Pesta Buku Antarabangsa

Semalam, pas bkfast abah terus ajak siap2..katanya nak g Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC, KL. Saje, bawa anak2 jalan. Diorang pun tengah suke ngan buku sekarang ni..leh cari buku latihan kat diorang walaupun kat kedai buku pun leh beli kan. Kalo tak silap umi, last umi abah g Pesta Buku masa still berdua..tengah mengandungkan Luqman..lama giler. Tak g sebelum ni sbb malas nak bersesak reramai plus tak larat jln kot.hehe. Kali ni terajin lak. Itu pun abah tanya nak lepak Library Negara ke Pesta Buku..pilih pesta je la. So, gerak kul 9 pg..dlm setengah jam dah ada kat sana. Orang dah ramaj masa tu. Umi usung bb Afiq guna carrier, senang sket. Abah usung Jannah..budak ni cam biasa tak larat jalan, jenuh. Letih kaki weii..sandal umi lak mmg hampeh jenis wat orang sakit kaki..(dah kuar pesta baru beli kasut getah ringan..tak aci..balik umah mmg kena urut la.huhu). Kitorang tak beli buku ape pun kecuali buku2 aktiviti anak2. Tgh save bajet utk bercuti time cuti sekolah nnt katakan. Nak guna banyak duit tuuu.. Anak2 mmg suka giler la dapat buku baru masing2. Luqman dapat 4 buku. Jannah lak 2 buku. Sampai umah kul 1 tghari, depa ngadap buku aktiviti tu sampai ke ptg..wat keje la. Baguih..smoga berterusan la jadi pencinta buku. Amin. Tu pun abah kata Pesta Buku ni abis 6 Mei nnt, sempat lg nak datang kali ke 2. Aduh, leh ke?? Lenguh kaki lum ilang kot.
Pakat nak tgk Ustaz Azhar Idrus live..
Tersadai..keletihan
Berehat lps beli buku bdk2
Luqman Jannah..suke dpt buku baru
Afiq..budak tergantung

Bila nak merangkak n jalannn?

Lg seminggu my bb Afiq nak cecah umur 1 tahun. Bila la budak comei rambut kerinting tu nak merangkak..seterusnya jalannn? Awat lambat sgt ni, dik. Die dah dapat cara merangkak..bergerak la 2, 3 tapak, tp pastu bum turun badan ke lantai balik, menyusur dgn lajunya. Ape die ingat camtu je ke die leh wat..? Kalo naik diri kat sofa dah pandai, tp nak meniti berjalan slow2 die tak reti gak. Takut gak my bb ni kan.

Shopping-gelombang merah

Ptg semalam (dah masuk tarikh baru), kitorang 5 beranak shopping di Tesco Kajang. Umi yg ajak g situ sbb nak cari barang mknn yg takde kat tempat lain..biasa la tengah rajin sket wat kuih bagai. Biasa shopping Care4 Alamanda ngan Mydin Bazar dekat umah tu je, tp brg yg dicari takde..tak best. Arini pakaikan jersi Arsenal kat Afiq bg sama ngan abah..merah. Pastu, Luqman pun pakai merah tapi jersi Red Warrior Kelate. Eh, ape ke he yg hang leh pakai baju negeri orang lain ni?? Hang kan orang Kedah..lahir kat Kulim, tinggal kat Putrajaya..lari jauh ah.. Owwhh..ropenya nenek yg belikan ye. Nenek kan org Tanah Merah, Kelate. Takpe, rakyat Malaysia, kite sokong aje. Takde hal. Jannah takde jersi, pakai je blous kaler kegemaran die..pink. Umi yg takde baju merah ke, pink ke..pakai je baju oren.hehe. Okla tu..sipi2 nak gelombang merah gak. Dah slesai shopping, singgah solat Asar kat surau Tesco dulu. Nak amek gambar wat kenangan tp abah ni amek gambar die ngan bb je. Tau la sedondon Arsenal, abg kakak pun nak tumpang sekaki. Kat phone umi sempat snap gambar Luqman Jannah tp virus ke hape..muka je nampak, bawah sume ilang. Aik?? Tp tunggu la umi transfer dr phone umi nnt2..yg tah bile.huhu.

Majlis kawen Ahmad Tarmizi & Athirah Sari

Cam dah dibgtau sblm ni, Ahad lepas telah berlangsung majlis perkahwinan atau persandingan adik ipar umi or Paksu budak2 ni. Majlis tu di Dewan AU2..share majlis antara pihak pengantin lelaki dan..pompuan, jimat sket sbb psgn suami isteri dok dlm tmn perumahan yg sama. Kul 10 pg kitorg skeluarga dah bersiap ke dewan..leh lepak prepare ape yg patut, kusi meja tuan umah, susun souvenir..makan2 dulu sebelum tetamu jemputan mula datang kul 12 kan. Start je kul 12tghari mulalah tetamu datang berduyun2..sama banyak la tetamu jemputan belah laki n pompuan. Umi dok kat depan bahagian sambut tetamu ngan family yg lain smbil dukung my bb n jaga kakak Jannah la. Abg Luqman mmg dah pandai berdikari, ke hulur hilir sorang2 die..sekejap bg souvenir jajan kat budak2, skejap g amek air..sekejap usung kuih lak..mmg die bawa diri sendiri je. Jannah yg tak leh tinggal sebabnya die dah lenguh kaki. Nak suruh abah dukung mana leh, abah dok jadi tukang sambut n layan tetamu cam atuk gak la. Like Father Like Son.hehe. K jom lyn gambar je la.. Gambar phone je, tak kualiti sgt..karang dpt gmbr dari kamera sebenar, InsyaAllah leh upload lg..
Lauk byk jenis..tp awat nampak sejenis je ni??
Tuan umah pihak pengantin lelaki..atuk nenek ler tu.hehe..
Sanak saudara nenek dari Kelate dah bersiap nak balik..diorang datang dari ari Jumaat lg.
Dah penuh meja sana, mai letak meja sini lak..byk hadiah, minta sket leh?.hehe.
Pengantin Luqman Jannah Afiq.hehe.
Menjeling2 ku bertentang..mata kita sama memandang..

Macam2..

Tak update lg citer majlis kawen Paksu Amat ngan Maksu Athirah. Depa pun dah selamat g honeymoon kat Thailand nun.

Ari Isnin dah kat Putrajaya pakat terbungkang keletihan..abah pun amek cuti. Luqman sekolah la, tp tak siap keje sekolah..inform gak la kat cikgu die masa g anta balance souvenir utk kwn2 kelas Luqman tu. Ari Selasa lak, pas jemput Luqman balik sekolah, terus laju je kami 4 beranak ke Hospital Selayang melawat Maknjang Azma kna admit awal pg tu. Die pregnant anak ke 3, tp kali ni mabuk teruk smp dehydration. Penin gak la umi drive jauh ngan peel Afiq takmo dok seat die..meraung menjerit sakan. Abah tak join, keje.

Sempat la singgah umah atuk Keramat gak. Terkejut depa tiba2 cucu muncul.hehe. Arini umi tak selesa sakit gigi mencengkam mari lg.huhu. Dok telan ponstan la nak ilangkan sakit. Gigi geraham tumbuh tak abis ni dah bengkak gusi..jenuh la nak tunggu bulan 6 ni, operate cabut 3 gigi kat Hospital Putrajaya. Trauma...

Tugasan umi..

Nak citer gak pasal benda ni walaupun tak best.hehe. Sebenarnya untuk majlis kenduri sok..eh, arini la..kan dah masuk tarikh baru..k, sambung. Nenek tugaskan umi hias bakul untuk letak souvenir nak bg kat tetamu. Bakul ada 3. Aduyaiiii..umi ni bukannya reti, tak kreatif, 'kaki bangku'..sesuka hati bg simpulan bahasa tak pandai main bola.haha. Tuko tangan bangku la..tangan kayu..keras la sebenarnya..tak penah pun dok amek pot wat benda cenggini dlm beberapa kali kenduri kat kmpg walaupun untuk kenduri sendiri 6 tahun yg lps. Kalo mak n kakak no. 2 umi ye la..mmg kreatif, tu yg saje malas amek pot.hehe. Bg orang lain maybe..'alah, kacang je tu..sebelah tangan pun leh wat..'..tp malangnya orang itu bukanlah umi. Tp dah dapat tugasan, kena la selesaikan gak walaupun tak rela.haha. So, inilah dia hasil keje tgn orang 'tangan kayu'. Sebenarnya 2 bakul je yg tul2 umi wat sepenuhnya..yg kaler merah pink tu. Yg ada kaler biru tu lak, umi just pinkan bunga kat kiri kanan bakul je.haha. Just guna bahan yg ada. Kalo kat kampung segala mak nenek bahan ada sbb ada orang kreatif kan. 3 bakul je..
Mujur reben ni dah sedia ada, just gamkan la.
Sekuntum bunga ni kena gamkan segala daun2 ngan biji2 die bg jd camni.
Umi just pinkan bunga kuning ni kat celah rotan bakul..biru tu dah sedia ada, biarkan la.

Majlis Nikah

Pagi td dalam kul 11, sume dah berkumpul di rumah Maksu Athirah untuk majlis nikah. Umi tak nampak langsung la peristiwa bersejarah tu sbb dok dukung bb Afiq yg lena ngan Jannah kat sebelah..tempat pompuan lak kat bahagian dlm. Mujur Luqman dok bahagian laki. Umi tengok acara nikah ni pun kat video phone yg abah snap ni la. Syukur Alhamdulillah akhirnya Paksu Amat dah selamat bergelar suami kepada Maksu Athirah. Selamat Pengantin Baru umi sekeluarga ucapkan. Semoga ikatan ini berkekalan, bahagia sehingga ke akhir hayat kalian..dan semoga cepat2 dikurniakan zuriat penyambung ikatan keluarga. Aminnn..
Waris kuat..Luqman nak tgk Paksu nikah.hehe..
Makanan di umah atuk..sebelum bertolak ke umah pengantin pompuan..nyum nyum.. Mknn umah sana for sure abah segan nak snap.haha.


Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform