Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Munajat Cinta 2

Sebelum umi abiskan Laskar Pelangi, umi dah baca buku Munajat Cinta 2 dulu. Baca serentak sebenarnya..mana ada dpn mata umi capai la..tp abiskan buku ni dulu.

Buku ni adalah sambungan dari buku Munajat Cinta yg abah penah pinjam aritu. Kisah tentang seorang gadis, Ruwayda yg mencari siapa dirinya. Kiranya dia mendapat hidayah daripada Allah swt. menjadi seorang yg lebih baik berbanding dulu..saat keluarga dia adalah kaya, dan dia sendiri pelajar pintar. Apabila Allah tarik nikmat yg dikecapi tu, keluarga dia menjadi berantakan..tp apabila hidup susah mereka dapat menilai dan muhasabah diri menjadi mukmin yg sejati..yg lebih baik.

Laskar Pelangi

 Malam tadi umi baru abis baca buku Laskar Pelangi tulisan Andrea Hirata. Buku ni adalah buku yg paling popular di Indonesia.
Umi pun setuju kalo buku ni paling mendapat tempat kat sana sbb mmg bagus sangat2 gaya penceritaan dia. Walaupun buku ni ditulis dgn gaya bahasa Indonesia, tp umi yg orang Malaysia ni pun boleh terikut2 dalam cerita tu..insyaAllah boleh faham jalan citer la. Tanya la abah n anak2, betul ke bila umi baca buku ni bape kali umi gelak..ketawa sungguh2. Sampai pelik budak2 ni nape umi ni tiba2 je gelak sorang2, tgn dok pegang buku..senyap je pun kan.hehe.

Buku Laskar Pelangi ni bukan citer komedi..bukann.. Die pasal budak2 di satu kawasan pedalaman Indonesia yg hidup susah yg sebenarnya kita rasa kesiannya, camtu sekali keadaan diorang ye, kehidupan kita kat sini mmg jauh lebih baik..kisah benar penulis sendiri..tp gaya penceritaan die tu adakalanya diceritakan dgn lucu sekali.

Umi penah tgk gak citer Laskar Pelangi kat Astro dulu (sekarang dah abis rasanya citer ni)..tp tak ikut sepenuhnya la..kan tv ni budak2 yg punya.hehe. Umi tgk citer pun rasa best je. Patut la diangkat sebagai buku terbaik dan popular Indonesia.

Ok, kita rumuskan sket pasal buku ni. Laskar Pelangi adalah kumpulan 10 kanak2 sebuah kampung di Belitong yg bersekolah di Sekolah Muhammadiyah..sekolah kampung yg serba serbi kekurangan. Kanak2 ni..Ikal, Lintang, Mahar, Syahdan, A Kiong, Harun, Trapani, Sahara, lg 2 nnt umi godek blk, tak ingat lak..ke sekolah ni pun sebab tak perlu bayar yuran sekolah..mmg keluarga tak mampu nak biayai pengajian di sekolah biasa. Guru yg mengajar dgn seikhlas hati utk anak bangsa..Pak Harfan dan Bu Mas.

Macam2 citer yg kanak2 ni lalui sepanjang 9 tahun bersekolah di sekolah yg sama..pengalaman yg indah untuk dikongsi dgn pembaca la. Kita pun tak sangka di kawasan yg susah camtu rupanya ada pelajar yg genius..tak tertanding guru2 yg dah masuk U sekalipun. Juga ada pelajar yg berbakat dlm seni. Ada yg masa sekolah dulu sgt la teruk..asyik diperintah je, tp bila dewasa, die lah yg menjadi terbaik sekali dlm kerjayanya. Ada yg masa sekolah tu tak boleh ngam langsung, ada je tak kena kan..tiba2 dah dewasa bertemu jodoh..alangkah indahnya baca buku ni.

Jadi kawan2, bacalah buku Laskar Pelangi. Best sangat!

Bila Cinta & Wahyu Bersatu


Buku ni ditulis oleh penulis Malaysia..sebelum ni banyak umi baca buku drpd penulis seberang je. Tak sangka best gak baca buku ni. Penulis adalah seorang Al Hafiz dari negeri Kelantan..A Ubaidillah Alias.

Mengisahkan tentang seorang pemuda, Amir Mukhlis..lulusan Al Azhar, Mesir yg sgt disukai oleh beberapa wanita kerana akhlak dan pengetahuan agamanya yg sgt baik. Walaubagaimanapun, Amir akhirnya bertemu jodoh dgn Balqis yg pernah dikenali semasa di Mesir dan mereka berdua sgt menepati prinsip hidup yg mereka inginkan walaupun sebelumnya terdapat beberapa halangan yg perlu ditempuhi.

Lagi buku dah baca..


Lama sgt nak update pasal buku ni, padahal semalam abah dah pinjam lagi 5 buku baru utk umi pas pulangkan buku lama aritu..(5 buku???..hehe). Notebook atas takde internet connection lak..puas abah try watkan tak leh gak..tiba2 je jadik sendiri, takde gangguan tgn2 bdk kecik pun..tu yg down sket nak upate blog. Abah suruh guna notebook die tp umi lg la mengong sket nak guna yg baru tu..mcm2 menu tah hape2.

Umi dah selesai baca 12 buku la setakat ni..pinjam kat UTM. Sekarang menunggu 5 buah ni bile nak start baca. Kalo ada geng2 dekat sini leh bg pinjam baca kan..hehe.

Ok, buku pertama bertajuk Wong Ai Ni Allah..mengisahkan perjalanan hidup sebuah keluarga Cina berfahaman Ateis iaitu tidak mempercayai agama yg tiba2 kucar kacir disebabkan sang ayah tiba2 berubah kelakuan 180° kerana merasakan dia telah menemui Tuhan-Nya..dan orang2 di sekeliling menyifatkan dia sebagai orang gila. Konflik ini turut memberi kesan kepada anak perempuannya Amei Chan. Alhamdulillah, akhirnya hidayah Allah akan datang pada sesiapa yg Dia kehendaki.
Buku ke 2..Atas Nama Cinta. Seorang pemuda, Mustafa..yg melalui liku2 kehidupan dlm keluarga yg berantakan..namun akhirnya menemui kebahagiaan yg tidak disangka.

Hafalan Solat Delisa.


Umi dah abis baca buku ke 4 baru jap td, sebelum kul 11 mlm la.. Abah ada kelas arini, so die dah pulangkan 3 buku yg dah baca pastu pinjam lg 4 buah buku.. Waduh..waduh..camne la umi tak cakap umi dah jadi ulat buku..tak putus bahan bacaan.hehe. Buku baru umi lum belek tgk tajuk ape lg. Itu kemudian lah ye. Ni umi nak review sket psl buku Hafalan Solat Delisha.

Best gak baca buku karya penulis Tere Liye ni. Mengisahkan seorang kanak2 berusia 6 tahun, Delisa..kehilangan ahli keluarganya dalam sekelip mata selepas tragedi tsunami yg melanda seluruh dunia pada 26 Disember 2004..yg paling teruk kemusnahan adalah di Acheh. Cuma Abi Usman, bapanya yg masih hidup, itupun kerana berada jauh di tempat lain. Umi dan 3 kakaknya menjadi korban ombak ganas tu. Delisa sendiri kehilangan sebelah kakinya akibat dari tragedi yg sampai sekarang masih terbayang2 di depan mata.

Plot utama citer ni mengisahkan Delisa sibuk menghafal bacaan2 dalam solat sebelum tragedi dan sesudah tragedi. Akhirnya, Delisa dapat menyelesaikan bacaan hafalan solatnya dalam masa 5 bulan selepas tsunami. Selepas die menyempurnakan solat yg pertamanya tanpa lupe bacaan..dengan penuh kusyuk..walaupun baru berumur 6  tahun..Allah swt. menemukannya dengan mayat ibunya yg sudah  tinggal kerangka namun masih dlm keadaan yg elok..dgn tgn masih memegang kalung mempunyai buah berhuruf D; D utk Delisa..hadiah hafalan solat Delisa. Penulis membiar ayat tergantung pada penghujung buku, jadi umi tak pasti sama ada Delisa turut menyusul umi dan kakak2nya atau bagaimana. Sebab dlm mimpinya sebelum ni, die bercakap pada umi yg die nak ikut umi..tp umi suruh selesaikan dulu hafalan solat tersebut..dan lepas tu pasti Delisa akan dpt ikut umi. Tp kalo betul Delisa menyusul, macam mana dgn Abi yg pasti sendirian ditinggalkan seluruh ahli keluarganya?? Dan umi tak pasti kisah ni adalah kisah benar ataupun tak sbb takde pengesahan daripada penulis seperti buku Bidadari2 Syurga sebelum ni. Sekian, selamat membaca.

Bidadari-Bidadari Syurga

Umi baru tul2 abis baca buku ke-3 drpd 4 buku yg abah pinjam. Tak peduli abah tgh syok layan bola Selangor lwn Kelantan..umi bukan kaki bola..hehe..yg pasti tak sabar nak abiskan baca buku ni. Start baca pg smlm yg sampai terlupa dah time jemput Luqman. Dlm masa 2 ari la abiskan..baca time tul2 free.

Rasa lama sangat baca buku ni, lambat sangat nak abiskan..tp rasa seronok sgt baca..mmg terbuai2 dgn jalan citer die, terasa cam diri sendiri pun berada dlm situasi citer tu.. Tah kenapa, rasa cam ini lah buku terbaik penah umi baca, tak penah baca buku yg jujur, ikhlas, baik camni..terharu sgt2 nak menyudahkan ayat2 terakhir tu. 1st time baca karya penulis Tere Liye..rasa dah suke sgt dgn karya beliau. Tak sabar nak baca 1 buku lg karyanya, Hafalan Solat Delisa. Dengar2 citer ni pun best sgt!. Dah puji melangit best sgt baca buku ni..so, umi nak review sket la psl buku ni ye..

Buku ni mengisahkan jasa bakti seorang kakak (Kak Laisa) yg tiada sebarang ikatan darah dgn 4 orang adiknya (Dalimunte, Ikanuri, Widapatna dan Yashinta)..sanggup berkorban nyawa, masa dan tenaga demi kebahagiaan dan kecemerlangan adik2nya. Pelbagai kisah masa silam mereka yg hidup susah dirakamkan dengan baik sekali dan dikaitkan situasi pada masa sekarang.

Terharunya sebab adik2 Laisa ni sgt sayang pada kakak diorang walaupun bukan sedarah sedaging. Mmg mereka menghargai dan mengagumi sgt2 kakak ni sampaikan sume adik2 sanggup utk tidak mahu berkahwin selagi si kakak tak kahwin..tak nak langkah bendul la. Tp akhirnya sume kawen, kecuali si kakak..mmg sgt2 bahagia si kakak ni dapat adik yg baik sgt2. Adik2 pula sume berjaya dgn sgt cemerlang.

Sebenarnya, keseluruhan citer nak bgtau camne kakak Laisa yg menunggu saat kematian disebabkan penyakit barah paru-paru tahap 4. Adik2 yg masing2 telah berjaya ni langsung tak tau penyakit si kakak. So, bile mak diorang (Makcik Lainuri) SMS suruh blk cpt jenguk kakak yg sakit kritikal, diorang yg masa tu entah di pelusuk mana kat muka bumi ni, terus tinggalkan segala tugas diorang. Yg penting masa tu, diorang nak jenguk kak Laisa je..betapa diorang sayang sgt2 kat si kakak. Masa on the way blk tu la..dirakamkan kembali detik2 atau kenangan masa silam diorang yg membuatkan kite terharu sgt membaca. Bile sume adik2 dah berkumpul di sisi, barulah kak Laisa menghembuskan nafas terakhir..dlm rasa bahagia tersangat2.

Betapa mulianya hati wanita yg bernama Laisa ni. Mudah2an doanya nak jadi bidadari Syurga dimakbulkan Allah. Ayat die untuk menyatakan die bersyukur apa adanya dirinya yg Allah jadikan..Laisa betul2 ikhlas atas kekurangan diri (tak sempurna seperti adik2nya) sebab Laisa dikurniakan adik2 yg sgt baik.

Maha suci Allah, sebenarnya cerita ni adalah kisah benar yg dirakamkan oleh Tere Liye..sumenya benar2 berlaku..Lembah Lahambay tempat tinggal Laisa dan adik2 pun benar2 wujud.

Umi pun tak tau nak stop entri ni camne..sbb masih terbayang2 jln citer buku ni.

Mari Membaca..

Ok, kali ni umi nak citer pasal membaca. Utk pengetahuan, sebenarnya hobi umi dari zaman sekolah dolu lagi suke sangat membaca. Tak kisah la baca novel ke, majalah ke, paper ke..janji membaca la. Tp bila dah kawen ada anak kecik ni, nak membaca pun tak sempat sangat kot. Penah abah beli buku agama pasal penjagaan anak2, umi tak dapat nak khatam sampai bape lama. So, tersimpan or tersusun je dalam lemari buku kitorang tu..nak sebut perpustakaan mini, tak yah lerr..bagai langit dan bumi.hehe. Sebut almari buku udah!
Ni antara koleksi buku2 yang kitorang ada. Kebanyakannya buku agama. Novel takde..kalo ada mmg kena wat perpustakaan mini la.hehe.

So, berbalik kepada bab membaca..sekarang ni umi adalah seorang ulat buku..jgn tak percaya.. Sebabnya my big boss rajin benar bawa balik atau dgn kata lain yg lebih tepat, pinjam buku kat perpustakaan untuk isteri terchenta die ni..hehe. Umi tak yah membeli (tak dapat la nak wat koleksi kan..), sebab leh baca free2 camtu je.

Bile ye abah start meminjam buku untuk umi ni? Kalo tak silap awal tahun ni la. Masa tu abah still keje kat Bahagian Pinjaman Perumahan, MOF..so pinjam kat library Perbendaharaan Negara la. Lepas satu2 die bawa balik buku. Kite yg antu membaca ni, bile dah dilonggokkan ngan buku sepanjang masa mmg tak leh lupe la..gian nak membaca aje. Baca pun bile rasa free cam tengah tidokan Afiq..umi kan breasfeed, so sambil baring sambil tgn pgg buku. Masa teman budak2 tgk tv..diorang menonton, umi membaca. Sebuah buku leh abis baca sehari or 2 ari bergantung pada tebalnya la. Penah sekali abah bawa balik buku Memorial Tun Dr Mahathir versi BM..ha, amek ko..khatam la berhari2..tanya la pasal Tun kat umi, insyaAllah leh jawab punya..wakakaka..abah suke sgt perli umi pasal Tun ni. Umi setelkan baca buku tebal tu sebelum balik raya aritu la. Ingat nak suruh abah pulangkan, kot ada sesapa lg yg tunggu turn nak pinjam (mmg ada list menunggu buku ni kat library abah kata), leh baca kat kampung..tp abah tak pulangkan, sebab die jeles tgk umi abiskan baca buku tu, die pun nak gak baca ape yg bini die kusyuk sangat baca tu. (Sebenarnya abah tu boring kat kampung..takde ape nak wat, leh die lepak baca buku tu..tak gitu, abah?..hehehe).

Eh, panjang lak citer..selain membaca umi suke menulis, sebab tu ada blog ni..jgn boring ye.hehe. K sambung. Bile dah tak keje lagi..sekarang abah sambung pinjam buku kat library UTM KL lak. Kalo tak silap setakat ni umi dah baca 6 buah buku (kat UTM ni la..kat MOF dulu lain citer..tah bape buku lagi la tak kuasa nak ingat)..tp tu la silapnya, tak ingat nak snap gambar buku or take note tajuk buku. Sekurang2nya leh tau bape banyak buku yg dah umi baca. Abah yg cadangkan suruh snap gambar masuk blog ni..tul gak kan, dpt dah 1 entri. Abah siap suruh review..tak rajin lak umi.hehe..baca rajin la. Mm..kat UTM ni best sket banding MOF sebab novel2 abah pinjam banyak yg bertema cinta pada agama, cinta berlandaskan agama..penulis dari negara jiran kite..cam Ayat2 Cinta tu la..best kan?


Umi cuba gak la ingatkan balik buku ape yg dah baca tu..
1. Munajat Cinta dan 2. Musafir Cinta karya Taufiqurrahman al-Azizy,
3. Dalam Mihrab Cinta, 4. Cinta Suci Zahrana dan 5. Ketika Cinta Bertasbih karya Habiburrahman El Shirazy penulis dan ulama Indonesia terkenal (dah tengok filem, so baca leh bayangkan scene la)..
Satu buku lg tak ingat dah, sbb tak paham sgt bahasa Indonesia die, so tak baca sgt.huhu.

Semalam abah pinjam 4 lagi buku untuk umi, menjadikan 10 buku bakal dibaca. Tajuk die.....jeng jeng jeng..

 Hafalan Solat Delisa (dulu penah ada kat astro ape yg kena bayar kalo tak silap, tak penah tgk, tp tingin sangattt..so, abah nampak tajuk ni terus amek la.). Bidadari2 Syurga juga daripada penulis yang sama, Tere Liye penulis Indonesia. Tak sabarnya nak baca..

Namun Kupunya Hati drpd Zaliza Maz, penulis Malaysia..umi dah khatam td. Kisah benar seorang penulis terkenal..ok la cite die..tp umi cam dah jatuh cinta ngan karya penulis Indonesia.huhu. Ampunn.. Jangan Biarkan Surau Ini Roboh karya Taufiqurrahman al-Azizy, penulis Indonesia. Dah 2 buah buku die umi baca..pasal cinta pada agama. Suke.. Tengah baca sekarang ni.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform