Selagi bulan Syawal belum habis, selagi tu la kita berjalan raya ke rumah sanak saudara kan..utk mengeratkan silaturrahim sesama keluarga.
Weekend yg lepas ni kitorang ada dapat beberapa jemputan open house jugak la..tapi tak semua dapat dipenuhi.. Mana yg sempat dan dekat saja la boleh join. Sabtu kitorang plan nak ke open house kawan sekolah abah di Sungai Buloh tp Luqman dok ajak ke umah teacher tuisyen dia..dari bulan posa lagi sibuk ingatkan..so ikut je la dia. Dah jumpa teacher baru tau peel si Luqman ni macam mana kan..
Nak ke Sg Buloh tak sempat dah sebab dah janji nak celebrate besday Najla kat umah Atok, Keramat. Janji kul 4ptg tp kul 5 pun kitorang belum sampai..jem jalan hari Sabtu orang beraya kan.. Nanti pasal besday Najla umi buat entri baru. Sini pasal jalan2 raya je dulu.
Malam Sabtu tu kitorang ke umah Paknjang Najib, geng2 kem diorang buat open house..tak snap gambar la pulak..kira tak dapat la nak join open house KRT kitorang kat Putrajaya, dah jauh kan..malas nak pusing2 blk. Umah sepupu kat Sepang pun tak dpt join..maaf sgt2.
Esoknya kitorang dah ada plan nak jalan raya ke rumah mak sedara abah (kakak Atok), Nenek Jamilah kat Sungai Buloh. Pegi beraya dgn Atok Nenek dan Pakcik Latiff dan Makcik Anne je. Paksu tak dpt join sbb jaga anak2 kat umah, Maksu keje.
Petangnya pulak mmg dah plan ke umah Tokcik Pah sebab diorang buat open house, so ajak Atok Nenek semua sekali la lepas tu. Pagi ada majlis raya taman perumahan Atok kat dewan depan umah pun tak rajin nak pegi..takut perut penuh sgt..tak termakan dah nanti bila nak jalan tengahari dan petang.
Budak2 purple ni buat perbincangan apa..duduk sekelompok kat hall tu? |
Nenek Jamilah tgh bercerita pasal salasilah keturunan Atok sekeluarga..hihi. Baru la nampak sket bila dah citer tu kan.. |
Awat Pakcik dgr cite sambil tutup muka ni..hihi.. Kitorang dijamu mee sup aritu.. |
Arwah Mohd Amin, ayah kepada Atok dan 8 adik badiknya. Atok sorang lelaki tunggal dlm keluarga. Moyang Mohd Amin ni la yg ada kembar tak seiras.. |
Ni arwah Mak Itam dan suaminya..yg menjaga anak2 moyang selepas kematian ibu dan ayah. Orang kaya Kampung Baru kalo tak salah. |
Kat umah Tokcik Pah, Batu Caves pulak.. Kat sini umi makan laksa dan bubur kacang. Ada nasi dagang juga.. |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.