Assalamualaikum..
Kena rajinkan diri sungguh2 nak update blog ni..kena buka laptop masalahnya, memang mood rajin tu kurang sket la. Kalo update kat phone pun boleh tapi gambar kemain banyakkkkk tak daya nak update sket2 guna phone tu. Lagipun umi bukan boleh pegang phone lama2 sangat, tangan cepat kebas. Pregnant ni memang lain sket..agaknya sebab dua janin berebut2 zat daripada umi kan..kebas sungguh tangan.
Ni citer raya sepatutnya umi update kan, tp sebab ada gambar penting masa malam last terawih aritu, kita up entri tu dulu lah ye..pasni baru masukkan gambar2 raya 2016. InsyaAllah..
Puasa 2 hari sebelum raya kitorang plan nak berbuka puasa kat surau Al Manar dekat umah cam biasa, tapi rupanya dah takde buka puasa situ..agaknya semalam imam dah umumkan, tp kitorang tak dengar kot. Seronok buka puasa kat surau tu..walaupun 10 malam terakhir baru kitorang start ke situ.
Akhirnya kitorang terus ke Masjid Besi la..buka puasa roti2 dan air botol dalam kete je, makan berat lepas solat Maghrib cam biasa kat Masjid Besi. Alhamdulillah, dapat jugak kami bertarawih malam terakhir dengan imam dari Mesir ni, Dr. Samy..tahun2 sebelum ni tak dapat pun kitorang join tarawih malam last dengan beliau..maybe dah pulang ke kampung. Malam terakhir tarawih di Masjid Besi bermaksud khatam sebuah Al Quran la malam tu..sebab imam baca surah2 bermula dari awal Al Quran sepanjang solat tarawih.
Alhamdulillah, malam ni Allah bagi nikmat menghayati pemergian bulan Ramadhan yang entah umi akan bertemu lagi ke tidak pada tahun hadapan. Walaupun Doa Imam sewaktu witir terakhir tu sangat lamaaaa...dan umi tak paham apa doa yg imam bacakan, tp emosi yg imam gunakan masa baca doa berjaya menarik jemaah malam tu sama2 bersedih akan pemergian bulan Ramadhan..sangat2 sedihhhh..huhuhu.
Ya Allah, mudah2an amal ibadatku yg tidak seberapa ini diterima dah dirahmati olehMu dan diberi ganjaran pahala berlipat ganda. Mudah2an aku dapat bertemu lagi dengan Ramadhan yg akan datang. Amin..
Nak balik malam tu, abah suruh isi nota utk wakaf Quran, pastu imam Mesir tu berjalan dgn imam besar Masjid Besi lalu dekat tempat wakaf Quran tu..ada la orang bergambar dengan imam Mesir sebagai kenangan. Umi pun cakap kat abah, jom la amek gambar..kenangan tu..2 tahun lepas Imam ni la yg tahnikkan adik Najla yg baru berusia 7 hari di Masjid Besi ni. Bila dah takde orang sangat, umi pun cakap la kat salah sorang imam masjid, nak bergambar..pastu bagitau 2 tahun lepas Dr Samy tahnikkan Najla. Imam masjid pun bagitau kat Dr Samy dalam bahasa Inggeris tp Dr Samy tak paham.hihi.. Dia ingatkan nak tahnik sekarang... Takkan besaq gajah ni nak tahnik kot..lawak jugak.hehe.. Takde sape pandai cakap bahasa Arab nak fahamkan Dr Samy kot. Imam besar yg lama dulu..mmg friendly, sekarang dah bertukar imam baru..kalo tak, dapat la kitorang sampaikan maklumat yg betul pasal tahnik Najla tu. Takpela..hehehe..
Terima kasih kat imam masjid tu yg berusaha nak bagi kitorang bergambar jugak dgn Imam Mesir Dr Samy. Alhamdulillah dapat jugak bergambar kenangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.