Assalamualaikum..
Ok, gambar2 sepanjang raya pertama kat KL. Abah ni jenis malas nak snap2 gambar..tak banyak sgt la kenangan nak masuk kat blog. Banyak dapat dari phone Maklong Shikin je ni. Abah kata dia ada snap banyak gambar, masa salam beraya tu..gambar semua bergoyang2..dah bergerak kan. Malas umi nak upload. Kita up mana gambar yang ok saja ye.
|
Kami 6 beranak.. InsyaAllah akan bertambah lagi 2 zuriat kembar seiras boy.. |
|
Gambar kenangan raya keluarga Atok Ab Rahman Julai 2016..semua 15 orang. Tak lama lagi InsyaAllah akan bertambah lagi 3 orang cucu. Semoga Allah permudahkan.. |
|
Atok Nenek, Maklong, Pakcik ngan Makcik. Gambar Paksu sekeluarga takde la pulak kt kitorang. |
|
5 cucu Atok Nenek..yg kecik Sofia takde la pulok.. |
|
Ala..omei adik Najla siap pakai baju raya die. Dress ni takde saiz dia..terpaksa la umi alter kurangkan labuh baju dan tgn baju die. |
|
Umi si kembar dlm perut selfie raya..jgn marah ye..hehe.. Kebanyakan cakap perut umi kecik je..tak macam ada kembar, maybe sbb umi tinggi..bila diri nampak kecik je perut. Sekali baring checkup..amek ko..mmg besar la semua doc dan nurse cakap.haha. Terbaru masa 27 minggu scan di hospital, doc kata cukup dah 36 minggu besar perut ni.wakakka.. |
|
Shawl raya..nak sama kaler ngan baju bebudak..coklat gelap, so jumpa je terus rembat walaupun biasa2 saja.hehe.. |
|
Pakcik merenung jauh..tahun depan jalan raya bawa anak pulak ye pakcik.. |
|
Sofia nak bergambar ngan Moyang Teh |
|
Umi dan anak2..serba coklat kuning raya pertama.. Umah pertama cam biasa kitorang beraya umah Moyang Teh, Kampung Baru |
|
Gambar moyang yg jelas |
|
Maklong ngan anak2 buah |
|
Fateh makan apa tu?? |
|
Kat umah Nek Uda, Keramat Au3. Umah ke 3 kitorang beraya. Umah ke 2 Nek Long takde gambar pulak..kat Kampung Baru gak. |
|
Anak2 on the way pergi beraya. Hepi.. Mau tak hepi dapat kumpul duit raya banyakkkk.. |
|
Aksi umi abah..comei tak? Hihi. Umi la paksa abah bergambar sama..kat luar umah. Kat dlm gelap tak syok..tp tak minat bergambar pulak dia. Kita nk bergambar utk kenangan ye..nnt leh sumbat masuk blog. |
|
Umi dan anak dara kecik..ni pun paksa abah snap gambar..tp sekeping ni je la dia snap pun..huhu. |
|
Nak snap gambar anak2 ni tp adik Najla lak buat perangai. Kat luar umah cerah sure cantik je gambar. |
|
Tgk muka abah dah stress..sbb bosan bergambar.hahaha. Tak sporting kan.. Tgk Najla tu, leh geng ngan abah la. Cam stress tgk dia kan..kecik2 nak stress apa, dik..hihi |
Ok, tu je gambar raya kat KL. Ni umi nak masukkan gambar kenangan family belah abah ni..abah kata simpan kat blog buat kenangan. Kata diorang ni gambar Atok dan Nenek abah..wallahua'alam. Atok abah, arwah Mohd Amin (ayah kepada Atok..moyang budak2 ni la) tu adalah kembar tak seiras..jadi maybe gen kembar dalam perut umi ni ada kaitan dengan atok abah tu.
|
Atok Nenek ngan Neklong beraya jejak kasih..jumpa dgn mak saudara diorang. Kira moyang bebudak ni jugak lerr..adik kepada Atok abah. Paham ke idok ni? |
Ok, sambung bab raya.. Malam raya pertama tu, Atok Nenek dan yg lain ke umah kakak Atok, Nekcik Esah, mak kepada artis Awal Ashaari tu. Kitorang malas nak join sebab tak nak kecoh2..biasa la bebudak ni kalo pegi umah orang kang nak merantau sana sini..tak best la. So, umi abah bawa diorang g Aeon Wangsa Maju tu, abah kata nak cari barang makanan nak balik kampung esok dengan untuk majlis BBQ kat Kulim malam raya ke 2 esoknya. sebelum tu pegi mendobi dry baju utk bawa balik kampung esok..senang dah bawa baju kering bersih kan. Tak penah2 malam raya umi jalan shopping complex, so abadikan kenangan sket.hihi..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.