Inject Dexa utk matangkan paru-paru bayi

Assalamualaikum..

Semalam ari Jumaat, masih dalam minggu ke 28, umi pegi inject dexa kat Pusat Bersalin Berisiko Rendah Presint 8. Semalamnya ke hospital scan sampai dh pukul 12 dah lewat, so doktor suruh buat esoknya je la..tak yah ke hospital sebab parking penuh..ssh kan. So suruh ke Presint 8. Alhamdulillah.

Umi dah google pasal dexa ni lepas doc bagitau umi kena inject minggu depan. Sebelum ni umi penah dengar sekali je pasal dexa daripada Cik Lynn yg 3 tahun lepas baby pramatang tp dia tak inject dexa tu.

Wahh..bila sendiri yg kena, wajib la kita google. Aduiii..sakit sangat inject ni..huhu. Pengalaman doc sendiri pun cakap sakit gilakkk.. Dah la kena inject 2x..dalam tempoh 12 jam. Kira pagi sekali, pastu malam sekali. Aduh..tahan je la..dah memang terpaksa kan..dah memang tau umi prengnant kali ni berisiko bersalin awal. Redha n tahan je la.

Apa2 pun, umi tetap berdoa akan bersalin operate bila babies dah cukup matang, dah masuk 9 bulan ataupun dah lebih 36 minggu. Mudah2an tarikh operate ceasar yg doc bagi tu sgt sesuai utk babies umi keluar ye.. Amin.. Harap sangat babies punya berat lebih 2 kg tak perlu dimasukkan kat dalam inkubator NICU. Moga Allah permudahkan. Amin..
Ni ha ubat dexa utk matangkan paru-paru baby, inject kepada ibu2 yg berisiko bersalin awal atau pramatang. Pengalaman pertama lah bg umi ni. Pelik sket sbb kena amek kat farmasi hospital bawa ke nurse inject kat bilik tertentu. Kiranya ubat kawalan la ni kan..
Keluar dari dewan bersalin, Pusat Bersalin Risiko Rendah Presint 8. Sakittt sangat masa kena inject dan selepas inject tu..dok pegang montot je la..hahaha.. Inject tu kat bilik bersalin. Kali ni umi dah tak bersalin di dewan bersalin lagi la..bersedia lah ke dewan pembedahan utk operate ceasarian.
Berehat sekejap ilangkan sengal2 sakit lepas inject. Inject pagi td terus berjalan ke kete..abah dah tak sabar nak ke ofis dia sbb dah 2 hari masuk lambat, teman umi ke klinik dan hospital. Kitorang pergi 2 kete sebenarnya, abah pegi punch card dulu..jumpa di Presint 8 la. Umi jalan dan macam penguin kot..dah la tahan sakit sambil dok gelak..citer kat budak2 depa kata dah cam orang gila..hahaha. Bertuah punya budak.
Malam 4 badik ikut la. Pagi pegi ngan Najla je..yg nyenyak tido. Umi tunggu dalam kete sampai Najla bangun..sampai la hilang sengal sakit inject.
Sementara umi inject, bebudak main taman kat luar dewan bersalin dulu. Dulu umi penah dok kat sini lepas bersalin Najla kat Hospital Putrajaya sebab wad kat spital penuh so diorang anta ke sini. Ok la..selesa..sbb tak ramai cam spital. Cuma umi tak leh bersalin sini sbb ada sejarah operate ceasar.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform