Showing posts with label Hadif. Show all posts
Showing posts with label Hadif. Show all posts

Sian Hadif luka kaki

Assalamualaikum..

Aritu umi tak sengaja lukakan kaki baby Hadif.huhu.. Sedih sangat tgk darah banyak keluar menitik2..tp Hadif langsung tak nangis..diam je. Tak sakit ke budak ni??

Camni ceritanya..

Umi nak cuci yak dia..biasa umi memang bawa pegi sinki dapur je..cuci situ. Tp aritu terpikir pulak awat la yg dok pi jauh sgt..bilik bawah ni ada je toilet cuci situ je la. Sebenarnya umi malas sket buka pintu toilet ikut bilik kitorang kat bawah tu..sebab kuat sgt bunyi dia. Pintu dah rosak..kena angkat dan tolak kuat..umi tak nak kaco baby tido ke apa kan..so sanggup nak pegi toilet keluar bilik dulu pastu masuk ikut pintu dekat hall la.

Utk pengetahuan, sejak bersalin sampai sekarang memang kitorang sekeluarga tido umah bawah je..dah tak naik atas dah..susah la nak usung air, susu la hape..nnt nak turun pulak usung 2 badik. Biar lepak je bawah.. InsyaAllah tido je bawah sampai pindah umah tahun baru 2017 ni. Tak tau la bulan bila nak pindah tu..tunggu umah siap dan siap renovate semua nnt la kan. Kitorang mmg sesuai dok umah separas je..tak yah bertingkat2 ni.

Oihh..apa melalut2 ni..balik cite asal.

Umi cuci yak kat sink toilet..rendah banding dapur la kan..yak melekat kena sental lama sket..so rendahkan Hadif ke sink..masa nak angkat naik blk tu terasa cam susah sket nak tarikk kaki..cam tersangkut gitu..tup2 tgk 'aik, darah apa pulak ni..Hadif diam je pun'..tgk2 kat kaki dah menitik darah. Jari kaki dia termasuk dlm lubang sinki la ni..patut rasa tersangkut td.

Alahaiii siannya..sori sgt Hadif..umi tak sengaja.. Sedih cam nak nangis umi..padahal Hadif sket pun tak nangis. Lari p sambung cuci montot kat sinki dapur..lalukan air kat jari kaki luka tu. Darah masih ada. Kat towel pun dah ada kesan darah. Sian sgt2 sayang umi ni.

Lepas ni umi tak kan cuci yak, mandikan kat toilet lagi dah..biar je kat dapur cam biasa. Sebenarnya masa Afiq baby dulu pun dah penah jadi..jari kaki dia tersangkut kat lubang sink camni..tp tu kat toilet atas..ni jadi kat adik baby pulak..mmg tak boleh la guna sink toilet utk bersihkan baby.


Follow up check up kaki Hadif

Assalamualaikum..

13hb Jumaat lepas ada appmt follow up check kaki Hadif kat hospital, dulu masa lahir, kaki dia sebelah agak ke dlm sket..tak elok la kalo dah jalan nnt..ni kat unit cara kerja tak silap..tp biasa org sebut fisio..padahal fisio tu unit lain pulak.

Dulu appointment pertama umi dah masuk blog..umur baru tak sampai sebulan kot..tak ingat dah. Kaki Hasif ok, cuma abg Hadif je la yg kaki cam bengkok ke dlm tu. Pakar kata sebab sempit dlm perut kan..terbiasa bengkok dlm perut..keluar bengkok la..tp boleh betulkan..tak teruk la. Umi ni sebab kembar, memang boleh jadi..tp yg pregnant single pun ada je jadi gak.

Bila dah 3bulan appointment semula nk tgk ok tak kaki dia. Umi perhati dah ok..tp tgk apa kata pakar. Umi urut usap cam pakar ajar masa dlm pantang je pun..pastu tak buat dah.

Alhamdulillah pakar cakap ok dah kaki dia..tak yah appointment lagi. Dia ada suruh usap2 urut lagi yg lain cara pulak..kalo ingat umi buat la ye..

Pakar ni dok sebut kuatnya kepala..tinggi angkap kepala. Memang la doc, dari lahir kat hospital lagi nurse dah tegur kepala dah boleh angkat ubah kiri kanan masa tiarap dok bawah lampu tu.hihi. Lagipun diorang tdo meniarap sama..dah biasa la kot kan.

Pastu doc kata.."amboi..tgk ni kaki dia siap bersilang, macam orang besar.."hihi. Si abg Hadif tu la. Mak sorang lagi yg join checkup anak dia pun iyakan gak. Last sekali pakar tu kata.."mai semua kat saya (sambil buat gaya tangan ambil dan peluk ke bdn dia), saya belum rezki dpt anak lg, moga lps ni ada rezki saya".. Laaa..terharu pulak dgr dia cakap camtu..selalu dok layan baby, rupanya belum berpeluang pegang baby sendiri. InsyaAllah doc..kami doakan lepas ni doc dan isteri akan dapat baby..Aminn...  Jom layan video.



Kesian Hadif..gatal2 Ekzema

Assalamualaikum..

Mula2 merah camni..umi dah pelik kenapa tiba2 kulit merah ni??
Buka baju nak mandikan. Kesian..menggeletik gatal..nak garu bukan pandai lagi..tp tgn dok garu kepala, kaki garu kaki sebelah lagi.
Kenangan video masa gatal2 sebelum mandi

Lepas mandi, sapu Aques krim lagi teruk naik merah dan bintik2. Kesian sangat2 tgk dia. Umi mandikan sekali lagi dgn air panas..buang Aques td tu semula. Alhamdulillah tak lama kepas dah tu dah ok..tak gatal dan hilang merah dan bintik tu.
Kenangan video selepas mandi..


Umi dah cite belum tah pasal beza kulit 2 badik kembar ni. Selepas dilahirkan kulit diorang berdua sama je..mengelupas, orang kata bersalin kulit dlm perut..kulit lembut gebu baby.

Tp sebulan kebelakangan ni boleh beza kulit 2 badik ni. Si adik Hasif ok kulit cantik lembut takde masalah..tapiii..si abg Hadif ada masalah kulit. Umi pasan kulit dia selalu merah kat celah pelipat kalo peluh, cam kat atas siku, leher..pastu ada bintik2 merah pulak. Kulit kepala pun berkeruping tak macam adik. Kulit dia jadi kasar jugak..pastu kat perut ada macam panau tp bukan..

Kat kampung aritu ada dok sapu krim kulit Tokwan jugak, Tok kata pakar kulit bg semua guna termasuk baby. Balik sini dok sapu krim kulit dapat dari Hospital Putrajaya dulu, pakar cakap kulit kering diorang ni.

Weekend lepas, Hari Krismas..Nenek ajak pegi jumpa Dr Khadzali, doktor kanak2..suruh tgk kulit Hadif la. Doc cakap baby ada Ekzema ni. Macam Afiq dulu la, cuma Afiq kat kaki je kan..Hadif ni sampai ke badan pulak. Doc suruh cari sabun mandi, sabuj basuh, susu..ganti yg lain..habuk2 jauhkan dan sebagainya.

Pagi semalam umi try guna sabun Cetaphyl masa abg Afiq punya lebih 2 tahun lepas..masa tu kaki Afiq teruk lagi..sebelum Afiq masuk sekolah 4 tahun lg. Ok cam biasa takda apa masalah.

Tup2 petang tu tiba2 Hadif tergaru2..gatal betul ni. Merah dah muka dan badan. Umi pun mandikan, amek sapu krim Aques Afiq 2 tahun lepas punya jugak sebab aritu doc tak bg langsung krim kulit. Sapu seluruh badan..lagi merah badan dia..siap naik bintik2 putih kat badan. Kulit merah cam udang kena bakar. Kesian sgt tgk dia kegatalan..sedih rasa..sebab dia baby kecik lg kan.

Terus call abah suruh balik keje cepat..nak bawa Hadif pegi klinik la. Dapat ubat sapu baru pun ok..agaknya tak sesuai yg lama walaupun belum expired.

Lepas Maghrib dah siap semua kitorang ke KK Prsnt 9..yg memang buka sampai malam..tak tunggu lama sgt pun walaupun agak ramai orang. Doc di situ refer ke pakar kulit di Pusat Bersalin Risiko Rendah..lega dapat kat situ, buka kat hospital sebab hospital ramai 1 hal, pastu parking kemain susah. Lepas ni kita refer pakar kulit je la..lagi bagus kan.

Ya Allah..sembuhkanlah sakit kulit Hadif ni..Aminn... Sian sgt tgk dia dok tergaru2.

Kulit dia merah kat celah pelipat siku tu



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform