Showing posts with label Saudara mara. Show all posts
Showing posts with label Saudara mara. Show all posts

Berkumpul Cucu2 Keramat

Assalamualaikum..

Ahad lepas..ada kenduri kahwin anak Tokcik Pah kat Gombak (nanti umi update..gambar banyak giler..), lepas tu singgah umah Atok Nenek Keramat sekejap..sebab nanti dekat 2 minggu diorang takde, pergi bercuti di Bosnia. Sementara family Kulim jalan2 buat spek kat Sungai Wang sebelum balik umah Putrajaya kitorang, so kami lepak2 Keramat sekejap. Tak larat nak ikut ke Sungai Wang sebab semalamnya kitorang dah pegi..umi pun dah buat spek baru murah viral tu jugak. Abah lagi la bosan menunggu..wakakak.. Nak buat camna, kalo umi ajak abah sendiri memang idak lerr abah nak pegi kan. Ni sebab family Kulim datang, abah terpaksa la join jugak.. Alaaa..bagi la peluang kat umi ni, abahh.. Sian umi..

Ha..sambung lepak Keramat..cucu Atok Nenek seramai 9 orang semua ada. Adam pun datang jugak tak lama pastu..so snap la gambar kenangan ye..

Cucu2 utk tahun 2017 ni saja 4 orang. Sofia, Adam dan twinny Hadif Hasif. Sekolah sama2 la nanti ye..walaupun lain2 sekolah.

Adam tetiba je nangis..hihi. Takde sape buli pun..nape nangis Adam? Kak Jannah snap gambar ni, muka Najla tak masuk sekali..apa laaa.. Najla nak kawan ngan Sofia, tp Sofia kecik lagi..bukan reti nak kawan ngan kak Najla.hehe..
Apa hal adik Hasif tertiarap kat lantai tu..ngantuk dah la yee..letih kenduri tadi.
Itu la 4 babies 2016..diketuai Sofia kakak kawasan (Februari), Adam (Ogos) dan twinny Hadif Hasif (September)..

Jalan2 ziarah umah Pakndak Man dan Makndak Tikah

Assalamualaikum..

Masa tgh bulan Feb aritu..15hb, family Pakngah Nizam ada tournament Bowling FRU PDRM kat IOI 2, 3 hari jugak la. So, diorang lepak umah kitorang. Cam biasa kalo diorang turun KL, memang diorang akan berkampung kat umah kitorang. Kali ni agak lama jugak sbb lepas boling, ada Mess Night polis pulak.

Rajin dok ulit baby la Aina ngan Ayien..kena pantau gak si Ayien sebab dia kecik lagi. Aina boleh harap jugak jaga baby macam Jannah.. Pandai dia melayan si Najla main..bape ari nak panas enjin si Najla tu. Ada video najla seronok main ngan Aina tp tak boleh download pulak. Kita cuba nanti ye..


Alang2 dah turun KL lama kan..so, diorang amek peluang jalan2 ziarah umah Pakndak Man dan Makndak Tikah kat Sg Merab tak jauh dari umah kitorang. Lepas Makndak Tikah berpindah sekolah dari Johor ke Putrajaya..maka dekat la umah kitorang ngan umah diorang. Kalo family nak datang pun senang..sebab dekat kan. Tok Tokwan confirm akan tido kat dua2 buah umah.

Ok, malam tu banyak makanan yg diorang sediakan utk kitorang. Memang makan aje la..sampai full perut yg dah sememangnya gemok gedempol ni kann..haha. Ada sate, ada spageti, nuget2, biskut, kentang tah apa lagi la. Ni kali ke dua la, kitorang datang umah Pakndak Man..dah berubah wajah..dah pasang econ kat hall. Sofa kitorang bagi pun dah elok leh baring sambil tgk tv.

Makndak Tikah suka sangat main ngan twin. Semoga Allah murahkan rezeki diorang dapat baby twin jugak..
Makann..makannn..
Sian abg Is..letih lena. Dia tak larat sebab demam. Dah 2x abg Is datang KL demam..
Amboiiihh..tengok TV si abg Hadif tu. Comei sungguh 2 budak bulat nihh!
Makndak p tutup muka awat tak tau..hehe..

Twinny dengan sepupu - Adam

Assalamualaikum..

Hari Sabtu minggu lepas masa berlangsung Festival Makanan Thai di Presint 14, Atok Nenek dan Pakcik Makcik sekeluarga singgah ke umah kitorang sebab nak jalan2 festival tu. Dapat la twinny jumpa dengan sepupu diorang Adam Izz Zikry anak Pakcik Latiff.

Adam ni kadang2 kalo jumpa twin, dia takut ke apa tak tau la..kang dok saje2 dia menangis,hehe. Aritu masa kat umah Atok Keramat lagi la..tak leh pandang twin, tunduk nangis je.. Twin..jangan buli orang yeee...hahaha.


Suka tengok si Adam ni sebab dia jenis suka tengok orang..hihi. Dia pandang je muka orang tak berkelip2. Nanti membesar sama2 la ngan twinny. Beza umur diorang pun 23 hari je. Sbaya 1 tahun dengan Sofia jugak..anak Paksu Amad. Twin lahir haluih betul dulu..beza giler dengan Adam..tp sekarang dah nak sama besar, cuma Adam besar lagi la..

Hari Keluarga Cucu Cicit Lebai Shafie CCLS 2017

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..impian umi nak berkumpul keluarga besar camni tercapai jugak. Selalu dok tgk orang lain je berkumpul ramai2 mengeratkan silaturrahim. Kali ni adalah yg ke 3 diorang berkumpul..baru lg lah ditubuhkan..

Tahniah pada Tokwan, Tok, Maklong Lina dan Paklong Amar yg berusaha korek2, cari2 balik ahli keluarga belah kitorang ni..utk disatukan dlm group besar Lebai Shafie. Maka dapatlah berkumpul kali ni..bertambah ramai ahlinya.

Tapi..trip kali ni, umi sekeluarga belum berpeluang join. Bukan umi je, ramai lagi tak dapat blk kampung join sebab salah timing. Memang sesuai dah hari keluarga ni buat time raya cina..masalahnya minggu depan nak kena balik pulak utk kenduri kawen anak Toknjang Zah, Alang Mira.

Jadi, kebanyakan dari kami amek peluang berkumpul waktu kenduri nnt la. Mana boleh nak balik 2x ataupun ponteng keje dan sekolah lama2 kann..

Semoga kami semua berpeluang join trip akan datang pulak..katanya berlangsung 2 thn sekali. Trip kali ni berjaya mengumpulkan lebih 500 orang dan dimasukkan dlm akhbar Sinar Harian.

Family umi yg join kali ni Tok Tokwan dan Maksu Yayah, Maklong Lina sekeluarga, Achik sekeluarga dan Pakndak Man n Makndak Tikah. Kami daripada generasi Osman bin Lebai Shafie..Maklong cakap generasi kitorang yg paling ramai datang hari tu.. Maklong yg paling banyak berusaha carikan list nama seluruh ahli keluarga generasi Osman.

Jom kita tgk..sampai mana dah generasi Lebai Shafie sekarang.

1. Lebai Shafie
πŸ‘‡ Generasi pertama
2. Osman bin Shafie
πŸ‘‡ Moyang umi, Tokwan Tokwan..kikiki
3. Chah binti Osman
πŸ‘‡ Tok umi, mak Tokwan
4. Ahmad bin Saad
πŸ‘‡Tokwan, abah umi
5. Noraziha binti Ahmad
πŸ‘‡ Sapa lagi..ai lerrr..hihi
6. Luqman + Jannah + Afiq + Najla + Hadif + Hasif bin/binti Muhd Razif (anak2 umi)

Tu lah salasilah ahli keluarga kami. Kiranya sampai ke anak2 umi dah generasi ke 6 la. Tak pasti dah ada generasi ke 7 ke belum kalo ikut anak2 Lebai Shafie yg lain.

Walaupun umi tak join, umi tetap nak masukkan gambar hari keluarga CCLS aritu..bertarikh 29 Januari 2017 di Alang Kenari, Yan, Kedah.

Baju urusetia CCLS..
My 3 sisters
My family semua ni..
Pakat naik 4x4 Paklong Amar nak p mana pulak ni?
Hepi la depa mandi kolam ye. Depa kata dalam kawasan tepi tu..tu yg pakat bergayut belaka..
Tokwan dapat hadiah apa tu??
Paklong Amar pun dpt ke?
Maklong Lina jd MC pgg mic tu..Paklong Amar pegang bekas cabutan bertuah
Ahli keluarga umi. Ada lg generasi Osman cam kitorang, katanya penyertaan teramai kali ni..tp pakat balik awal..tinggal la yg ni je.
Para urusetia. Ada gak kat situ Tokwan, Paklong Amar dan Maklong Lina
Maklong Lina sempat posing sementara kat belakang sibuk nak bergambar reramai
Meja pendaftaran
Kalo tak silap ni satunya generasi pertama yg masih ada. Adik Lebai Shafie. Tak pasti betul tak..nnt umi update kalo salah.
Suasana family day
Kolam mandi..yg ni pakat tak sabar nak terjun la yee..hihi
Berkumpul reramai tp tak semua yg join ada situ. Diorang tak tunggu semua ada pun. Ada yg dok mandi kolam, ada yg dok lepak bilik, ada yg dah balik.. Family umi yg ada situ Maklong Lina dan Paklong Amar je la.
Cerita family day CCLS masuk dalam paper Sinar Harian. TAHNIAH!!



Pakndak pindah rumah Sg Merab

Assalamualaikum..

Hari Tahun Baru aritu, kami sekeluarga jalan2 tgk umah Pakndak Man dan Makndak Tikah. Diorang baru je pindah masuk umah tu sehari dua camtu. Sebelum ni diorang dok kat Jasin, Melaka..umah family Makndak..ulang alik jauh la si Pakndak nak mai keje kat KL ni..so dia pun minta makndak apply ngajar sekolah kat Putrajaya. Seminggu je apply terus dapat. Agaknya memang banyak kekosongan kat Putrajaya kot.

Maka, berpindahlah diorang berdua ke Sungai Merab..berjiran ngan Putrajaya ni. Nak cari umah Putrajaya mau riban2..nak tunggu kuarters pulak, tah zaman tok kadok bila baru nak dpt la kann.. Masa kitorang dapat dulu tak ramai lagi orang apply kuarters kot..tak tunggu bertahun2 sgt la utk dpt kuarters..teres pulak tu kan.

Sebelum pindah, diorang ada duduk umah kitorang dulu seminggu sebab makndak dah kena ke sekolah sebelum start sesi persekolahan tu. Makndak dpt mengajar di SKPP9(1). Sebelum tu depa berkampung kat umah Paknjang Najib seminggu jugak. Take note, pakndak penah duduk ngan kitorang sebelum kawen tu bertahun jugak..daripada sebelum Najla lahir lagi. Dlm 3 tahun rasanya.

Kitorang p Bangi dulu..setelkan pasal sewa PA System ofis abah tu, balik baru singgah umah depa. Ada la menapau makanan sket, dah nak Maghrib memamg takde lagi la kuih muih kan. Abah beli nasi lemak utk budak2, char kuey tiow utk dewasa. Tak tau pulak umah baru pakndak takda sudu garpu segala. Pinggan pum buka kotak hadiah kawen je..hihi..

So, berjemaah la makan guna tangan..wakakak. Depa ada beli kuih muih sket utk bdk2 ni. Dah makan, dah solat Maghrib..lepak sat baru lah kitorang blk umah. Tgk umah pakndak kosong, so tanya diorang nak sofa tak..kitorang punya ada kat bilik atas tak guna..diorang kata ok. So tak bape ari pastu..diorang datang..abah antar ke sana guna Exora la. Dapat gak duduk2 lepak, tak yah beli kann..

Bila pulak nak jalan umah depa, tunggu semua family Kulim dtg, kita kumpul sana lg la.. Masa tu dah banyak barang keperluan dah rasanya.

Awat umi serupa giant je nampak.haha. Cam muzium 3D la pulak tgk abah kecik kat sudut tu..padahal dok sebelah je..wakakak
Pakat duduk bersila lantai la ye..pasangan baru berkahwin masuk umah baru memang cenggini la. Umi abah dulu pun penah merasa camni..pastu rezeki ada je yg bagi sumbangan barang2 umah..selain dibeli. Alhamdulillah.

Balik kampung..

Assalamualaikum..

Kitorang sekeluarga balik ke kampung di Kulim pada hari Jumaat 2 Disember 2016, tepat pada hari anniversary umi abah 11 tahun. Malam sebelum tu 1 Disember baru berlangsung majlis akikah twin Hadif Hasif.

Abah ajak terus balik sebab kata abah, minggu depannya seminggu direct dia berkursus, tak boleh nak ambil cuti. So kitorang pun ok la. Hari Khamis petang, Atok Nenek anta anak2 dari Keramat, diorang lepak sana dari hari Ahad lepas..malam time Maghrib terus kitorang reramai ke Masjid Besi utk majlis akikah si kembar.

Esoknya pek baju pung pang pung pang, akhirnya pukul 4 ptg barulah kitorang boleh bertolak. Tak singgah utk makan pun, cuma benti pegi toilet dan surau saja..kitorang sampai umah kampung dah pukul 10 lebih camtu tak silap.

Hari Sabtu esoknya, bagi Luqman Jannah dan 2 sepupu diorang..Alisa dan Aliya join kem motivasi di Masjid Keladi. Kat kampung umi tak dpt jalan mana pun..dah abah takde, tempat bergantung takde la jawabnya.

Kitorang dok sana cukup-cukup 2 minggu la. Macam2 peel bebudak tah la..jenuh umi. Cukup la 2 minggu tu. Yg join blk kmpg gak..kira berkumpul reramai kt kmpg tu, family Pakngah Nizam, Achik dan anak2, Alang Ti n anak2, Maklong Lina dan anak2..pastu Pakndak Man n Makndak Tikah. Yg takde cuma family Paknjang Najib ngan Maksu Yayah je la.

Tunggu InsyaAllah awal bulan 2 ni pulak..pakat berkumpul reramai..sepupu umi @ anak Toknjang sebelah umah Tokwan nak kawen.

Mula2 duduk 3 sekawan ni kat buai..tak bercakap pun masing2. Tp Aisha cakap sorang2 la..cam bercerita kat umi yg tgh dukung baby. Monyok je muka Najla..umi suruh senyum..pastuuu..

Ok, dah senyumm..br comei.hihi. Rania n Aisha ni sebaya, 3 thn. Najla 2 thn.
Kakak pulak mai join lepak buai.. 2 badik gigirl umi ni.
Aisha anak Maklong Aida @ Siah, sepupu umi. Aisha ni besday dia sama ngan umi 3 Mei..ramah budaknya, tak takut ngan orang pun.
Tgk tu sepupu2 main apa dari belakang umah Aisha tu. Afiq nak dtg ke buai la ni.
Tu sepupu sepapat kalo dpt berkumpul. Abg Danish tinggi besar dah ha..Tingkatan 1.
Twin Hadif Hasif dapat jumpa dgn sepupu diorang, Ain Safiya. Beza seminggu je umur diorang ni..16hb dan 23hb Sept. Ain dah tercabut sebelah stokin. Adik ke abg..dah lupa.haha..gagah perkasa angkat tgn 2 belah tu..hihi.
Alaa..cian, nangis dah lapar la ni ye. Achik snap gambar ni nak tunjuk kat Maksu Yayah baju ni Maksu yg belikan utk twin.
Achik baru sampai kampung malam td..pagi2 dah kerinduan nak gomoi baby. P kaco baby nak tido. Omeinyaaa...
Reramai ni pakat ikut Achik g pasar malam naik 1 kete..padat cam sardin.
Pantang amek gambar..pakat berebut nak join. Muka Hadif tak nampak.
Sesi perbualan antara Hadif dan Ain. Tah apa yg depa sembang tak tau la. Sampai muncung mulut bercakap.hihi. Hadif cakap, Ain jgn la nangis2 sgt, cian ibu awak letih.. Ain jawab, saya pun tak mau nangis camni tp tak tau kenapa asyik nangis je..saya lagiii letih tau..huhu. Hasif pulak cakap dlm hati..lantak hangpa la, aku nak minum susu..ngantuk, lapaq.
Senget pun senget la ye..tak tau nak tuko camna lagi. Pakndak Man yg snap gambar twinny masuk FB..comei katanya. Umi dah rotate pun tetap terbalik. Biar la..janji nampak si comei twinny kan.. Kalo ikut gambar tak terbalik, Hadif kiri, Hasif kanan.
Saya Hadif
Saya Hasif

Kat bawah antara kenangan kat kampung aritu. Videokan bukti Najla main. Dia masih tak berani nak bersosial ngan sepupu sepapat. Jadi, bila dia main tu wajib la snap buat kenangan.hehe.



Najla hepi main ngan Damia. Masa ni sepupu sepapat dah tak ramai..tu yg berani dan suka sgt.


Kenangan baby Ain melalak sakan..huhu. Jenuh laa.. Tok kena jaga dia aritu..mmg tak boleh buat kuih dan pegi kenduri la. Tak tau sampai bila agaknya peel menangis kuat ni akan berakhir.


Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform