Jom pi umah Tokwan Tok Kulim..

Assalamualaikum..

Hari ni hari terakhir tahun 2016 - 31 Disember 2016..pejam celik pejam celik, sekejap je masa berlalu. Esok dah masuk tahun baru..bermakna semua kita akan meningkat umur setahun lagi. Anak2 makin membesar, umi abah dah semakin tua..

Budak2 pun akan mula bersekolah minggu depan..semua keluarga akan kembali ke rutin asal. Orang bekerja mungkin sama, tp bg umi dan anak2, akan berubah rutin..hepi2 cuti panjang dah berlalu.

Entri ni, umi nak korek2 balik pasal balik ke Kulim umah Tokwan Tok lepas bercuti 2 hari di Penang tu  Kitorang kat kampung 4 malam. Takde adik badik umi yg lain balik masa ni..kecuali Alang Tie dan Maklong Lina yg dok kat Kulim. Budak2 ni sempat la bermain kawan2 ngan sepupu yg ada. Kalo tak, boring jugak diorang.hehe..

Suruh abah snap video Paktam nyanyi buat kenangan.hehe..
Paktam, kawan baik Tokwan ni..sampaikan baik ngan kitorang anak2 Tokwan Tok sekali. Paktam dan Maktam penah dtg bermalam umah Putrajaya kitorang dulu ngan Tok Tokwan. Tak sangka Paktam pandai nyanyi ye..sedap suara dia. Sempat la nyanyi 2 lagu kat majlis kenduri kawen tu.hehe.. Cayalahhh..!

Kenduri kawen yg umi ngan anak2 join, ada 1 lg kenduri tahlil kat kampung. Yg lain semua abah je g majlis marhaban dan baca Yasin ikut Tokwan. Makan je la abah tu.hihi..
Antara majlis marhaban dan baca Yasin yg abah snap gambar. Semua warga emas.. Abah je la kot yg muda sket. Kena ikut pak mertua..hihi. Kalo balik kampung mmg wajib Tokwan ajak abah. Kalo ada anak sendiri pun tetap diajak menantu sorang ni..kihkih..

Tebu yg Tokwan tanam dah siap ditebang menunggu utk diproses dapatkan air tebu. Banyak kali ni Tokwan kata, maybe dlm 60kg. Jenuh umi, abah, Tokwan dan Tok meraut batang tebu sampai lenguh tgn.haha. Esoknya cuci lak bagi bersih setiap batang tebu. Yg dok beli kat luar tu basuh ke tak?? Kotor ok kalo tak cuci..
Tokwan dan abah hantar ke kedai jual air tebu utk mesin dapatkan air tebu. Penjual tebu pun cakap diorang tak raut batang tebu dan cuci sebersih cam kitorang buat.
Banyak tul hasilnya..3 tong air tu kalo tak silap. Abah dah sedekah ke Kampung Dusun, utk umah Toknjang sbb ada family dari Terengganu dtg merisik Maklang Mira, anak Toknjang. Selebihnya utk kitorang kat umah la. Tah berapa gelas umi abah telan air tebu tak tau la..hehe.. Budak2 je yg tak suka. Budak2 skrg ni mmg tak feel cam dolu2. Umi dulu siap gigit2 sedut air tebu dari batang tebu tu..
Abah snap gambar ni masa dia still kat kedai jual air tebu. Fresh dari ladang katanya. Manis belecas tak yah letak gula ke apa.. Salah 1 nikmat kurniaan Allah pd kita.

Laksa tempurung Kulim..dpt.merasa gak akhirnya balik kampung kali ni. Mm..umi tak minat sgt kott..sori sape yg ckp best tu. Kalo ikut tekak umi hantu laksa ni..mmg tak berapa best la. Tak macam laksa utara ponnn..
Cucu2 lelaki Tokwan Tok..lg 2 orang takda..(Abg Is ngan Afiq).

Sambungan bercuti hari ke 3

Assalamualaikum..

Entri ni sama cam sambungan bercuti hari ke 2, kita masuk gambar aje ye. Nak buat camne, gambar adalah berlambakkkk..haha. Tambah2 kat Muzium 3D Trick Art, memang tempat untuk bergambar, wajib la gambar banyak kan...

Kat taman cendawan..rilex je siput ba alif ba ya kat belakang kemain besar..hihi..
Ish, apa nama makhluk asing ni tak tau..penah tgk citer tu dulu.
Pulun dok kutip emas tp muka si jin tu tak nampak..abah ler nii..
Uii..dok atas tapak tangan king kong..tak takut kaa?
Alamak..dinasour!!! Lariiiii!!!!
Akhirnya..Jannah jumpa kawan baik dia..wakakaka...siap menari sesama lagi ha.
Ni mak dia. Dah tua, tak larat dah..sian dia.
Weyhh..bestnya dapat main ngan panda. Comei..comei..
Siap tunggang panda lagi..
Ape ke he si Afiq tu, cam nak jatuh je pun. Sebenarnya, kaki dia belah sana tersangkut, tak boleh gerak..hihi..
Amboihh..Luqman, sedap dok main kepala si panda. Umi nak bagi dia makan rumput ni..
Yeayyy..ni panda kami yg bestt.
Tahan mulut dia jangan bagi tutup..naya kang.
Alamak, adik rilex je dok kat mulut ternganga luas tu..
Mai sini kat umi..cepat dik.
Iyahhh!! Amek ko!
Abah kapak menatang tu guna sebelah tangan je..memang terror abah.
Cepat lariiii..batu besar kejar korang tu..!
Kat depan elok dah..ada gaya. Tiba2 kat belakang dah tersandar kat dinding..kihkihkih..
Luqman luncur air siap pakai songkok..memang bakal ustaz tul ni..hihi..
Kaki Jannah nampak pelik sket kat situ..kan.
Wahhhh..terjun dari kapal terbang..bestnya..
Alamak, camna ni, leh cantum balik tak ni??
Fuhh! Teror abah main bola keranjang.
Eh, Jannah pun join silap mata ni jugak..
Betul ke camtu Luqman..hehe..
Dalam air konon..umi tak jadi langsung..
Ha, Jannah baru sesuai sket..hati2 Jannah.
Cepat2..korang.
Lepak kat hujung bangunan..dok tunggu abah mai. Abah jalan kaki g amek kete yg jauh nun.
K, jom gerak balik Kulim..
Gian nak guna kayu monopod RM10 abah beli kat Pesta Penang.
Tunggu turn nak masuk feri. Feri lambat sampai..merasa la dok atas jalan ni.
Atas feri. Tercapai semua yg umi plan nak buat sepanjang percutian ke Penang. Alhamdulillah.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform