Showing posts with label Hadif Hasif. Show all posts
Showing posts with label Hadif Hasif. Show all posts

Aksi si twinny bersama..

Assalamualaikum..

Twinny Hadif Hasif ni jarang nampak berkomunikasi berdua. Biasa bawa diri sendiri je. Ada jugak saling pandang, saling berpegang tangan..tp diam je la tak sebut apa2. Ada sekali masa kat umah Pakndak Man dulu..nampak diorang dok bercakap sesama sendiri.. Nanti dah besar, jadi sahabat baik yee..

Yang baring pakai baju kereta tu abg Hadif, yang meniarap tu adik Hasif la,



Twinny dengan sepupu - Adam

Assalamualaikum..

Hari Sabtu minggu lepas masa berlangsung Festival Makanan Thai di Presint 14, Atok Nenek dan Pakcik Makcik sekeluarga singgah ke umah kitorang sebab nak jalan2 festival tu. Dapat la twinny jumpa dengan sepupu diorang Adam Izz Zikry anak Pakcik Latiff.

Adam ni kadang2 kalo jumpa twin, dia takut ke apa tak tau la..kang dok saje2 dia menangis,hehe. Aritu masa kat umah Atok Keramat lagi la..tak leh pandang twin, tunduk nangis je.. Twin..jangan buli orang yeee...hahaha.


Suka tengok si Adam ni sebab dia jenis suka tengok orang..hihi. Dia pandang je muka orang tak berkelip2. Nanti membesar sama2 la ngan twinny. Beza umur diorang pun 23 hari je. Sbaya 1 tahun dengan Sofia jugak..anak Paksu Amad. Twin lahir haluih betul dulu..beza giler dengan Adam..tp sekarang dah nak sama besar, cuma Adam besar lagi la..

Abang2 baby (Luqman dan Afiq)

Assalamualaikum..

Selalu tengok Kakak Jannah ngan Kakak Najla je dok main ngan baby kan. Sesekali abg2 pulak nak main dengan baby twin. Tengok camna gayanya si abang Luqman dan abang Afiq layan baby depa.


Abang Luqman mula2 memang tak reti nak pegang baby. Jannah selalu bising suruh Luqman belaja pegang dan jaga baby macam dia. Asyik Jannah je kan..Luqman abang sulung dah besar, mesti kena pandai layan baby jugak. So, paksa si Luqman berani dan reti pegang n main ngan baby. Sekarang, Alhamdulillah dah boleh pegang baby. Baby dah besar, kan..dah kuat pun..takut apanya. Abg Luqman kalo nak main ngan baby, sure mai tegur.."comeinya..comeinya..nape comei sangat niiii"..hihi.


Abang Afiq pulak..memang suka nak main ngan baby, tp sekejap je la. Boleh diharap suruh pegang botol susu baby. Tp bab dukung baby memang dia tak reti la.. Tak payah la, bahaya Afiq kecik lagi.

Kak Najla dgn adik baby kembarnya.

Assalamualaikum..


Najla dengan baby twin dia memang rapat la kan..sebab 24jam dengan baby n umi. Tido malam pun dengan umi dan baby daripada sejak baby lahir lagi..lepas balik ke rumah tu. Sayang giler Kak La dengan adik dia ni. Kak La dah terbiasa bahasakan diri dia 'adik'. Abang kakak pun panggil Najla adik, jadi bila dia cakap ngan baby pun selalu guna perkataan adik..bila umi tegur Kakak La laa.. So, dia jawab 'adik kak La'..hihi.

Kakak yg cinonit ni..nanti adik2 twin lagi cepat besar dari kakak ni. Adik2 kena jaga kakak la masa sekolah nanti, jangan bagi orang buli kakak yee..hehehe.. Tahun depan InsyaAllah kak Najla nak sekolah dah..tinggal la umi ngan baby twin kat umah masa abang2 kakak2 bersekolah ye.



Uittt..tak rajinnya nak updateee..huhu.

Assalamualaikum..

Taip entri ni dari bulan 2 tp tak sambung update sampai dah masuk bulan 3 pun.huhu. Apa kena dgn umi ni..tak rajinnya nak update blog. Gambar dah berkumpul banyak tunggu nak masuk blog, tp umi tak rajin sungguh. Jom paksa update sikit2.

Nak up cerita apa pun tak tau..asal masuk gambar je boleh takk..huhu.

P/S : Setelah berkurun tak update..arini rajinkan diri masuk je la gambar2 twin yg berlambak ni ye..mana yg sesuai buat 1 tajuk, umi buatkan nnt.



Superman dah masuk bawah katilll!!

Assalamualaikum..

Kejadian ni berlaku pada tarikh 14 Februari 2017..senang kalo nanti2 nak rujuk umur berapa, kena letak tarikh. Cam biasa, umi kalau dah bagi baby twin minum susu kenyang2, biar je la diorang kat toto nak main sendiri. Diorang pun ok je kena tinggal, tak macam abang kakak dulu2 tak leh nak tinggal, jenuh umi nak buat keje pun susah kan.. Agaknya sebab kembar, diorang pun sendiri tau..bukan senang umi nak usung dua2 sekali kan..hihi. Bab tido pun beza dengan abang kakak dulu2. Depa ni tido memang lama la..tak perlu pun tido buai cam abang kakak. Tidokan meniarap atas katil, tutup pintu bilik, tinggal je la..berejam diorang boleh tido..cumanya kalo sorang jaga, sorang lagi tido..nanti bersambung2..agak letih la umi, kan..hehe. Kalo dua2 lena, lega la sikitt..

Ok, balik pada kejadian tadi. Umi dok buat apa tak tau dengan Najla..rasanya ada kat hall jugak..tp memang tak layan baby la..dah senyap main sendiri kan. Tup2 pandang la 2 badik twinny. Eh, mana lagi sorang ni?? Tengok2.... Ya Allahhhh...dok tersengih elok pandang umi dari bawah katil.hahahaha. Baby tu ialahhhh Baby Hasif, si adik. Kemain hepi dia dok bawah tu..tersengih2 suka. Pastu buat gaya terbang superman dia la.haha. Aduh la haiiii..adik2. Terus umi snap gambar dia..send kat abah. Lawak sungguh la adik ni. Mujur bawah katil baru je sapu..kalo tak, mau berhabuk abg kakak suka sepahkan umah kan. Lepas ni kena sentiasa pastikan bawah katil kena bersih la. Dah katil tetap akan ada kat situ sampai kitorang pindah..malas nak buang. Lagipun, memang kitorang sekeluarga dah tak tido bilik atas dah. Sejak umi bersalin, sampai la baby dah nak masuk 6 bulan ni, kitorang berumahtangga kat bawah ni je la. Malas nak turun naik tangga. Kitorang ni memang sesuai rumah separas aje..hihi.. Sabar ye..nanti kita pindah umah. Dah tak lama dah ni.

Yeayyy..Superman Hasif nak terbang niii

Pastu...ada jugak sesi supeman terbang bawah katil oleh si abang Hadif. Dia pun tingin gak lepak bawah katil cam adik..hahaha. Cuma bezanya abang Hadif ni gerak secara berundur/reverse. Si adik bergerak menyusur ke depan cam biasa. Memang perkembangan keduanya berbeza. Setakat ni semua adik yg dapat dulu..lepas sebulan kemudian baru si abang ikut. Contohnya macam senyum, aksi terbang superman, menyusur. Berat abang pun kurang sikit dari adik..dalam 100g gitu. Apa2 pun, diorang saling sayang menyayangi dan jaga menjaga antara satu sama lain ye..siap jaga Kak Najla sekali nnt tau..sebab kakak awak ni haluih orangnya,hihi.

Sedar2 dah bawah katil si abang Hadif..hahaha

Hadif dah masuk bawah sofa pulak
Hadif kira nak undur masuk bawah katil la tu..

Ni antara beza twinny abg dan adik. Umi tinggal dua2 kat toto..si abg dok terbang Superman dia la..tak bergerak,hihi. Si adik pulak terus mencari menan..dah bergerak ke luar toto main menan kakak..comei sungguh depa dua ni kannn..
Hasif yg aktif ni..





Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform