Showing posts with label Mandi kolam. Show all posts
Showing posts with label Mandi kolam. Show all posts

Bercuti di Hotel Bangi-Putrajaya

Assalamualaikum..

Aktiviti di bilik..tgk tv
Masa utk mandi kolam..dpt la 3x mandi
Najla lepas terlemas dalam kolam kanak2 yg cetek tu. Dok depan umi elok je leh terlemas..tak nak mandi dah. Sebelum tu kemain hepi.
Afiq nangis..dia dok sembang ngan abg kakak psl Boboiboy..dia sebut boboiboy daun kot..pastu budak laki dpn dia cakap kuat..haishhh mana ada boboiboy daun. Sibuk je nyampuk ye. Afiq dah senyap..tiba2 cebik terus nangis kuat..hahaha..manjanya anak laki umi ni. Kebetulan ptg last abah mai join teman..sebelum ni umi je melayan. Budak laki tu nak pujuk tanya kenapa nangis..terus Afiq kuar kolam.hahaha..

Awal bulan 4 aritu..abah ada event Kem. Pend. Tinggi buat kat UKM, Bangi..selama 3 hari. Diorang dapat bilik hotel kat Hotel Bangi-Putrajaya..abah share dengan bos dia..tp bos dia tak nak dok hotel pun..so, abah pun ajak la family dia ni lepak hotel 1 malam. Sepatutnya 3 malam tp memandangkan Jumaat malam abah bgtau pun dah lewat, bebudak dah lena..malas la nak bberangkut pek baju bagai..walaupun dekat je kan..tunggu je sok siang kita join. Pastu, Isnin pulak dah sekolah dan keje..so Ahad malam kitorang pun balik umah la..jadi la dapat tdo hotel semalam je. Bebudak dapat mandi kolam 3x mmg dah cukup hepi gilerr.. Kat bilik berkurung tgk tv Disney channel..sejuk econ..suka la depa kan.

Bukan senang nak bercuti kat hotel ni kan..sesekali ada peluang camni, jom la join..bebudak pun hepi. Sabtu petang lepas abah setel buat keje kat UKM, abah balik jemput kitorang..Luqman Jannah pun pagi Sabtu pegi tuisyen dulu.

Bebudak hepi..Ahad malam kitorang check out..masuk kete pakat lena keletihan bebudak..sampai umah sambung tido sampai esok pagi pegi sekolah.hehe..

Lepak dengan kawan lama umi, Cik Nal Najaha.

Assalamualaikum..

Tak tersusun gambar..ni Afiq dah salin baju mandi dia. Umi tgh salin baju setelkan Najla sekali kat toilet.
Tisya dah letih..berehat sekejap.hehe..
Panas enjin Najla..umi belum berendam lagi. Nak rendam dia dlm air.
Mula2 Afiq pakai baju tido je. Dah last dia nak tuko baju mandi..kot best sket mandi kot.hehe. Konon..camni la Afiq tak nak kawan ngan Zikry, dok diam je camtu.
Zoom sket..ha cctv atas kepala je. Tgk gambar baru pasan. Dok berendam tu langsung tak sedar..haha.
Umi ngan cik Nal..lama sekali baru jumpa.
Sapa yg nak join bergambar ngan umi n mama. Luqman tukang snap gambar. Tisya dok makan nasi lemak, dah puas mandi baru terasa lapar kan..hehe. Cik Nal bawa bekal jajan macam kedai runcit, apa lagi suka la bebudak ni. Bila pulak turn kitorang nak bercuti kat hotel ni..

Ni pulak cerita Hari Khamis lepas cuti raya cina tu..Luqman Jannah sekolah petang..pagi bercuti la. Afiq tadika Kemas cuti seminggu..sibuk dok tanya bila nak pegi sekolah..asyik cuti je. Rajin sgt ye Afiq g sekolah..padahal dok diam je kat sekolah, kan...hehe..

ok, siapa Cik Nal Najaha ni (lepas ni sebut Cik Nal)?? Kawan lama umi masa keje kat Kementerian Sumber Manusia..umi sempat keje situ pun sekejap je..2, 3 bulan kot tp ni lah satu2nya kawan yg umi masih berhubung sampai sekarang. Alhamdulillah.

Macam kawan baik umi cik Leen jugak, cik Nal ni pun surirumah..tak berkerja..dok berhubung kat wasap je sebab dia dok nun di Jitra, Kedah. Last kitorang berjumpa tahun 2012 kot..Afiq kecik lg masa tu..lama dah pun.

Cik Nal sekeluarga datang Putrajaya sebab ikut suami meeting kat Putrajaya..cam kitorang la jugak, nak ikut abah meeting atau kursus kat mana2 tp belum berpeluang join lagi setakat ni walaupun dah kerap abah outstation.

Umi ngan Cik Nal plan nak berkumpul sama2 la. Mula2 ingat nak lepak Alamanda..tp last cik Nal cakap, bg budak mandi kolam je la. Wahhh..hepi la depa ni dengar nak mandi kolam lagi. Budak mana yg tak suka mandi kolam, tak suka tido hotel..habaq mai sat???hahaha.

Semangat ni dok tunggu bila la Hari Khamis nak menjelma walaupun tak kenal pun anak Cik Nal tu..dulu penah jumpa dan berkawan masa kecik lagi, kan. Kena jumpa pagi la sebab petang kang Luqman Jannah nak g Kafa pulak.

Pagi tu umi bawa Najla g Klinik Kesihatan Presint 14 sebab nak amek ubat demam (balik dari ziarah org meninggal, malam tu demam pulak.huhu. Maybe jangkit dari Luqman sama). Esoknya pagi sebelum Subuh abah nak outstation, so better g masa abah lum pegi kan. Abah g keje, umipun jemput Cik Nal dan anak2 kat lobi Everly Hotel bawa g breakfast kat Medan Selera Presint 16 dulu. Bebudak tak lalu nak makan langsung, apa pun takmo..tak sabar nak terjun kolam kott..hehe. Belum panas enjin lagi, kawan2 baru pun lum ditegur..bawa diri masing2 dulu.

Anak Cik Nal, Tisya sebaya Jannah..tp badan kemain besar..gedabak lagi dari Luqman.wakakak..Luqman punya berat pun belum cecah 30kg, Tisya dah 39kg..haha. Jannah apatah lagi..20kg pun lum jejak..hihi. Sorang lagi Zikry sebaya Afiq. Dah besar pun, dulu last jumpa baby2 lagi.

Balik Everly Hotel kemain jauh umi park kete..kat luar nun, tak mo bayar parking takut mahai..sekali masuk dlm tgk dlm RM5 je..hampeh. Buat penat kemain jauh parking..jalan kaki redah semak..aduyaiii.. Balik nnt call abah suruh mai jemput kitorang la, antar ke kete. Tak sanggup nak usung anak2 lalu kat semak tu..huhu.

Masuk kolam..mandiiiiii. Yeahhh. Umi berendam sekali la, nak bg Najla berendam buang abis demam2 panas tu. Dia pun hepi dpt berendam ngan umi. Cik Nal tak bawa baju, jadi penonton dah jadi kameraman..tima kasih gambar2 ni hasil tangkapan dia la..hehe. Bebudak dah hepi..berkawan lah sudah. Tu la caranya nak satukan bebudak kan..bg mandi kolam, bg jalan sama2. Tp Afiq still pemalu..tak nak kawan ngan Zikry.

Dah abis mandi, kena cepat sebab nak ekjarkan Kafa Luqman Jannah. Setelkan adik najla kat toilet, tercirit pulak dia..huhu. Sian Najla..mujur tak terberak dlm kolam mandi ye.hehe..

Sebelum balik, naik ke bilik cik Nal dulu sebab cik Nal nak amek ukuran badan dan baju umi..nak minta tolong dia jahitkan baju sket. Ada 2, 3 kenduri besar menunggu tahun ni, kena ada baju baru.hehe. Cik Nal join kursus menjahit Giat Mara selama 6 bulan..terror la jahit baju, shawl, tah apa lagi. Kat Kedah pun best..banyak peluang kelas jahitan free je. Kat sini susah la nak jumpa.

Bila lagi nak jumpa cik Nal pasni tak tau la. Baju2 pun minta dia poskan je nnt. Tp katanya kenduri umah Tok Tokwan, Pakndak nak kawen nanti dia nak datang..bagus la. Boleh jumpa lagi.

Mandi kolam di perumahan Pakcik Latif

Assalamualaikum..

Citer dah lama berlalu, tp bab nak update tu sungguh tak rajin betul la..tu yg terperap lama bersawang update. Ni tgh malam sume lena, umi rajinkan diri update sket2.

Minggu cuti raya cina tu..kitorang tak balik Kulim pun..budak2 ni sekolah kebangsaan cuti seminggu, tp sekolah petang cuti raya cina2 hari tu je..lagi 3 hari kena sekolah. Abah pun nak ke Ganu, so tak yah la blik kampung. Kena berjimat cermat.

Cuti, so kitorang balik lepak Keramat 2 malam. Tu pun tumpang bilik Pakcik Latif, bilik kitorang tu ada masalah sket. Kebetulan pakcik pun tak balik. Hari Sabtu kitorang join ke kenduri akikah kat umah parents Maksu Tira, dia dapat anak buah baru. Ahad, umi abah plan nak bawa bebudak mandi kolam. Ingat nak g kat Taman Melawati tu la..kelab apa nama tu..penah pegi sekali tahun bila tah..dengan family Kulim.

Main ngan Fateh kt umah Atok

Siap dah sume pakai baju mandi, pegi la ke kolam. Sampai tgk rupa kolam pun takde.haha. Dah tutup rupanya. Tengah construction buat bangunan apa tah la kat situ. Bertuah la..dok situ pun tak tau citerr..wakakka.. Sian bebudak dah excited nak mandi kolam. Nak g KLCC tak rajin, tempat camtu kan. Try jengah kolam MSN takde orang jaga kaunter cuti2 camni.

Mm..terpikir try tanya Pakcik Latif la..kot leh tumpang mandi kat umah dia.hehe. Umi wasap ngan Makcik Anne..pung pang pung pang..setel. Ok, jom ke sana. Kondo di Sentul ya. Diorang kuar nak shopping, so kitorang main2 mandi je la kat kolam tu. Pakcik siap bagi kunci umah diorang kot nak naik salin baju kat atas. Tak perlu sebenarnya, mandi kat toilet bawah je..tp takpe spare je, mana tau memerlukan. Last, nak balik..tak naik so masukkan kunci dlm post box diorang la. Tercapai gak hasrat bebudak mandi kolam. Alhamdulillah..

Kolam sejuk gilos..umi plan nak masuk teman adik Najla mandi tp tak jadi la..segan sama sebab kolam tu betul2 tengah antara bangunan kondo. Rasa ada mata2 memandang tak manis la kan. Masuk kaki je la. Nak teman si adik sebab dia kan penakut air. Bagus akhirnya, adik berani juga jalan2 dalam kolam.hehe.. Pasni ke mana lagi trip mandi kolam kita?? Umi tingin sgt2 nak ajak family bercuti kat hotel di PD yg kolam ada dlm bilik tu. Tp harga utk semalam pun dah mahal. Cakap kat abah simpan duit sebulan RM100 pun ok. Bukan apa..budak2 sure hepi..kita pun takde la nak segan ngan pandangan orang. Umi nak terjun kuak renang pun takde hal.wakakak..

Abah kata takpe..InsyaAllah boleh pegi nnt. Jadikan target masa akan datang melalui biz abah dan kawan2 nanti. Sekarang keje keras stabilkan semula biz dulu. Semoga abah dan kawan2 berjaya. Amin..


Jom mandi kolam.

Assalamualaikum..

Ok, ni pulak aktiviti siang tadi..umi bawa anak2 mandi kolam. Cuti sekolah tak ke mana, jadi tanya diorang petang nak buat apa. Biasa tiap hari balik sekolah, diorang wajib kayuh beskal luar umah. Ni cuti ni diorang cakap nak mandi kolam. So ok la..jom bawa. Abah bz sekarang ni..ofis hakiki, ofis bisnes..jadi sila jgn kacau dia ok. Umi memang suka berdikari buat lah sendiri. Tau abah bz ni pun utk kesenangan kitorang jugak. Abah cari rezeki yg halal utk kitorang sekeluarga..semoga Allah permudahkan. Amin..

Balik pada citer mandi kolam, umi pikir nak ke kolam mana ye. Presint 16, Presint 9, Presint 5..so kita amek dekat je la..Presint 16 walaupun berbayar. Murah je..sesekali takpe la. Afiq siap ajak mandi kolam hotel, jgn tak tau.haha. Dia ingat bapak dia orang kaya nak dok hotel selalu.hahaha..

Umi ada bincang ngan abah, tingin nak dok hotel kat PD Grand Lexis ke apa..yg ada kolam dlm bilik tu..tp mahal la. Tu tak sanggup nak minta kat abah. Memang budak2 confirm hepi, umi pun tumpang hepi sebab kolam dlm bilik sendiri, tak perlu nak bertudung bagai kan. Abah cakap kita mampu tp tak nak sebab nak jimat. Mm..mungkin betul juga. Takpe, boleh tak target, simpan sebulan 100 ke..utk g situ? Mana tau impian bakal jadi kenyataan kan. InsyaAllah..

Ni la umi, kalo dpt bercerita..suka buat karangan.haha. Ok sambung. Sampai kat parking basement, turun kete umi rasa awat pelik sgt tak tau. Tgk bawah..Ya Allahhhh..kasut sebelah lain.hahahaha.. Tunjuk kat budak2 diorang lagi bantai gelak..aduii.. Ikut tak sabar depa nak mandi kolam, depa kata pakai je, bukan orang nak tgk pun. Mujur umi tak ikut cakap depa, org kemain ramai kat kolam..mmg bakal jadi perhatian lah minah mereng pakai kasut sebelah lain..ahaha.

Tak kira, jom balik tuko kasut. Mujur tak berapa jauh kan. Kalo yg jauh, rela umi berkaki ayam je.hihi. Sampai semula kolam, kena bayar tiket kolam budak RM2 sorang. Bawah 2 tahun free, so adik Najla je tak yah bayar. Kalo kolam kecik luar pagar RM1 je tp tak puas abg kakak main air nnt kang. Baju mandi ok, sume ada kecuali Luqman..umi pakaikan jersi getah..tp suar getah takde..pakai la seluar pendek umah ok la tu.

Masuk kolam tgk kedalaman tak sesuai utk Afiq tanpa pelampung pulak. Aduihh..kena g sewa pelampung RM3. Td dah bayar tiket RM6 utk 3 orang. Pelampung ada 2 kat umah tp takde pam..kena tiup sendiri..hu ha hu haaa..semput. Afiq dpt mandi guna pelampung so umi layan Najla sorang je la.

Si kecik takut air..masih lagi takut. Meronta2 menangis masuk air. Adik2.. Umi tak berendam masuk dlm air tak dpt nak bawa masuk dia lama2..just basahkan seluar je. Nak biarkan kat Jannah tak berani, lemas kang. Mm..camtu la aktiviti kitorang arini. Sejam je dpt mandi sebab kuar umah lepas solat Asar. Time Maghrib tapau roti telur, tosei, roti nan..balik solat dan makan kat umah

Dekat tgh malam baru abah balik sebab tgh bz psl ofis baru bisnes abah. Tak yah la umi citer yg tu..biz kongsi je pun.

Ya Allah...pakai kasut.sebelah lain. Kes main capai terus masuk kete.wakakak.
Suasana di kolam mandi Kompleks Kejiranan Presint 16
Ni anak dara penakut air..meronta menangis takmo berendam.. Bila agaknya nak berani ye dik..

Mandi kolam ngan family Kulim

Assalamualaikum..

Kat sini umi nak bgtau lg yg gambar2 ni sume kenangan yg umi simpan je dlm kamera phome ni. Umi pun tak ingat bila kejadian ni sume. Nak check balik tarikh pun tak rajin. Yg pasti, kalo bukan ujung tahun lepas, sure awal tahun ni punya..camtu la. Tak de la lama sgt kan..

Aritu Tok, Tokwan n Maksu Yayah turun KL lg. Cam biasa, sekarang Tok Tokwan kalo turun KL pasti akan bermalam di ketiga2 umah anak diorang.. Umah kitorang kat Putrajaya, umah Achik Azah kat Selayang, n umah Paknjang Najib kat Batu Muda ke apa..umi tak ingat, sbb diorang baru pindah dari Selayang ke kuates tentera, dekat sket ngan ofis masing2.

So, 1 ari tu..berjanji la kitorang sume nak bawa anak2 mandi kolam sama2. Sesekali dapat berkumpul reramai camni best gak kan..tambah2 Tok n Tokwan pun ada. Achik Azah yg ckp kat Melawati ada tempat mandi. Sebenarnya abah pun tau sebab mmg dekat ngan Keramat kan..tp abah ingat tempat ni dah tutup sebab dari zaman die sekolah lg ada.

Pastu yg best murah lak. Biasa tiket masuk kolam mandi mahal berpuluh hinggit kan, ini setakat RM5-10 je. Ok sgt la tu. Abah tak join sebab ada hal kat UTM..psl study die tu la. Umi drive bawa budak2 ni. Tunggu Achik datang je la. Kitorang masa tu mmg tgh lepak kat Keramat.

Tok ada bawa sket makanan..berkelah la kat situ. Kebetulan kitorang duduk kat pondok berbumbung..mmg selesa la. Plan nak datang lg sini tp tah la bile tu.

Bergambar dulu sementara tunggu Achik n the geng datang. Lum mandi lg la ni.hehe. Tunggu nak terjun kolam je..    
Tok tidokan bb Rania
Tokwan jaga Damia yg kesejukan mandi kolam
Budak2 la seronok dapat mandi kolam dengan kawan2 lak. Balik tu abis kulit merelit itam legam.hehe.. Ok, baru umi ingat. Peristiwa ni masa sehari sebelum budak2 masuk sekolah 1st day tu.
Sekawan
Air dalam..mujur ada batu kerusi dlm air, leh letak Afiq duduk situ.


Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform