Showing posts with label Pengalaman mengandung. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman mengandung. Show all posts

Last checkup di hospital

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar, umi dah berada di hujung2 kehamilan ye. Minggu ni usia kehamilan umi dah 35 minggu..tak sabar nak masuk 36 minggu iaitu 9 bulan..bulan terakhir mengandung. Umi memang selalu berdoa agar kehamilan kembar umi ni biar sampai ke penghujung..masuk 9 bulan la..sangat2 berharap jangan bersalin awal, pramatang..7 atau 8 bulan. Alhamdulillah, Allah permudahkan..

Minggu 35 ni umi ada appointment hospital 2 hari berturut..Isnin jumpa pakar bius..Selasa checkup dgn pakar. Letih juga kena pegi 2 hari sbb biasa la hopsital kerajaan..tunggu punya la lama..berejam.huhu.

Jumpa pakar bius, abah antar..pastu abah bawa Najla ke tempat lain la.
Sempat snap gambar kanak2 tak boleh naik wad kecuali 10 tahun ke atas. Mm..perlu tau sgt tu sbb tak lama dah umi nak masuk wad..bebudak ni tak dpt naik la kecuali Luqman. Siannya..nnt nak tgk umi dan babies kat wad tak dpt.

Jumpa pakar bius sekejap je, nak tunggu jumpa dia tu mak aiii..lama nau. Sempat la borak3 ngan mak2.yg teman anak mai melawat baby diorang kat Nicu. Baru umi tau, Nicu penuh, jadi baby2 terpaksa menumpang di wad harian.

Nicu umi penah duduk lepas Afiq lahir dulu..sbb dehydrated..tu yg boleh tgk baby2 pramatang..sebab tu berdoa sgt jangan la umi bersalin pramatang. Wad harian pun umi penah duduk..kena operate gigi..bius penuh tahun 2012 dulu. Maknanya umi penah operate bius separuh ceasar dan bius penuh dental. Semoga Allah permudahkan ceasar kali ke 2 nanti. Amin..

Kanak2 umur 10 tahun ke atas saja boleh naik wad. Siannya 3 badik yg kecik2 nak juga tgk baby kembar diorang dgn umi kat wad..dah 3, 4 ari tak dapat jumpa kan..takpe, kot boleh merayu kita tgk camna nnt..
Risalah pasal bius sebelum.pembedahan. Tak nampak pulak tempoh boleh makan minum..apa adaa umi ni. Sebenarnya last boleh makan minum sebelum pukul 12 malam sebelum operate..pastu puasa la ye. Air masak pulak boleh minum sebelum 2 jam kena bius.


Esoknya checkup dgn pakar O&G. Doc senior dan junior dah terangkan siap2 risiko operate ceasarian nnt. Mm..mula la mai perasaaan takut kan. Kita dah ada pengalaman operate 10 thn lps, tak tau camna keadaan parut operate dulu tu. Harap sgt Allah permudahkan proses operate nnt, semoga parut2 luka dulu pun elok2 saja. Amin..

Kali ni merupakan checkup terakhir di hospital..ye la, dah 35 minggu. Lagi 2 minggu je nak operate. Minggu depan minggu 36 last checkup di Klinik Kesihatan Presint 14..scan dengan doc sekali..mudah2an elok je semua. Amin Ya Allah..

Hasil scan dgn doc pakar..Alhamdulillah semuanya normal..baik dari urin, bp, (hb kat KK pun normal), uri, ketuban semuanya normal..Allah permudahkan..syukur sgt2. Dan yg penting dpt tau berat babies umi..memang dah lebih 2kg, jadi tak perlu lah dimasukkan ke Nicu tempat bayi pramatang tu. Mudah2an lepas bersalin juga, diorang sihat walafiat takde penyakit kuning dan sebagainya. Amin..

Result last scan di hospital. Alhamdulillah berat babies dah lebih 2 kg masing2. Bayangkan la camna umi bawa perut yg berat walaupun orang dok tegur perut kecik je..hehe. Sebelum2 ni bersalin 4 orang anak semuanya tak sampai 3 kg..kali ni 2 orang, dah 5 kg la gamaknya..hihi..

Perkembangan baby kembar umi..dan prepare barang2 keperluan lagi.

Assalamualaikum..

Saat umi menaip entri ni, kandungan umi dah berusia 33 minggu..bermakna tinggal genap sebulan je lagi sebelum umi bersalin operate bayi2 kembar umi yg dijadualkan berlangsung pada 23 Sept bulan dpn. Pejam celik, pejam celik tak lama je lagi kami semua akan bertemu dgn si kembar seiras berdua ni kan..hehe..

Utk kenangan umi mengandungkan anak2 kembar ni, jadi umi akan selalu update hasil checkup atau detail scan kat hospital setiap 2 minggu sekali tu.

Masih berdoa dan bertawakal mudah2an Allah permudahkan segala urusan bersalin sebelum, semasa dan selepas.. Amin.. Sangat berharap akan bersalin selepas usia kandungan dah memasuki 36 minggu atau 9 bulan. Dan mudah2an berat babies pun kedua2nya sgt baik melebihi 2kg.

Minggu 30 masa ni..semua normal tp berat babies dah lain2 ni..sebelum ni lebih kurang je berat diorang..alahai..share la makanan babies umi..
Apa nama nak sebut istilah perubatan tak tau..tp perjalanan darah dari uri ke baby tu Alhamdulillah normal.
Ni pulak minggu lepas, minggu ke 32..tiba2 berat babies sama lak ni..2.0 kg. Baru 2 minggu lepas berat sorang 1.7 dan 1.3 kg, tak kan naik banyak sgt kot. Biar betulll..susah gak nak percaya walaupun sangat senang hati kalo berat dah cecah 2kg seorang.
Dari awal scan memang kedudukan babies tak sama antara keduanya. Diorang lebih kepada seorang normal, kepala berada di bawah. Yg sorang lagi pulak songsang, kepala di atas.

Ok, box utk simpan baju2 dan barang baby dah siap beli di Aeon Alamanda..murah2. Beli 2 box merah kat bawah tu. Yg putih tu box zaman Luqman lahir lagi..still elok.
Ni pulak rezeki si kembar 2 badik ni. Balik keramat tgk atas katil ada seplastik baju baby. 10 pasang ikutkan..kira dpt kat babies sorang 5 pasang. Ok la tu. Aritu umi ada beli tambah baju suar pendek baby lg 4 pasang..kena tambah sket2 la. Banyak duit nak pakai.huhu.

Shopping barang baby batch #2

Assalamualaikum..

Weekend lepas tak dpt jugak nak setelkan plan2 kitorang nak shopping brg umah, shopping barang2 babies yg belum cukup.

Sabtu abah bz keje part time biz dia tu. Ahad pegi melawat sepupu bebudak ni, Al Fateh kat hospital..admit sebab demam lama..ingat balik tu nak terus singgah kedai baby Bangi tapi dlm perjalanan Luqman muntah dari petang sampai ke malam. Cancel la shopping2 ni.

Abah kata nnt hari keje abah balik awal dari biasa, so boleh la pegi malam. Ok la..

Isnin tu, abah balik awal..bebudak ni nak main ngan kawan2 kat luar umah dulu..lps balik Kafa..so lepas Maghrib la kitorang keluar.

Kedai baby Manjaku Bangi ni je yg umi tau murah sket barang2 dia..so ke situ je la. Jualan gudang ke apa takde info yg dpt pun.

Malam ni kitorang beli pampes, wet tissue, kelambu, selimut, sabun basuh baju baby, barang penjagaan diri..umi dok tgk2 gak baju suar pendek (baju siang) baby. Aritu semua baju seluar panjang utk malam.

Apa lagi..umi cari yg paling murah je la cam aritu. Dlm RM10 sepasang. Dah twin ni kena la pandai memilih kan..dah perbelanjaan berganda. Tp umi jumpa sorang 3 pasang je. Sebab umi tak nak over bajet..sian abah, dah banyak kuar duit.

Aritu umi shopping 2x tu..dah dekat RM400 belanja..pastu abah beli malam ni pulak dekat 300. Haaa...dekat 700 dah utk si kembar berdua ni setakat ni. Mudah2an Allah murahkan rezki kami sekeluarga selepas kelahiran babies ni. Amin.. Permudahkan segala urusan kami. Syukur atas kurniaan rezki kembar ni..Allah tau kami mampu, sebab tu Allah anugerahkan diorang. Alhamdulillah.

Jom tgk barang apa kami shopping kali ni.

Semua barang2 kat atas total belanja dekat RM300.

Shopping barang keperluan babies batch #1

Assalamualaikum..

Haihh..umi dah masuk minggu 31 sekarang ni. Minggu lepas minggu 30 baru la sibuk pi kedai baby kat B. B. Bangi nun..pi 2x..2 hari berturut la. Letih sungguh minggu lepas..berjalan saja, pastu appointment klinik dgn hospital hari Rabu, Khamis pulak. Rasa tak larat sangat.

Nak tunggu abah, lambat..dia bz ngan keje je. Tu umi pi cari dulu..usung Afiq ngan Najla, esoknya bawa Najla je. Umi plan cari baju2, mitten booties, barut bb, towel dan selimut dulu. Pampes, wet tisu bagai nanti pegi ngan abah la. Tp tak selesai jugak minggu ni..ada je benda yg tak dpt dielakkan.huhu.

Umi bukan apa..dah nama kehamilan berisiko, bila2 je boleh bersalin tp barang belum prepare abis lagi..tak best la kan.. Nurse pun dah tanya aritu..barang2 dah prepare belum..umi cakap baru cari la.

Ok..barang2 batch #1 umi dah basuh lipat elok2 dah. Tunggu nak beli box lagi la..tak cukup tempat nak simpan. Nnt kena shopping lagi..tunggu abah free sekejap.

Umi seronok dapat shopping baju2 barang baby dan basuh sidai..comei je tgk baju kecik2. Kali ni Allah bagi peluang mengandung kembar, jadi perbelanjaan tu kena lebih la sket kan. Baju yg umi beli setakat ni sama je utk 2 badik kembar..2 pasang utk setiap design. Baru 10 pasang baju tido setiap sorang. Baju siang belum lagi. Tu pun dan abis dekat RM400..cari baju pulak yg paling murah sekaliii..sepasang RM10 camtu je. Alhamdulillah ada..tak kisah la murah pun, asal ada baju baru boleh tuko2 pakai.

Semoga Allah permudahkan dan murahkan rezeki umi dan abah. Lepas ni kena cari tambah lagi baju siang pulak ye. Umi sama2 kuar duit ngan abah nak shopping barang keperluan babies ni.

Jom tgk hasil tangkapan batch #1..nanti ada lagi, kita update entri baru ye.

Hasil tangkapan batch #1
Suka tgk baju babies yg dah sidai..campur tu barut n mitten booties. Ok la tu..
Baju2 baru utk babies umi. Baru 10 pasang baju tido setiap seorang. Beli juga barut pelekat baru dengan mitten booties. Cukup la bila dah campur dgn warisan abg kakak dulu tu.
Dalam box tu..simpan dah lampin, barut, mitten booties yg lama..warisan abg kakak dulu. Baju2 lama tak jumpa lagi..nnt cari wat tambah.

Inject Dexa utk matangkan paru-paru bayi

Assalamualaikum..

Semalam ari Jumaat, masih dalam minggu ke 28, umi pegi inject dexa kat Pusat Bersalin Berisiko Rendah Presint 8. Semalamnya ke hospital scan sampai dh pukul 12 dah lewat, so doktor suruh buat esoknya je la..tak yah ke hospital sebab parking penuh..ssh kan. So suruh ke Presint 8. Alhamdulillah.

Umi dah google pasal dexa ni lepas doc bagitau umi kena inject minggu depan. Sebelum ni umi penah dengar sekali je pasal dexa daripada Cik Lynn yg 3 tahun lepas baby pramatang tp dia tak inject dexa tu.

Wahh..bila sendiri yg kena, wajib la kita google. Aduiii..sakit sangat inject ni..huhu. Pengalaman doc sendiri pun cakap sakit gilakkk.. Dah la kena inject 2x..dalam tempoh 12 jam. Kira pagi sekali, pastu malam sekali. Aduh..tahan je la..dah memang terpaksa kan..dah memang tau umi prengnant kali ni berisiko bersalin awal. Redha n tahan je la.

Apa2 pun, umi tetap berdoa akan bersalin operate bila babies dah cukup matang, dah masuk 9 bulan ataupun dah lebih 36 minggu. Mudah2an tarikh operate ceasar yg doc bagi tu sgt sesuai utk babies umi keluar ye.. Amin.. Harap sangat babies punya berat lebih 2 kg tak perlu dimasukkan kat dalam inkubator NICU. Moga Allah permudahkan. Amin..
Ni ha ubat dexa utk matangkan paru-paru baby, inject kepada ibu2 yg berisiko bersalin awal atau pramatang. Pengalaman pertama lah bg umi ni. Pelik sket sbb kena amek kat farmasi hospital bawa ke nurse inject kat bilik tertentu. Kiranya ubat kawalan la ni kan..
Keluar dari dewan bersalin, Pusat Bersalin Risiko Rendah Presint 8. Sakittt sangat masa kena inject dan selepas inject tu..dok pegang montot je la..hahaha.. Inject tu kat bilik bersalin. Kali ni umi dah tak bersalin di dewan bersalin lagi la..bersedia lah ke dewan pembedahan utk operate ceasarian.
Berehat sekejap ilangkan sengal2 sakit lepas inject. Inject pagi td terus berjalan ke kete..abah dah tak sabar nak ke ofis dia sbb dah 2 hari masuk lambat, teman umi ke klinik dan hospital. Kitorang pergi 2 kete sebenarnya, abah pegi punch card dulu..jumpa di Presint 8 la. Umi jalan dan macam penguin kot..dah la tahan sakit sambil dok gelak..citer kat budak2 depa kata dah cam orang gila..hahaha. Bertuah punya budak.
Malam 4 badik ikut la. Pagi pegi ngan Najla je..yg nyenyak tido. Umi tunggu dalam kete sampai Najla bangun..sampai la hilang sengal sakit inject.
Sementara umi inject, bebudak main taman kat luar dewan bersalin dulu. Dulu umi penah dok kat sini lepas bersalin Najla kat Hospital Putrajaya sebab wad kat spital penuh so diorang anta ke sini. Ok la..selesa..sbb tak ramai cam spital. Cuma umi tak leh bersalin sini sbb ada sejarah operate ceasar.

Entri ke 1000.. Yeahhhhhhh!!! - Perkembangan terbaru baby kembar umi..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, tak sangka dah masuk entri ke 1000 blog kesayangan umi ni, Putra Putri Yang Ku Sayang. Dah 9 tahun umi menulis blog ni..mmg sayang sangat nak stop tinggal camtu je. Ada banyak gambar dan cerita kenangan boleh dicoretkan dalam ni.

Daripada Luqman lahir sampai la sekarang nak dapat anak ke 5 dan 6 dah pun, umi masih berjuang menulis walaupun selalu bersawang kan..hehe.. Kalo tak bersawang mau beribu entri dah ada kot..hahaha.

Ok, sempena merasmikan entri ke 1000 ni..umi update pasal perkembangan mengandung anak2 kembar umi ye..tak sabar sebenarnya, sampai tak boleh tido dari malam sampai ke pagi..huhu. Alhamdulillah, esok dah nak masuk minggu ke 29 kandungan.

Makin last2 pregnant ni, umi perlu lebih kerap scan kat hospital. Kat klnik cam biasa tetap setiap 2 minggu sekali. Minggu lepas, minggu 27 scan terus nampak dan confirm jantina kembar umi berdua ni. Confirm BOY ye..kembar seiras.hehe. Ni memang jelas, so umi bagitau terus je la kat blog. InsyaAllah boleh tambah cucu boy kat Kulim yg tak ramai boy.hehe.

Minggu tu jugak doc bgtau umi kena inject dexa minggu depan utk persediaan jika terpaksa bersalin awal..pramatang.huhu. Masa scan jantung tu, 2 orang doc cakap pengaliran darah dari uri ke baby tinggi..tp diorang pun tak pasti kot salah mesin tu..so diorang suruh dtg lg minggu depannya.

Buku merah kali ni tebal dan comot sebab kertas banyak..semua pakai kertas je sekarang..dah la selalu kena checkup kat klinik dan hospital. Dah la kena g klinik setiap 2 minggu dari awal pregnant lagi.
Perkembangan babies umi masa 27 minggu..minggu lepas la. Alhamdulillah pertumbuhan diorang, berat diorang memang sesuai dengan usia kandungan umi masa tu. Dapat due pun sesuai dgn due asal umi. Bagus sangat babies ni sebab walaupun berkongsi uri, diorang berkongsi makanan sama je tak de nak curi lebih.hehe. Berat diorang pun lebih kurang je. Harap kat luar nanti pun sama jugak ye..saling sayang menyayangi..adil.
Ni bukti doc cakap perut umi besar..dah cukup due dah.hehe. Uterus at 36 week, padahal umi baru 27 minggu. Memang sgt2 pelik doc cakap perut besar sbb kalo kat luar semua org cakap perut umi kecik tak macam pregnant twin.hehe. Tu umi pikir, bila baring memang jadi besar kot. Ukur rahim kat klinik pun mmg tinggi rahim tu lebih banyak dari usia kandungan pun. Special tul pregnant twin ni kan..hehe..


Sambung cite.. Pegi scan minggu ke 28 pulak.. Alhamdulillah pertumbuhan, berat babies pun masih baik. Dan yg paling penting, pasal uri tu Alhamdulillah normal tak macam minggu lepas. Mudah2an akan berterusan normal sampai tarikh bersalin nanti. Amin..

Sepatutnya inject dexa hari tu jugak tp patient ramai sgt aritu..turn umi jumpa doc pun dah pukul 12 tghari, tak sempat nak inject kot..kalo tak, pukul 12 malam kang pulak kena datang inject..uii jangan. So kena la inject esoknya. Perlu amek ubat dexa kat farmasi dan bawa esoknya.

Yg best scan minggu ni..siap dapat tarikh bersalin operate ceasar.haha. Memang tak sangka betul nihh..tak sedia kot..rasa cam awal lagi. Tp doc senior laki tu cakap kena amek siap2 takut nanti tak de tempat pulak.

Jeng jeng...tarikh operate ialah pada Jumaat, 23 September 2016 bersamaan 21 Zulhijjah seminggu lepas raya haji dan cuti sekolah seminggu..masa kandungan 37 minggu 5 hari camtu. InsyaAllah. Due asal umi ialah pada 9 October 2016. Tarikh jumpa pakar bius utk taklimat pada 5 Sept.

Doc tanya nak ikat rahim sekali ke..umi jawab ye. Memang nak stop dah. InsyaAllah. Jadi nnt operate ceasar terus ikat la. Mudah2an takde apa masalah. Umur umi tahun ni dah 36 tahun..plan asal nak 5 orang anak saja, tp Alhamdulillah Allah bg rezeki lebih, dikurniakan 6 orang anak. Cukup la tu kan..Terima kasih Ya Allah. Syukur Alhamdulillah..

Perkembangan dan pertumbuhan babies pada minggu 28. Sama2 membesar macam sebelum ni. Alhamdulillah. Berat babies pun dah capai 1.2kg setiap seorang. Semoga masa bersalin nanti berat melebihi 2kg ye adik dan abang berdua ni.
Scan 2D twin umi..cam biasa scan hospital dan klinik..sorang cephalic kedudukan normal, sorang lagi breech, songsang. MPV pengaliran darah dari uri ke babies pun normal. Alhamdulillah.
Plan utk seterusnya..inject dexa esok, scan lagi 2 minggu akan datang, MGTT minum ayaq gula minggu dpn. Pastu dapat tarikh operate ceasar dan ikat rahim pada 23 Sept..dan jumpa pakar bius pada 5 Sept. Sekian..


Minggu 23

Assalamualaikum..

Hari ni umi masukkan entri pasal kehamilan kembar umi.. Alhamdulillah..setelah makin ramai yg dah tau pasal hal ni, jadi umi rasa memang sesuai sangat la umi publish entri yg dah lama umi simpan tu. Minggu ni, baby2 umi berada dalam kandungan umi berusia 23 minggu. Alhamdulillah..

Ikutkan abah, belum masanya nak umumkan pada semua orang, tp biasa la..benda baik, benda tak penah berlaku dalam keluarga..susah sket nak disimpan rapat. Tok dan Nenek pun ada berkongsi rahsia dengan orang lain..jadi, sebelum makin ramai org lain tau sendiri, maka ada baiknya umi sendiri yg umumkan.

Alhamdulillah..adik badik umi semua cukup gembira bila dengar berita ni. Umi bagitau diorang masa malam hari kenduri kawen Pakndak Man kat Kulim aritu..itupun lepas siang tu, tok dah terbocorkan rahsia kat beberapa adik badik. Alhamdulillah..umi sebenarnya lega bila dapat bagitau orang terapat dengan kita, buat apa nak simpan lama2..tak perlu nak excited sebab kita pun tak tau apa akan jadi dalam tempoh mengandung yg panjang. Sekurang2nya kita minta ahli keluarga kita doakan yg terbaik utk kita dan baby2 dalam kandungan.

Family Keramat pun dah tau, lega.. Yg terbaru..sanak saudara Kulim yg sebelum ni kitorang rahsiakan pun dah tau..sebabnya sorang sepupu yg baru balik kampung ziarah Tok Tokwan..maybe dah diceritakan pada sepupu umi tu..dia terus wish di wasap group orang kampung. Apa lagi, terpaksa la umi mengakui kebenaran.. Kami lah orang pertama yang akan melahirkan bayi kembar utk keluarga di Kulim dan Keramat. InsyaAllah.. Doakan mudah2an Allah permudahkan segala-galanya. Aminn..

Di sini umi nak bagitau sekali lagi, selepas detail scan dengan doktor2 di Hospital Putrajaya..setakat ni 3x lah..umi InsyaAllah akan bersalin operate bayi2 kembar ni nanti..sebabnya...

* Kesakitan, tekanan, tenaga yg berganda diperlukan bila bersalin bayi kembar..umi pulak penah bersalin operate anak sulung, Luqman pada 10 tahun lepas. Ada je sejarah operate ceasar walaupun dah lama berlalu..walaupun adik2 dia dah 3x umi bersalin normal, tetap lah juga kena dioperate. Jika bersalin secara normal dikhuatiri rahim akan pecah..sebab dah ada parut jahitan ceasar sebelum ni. Nauzubillah..minta Allah jauhkanlah.

Baiklah, umi tak kisah pun kena bersalin operate..lagi bagus doc bagitau awal sebab umi boleh bersedia fizikal dan mental..sebab umi masih boleh ingat lagi kenangan bersalin ceasar kat Luqman 10 tahun lepas. Apa yg penting semoga umi dan baby2 akan selamat dan sihat. InsyaAllah.

Yang terbaru, umi tanya doc bila biasanya kena operate utk kembar ni. Doc jawab masa minggu ke 38.. Mm..debar juga dengar sebab si Jannah dulu kuar masa minggu 38..jangan la baby2 ni nak keluar dulu time tu ye..hehe. Tak nak la umi rasa sakit kontraksi bersalin dengan sakit lepas operate..huhu.. Bila check kalendar, minggu 38 tu adalah minggu terakhir bulan September..mm..bila agaknya Allah tentukan baby2 ni lahir ye..

Yg penting sekarang, umi selalu doakan masa tu baby2 umi mempunyai berat lebih 2kg..mudah2an.. Tak perlu dimasukkan ke dalam incubator NICU.. Dan mudah2an janganlah baby2 terpaksa kuar lagi awal sebelum 36 minggu..belum matang lagi masa tu. Aminn...

Selain tu, umi tanya doc pasal uri jugak..sebab nak tau baby kembar seiras ke tak seiras. Sebelum ni dah tau MCDA, 2 kantung..tp doc tak nampak berapa uri..jadi kali ni doc confirmkan hanya ada 1 ari..baby2 berkongsi uri, kongsi zat makanan daripada umi. Alhamdulillah setakat ni berat diorang pun ok..tak beza banyak, harap sampai bersalin la diorang berkongsi zat makanan ni.

Berat baby pada minggu ke 23 kelmarin..

Sekarang, maknanya baby kembar seiras..cuma tak pasti jantina baby saja..doc gomen mmg tak cari pun, umi pun segan nak suruh dia godek2 cari. InsyaAllah umi nak ajak abah buat scan 3d/4d nnt..harap masa tu boleh nampak jantina. Kenangan tu dpt tgk baby dlm perut..twin. Masa baby single dulu langsung tak berpeluang..harap Allah permudahkan la.

Umi dah buat MGTT minum ayaq gula masa minggu ke 18. Alhamdulillah keputusan normal..bukan diabetes la. Tp nanti minggu 28 kena buat lagi..minum ayaq gula manis melecass..sebab twin layankan aje la. Masa Najla dulu 1st time buat MGTT, sekali je minum..pastu tak perlu dah..maybe sebab result memang bukan diabetes kot.

Keputusan MGTT. Alhamdulillah normal..

Kehamilan Kembar 3 - sambungan lagi

Assalamualaikum..

Umi sambung entri mengenai kehamilan kembar umi kat sini pulak. Saat umi menaip ni, usia kandungan umi adalah pada minggu 18 dan 19. Akan bersambung pada minggu ke 20 selepas appointment di hospital minggu depan ye..

Untuk makluman, umi umumkan pada semua ahli keluarga mengenai kehamilan ni pada minggu ke 15, lepas appointment di hospital..ye lah, nak confirmkan dengan doktor pakar dulu. Itu pun umi hanya bagitau pasal mengandung kembar pada Tok Tokwan, Atok Nenek dan BFF umi, Cik Leen saja..ahli keluarga yg lain cuma tau umi mengandung lagi saja..saing dengan kakak umi, Alang Tie yg tgh pregnant awal 2 minggu dari umi. Ikut umi, memang umi nak bagitau je semua terus, tp abah cakap rahsiakan dulu..ok, takpe la..nanti2 umi akan bagitau jugak berita baik ni ye.

Sebut sahaja twin, semua orang (doktor, keluarga, rakan2 dan siapa saja la..) akan bertanya :
* ada family atau keturunan twin ke?
* ada amek ubat ke?
* ataupun semulajadi..terjadi sendiri?

Ok, bagi kes umi, umi pun tak berapa pasti sebab sebelum2 ni langsung takde adik badik, pak mak sedara, sepupu sepapat yang dilahirkan kembar. Yang nyata, umi memang langsung tak amek ubat utk dapat anak kembar..tak terpikir pun nak dapat anak kembar..sebab tu bila doc cakap ada 2 jantung, mak aiii..berdebar sangat2 rasa..macam tak percaya.

Mm..tapi umi tau yg Tok penah keguguran kembar masa umi sekolah menengah dulu..umi tgk sendiri masa tu..dah jatuh 1 ke lantai, pastu pegi hospital rupanya ada 1 lagi kat dalam rahim, tp sayang kena buang, tak boleh simpan. Cuma, anak2 Tok semua tak penah mengandung kembar, adik badik, keluarga Tok pun sama..ni lah pertama kalinya.

Pastu, dapat tau pulak dari Atok..katanya ayah Atok (datuk abah) adalah kembar..tak tau la umi..tanya abah, yang cucunya sendiri ni pun tak tau.hihihi.. Kalo camtu, memang kuat la keturunan kembar belah umi dan abah..wallahu'alam..  Cumanya, sama cam Tok, memang takde anak2 atau cucu2 belah Atok yang dilahirkan kembar. Takpelah..yang pasti umi abah bersyukur kerana Allah memberi peluang ni kepada kitorang untuk menimang cahaya mata kembar. Alhamdulillah.. Semoga Allah permudahkan..Amin...

Kami mengimpikan 5 orang anak sebagai pelengkap keluarga kami, tp Allah memberikan rezeki lebih, bakal memiliki 6 orang anak. InsyaAllah. Apa2 pun perjalanan masih jauh..sebelum sampai ke 9 bulan nanti. Umi sangat2 berharap Allah permudahkan kehamilan ini, semasa proses bersalin dan selepas bersalin nanti. Aminn...


Sambung update entri ni selepas appointment umi di hospital minggu ke 20, semalam, Selasa 24 Mei 2016.

Kali ni checkup dengan doc lain pulak, Dr. Emily. Duduk je depan dia, lepas dia baca maklumat umi sebelum ni, dia terus bagitau, "U bersalin operate nanti, sebab u dah ada pengalaman c-zer".. Ok, umi sebenarnya memang dah bersedia kalo kena operate pun bersalin kali ni sebab umi mmg dah rujuk google berkali2..ramai yg kena operate bersalin twin ni. Jadi, bagi umi takpe la kalo dah macam tu Allah tetapkan, umi redha je. Umi pun penah operate masa bersalin Luqman 10 tahun yg lepas, jadi sedikit sebanyak dah tau camne prosesnya. Umi pun kadang dok pikir gak, andaikata bersalin normal, camne la agaknya..nak teran 2x..yang sekali tu pun kemain seksa umi rasa..hahaha.. Tp tak pikir sangat la, terima je la camne pun..asalkan semuanya selamat, takde masalah.

Doc cakap "sebab u dah ada scar (bekas jahitan c-zer), jadi memang kita akan advice operate sebab ni twin. Kita risau kalo u normal, time teran tu kena 2x, banyak tenaga, tekanan dan masa yg lama..jadi kita risau takut rahim u pecah".. Nauzubillah..seram je dengar. Ok..ok doc, saya tak kisah camne sekali pun..hehe.. Semoga Allah permudahkan proses bersalin dan selepas bersalin nanti. Amin.. Umi doakan mudah2an baby2 pun dapat zat, khasiat makanan yg mencukupi..punya berat yg cukup lebih daripada 2kg, dan dilahirkan dah cukup bulan selepas 36 minggu, mudah-mudahan..Amin Ya Rabbalalamin..

Doc scan sekejap je just nak check berat baby, kedudukan baby..pastu stop. Tak sempat umi suruh check uri ada bape..dia kata dah 20 minggu tak bape nampak sangat dah..masa kecik dulu boleh nampak la. Aik, doc lepas cakap nanti tunggu besar baru check uri..alahaii.. Dia pun nak tunjuk membran ada 2 kantung tu je..umi dah tau yg tu..sekarang cuma tingin nak tau kembar apa ni..seiras ke tak seiras kan.. Mm...nampaknya kena tunggu scan 3D/4D sendiri nanti la. Check jantina apatah lagi..langsung dia tak check lagi. Lain doc, lain la caranya kan..

Lagi 3 minggu umi ada appointment hospital lagi. Doc suruh check tekanan darah 2x seminggu pulak. Kena rajin singgah klinik kesihatan la pasni..untuk kesihatan umi dan baby, takpe..kita buat je.

Berat baby2 daripada scan tu tgk ok, membesar dgn elok..harap2 diorang sama2 membesar sesuai ikut usia kandungan umi la. Umi harap sangat bersalin cukup bulan..jangan la lahir pra matang..Amin. Bukan apa, sejarah baby2 umi sebelum2 ni semua lahir haluih je.hehe. Semuanya bawah 3kg.. Ok, sampai sini saja entri untuk kali ni. Nanti2 kita sambung lagi.

Scan 20 minggu..berat baby2 sesuai dgn usia kandungan..


Contoh video operate ceasarian baby twin trio..kembar tiga. Umi tengok video tak rasa apa2..tunjuk kat bebudak dan abah, pakat takut, ngeri tgk.hehe.. Ha..ni lah pengorbanan seorang ibu nak melahirkan anaknya ye.. Jangan la sesekali menderhaka pada ibu.

Kehamilan Kembar 2 - sambungan

Assalamualaikum..

Selepas je balik dari kenduri kawen Pakndak Man kat Melaka, umi pun ke Klinik Kesihatan Presint 18, appointment buka buku merah pada minggu ke 10. Masa kenduri berkumpul dgn family Kulim tu, umi dah mengandung tp umi belum bagitau lagi pada semua. Tunggu confirm apa semua nanti baru umi plan nak umumkan. Ada juga yg pasan perut umi buncit cam Achik Azah ngan Toksu/Tokndak tp umi tak ngaku apa2.

Buka buku merah - Twin Pregnancy tercatat elok di kulit buku..buat pertama kalinya. Terharu.. Nak confirmkan twin, kena jumpa doc klinik ibu mengandung dan kanak2 pulak, aritu doc pesakit luar je. Jumpa Dr. Najla, confirm twin..dia pun perlu panggil kawan doc yg lain utk scan. Dia tak cakap byk pasal twin ni sbb dok rujuk google juga jd umi tak berapa paham sgt twin apa..tp dia ada tulis MCDA. Dia buatkan surat refer ke Hospital Putrajaya utk berjumpa pakar. Yg ni umi dah tau sebab kat google ramai bgtau pregnancy twin akan dipantau oleh hospital sepanjang mengandung hingga bersalin..sebab ni kehamilan berisiko. Jadi, bersedialah utk bz ke klinik dan hospital berkali2..hehe.

Buku merah. Faktor risiko sampai 3 ye..huhu. 1st -bersalin operate kat Luqman 10 thn lps. 2nd - kandungan ke 6, padahal baru anak ke 5..dia kira yg gugur 6 minggu tu sekali. 3rd - twin pregnancy. Semoga Allah permudahkan sepanjang mengandung, masa bersalin dan lepas bersalin. Amin..

Umi dpt appointment hospital pada minggu ke 15 pregnant. Tp sebelum tu setiap 2 minggu sekali umi masih perlu ke klinik kesihatan..sebab result urin dan Hb umi kadang tak normal..jadi kena observe setiap 2 minggu sekali. Beza betul dgn pregnant sebelum ni..sebulan sekali baru muncul kat klinik..ini 2 minggu sekali amek darah la..amek urin la. Takpe, umi kena kuat utk si kembar berdua dlm perut umi. Takde hal punya. Tak nak kaco abah sgt, jadi umi minta abah teman ke hospital je sebab susah sgt nak parking. Ke klinik hanya umi berdua dgn Najla. Tp ada juga 2x perlu bantuan abah tunggu Najla di klinik sebab umi kena ke klinik gigi. Alhamdulillah dah selesai..

Dari 6 minggu sampai ke saat umi menaip ni..19 minggu, umi pergi ke klinik setiap 2 minggu (minggu dpn 20 minggu appointment di hospital semula..maknanya dlm 20 minggu dah 11x umi ulang alik ke klinik termasuk 2x ke klinik gigi dan ke pesakit luar beberapa hari lepas, scan keadaan baby sbb tiba2 umi sakit perut sgt dan perut rasa berat sebelah..syukur takde apa2..). Alhamdulillah lepas ni dapat appointment sebulan sebab result urin dan Hb dah normal. Tp kena tukar ke Klinik Kesihatan Presint 14 pula lps ni..baru buka utk ibu dan kanak2. Rakyat Putrajaya ni ramai sgt, kat mana2 je sesak.hehe..

Pada minggu ke 15, umi abah dan Najla ke hospital..punya lama tunggu abah dpt parking..sejam kot. Sempat la umi buat test urin, tekanan darah..usung Najla, mujur dia diam je. Sebab tu tiap kali ke hospital kena ajak abah sekali. Parking dah la jauh gilerr..

Jumpa Dr. Zuraini, dia tunjuk kat skrin scan yg umi pregnant 2 kantung..jelas nampak pemisah antara 2 baby. Alhamdulillah. Jadi kurang sket risiko banding kongsi 1 kantung. Maka, bertukar lah ke MCDA twin. Itupun doc perlu panggil doc senior (agak garang..hihi) utk confirmkan gara2 doc pertama kat pesakit luar dulu tulis MCMA. Doc tak dpt kesan lagi kedudukan uri..kongsi atau tak, jadi tunggu appointment akan datang utk confirmkan. Mudah2an minggu depan 20 minggu, Allah tunjuk sejelas2nya. Amin.. Kalo boleh tunjuk jantina sekali.hihi..

Jelas lapisan membran pemisah (2 kantung) antara 2 baby umi. Alhamdulillah. Doc tulis MCDA dulu sbb belum dpt kesan ada berapa uri. Kalo MCDA maknanya 1 uri (kembar seiras). Kita tungguuu ye...
Berat baby2 kembar umi dan due date bersalin. Tgk daripada berat dan due setakat ni normal la tumbesaran diorang. Ikut due asal umi akan bersalin pada 9 Oktober 2016.

Kehamilan Kembar 1 - Alhamdulillah..

Assalamualaikum..

P/S : Entri ni umi taip masa bulan 5 dulu..sekarang barulah masa yg sesuai utk umi publishkan..


Entri ni umi drafkan dulu sbb tunggu masa yg sesuai baru akan di'publish'kan.

InsyaAllah tahun 2016 ni, umi sekeluarga akan menerima ahli baru dlm keluarga kami. Alhamdulillah Allah beri peluang kepada umi utk mengandung lagi..bukan semua wanita diberi peluang merasa nikmat itu. Umi sgt suka, gembira bila dapat merasa pergerakan si kecil dlm perut umi..bila tak mengandung tu..rindu sgt nak rasa camtu.hehe.. Memang umi dan abah mengharapkan anak ke 5 (dan terakhir..bongsu) dlm keluarga pada tahun ni.. Alhamdulillah Allah permudahkan permohonan kami tu.

Kami plan utk dapat baby baru penghujung tahun dekat2 cuti sekolah..senang sbb nnt bdk2 akan bercuti panjang kan. Lepas buat pregnancy test..positif tp samar2. Alhamdulillah. Jadi tunggu saja la..tak nak beriya2 sgt sbb umi dah berpengalaman gugur pada usia kandungan 6 minggu. Tunggu punya tunggu, umi pelik kenapa 'spotting' coklat ni tak benti keluar sampai minggu ke 6..tak jadi ke?? Umi penah spotting tp sehari dua camtu je.

Jadi, ajak la abah pegi Klinik Kesihatan di Presint 18..pesakit luar..masa 6 minggu. Doktor trs scan je..ada kantung tp takde heartbeat. Dia ckp maybe implantation atau nak keguguran. So observe lg 2 minggu dtg semula scan. Ok redha, kalo tak jd pun..masih ada masa utk cuba lg. Kalo boleh umi tak nak bersalin betul2 ujung tahun dan awal tahun nak masuk sekolah..faham2 saja kelam kabut nak setelkan budak masuk sekolah kan. Umi mmg plan betul2 la.

Minggu ke 7 still ada spotting. Minggu ke 8 scan semula. Sebelum tu doc pelik kenapa perut besar..baru 8 minggu kot. Umi jawab mungkin saya gemuk.hehe. Doc scan, ada heartbeat..Alhamdulillah. TAPI..pastu tiba2 dia nampak cam konfius..Aik, tp kenapa saya nampak 2 jantung ni? Haa??...umi terus berdebar. Biar betul doc ni. Tak penah terpikir langsung pun umi bab camni. Masa ni abah ngan Najla kat kafe tgh mkn. Umi pun baru makan tiba2 no.giliran naik (kat kafe ada papan no.giliran), terus berlari ke bilik doc..jauh la jugak..mengah.. Kira umi je la dgr apa doc ckp.

Doc cakap..jap saya nak confirmkan ngan senior saya. Saya tak pandai sgt lagi..akui doc tu. Umi pun tunggu la sorang2 dlm debar. Ish..betul ke ni.. Doc lain dtg scan..dia kata..a'ah la ada 2..kembar. Tahniah puan..seronoknya..camna puan, ada cara tak nak dpt twin ni..Diorang berdua pulak excited..hehe. Umi pulak tak tau nak cakap apa..terharu, bersyukur..Allah beri peluang umi merasa mengandung bayi kembar.huhu..debar mmg tak ilang la. Rasa nak nangis gembira tp camtu saja la. Tak sabar nak bgtau kat abah..sepanjang jalan ke kafe tu tersenyum je, hati berbunga2.. Bila bgtau abah, dia pun mmg hepi tak terkata..mmg masing2 tak sangka akan dpt anak kembar.

Scan pada minggu ke 8 yg menunjukkan ada 2 jantung bayi dlm kantung rahim umi. Siap bentuk love lagi.. Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah..

Doc terus suruh amek appointment buka buku merah. Masa tau pregnant kembar ni agak risau sbb doc cakap umi prgnt MCMA iaitu 2 bayi berkongsi 1 kantung 1 uri..kembar yg paling berisiko la. Umi google baca macam2 pasal kembar ni tp redha je. Allah bagi rezeki ni sbb umi mampu hadapi. InsyaAllah. Abah pun selalu pesan kena jaga betul2 la..dah bawa 2 nyawa..tak sama macam mengandung sebelum2 ni.

Ok..umi stop entri ni di sini..dah panjang berjela. Kita buka entri sambungan ye..


Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform