Kesian Hadif..gatal2 Ekzema

Assalamualaikum..

Mula2 merah camni..umi dah pelik kenapa tiba2 kulit merah ni??
Buka baju nak mandikan. Kesian..menggeletik gatal..nak garu bukan pandai lagi..tp tgn dok garu kepala, kaki garu kaki sebelah lagi.
Kenangan video masa gatal2 sebelum mandi

Lepas mandi, sapu Aques krim lagi teruk naik merah dan bintik2. Kesian sangat2 tgk dia. Umi mandikan sekali lagi dgn air panas..buang Aques td tu semula. Alhamdulillah tak lama kepas dah tu dah ok..tak gatal dan hilang merah dan bintik tu.
Kenangan video selepas mandi..


Umi dah cite belum tah pasal beza kulit 2 badik kembar ni. Selepas dilahirkan kulit diorang berdua sama je..mengelupas, orang kata bersalin kulit dlm perut..kulit lembut gebu baby.

Tp sebulan kebelakangan ni boleh beza kulit 2 badik ni. Si adik Hasif ok kulit cantik lembut takde masalah..tapiii..si abg Hadif ada masalah kulit. Umi pasan kulit dia selalu merah kat celah pelipat kalo peluh, cam kat atas siku, leher..pastu ada bintik2 merah pulak. Kulit kepala pun berkeruping tak macam adik. Kulit dia jadi kasar jugak..pastu kat perut ada macam panau tp bukan..

Kat kampung aritu ada dok sapu krim kulit Tokwan jugak, Tok kata pakar kulit bg semua guna termasuk baby. Balik sini dok sapu krim kulit dapat dari Hospital Putrajaya dulu, pakar cakap kulit kering diorang ni.

Weekend lepas, Hari Krismas..Nenek ajak pegi jumpa Dr Khadzali, doktor kanak2..suruh tgk kulit Hadif la. Doc cakap baby ada Ekzema ni. Macam Afiq dulu la, cuma Afiq kat kaki je kan..Hadif ni sampai ke badan pulak. Doc suruh cari sabun mandi, sabuj basuh, susu..ganti yg lain..habuk2 jauhkan dan sebagainya.

Pagi semalam umi try guna sabun Cetaphyl masa abg Afiq punya lebih 2 tahun lepas..masa tu kaki Afiq teruk lagi..sebelum Afiq masuk sekolah 4 tahun lg. Ok cam biasa takda apa masalah.

Tup2 petang tu tiba2 Hadif tergaru2..gatal betul ni. Merah dah muka dan badan. Umi pun mandikan, amek sapu krim Aques Afiq 2 tahun lepas punya jugak sebab aritu doc tak bg langsung krim kulit. Sapu seluruh badan..lagi merah badan dia..siap naik bintik2 putih kat badan. Kulit merah cam udang kena bakar. Kesian sgt tgk dia kegatalan..sedih rasa..sebab dia baby kecik lg kan.

Terus call abah suruh balik keje cepat..nak bawa Hadif pegi klinik la. Dapat ubat sapu baru pun ok..agaknya tak sesuai yg lama walaupun belum expired.

Lepas Maghrib dah siap semua kitorang ke KK Prsnt 9..yg memang buka sampai malam..tak tunggu lama sgt pun walaupun agak ramai orang. Doc di situ refer ke pakar kulit di Pusat Bersalin Risiko Rendah..lega dapat kat situ, buka kat hospital sebab hospital ramai 1 hal, pastu parking kemain susah. Lepas ni kita refer pakar kulit je la..lagi bagus kan.

Ya Allah..sembuhkanlah sakit kulit Hadif ni..Aminn... Sian sgt tgk dia dok tergaru2.

Kulit dia merah kat celah pelipat siku tu

Twinny

Assalamualaikum..

Hadif tgk adik Hasif ni suka sgt, dok sembang apa ngan umi..
Amboii..sukanya Hasif
Aik, adik yg suka dah terlena dulu..hihi.
Kenangan video si twinny kesayangan ramai ni. Hasif si adik awal sket suka senyum kalo orang agah. Umur 2 bulan camtu dah senyum. Hadif si abg lambat sket..dah masuk 3 bulan la. Tu nampak muka Hadif can garang abang2 sket. Hasif muka lembut..mudah senyum la.

Jalan2 Kajang..

Assalamualaikum..

Hari Luqman Jannah pegi kem motivasi ASBAB tu, petangnya pulak kami yg tinggal ni jalan2 shopping kat Metro Kajang. Nak teman abah cari baju keje dia sebenarnya..kat Parkson situ. Baju lusuh2 dok ulang pakai pegi ofis..sian dia. Bukan tak mampu pun nak beli, kan..

So 1st time lah jugak kitorang bawa stroller babies yg beli aritu. Mm..rupa2nya susah juga ye..haha. Sebabnya stroler tu besar..kiri kanan kan..nak masuk lif muat tp kalo orang ramai dlm tu camna nak masuk. Eskalator utk troli or stroller takde pulak. Terpaksa la tutup buka stroller tu..abah usung. Umi pulak dukung 2 baby serentak..muscle naik lg ni.hahaha.. Yg si Afiq n Najla kena jalan sendiri..kena pantau betul2 la. Kalo ada abg kakak ok sket, leh tolakkan buggy Najla ke, leh pegang barang ke..mmg perlu anak ramai ni..wakakak.

Takpe..lepas ni kita jalan2 kat mall yg ada eskalator troli tu je ye.. Memang mudah dah nak bawa twinny jalan2 sejak ada stroller ni. Yg pasti si Najla pun kena bawa buggy supaya tak terlepas pandang..kalo tak tolak troli la. Kalo tolak troli, Najla Afiq dan kadang2 Jannah sumbat dlm tu..senang jalan.

Kat Metro sape je yg jumpa kitorang semua teruja pakat tegur tgk si kembar. Memang glamer ye kembar2 baby ni..mana saja jd perhatian org. Alhamdulillah syukur Ya Allah beri kami peluang memiliki si kembar.

Kat Parkson lak..susah gak nak jalan guna stroller besar walaupun muat. Last2 umi ajak anak2 lepak luar la..sementara abah pilih baju2 abah. Kat luar ada menan token boleh bebudak main..tp banyak aje benda alah tu tp tak leh main..1 je yg boleh guna. Dok ulang masuk syiling dlm sebijik tu je la.hehe..


Kem Motivasi Masjid Sg Merab

Assalamualaikum..

Poster kem
Sesi bersama tahfiz muda Aqil
Cari Luqman
Cari Jannah
Sesi pengurusan jenazah. Ilmu baru bg diorang ni..
Cari Luqman..bersama tahfiz muda Aqil
Cari Luqman
Sesi bersama imam muda Fakhrul. Main guna belon..hepi riuh rendah bebudak.
IM Fakhrul siap diri atas kusi..
Cari Luqman
Cari Jannah
Cari Luqman
Acara penyampaian sijil bersama ibubapa..
Gambar terbaru kami sekeluarga 8 beranak..

Alhamdulillah..dapat jugak Luqman Jannah join kem kedua dlm cuti sekolah ni. Aritu kat kampung, kali ni dekat ngan umah kitorang pulak. Abah ada nampak poster kem, pastu terus daftar budak2 la.

Sama macam di kampung, kem ni berlangsung sehari je..tp masa yg lebih panjang dari 8pg sehingga 11 malam..dgn yuran RM50 seorang sahaja. Budak2 mmg hepi nak join kem lagi. Dpt ilmu baru, dpt kawan baru..mudah2an InsyaAllah.

Pagi tu abah hantar bebudak daftar. Pastu kitorang tak jenguk siang tu. Malam lepas Isyak barulah kitorang ke sana..ada sesi bersama ibubapa jugak.

Petang tu umi abah dan Afiq Najla n twinny jalan2 ke Metro Kajang cari baju seluar keje abah..rasmi stroller twin baru.

Malam kelam kabut blk umah solat, tuko baju, prepare susu baby..keluar tapau roti john utk potluck di masjid. Mujur sesi bersama ibubapa dlm dewan sejuk econ..takde la rasa melengas ke kan. Nasi pun tak sempat makan siang tu..kat masjid makan apa yg ada je..dh lewat dtg kan..

Masa sesi ibubapa..ada doa utk ibubapa..anak2 umi mmg jenis sensitif, nangis2 cari umi abah. Jannah terus lari ke abah..dia nampak abah dulu. Luqman berdiri tak dpt nak dtg kt umi yg dok dlm sket dukung baby..umi keluar dekat dia la. Aritu kat kampung abah dah cakap bebudak ni nangis pegi kat abah.hehe..

Majlis tamat selepas pukul 11.30mlm. Last acara penyampaian sijil bersama ibu bapa. Alhamdulillah selesai..

Twin stroller Hadif Hasif

Assalamualaikum..

Akhirnyaaa..setelah umur baby twin Hadif Hasif nak masuk 3 bulan, baru lah tercapai impian kitorang nak beli twin stroller utk diorang. Sebelum ni memang niat nak beli, tp dok survey harga dulu..pastu balik lepak kampung 2 minggu pulak..so tak yah beli dulu la.

Dah balik Putrajaya semula..jom beli terus la stroller utk diorang. Susah kuar berjalan sumbat dlm car seat pastu letak dlm troli..sorang lg sama ada dukung atau dok dlm single stroller.

Survey punya survey..akhirnya umi abah amek keputusan order online di Lazada je..sebab jauh beza harga banding kat luar..online sangattt murah. Kat luar mau RM500, 600 ke atas. Ribuan pun berlambak..

Kita ni nak guna sebab perlu je..sekadar nak mudahkan keluar berjalan..jadi, cari yg murah2 sudah la. Kitorang sepakat beli stroller jenis buggy..murah sket. Kat Lazada baru RM387..tgk kat Sogo 500 lebih kott.

Abah order online malam hari 19 Disember..tup2 esoknya 20hb, Gdex dah ketuk pintu hantar stroller.. Wahh..cepat gilerr. Hepinya..tak sabar nak bawa babies jalan2 guna twin stroller.

Yeayy..dah sampai stroller twin..cepat sungguh, baru je order semalamnya..
Kakak Najla yg comei hepi nak tgk stroller baby. Najla ada buggy jugak utk jln2 kan..nnt leh naik sama2 dgn babies.
Akhirnya berjaya jugak memiliki stroller twin..daripada My Dear. 
Camni la rupanya kami dlm stroller twin ni. Sedondon pulak dgn baju.hihi..
Abg2 kakak pun nak bergambar dgn stroller baru babies. Najla moody dok ngan abah..dia nak naik stroller sebenarnya tu.hihi. Nanti keluar jalan kita bawa buggy kak Najla ngan babies sekali la ye..

Balik Putrajaya semula..

Assalamualaikum..

Kitorang balik Putrajaya semula pada Jumaat 16 Disember..cukup 2 minggu kat kampung, ikut plan asal nak balik Putrajaya kalo Luqman pegi kem motivasi pd 18hb..tp tak jadi pegi kem pun kitorang tetap balik awal..tak jd nak sambung sampai Selasa.

Umi dah stress duduk lama2 tanpa abah dgn peel anak2..mcm2 la diorang..lepas sorang2. Dah nama budak, macam2 peel.. Tak larat umi nak hadap dah. Cukup la..jom balik dok umah kita pulak..huhu.

Baju Achik belikan utk twin. Kaler pink tp masa umi dpt baju ni, umi tak rasa cam baju gigirl pun..walaupun kaler pink.hehe.
Pakai sekejap je baju ni..si abg Hadif. Sampai kat Masjid Jawi..abah nak solat Jumaat dulu sebelum masuk highway..abg bantai yak bocor kemain banyak. Kena la tuko baju lainn..
Abg tuko baju putih dah.
Adik still pakai pinky.
Gerak dari Kulim dekat kul 1 tghari..sampai Putrajaya kul 8.30 mlm. Terus tuko cadar baru yg Achik belikan di Ipoh. Lena 2 badik twin.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform