Perkembangan terbaru Twin Hadif Hasif

Assalamualaikum..

Saja nak cerita sket pasal twinny Hadif Hasif ni..

Mula2 update pasal berat bebudak botak ni dulu..daripada lahir, sebulan dan 2 bulan.

Hadif 2.47 → 3.6 → 4.7kg
Hasif 2.55 → 3.4 → 4.7kg

Dah bulat masing2..dah berisi la banding masa lahir dulu kecik cinonit je. Alhamdulillah. Setiap bulan naik berat dlm 1kg..ok la tu.

Susu..sekarang diorang ni minum susu ibu, Anmum, Dutch Baby. Haa..sampai 3 sekali susu diorang minum ye..dahsyat sungguh.hihi. Selain susu ibu mmg umi tambah susu formula. Dah namanya kembar, tak terlayan umi kalau nak menyusu serentak kan. Lelaki..kuat minum pulak tu. Hadif banyak minum sket rasanya.. Kenapa sampai 2 susu formula? Sebabnya awal kelahiran memang abah belikan susu Anmum, pastu rasa tak larat la nak belikan lg sbb cepat sgt abis..mahal pulak tu sekotak dlm RM50 lebih sekotak 650ml tu. Anggaran twinny berdua minum sekotak selama seminggu aje. So, kitorang pun terpaksa tuko susu lebih murah, Dutch Baby. Tp Atok pulak nak belikan Anmum sesekali..takpe la dah rezeki twinny camtu.

Manja..dengar suara cam Hadif manja sket..Hasif cam kuat sket la konon..tp sebenarnya sama je manjanya.hehe.. Tp kan..abg Luqman dan kak Jannah penah sesaja buat "haaaaaa!" camtu kat diorang berdua..si Hasif terus nangis dengan manjanya..haha. Umi pulak penah terbersin 2x masa pegang Hasif, pun nangis jugak si adik..macam konon orang marah dia la.haha.. Manja la si Hasif ni kannn..

Tido.. Cara tido diorang yg umi perhatikan.. Siang diorang tido lena..ok la. Bila malam pulak diorang nak berjaga pulak..walaupun ngantuk, letak sekejap pun jaga balik. Kira bersengkang mata sampai tgh mlm..nanti diorang akan tido lena..dan akan bangun dlm pukul 4-5 lebih la.

Tangan Hadif masa baru seminggu camtu..kecik je
Ni pulak tangan Hasif..masa umur dah 2 bulan. Nampak beza kan..dulu kecik haluih je..hihi.
Ni bukti tangan Hasif..dia je ada tanda lahir hitam kat tgn ni..nak membezakan mana Hadif, mana Hasif.

Najla dan khemah

Assalamualaikum..

Ahad aritu umi abah hantar Luqman Jannah Afiq pegi umah Atok..lepak sana 4, 5 hari cuti sekolah ni..sebelum Hari Akikah babies Khamis ni dan sebelum balik kampung.

Tinggal la Najla sorang dgn umi dan adik2 twin dia kat umah waktu abah pegi keje. Sebenarnya plan asal mmg nak tinggalkan Najla sekali kat Keramat. Dia pun hepi..mmg nak dok sana..tp bila umi abah nak blk, dia mula buat perangai..terus usung bawa balik la..amek sekali baju2 pampes dia.

Ni kat umah bosan, kadang2 dia dtg tanya mana abg kakak pastu nnt dia cakap adik nak g umah atok..adik tak nangis. Banyak la cekadak..ingat dekat nak pegi. Tunggu je la abg kakak balik nnt. Kawan ngan diorang kat kampung nnt je la.

Nampak dia boring, umi suruh masuk dlm khemah main brg abg Luqman..mula2 dia takmo, so umi temankan la. Barulah hepi dia main..keluarkan pemadam yg byk, keluarkan kad boboiboy.. Selalu main berdua dgn abg Afiq masa abg Afiq dah benti sekolah awal aritu.

Jom tgk apa dlm khemah bebudak ni..

Khemah bebudak ni yg seller jual katil bg free gift aritu. Abah ckp nak beli sebijik lg bg diorang main..Lazada tgh sale RM20 je sebijik.
Najla dlm khemah. Umi suruh pejam mata sbb umi guna flash kamera..khemah gelap.
Nak tunjuk keadaan dlm khemah. Nanti anak2 dah besar, tgk la tempat mainan korang ni..macam2 lukisan ditampal.

Hepi Besday Muhammad Luqman 10 Tahun

Assalamualaikum..

Tanggal 18 November 2016 telah genap umur Muhammad Luqman, anak sulung umi abah..10 tahun.

Tahun ni cam biasa dia dok tanya nak potong kek..nak hadiah sebab tiap tahun dari lahir diorang potong kek kan..acara tahunan family Keramat gitu..

So tahun ni umi saja cakap, Luqman dah besar nak potong kek lagi ke.. Ada budak dah takmo..sebab dah besar, malu la kan..lagi2 budak laki. Dia pun cam mengiyakan walaupun dlm hati tu tingin nak potong kek.hehe.

Jadi, konon kitorang pun cam tak nak la sambut besday dia. Hari besday dia tu pulak kitorang sekeluarga ke Melaka ikut abah berkursus..jadi takde sambut apa la. Hadiah dia lepak hotel je la kan.hehe.

Seminggu lepas tu abah cakap sian pulak tak potong kek dia. Kat Keramat pun maybe takde..kot diorang tak ingat (sebenarnya nenek ingat sbb nenek ada tanya abah lepas tu). Malam hari Jumaat diorang ngaji, abah pun pegi beli kek bawa balik, nak surprise kan Luqman la.

Hepi dia balik ngaji ada kek. "Kata tak nak potong kek" dia kata.hehe. Setakat potong kek pun boleh buat anak hepi apa salahnya kann.. Tima kasih abah, walaupun selalu marah kat Luqman yg susah nak suruh solat, susah nak kejut bgn tido dan lain2..tp masih ingat nak hepikan anak sulung dia ni. Umi doakan Luqman membesar jadi anak yg soleh. Umi menunggu masa di mana suatu hari nanti umi sgt bangga dgn Luqman.. InsyaAllah akan sampai masa tu nnt. Aminn..

Selamat Ulangtahun Kelahiran Luqman ke 10 tahun. Umi sayang Luqman dan adik2..


Pasan tak muka Jannah monyok tu kenapa..sebab bergaduh ngan Luqman la. Luqman tak bg Jannah dok sekali dlm gambar. Tu yg umi panggil Afiq Najla bergambar sekali. Memang diorang suka bertekak sket 2 badik ni..nnt kawan balik dah tak ingat yg bergaduh tu. Anak la hai anakk..

Jamuan Akhir Tahun Kemas Air Hitam Permai..last day di sekolah Afiq

Asalamualaikum..

Cikgu Liza dengan Ustaz
Kumpulan Afiq utk terima hadiah beg sekolah dan set alat tulis
Abah potong kek kecik Angry Bird.
Gambar konvo Afiq..ada 2 keping la..tahun lps dan thn ni. Cuma terkilan Afiq tak dpt join konvo sebenar dan dpt sijil sebab umi masih berpantang..lokasi majlis jauh di Banting sana nun..buat majlis join banyak sekolah..memang ramai la. Tak sanggup nak bawa babies kecik ke sana.. Takde rezki Afiq.
Cenderahati beg sekolah dan set alat tulis..rezki Afiq pegi sekolah hari terakhir ye..

Hari Rabu minggu terakhir persekolahan, sekolah Afiq buat jamuan akhir tahun dan merupakan hari terakhir persekolahan. Walaupun Afiq dah benti sekolah bulan 11, umi ajak abah join jugak la majlis tu. Dah lama umi tak pegi sekolah jumpa Cikgu Liza. Lagipun gambar konvo Afiq pun belum ambil.

Masa raya haritu sekolah tak buat jamuan sbb Cikgu Liza ada masalah kesihatan awal mengandung, jadi ganti dgn jamuan akhir tahun ni la.

Pagi tu umi suruh Afiq g sekolah je..biar jumpa n main ngan kengkawan..salam Cikgu Liza dulu. Sure rindu..dah lama tak pegi sekolah. Dan rezeki Afiq pegi sekolah dapat la hadiah beg sekolah dan set alat tulis Spiderman. Alhamdulillah.
Umi abah, Najla dan baby twin pegi sekolah Afiq pukul 11. Majlis start kul 10.

Sebelum tu abah singgah Mydin dari ofis abah..belikan hadiah towel utk Cikgu Liza dan pembantu..dan kek utk jamuan. Parent diminta sumbang makanan sket.

Alhamdulillah selesai..tahun depan Afiq dah sekolah di Prasekolah SKPP14(1)..sama sekolah dgn abg Luqman dan kak Jannah.

Baby twin baru, car seat dan stroller pun baru..

Assalamualaikum..

Bila dah dapat baby twin ni terpaksa la membeli menambah barang2 baby yg baru utk diorang. Car seat lama warisan Luqman dah buruk terkeluar abis habuk2 span berterbangan. So belilah yg baru di jualan online Lazada lagi murah dari kat luar.

2 car seat baru utk twin Hadif Hasif..oder di Lazada. Syukur dapat 2 kaler berlainan.


Rocking chair ni dah lama..bukan baru ye. Warisan Afiq dulu..Atok yg belikan utk guna di Keramat, tp masa Najla lahir rocking chair warisan Luqman dah rosak, besi ke bawah sgt..so kitorang bawa balik yg ni ke umah. Sekarang baby twin pulak guna. Tp ada 1 je..kongsi2 la..tak nak beli baru sebab nak beli stroller utk twin. Tumpang la car seat warisan Luqman yg dah takde kain dia sbb dah tak elok.

Kitorang nak beli stroller baru utk twin utk mudahkan keluar berjalan2. Twin stroller lah jawabnya senang sekali tolak je kan..tak perlu la nak penuh2kan kereta dgn 2,3 stroller. Stroller lama warisan Afiq masih elok macam baru sbb jarang diguna. Nak letak 2 baby memang sempit..insyaAllah kita akan let go nanti.

P/s : Umi update pasal stroller kat sini je walaupun lama kemudian baru beli stroller. Alhamdulillah order twin stroller kat Lazada pd 19 Disember, esoknya 20hb dah sampai umah.

Kitorang survey banyak tempat mmg mahal betul la twin stroller kat luar..atas RM500..ribu pun ada. Tak nak la beli mahai2 cmtu walaupun boleh je beli..tp fikir nak guna just letak baby sekejap je kalo kuar jln2..utk mudahkan kitorang yg ramai ahli keluarga ni, murah pun ok. So, jawapannya order online je la..Lazada. Murah dari kat luar.

Akhirnya umi abah confirm beli buggy stroller..murah dan tak makan ruang kete sgt. Harganya RM387..delivery RM15. Yeayy..bestnya nak jln2 cmni.
Kenangan twin Hadif Hasif dok dlm stroller single masa seminggu bersalin camtu.. Sekarang dah bulat mmg tak boleh nak share lg camtu..sempit diorang pun tak selesa.

Ni cara kitorang jln sebelum ada twin stroller.haha. Car seat letak dlm troli camni. Sorang lg dukung atau dok dlm stroller lama abg Afiq.


Beli jenis buggy stroller je..murah sket. Asal boleh baring sudah la ye..
Taraaa...kitorang dah ada twin stroller. Bestnya nak jalan2 lepas ni.

Bercuti..ikut abah berkursus di Melaka..

Assalamualaikum..

Sebenarnya umi nak update entri ni dah lama tp dok tangguh2..sekali tgk phone, gambar2 kenangan kat galeri phone abis hilang. Sah2 si Najla delete ni.huhu. Banyak gambar umi snap tp tak dapat la masuk kat sini. Apa nak buat..

Ni yg ada umi amek balik dari wasap Makndak Tikah dan yg umi send kat BFF umi, Cik Leen. Boleh la..daripada takde kann..

Kitorang ke Melaka hari Jumaat 18 Nov, besday Luqman. Kursus start pukul 9 pagi, jadi pagi2 lagi lepas Subuh kitorang dah kena gerak ke Melaka sbb boleh masuk hotel hari Jumaat tu. Dah anak ramai ni dgn ada baby2 kecik agak kalut jugak la umi pek baju barang la hape..bangun dari pukul 4 pg lg padahal. Pengalaman manis semuanya ni..

Yg menjadi masalahnya abah cakap boleh masuk hotel masa check in pukul 12. Habis..umi dgn anak2 nak dok mana kan. Baby kecik pulak tu. Nak dok boleh la tp agak susah juga kott. Pastu umi tanya pada Makndak Tikah kot boleh lepak umah dia sat sebelum abah jemput pukul 12 tghari. Makndak cakap jauh dari umah dia Jasin ke hotel kitorang menginap di Bandaraya Melaka. Dalam 1 jam perjalanan, jem pulak lagi.

So, Makndak cadangkan..kitorang pegi je hotel terus, nanti dia datang jemput kitorang bawa jalan dan makan..sebab dia memang nak keluar ke Bandar Melaka. Ok set la.

Esoknya, dah sampai hotel tu dlm pukul 9.10 camtu..belum start kursus abah. Pastu rupa2nya dah boleh masuk bilik hotel. Alhamdulillah.. Tp sebab dah janji dgn Makndak, kena la kuar jugak ngan dia.

Kitorang naik bawa beg ke bilik dulu sementara tunggu Makndak sampai. Wahhh..besar gila bilik. Tak penah dok hotel bilik besar camni kecuali yg hotel apartment ada banyak bilik tu kan. Ini mmg 1 bilik tp luas besar. Sayang la..umi dah snap gambar tp kena delete pulak galeri phone umi.

Tv ada 2..kat depan katil 1..pastu kat hall belah sana 1. Jadi takde la kaco baby twin nak tido kalo abg kakak bising2 main sambil tgk tv. Lena baby tido siang hari pertama. Tp malam susah pulak nak tido. Abah dah la ada aktiviti sampai malam.

Bebudak ni tak dapat turun mandi kolam kat bawah sbb umi tak boleh la nak teman usung 2 babies ni..so diorang berendam dlm bath tub la. Ok la tu kannn..janji diorang hepi dok hotel sudahhh.

Masa keluar ngan Makndak Tikah tu, dia bawa kitorang makan kat Pantai Klebang pastu bg budak2 main taman menan seround. Gambar hilang, takde la kenangan.huhu. Tengahari sebelum solat Jumaat kitorang dah sampai bilik hotel..bergelumang dalam bath tub la bebudak..diorang bukan mandi lagi dari Putrajaya awal pagi td.hihi..

Aduh..umi tgk balik gambar ni umi pun tak pasti mana satu Hadif, mana satu Hasif. Kembar seiras camni la..muka sama, umi sendiri pun tertukar kekadang.hihi. Tp on the way perjalanan camni la..sorang dlm car seat lama (car seat baru belum sampai..hari gerak ke Melaka sampai sebijik dulu..sebijik lagi diorang lupa hantar..sebab tu akhirnya dapat kaler lain2..mulanya cakap takde stok hijau), sorang lagi tido tiarap kat atas seat kete yg diturunkan.
Ni masa mula2 masuk bilik. Terus landing katil sementara tunggu Makndak sampai. Sekeping ni je gambar dlm bilik hotel..alahaiii..
Makndak Tikah dgn baby Hadif. Camne leh tau Hadif?? Sebab kat tangan takde tanda hitam..hihi. Makndak kata dah besar..dulu jumpa kecik jee..
Nampak tanda hitam kat tgn kanan? Tu la baby Hasif. Dia sedap je lena tiarap dlm stroller. Nak sumbat dua2 sekali dlm stroller sempit..kadang diorang rimas..kena la dukung sorang. Sebab tu tak sabar nak beli twin stroller..
Hadif belum tido..
Kat bustel..hotel bas Pantai Klebang.
Hari last..dah nak balik. Berlambak umi snap gambar pakai baju ni dgn abg kakak..langsung hilang..abis kenangan anak2 kat hotel ye.

Jom Jalan2 Putra Putri Ummi..

Assalamualaikum..

Lepas umi abis pantang je..terus nak ajak semua kuar jalan2 la..bawa baby berdua ni tgk camna senang tak nak bawa jalan2.

Ari ke 45 tu jatuh hari Ahad, so try la kuar kan.. Sekaliiii..kalo dah plan tu..konon nak kuar awal, dari pagi umi dah mandi time babies tido..tp lepas Zohor barulah keluar umah.huhu. Macam2 hal..sat itu sat ini. Dengan Afiq dan Najla buat peel merap tiba2 la. Lain kali tak yah nak plan2 sangat.

Gambar2 kat bawah ni kali ke 2 kitorng keluar jalan2. Tu pun petang la.. Sebelum keluar jalan, bergambar dulu 6 putra putri umi abah ni.

Comeinya kak Najla senyum camtu.hihi
Send gambar ni kat dua2 family Keramat dan Kulim. Maknjang Azma dan Paksu Amat cakap Najla dah macam Jannah.. Maknanya 2 badik gigirl ni iras la..



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform