Alhamdulillah Najla dah mula belajar bercakap.

Assalamualaikum..


Nur Najla sekarang ni dah berumur 1 tahun 7 bulan. Umi dok tertunggu2 bila la budak tencik ni nak bercakap. Umi rasa dia boleh cakap tp dia tak mo. Kite cakap ape semua dia faham, suruh la buat apa pun..sebut la apa pun, semua dia tau. Tp bila nak cakap ngan kita, bahasa Arab je dia cakap.haha.

Biasa kita dgr org sebut baby cakap bahasa Jerman kan, Najla ni lain sket sbb dia ckp bahasa Arab..sebabnya masa tahnik Najla dulu buat ngan Imam Tarawih Masjid Besi dari Mesir..org Arab katakan..jadi adik Najla dok speaking Arab la selama ni.wakakak..

Alhamdulillah penantian umi tu dh menjadi kenyataan. Lepas umur setahun stgh baru la Najla mula belajar cakap. Maksudnya bila kita sebut 1 perkataan tu dia ikut walaupun agak pelat. Sebelum ni mmg ada dia sendiri sebut bb(baby),nenen,abah,mmmi(umi) tp kdg2 je, bila kita suruh sebut semula dia tak nak cakap..just suka sebut cam mimi..mimi..

Kali ni kita sebut abah, dia sebut abah..ummi (emmi), abang, kakak (tatak), atok, nenek, baby (bb), adik, air. Kira mmg dia tgh belajar sebut sendiri perkataan tu. Alhamdulillah.. Lepas ni harap cepat la kitorang dpt berinteraksi dgn dia ye. Amin..

Nak bgtau gak pasal budak kecik ni..naik tangga dari sebelum umur setahun lagi..sbb dia cepat berjalan kan. Tp, dia sorang je turun tangga lain sket caranya banding abg kakak. Cara naik tu sama sambil guna lutut cuma dah teror ni mmg dia naik cam org dewasa je.

Kalo abg kakak turun tangga sambil hadap belakang hulur kaki dulu kan sambil melutut. Budak ni turun tangga hadap depan sambil diri. Cam kita org dewasa la. Ajar juga mula2 dulu turun hadap belakang, tp dia tak reti kot. Selesa hadap depan.hehe.. Umi ada snap video dia naik turun tangga tp gelap sgt, tak nampak pulak.

Comeinya dia bertudung..

Assalamualaikum..

Gambar terbaru utk entri terbaru. Setiap hari Khamis mlm Jumaat, kiotang sekeluarga akan ke Surau Al Manar dekat umah ni sebab tiap hari Khamis tu lepas bacaan Yasin ada makan2 berkumpul reramai. Nak tgk surau penuh waktu Maghrib Isyak, hari tu lah.hehe. Tp waktu lain dan hari2 lain pun mmg surau ni ramai kaum lelaki mengimarahkan surau..solat jemaah beramai2.. Alhamdulillah. Kira mmg hidup lah surau ni.

Malam ni, Jannah nak pakaikan adik Najla dia tudung pulak. Sebelum ni tak pakai pun. Alhamdulillah comei pulak tgk cinonit manja umi dia ni..hehe. Lama jugak la dia tak buang tudung tu..tgk kakak pakai, dia pun tak nak buang la. Tp time makan, dah tak pakai la.hehe..

Cer tgk anak dara umi 2 badikni,sama tak muka depa dua?? Ramai gak sedara yg tegur Najla dah ikut muka kakak Jannah dia sekarang.


Lepak dengan kawan lama umi, Cik Nal Najaha.

Assalamualaikum..

Tak tersusun gambar..ni Afiq dah salin baju mandi dia. Umi tgh salin baju setelkan Najla sekali kat toilet.
Tisya dah letih..berehat sekejap.hehe..
Panas enjin Najla..umi belum berendam lagi. Nak rendam dia dlm air.
Mula2 Afiq pakai baju tido je. Dah last dia nak tuko baju mandi..kot best sket mandi kot.hehe. Konon..camni la Afiq tak nak kawan ngan Zikry, dok diam je camtu.
Zoom sket..ha cctv atas kepala je. Tgk gambar baru pasan. Dok berendam tu langsung tak sedar..haha.
Umi ngan cik Nal..lama sekali baru jumpa.
Sapa yg nak join bergambar ngan umi n mama. Luqman tukang snap gambar. Tisya dok makan nasi lemak, dah puas mandi baru terasa lapar kan..hehe. Cik Nal bawa bekal jajan macam kedai runcit, apa lagi suka la bebudak ni. Bila pulak turn kitorang nak bercuti kat hotel ni..

Ni pulak cerita Hari Khamis lepas cuti raya cina tu..Luqman Jannah sekolah petang..pagi bercuti la. Afiq tadika Kemas cuti seminggu..sibuk dok tanya bila nak pegi sekolah..asyik cuti je. Rajin sgt ye Afiq g sekolah..padahal dok diam je kat sekolah, kan...hehe..

ok, siapa Cik Nal Najaha ni (lepas ni sebut Cik Nal)?? Kawan lama umi masa keje kat Kementerian Sumber Manusia..umi sempat keje situ pun sekejap je..2, 3 bulan kot tp ni lah satu2nya kawan yg umi masih berhubung sampai sekarang. Alhamdulillah.

Macam kawan baik umi cik Leen jugak, cik Nal ni pun surirumah..tak berkerja..dok berhubung kat wasap je sebab dia dok nun di Jitra, Kedah. Last kitorang berjumpa tahun 2012 kot..Afiq kecik lg masa tu..lama dah pun.

Cik Nal sekeluarga datang Putrajaya sebab ikut suami meeting kat Putrajaya..cam kitorang la jugak, nak ikut abah meeting atau kursus kat mana2 tp belum berpeluang join lagi setakat ni walaupun dah kerap abah outstation.

Umi ngan Cik Nal plan nak berkumpul sama2 la. Mula2 ingat nak lepak Alamanda..tp last cik Nal cakap, bg budak mandi kolam je la. Wahhh..hepi la depa ni dengar nak mandi kolam lagi. Budak mana yg tak suka mandi kolam, tak suka tido hotel..habaq mai sat???hahaha.

Semangat ni dok tunggu bila la Hari Khamis nak menjelma walaupun tak kenal pun anak Cik Nal tu..dulu penah jumpa dan berkawan masa kecik lagi, kan. Kena jumpa pagi la sebab petang kang Luqman Jannah nak g Kafa pulak.

Pagi tu umi bawa Najla g Klinik Kesihatan Presint 14 sebab nak amek ubat demam (balik dari ziarah org meninggal, malam tu demam pulak.huhu. Maybe jangkit dari Luqman sama). Esoknya pagi sebelum Subuh abah nak outstation, so better g masa abah lum pegi kan. Abah g keje, umipun jemput Cik Nal dan anak2 kat lobi Everly Hotel bawa g breakfast kat Medan Selera Presint 16 dulu. Bebudak tak lalu nak makan langsung, apa pun takmo..tak sabar nak terjun kolam kott..hehe. Belum panas enjin lagi, kawan2 baru pun lum ditegur..bawa diri masing2 dulu.

Anak Cik Nal, Tisya sebaya Jannah..tp badan kemain besar..gedabak lagi dari Luqman.wakakak..Luqman punya berat pun belum cecah 30kg, Tisya dah 39kg..haha. Jannah apatah lagi..20kg pun lum jejak..hihi. Sorang lagi Zikry sebaya Afiq. Dah besar pun, dulu last jumpa baby2 lagi.

Balik Everly Hotel kemain jauh umi park kete..kat luar nun, tak mo bayar parking takut mahai..sekali masuk dlm tgk dlm RM5 je..hampeh. Buat penat kemain jauh parking..jalan kaki redah semak..aduyaiii.. Balik nnt call abah suruh mai jemput kitorang la, antar ke kete. Tak sanggup nak usung anak2 lalu kat semak tu..huhu.

Masuk kolam..mandiiiiii. Yeahhh. Umi berendam sekali la, nak bg Najla berendam buang abis demam2 panas tu. Dia pun hepi dpt berendam ngan umi. Cik Nal tak bawa baju, jadi penonton dah jadi kameraman..tima kasih gambar2 ni hasil tangkapan dia la..hehe. Bebudak dah hepi..berkawan lah sudah. Tu la caranya nak satukan bebudak kan..bg mandi kolam, bg jalan sama2. Tp Afiq still pemalu..tak nak kawan ngan Zikry.

Dah abis mandi, kena cepat sebab nak ekjarkan Kafa Luqman Jannah. Setelkan adik najla kat toilet, tercirit pulak dia..huhu. Sian Najla..mujur tak terberak dlm kolam mandi ye.hehe..

Sebelum balik, naik ke bilik cik Nal dulu sebab cik Nal nak amek ukuran badan dan baju umi..nak minta tolong dia jahitkan baju sket. Ada 2, 3 kenduri besar menunggu tahun ni, kena ada baju baru.hehe. Cik Nal join kursus menjahit Giat Mara selama 6 bulan..terror la jahit baju, shawl, tah apa lagi. Kat Kedah pun best..banyak peluang kelas jahitan free je. Kat sini susah la nak jumpa.

Bila lagi nak jumpa cik Nal pasni tak tau la. Baju2 pun minta dia poskan je nnt. Tp katanya kenduri umah Tok Tokwan, Pakndak nak kawen nanti dia nak datang..bagus la. Boleh jumpa lagi.

Lepak ofis biz abah

Assalamualaikum..

Selasa aritu lepas balik dari Keramat ziarah arwah bapa saudara belah Atok meninggal, abah ajak kitorang teman abah buat keje sket kat ofis baru. Belum siap sepenuhnya..abah nak bersihkan sket2. Pagi tu abah dah pegi, tup2 umi bagitau ada saudara meninggal, terpaksa la abah balik semula.

Bab biz abah ni umi tak nak citer lebih..just nak masukkan gambar kitorang lepak 1 bilik tu sementara abah siapkan keje. On econ, melepak la umi dan anak2 dalam bilik kecik tu. Lantai pun lum pasang..adik Najla lak tertinggal selipar dalam kete..nak turun amek tak rajin.hehe..

Umi snap gambar diorang dok main2 depan umi la.


Mandi kolam di perumahan Pakcik Latif

Assalamualaikum..

Citer dah lama berlalu, tp bab nak update tu sungguh tak rajin betul la..tu yg terperap lama bersawang update. Ni tgh malam sume lena, umi rajinkan diri update sket2.

Minggu cuti raya cina tu..kitorang tak balik Kulim pun..budak2 ni sekolah kebangsaan cuti seminggu, tp sekolah petang cuti raya cina2 hari tu je..lagi 3 hari kena sekolah. Abah pun nak ke Ganu, so tak yah la blik kampung. Kena berjimat cermat.

Cuti, so kitorang balik lepak Keramat 2 malam. Tu pun tumpang bilik Pakcik Latif, bilik kitorang tu ada masalah sket. Kebetulan pakcik pun tak balik. Hari Sabtu kitorang join ke kenduri akikah kat umah parents Maksu Tira, dia dapat anak buah baru. Ahad, umi abah plan nak bawa bebudak mandi kolam. Ingat nak g kat Taman Melawati tu la..kelab apa nama tu..penah pegi sekali tahun bila tah..dengan family Kulim.

Main ngan Fateh kt umah Atok

Siap dah sume pakai baju mandi, pegi la ke kolam. Sampai tgk rupa kolam pun takde.haha. Dah tutup rupanya. Tengah construction buat bangunan apa tah la kat situ. Bertuah la..dok situ pun tak tau citerr..wakakka.. Sian bebudak dah excited nak mandi kolam. Nak g KLCC tak rajin, tempat camtu kan. Try jengah kolam MSN takde orang jaga kaunter cuti2 camni.

Mm..terpikir try tanya Pakcik Latif la..kot leh tumpang mandi kat umah dia.hehe. Umi wasap ngan Makcik Anne..pung pang pung pang..setel. Ok, jom ke sana. Kondo di Sentul ya. Diorang kuar nak shopping, so kitorang main2 mandi je la kat kolam tu. Pakcik siap bagi kunci umah diorang kot nak naik salin baju kat atas. Tak perlu sebenarnya, mandi kat toilet bawah je..tp takpe spare je, mana tau memerlukan. Last, nak balik..tak naik so masukkan kunci dlm post box diorang la. Tercapai gak hasrat bebudak mandi kolam. Alhamdulillah..

Kolam sejuk gilos..umi plan nak masuk teman adik Najla mandi tp tak jadi la..segan sama sebab kolam tu betul2 tengah antara bangunan kondo. Rasa ada mata2 memandang tak manis la kan. Masuk kaki je la. Nak teman si adik sebab dia kan penakut air. Bagus akhirnya, adik berani juga jalan2 dalam kolam.hehe.. Pasni ke mana lagi trip mandi kolam kita?? Umi tingin sgt2 nak ajak family bercuti kat hotel di PD yg kolam ada dlm bilik tu. Tp harga utk semalam pun dah mahal. Cakap kat abah simpan duit sebulan RM100 pun ok. Bukan apa..budak2 sure hepi..kita pun takde la nak segan ngan pandangan orang. Umi nak terjun kuak renang pun takde hal.wakakak..

Abah kata takpe..InsyaAllah boleh pegi nnt. Jadikan target masa akan datang melalui biz abah dan kawan2 nanti. Sekarang keje keras stabilkan semula biz dulu. Semoga abah dan kawan2 berjaya. Amin..


Si kecik usung plastik makanan..

Assalamualaikum..

Mm..lama menyepi. Jom kita up kan semula citer anak2 umi.

Ni masa Sabtu lepas, Luqman Jannah pegi tuisyen English pukul 8.30 - 10.30 pagi. Setakat ni mampu hantar subjek English je dulu..nak hantar Matematik sekali tp, 2 badik sekaligus agak berat jugak kot.huhu. Mudah2an ada rezki kitorang lepas ni. Amin.

Abah takde, outstation Terengganu..so umi hantar jemput la. Biasa abah yg hantar jemput. Kalo umi take over, umi bawa diorang lepak makan dulu, atau main taman seround kat hujung Presint Diplomatik tu. Ada sekali tu, bersambung2 terus bawa lepak library..dah abah takde kat umah.hehe.

Ok,lepas abis makan, ada makanan yg kena tapau. Cinonit umi, si Najla beria2 nak bawa plastik makanan tu.hehe. Comei je tgk sambil jalan terkedek2 tu usung plastik makanan. Orang kata kecik2 kena dera bawa brg ye..hehe. Kakak Jannah setia teman adik kecik dia la.


Serasikan diri dgn spek baru ye..

Assalamualaikum..

Hari ni, Sabtu kira hari ke 2 umi dan Jannah pakai spek baru. Umi dah simpan spek lama dan start pakai yg baru nak biasakan. Mula2 tu memang akan pening sket..power ngan silau umi pulak naik sket. Jannah pulak memang tak penah pakai spek, jadi memang amek masa sket nak serasikan pakai spek berpower ni.

Mai kita masukkan power mata umi ngan Jannah utk tahun baru 2016 ni..boleh buat rujukan masa akan datang. Umi tak ingat masa mula2 umi start pakai spek masa zaman sekolah menengah dulu, berapa power mata umi. Tp rasanya start ngan 100 lebih. Sekarang 22 tahun ni power kanan dan kiri dlm 400 dan silau kanan kiri dlm 175-185 camtu.

Power mata Jannah..silau kiri yg tinggi

Cermin mata pertama Nur Jannah - 5 Februari 2016

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, tengah hari td lepas jemput bebudak balik sekolah, umi terus bawa diorang ke PKNS Bangi nak pegi amek spek mata Jannah dan umi yg order dari bulan lepas lagi tu. Semalam tuan kedai call bagitau, spek Jannah dah siap selepas ada problem sket aritu.

Sebenarnya, spek umi dah lama siap walaupun Jannah yg buat dulu. Tuan kedai cakap spek Jannah kena order dalam 5 hari la..sebab silau dia tinggi sangat melebihi 200, tu yg kena order. Tunggu punya tunggu dah lebih 7 hari, tak siap2 gak spek Jannah. 1 hari tu tokey tu call bgtau sebenarnya spek Jannah tak dibuat langsung pun oleh supplier Cina tu. Diorang amek order tp lupa masuk dalam sistem. Jadi, memang langsung tak buat la. Dia bg jaminan InsyaAllah akan siap pada Sabtu sebelum Raya Cina. Ok, takpe la. Umi takde nak marah pun..boleh je tunggu. Pastu, syukur hari Khamis tokei call cakap spek Jannah dah siap.

Ok, kat sini umi nak bgtau harga spek kitorang utk kenangan masa akan datang. Jannah yg baru pertama kali buat spek ni, umi ingat mungkin tak melebihi RM200 la kan. Tp bila survey beberapa kedai semuanya kemain mahaiii.. Sama je alasan dia, sebabnya silau kiri Jannah sangat tinggi melebihi 200. Silau kiri dia 275. Sedangkan umi ni silau kiri kanan pun tak sampai 200..dalam 175-185 camtu je. Bila melebihi 200, diorang kena order cermin tu. Harganya RM260 camtu hanya utk cermin. Kira survey total harga RM400 camtu utk spek Jannah saja, sampai la kitorang pegi kat PKNS Bangi, harganya cuma RM340..so proceed la. Mahai betul ya buat spek pertama Jannah, baru Darjah 2. Umi dulu2 dok buat spek memang paling mahal dalam 300 lebih camtu gak la..dah lebih 20 tahun pakai. Orang lain selamba je buat spek lebih 500 kan..sampai dekat 1k pun ada.

Manakala spek umi pulak, pertama kali lah, dalam usia nak masuk 36 tahun ni, mahal dari sebelum2 ni.hihi. Itu pun sebab guna duit sendiri, korek simpanan ASB kitorang. Boleh la buat permintaan lebih sket. Power kanan kiri tinggi, termasuk silau..masing2 naik, jadi minta yg multicoated yg nipis, takmo nampak tebal. Pastu minta yg bila pakai kat cahaya jadi gelap tu..apa nama dia pun tak tau. Sebelum2 ni tak penah buat pun. Total harga spek umi RM480. Itu pun kira termurah banding tampat lain gak. Yg lain bagi bajet spek umi 600 lebih.huhu.. So, inilah dia..spek umi Jannah pada tahun 2016 ni..harap dapat lah bertahan lama sket. InsyaAllah.

Spek baru umi dan Jannah. Umi dark purple, Jannah pink purple.
Percubaan pertama Jannah pakai spek pertama dia. Frame besar sket dari muka..ni yg paling kecik pun.hehe.. Dah orangnya kecik kan. Tokei masa nak bg Jannah try pakai pun tanya Jannah tadika ke Darjah 1? Umi jawab bukan...Darjah 2, dia mmg kecik.hiihi..
Bersiap pegi sekolah agama lak..nak try pakai di sekolah.
Tak bertudung camne rupa pakai spek?
Selfie dulu dlm kete on the way ke sekolah
Umi pun nak join sekaki..try spek kali ke berapa ye sejak umi umur 14 tahun, Tingkatan 2..rasanya kalo tak silap spek yg ke 11 atau 12 kot.hehe. Dah 22 tahun pakai spek.

Umi buat spek baru pun sebab frame besi umi tu dah patah tempat skru, dah tak leh dibaiki, tp masih boleh pakai kalo umi ikat dengan benang.hihi. Memang pakai ke mana2 yg ada benang la, kadang2 ganti gak dgn contact lens..still ada solution sebab tu dok pakai gak. Kalo tak, memang tak rajin ler umi nak pakai.hihi.

Spek terakhir umi sebelum buat yg baru ni..dah patah tempat skru..ikat la dgn benang hitam.hehe..





Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform