Seminggu di kampung & bercuti di Penang






























Sepanjang 2 bulan menyepikan diri ni, ada byk gak nak cite. Ni umi nak cite psl kitorg sekeluarga balik ke kampung di Kulim. Mule2 mmg kitorg plan nak blk pd ujung bulan 6 bersambung ke awal bulan 7 (27/6 – 2/7) sbb nak bercuti bersama famili abah di Penang strusnya lepak kat kmpg 2, 3 ari. Itupun plan sbnrnya nak blk kmpg awal bln 6 tp cancel sbb pindah umah lak. Tp betul la apa yg org selalu sebut, ‘Kita hanya merancang, Allah yg menentukan segala2nya’. Kitorg terpaksa blk kmpg lebih awal iaitu pd Isnin, 23hb Jun kerana bapa saudara umi, Paklang Eei @ Remli telah kembali ke rahmatullah pada awal pg Isnin di tempat kejenya di Penang akibat sakit jantung.

Pg isnin tu gak la abah call bos die bgtau nak cuti emergency selama sminggu sbb blk kmpg. Terkezut la skjap bos nape sampai sminggu pdhal kes kematian je.hehe. Sbnrnya abah plan balik kmpg sminggu trus sbb pd Jumaat, 27/6 famili abah nak dtg bercuti 3 hari di Penang & kitorg pun join skali, so tak perlu nak balik 2x..save budget minyak & tol katakan. Dah la harga minyak naik mendadak lps kitorg pindah umah..

Berbalik kpd kes kematian arwah paklang, mmg sume org yg dpt berita ni terkejut besar cam tak percaya sbb arwah sihat walafiat, takda sakit or letih pun. Hari Ahad tu abah umi (Tokwan MLuqman) dan adik beradiknya seramai 6 org siap jalan2 ke Baling lg setelkan hal tanah keluarga dan takde tanda2 yg pelik ditunjukkan oleh arwah. Sampai sekarang pun sume berpendapat yg arwah masih ada, mana taknya..arwah mmg dikenali sbg salah seorang org yg paling kuat bersama abah umi dlm melakukan apa2 saja hal berkaitan keluarga. Ape2pun mmg Allah dah tetapkan umur seseorang itu sampai di situ walaupun sesihat mana pun dia. Yang menyedihkan, arwah pergi bersendirian..tiada siapa di sisinya termasuk isteri, anak2, adik beradik, kawan2 sbb arwah meninggal di tempat keje pd malam overtime. Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan diletakkan dlm kalangan org2 yang beriman. Amin..

Mmm..kat kmpg, dapat la umi adik beradik berkumpul beramai2 kecuali paknjang Najib n maknjang Azma MLuqman je yg tak dpt blk atas hal keje. Cam biasa MLuqman taknak kat sape pun kecuali umi n abah die je la. Tp kalo ada budak2 boleh la diajak bermain. Die suke sgt kawan dgn anak abg umi, Pakngah Nizam iaitu Nurin & Aina. Mule2 dia suke kawan dgn abg Danish n Iskandar tp umi risau MLuqman ni kecik lg..diorg main ganas2..hehe..kang main sket, meraung..so, umi kena pantau la. Yg umi sian sgt, Tok & Tokwan die tingin sgt nak dukung or pegang2 die, tp sket pun die xnak..nampak je org nak amek die, terus nangis peluk umi. Ke mana je umi pergi, sure die ikut. Sejak umur die belum setahun smpai la skrg ni tak penah berubah perangai die tak nak pada org yg tak dikenali dan lama tak jumpe.

Ok, dah 5 ari lepak kt kmpg (sempat gak la jalan2 makan2 kat Kulim, Machang Bubuk dan Penang ngan famili Pak Ngah Nizam. Thanks abg, belanja kitorg makan..ada rezeki nnt, turn kitorg lak belanja abg sekeluarga makan..hehe.), Jumaat tu famili abah dr KL dtg umah Kulim dulu, sempat solat Jumaat n umi lak bawakan nenek jumpe isteri arwah paklang, Makngah Zizah. Dlm pukul 3ptg kitorg pun bertolak ke Penang. Kali ni MLuqman berkesempatan naik feri banyak kali. Sesat2 gak la cari hotel yg atuk booking tu. Bertolak kul 3, dekat kul 6 br smpai.. Sbnrnya dekat je, tp sesat pnya psl..hehe. Hotel ape ye..ala..umi lupe la pulak..kat Tanjung Bungah tu. Takde ape sgt yg best kat Penang ni..sempat la makan nasi kandar kat 2 kedai terkenal.cheewah..n sempat gk tgk pantai kat Batu Feringghi, tp dah tak cantik la cam dulu. Kementerian Pelancongan kena bertindak ni..hehe.

Ada la snap gmbr MLuqman bape keping..masa kat pantai dekat hotel die tunjuk perangai die sebenar takutkan ombak..hehe. Setiap kali air cecah kaki, terus meraung bagai nak rak..hehe. Padahal tgn die tgh pegang tgn umi tu..Ish ish budak bertuah ni. Okla, smpai sini saja cite psl bercuti ni. Umi cube usahakan masuk gmbr die kat sini nnt. Kitorg bertolak blk ke KL pd hari Ahad, 29hb Julai.

3 Hari 2 Malam...

Bertemu skali lg dlm blog Muhammad Luqman ni..dlm masa 2 bulan muncul semula ye. Ape agaknya yg korang pikirkan bile baca tajuk kat atas ni ek? 3 hari 2 malam? Bunyi macam cite tv Dr. Fazley kat tv9 tu je.. Ok, taknak buang masa, umi terus cite je la. Jom layan..

Sbnrnya 3 hari 2 malam tu adalah pengalaman MLuqman kena masuk wad Hospital Serdang, Selangor kerana suspek denggi. Citenya camni..; Anak bertuah umi ni start demam panas pd Ahad, 6hb Julai lps. Cam biasa, umi & abah jaga die sama je cam die demam sebelum ni..takde nak syak ape2 sbb boleh dikatakan tiap2 bulan MLuqman ni akan demam panas selama 3 hari camtu. Kebetulan esoknya 7hb Julai ada appointment umi bawa die g klinik desa kat Sg. Ramal. (Oh ya..umi terlupa nak bgtau, sbnrnya kitorg sekeluarga dah berpindah umah dari Kota Damansara ke Taman Sepakat Indah 2, Bangi, Kajang pd awal bulan Jun aritu..nnt umi cite ye..kite smbg cite MLuqman dulu).

Ok, kat klinik suhu badan die tak bape panas sgt tp umi still amek ubat demam “Fepril Syrup’ utk die gak. Biasanya MLuqman ni akan demam panas smpai tido pun terkejut berkali2 tu waktu malam la. Mmg mencabar gak umi abah jaga die waktu camni sbb budak kecik ni tersangat la sensitif kalo kite nak lapkan kepala die dgn air sejuk or pakaikan koolfever kat dahi or letakkan termometer kat bawah ketiak die..mmg die akan meraung punye. Nak makan ubat ape lg, betul2 mencabar la..bile die nampak je umi kelaurkan botol ubat n picagari tu, mula lah meraung meronta2..manja takyah cakap la..budak tgh demam, mmg kena banyak sabar je la.

Alhamdulillah..seperti biasa slps 3 hari, pd Rabu, MLuqman dah sembuh sepenuhnya. Tp mmg Allah swt nak menduga umi & abah dengan ujian kecil..mlm Rabu tu mula lah naik bintik2 or ruam merah kat badan anak umi ni. Bile bgn pg, ruam2 merah tu dah penuh kat tangan dan muka lak. So, pg tu hari Khamis, 10hb Julai, paksu MLuqman, Amat (tinggal ngan kitorg bile ada kuliah kat Uniten) bawakan umi n MLuqman g Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi. Abah dah g keje dulu, balik nnt abah yg jemput kitorg. Dah jumpe doktor, siap kena amek darah (meraung gak la..sian die), umi dimaklumkan anak umi disyaki mengidap denggi kerana platlet darah merahnya rendah. Lagipun, doc ckp sejarah kawasan perumahan yg kitorg dok skrg ni penah ada kes denggi mati (ada org di tngkat 13 meninggal & dah bape kali blok perumahan kitorg kena sembur ubat nyamuk tu), jd kebarangkalian anak umi nak kena pun tinggi gak la. So, anak umi kena admit wad untuk dapat kepastian dan sembuhkan jika ada penyakit tu.

Akhirnya, dpt la umi & MLuqman merasa naik ambulan yg bunyi siren kecemasan tu ke hospital..Abah yg follow kat blkg pun tak dpt kejar..laju sgt n abih sume trafic light dilanggar.hehe. Kat hospital, MLuqman kena masuk air kat badan..umi rasa sian sgt tgk anak kecik umi ni dalam keadaan macam ni, tp umi kena kuat semangat.. Tima kasih pada kawan baik umi, Leen dan kakak ipar umi, Kak Lynn yg berikan semangat pd umi supaya jgn tunjukkan kesedihan umi pd MLuqman supaya die lebih kuat menentang kesakitannya. MLuqman kena admit wad pediatrik 5A, bilik 3, katil 10.

Sepanjang kat wad, MLuqman tak nak berenggang langsung dgn umi..kalo boleh nak peluk je umi sbb lebih 5x die kena cucuk kaki & tangan untuk amek darah. Die dah jadi fobia bile tgk nurse or doctor..terus meraung n peluk umi.. Umi die yg dah sarat mengandung 7 bulan ni kena gak la melayan, dukung budak kecik ni.. Nasib baik abah amek cuti pd Jumaat tu, dpt la sama2 menjaga anak kami. Mlm sblm tu pun abah temankan umi & MLuqman kat wad smpai kul 11 lbh.

Penah skali yg membuatkan umi & abah tak sedap ati bile amek darah..doc n nurse tak bg kitorg masuk dlm blk makmal tu..dr luar kitorg dgr MLuqman meraung sungguh2..betul2 rasa geram, sakit ati, nak marah..tah ape yg diorg buat pada anak kecikku masa tu. Bukan ape, MLuqman kan tak penah berenggang, berpisah dr umi, bayangkan bile die seorang yg hadapi doc n nurse2 kat dlm tu..mcm mana agaknya perasaan die..umi rasa cam nak rempuh je bilik tu n bawa lari anak umi..tp masih kena fikir secara waras lg la. Tu la pengalaman paling pahit sepanjang 3 hari 2 malam kat situ.

Akhirnya, setelah di amek darah (mula2 setiap 4 jam skali n last2 10 jam skali) dan diuji, para doktor telah membuat keputusan yg anak umi Muhammad Luqman bebas daripada penyakit denggi..Alhamdulillah, umi & abah bersyukur pd Allah..kami redha dgn ujian kecil dariMu ni ya Allah. Kami tetapkan hati dgn positif, maybe ada hikmah anak umi kena tahan wad ni..mana tau kalau stil kat umah, mmg betul2 kena denggi, lg parah. Doc tak ckp secara khusus ape sakit MLuqman cuma ruam2 merah tu salah satu virus campak gak tp bukan campak yg teruk sbb mata MLuqman tak merah dan tak ada tanda2 lain cam muntah, batuk dsb.. Kitorg discharge wad pada tghari Sabtu, 12 Julai. Terima kasih gak pd yang dtg melawat, atuk nenek MLuqman, paknjang Najib n mknjang Azma MLuqman dan paksu Amat.

Tp, yg tak bestnya..kuar je hospital smpai la sekarang ni, MLuqman still batuk, selsema dan demam biasa..agaknya jangkit dr budak2 yg ada kat bilik wad die la. Budak ni dah la antibodi tak kuat, senang je nak dapat penyakit. Smpai ke arini still makan ubat, padahal kat hospital 1 ubat pun tak kena makan..asyik amek darah ada la. Ape2 pun umi & abah doakan Muhammad Luqman akan kembali sembuh seperti sediakala. Semoga Allah swt berikan kekuatan kepada die utk melawan penyakit2 lps ni.. Mudah2an itulah kali pertama & terakhir die kena tahan wad..kalo nak masuk hospital gak, biarlah bergelar seorang doktor..hehehe. Amin.


Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform