lama2 camni. Memang hilang langsung sakit yg kite alami baru jap tadi..tambah dapat lak pegang usap baby yg baru kuar dari perut lamaaa..


Alhamdulillah, ni lah pengalaman melahirkan baby Afiq yang dapat umi kongsikan kat sini. Pengalaman yg amat bernilai dan berharga yang tak akan dilupakan selamanya.



Labels

Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform