Kami..dalam kete.

Assalamualaikum..

Kami masa nak kuar jalan2 raya weekend lepas. Bebudak ni dok dalam kete besar pun kadang nak bergaduh berebut tempat duduk jugak..duduk kete kecik pun bergaduh..

Anak ramai katakan..kecik2 jenuh dok bertempik je kat diorang..nanti dah besar sunyi je dok tunggu diorang kan. Moga anak2 umi abah yg ramai ni akan menjadi anak2 yg terbaik pada masa hadapan ye.

Adik Najla baru terjatuh kat tangga. Benjol kat dahi dan dagu akibat jatuh semalam dan kelmarin kat umah Putrajaya pun tak ilang lagi, dah terjatuh pulak.huhu..
Nak duduk belakang ngan abg kakak. Nenek ada sebelah kat seat tengah, mana dia nak main..senyap je. Dok belakang baru dengar suara.
3 Badik kat belakang
Luqman cakap tak aci la gambar Luqman takde..dia tolong snap gambar adik2 di belakang. So dia kata nak bergambar ngan umi la..

Masih dalam mood beraya..

Assalamualaikum..

Selagi bulan Syawal belum habis, selagi tu la kita berjalan raya ke rumah sanak saudara kan..utk mengeratkan silaturrahim sesama keluarga.

Weekend yg lepas ni kitorang ada dapat beberapa jemputan open house jugak la..tapi tak semua dapat dipenuhi.. Mana yg sempat dan dekat saja la boleh join. Sabtu kitorang plan nak ke open house kawan sekolah abah di Sungai Buloh tp Luqman dok ajak ke umah teacher tuisyen dia..dari bulan posa lagi sibuk ingatkan..so ikut je la dia. Dah jumpa teacher baru tau peel si Luqman ni macam mana kan..

Nak ke Sg Buloh tak sempat dah sebab dah janji nak celebrate besday Najla kat umah Atok, Keramat. Janji kul 4ptg tp kul 5 pun kitorang belum sampai..jem jalan hari Sabtu orang beraya kan.. Nanti pasal besday Najla umi buat entri baru. Sini pasal jalan2 raya je dulu.

Malam Sabtu tu kitorang ke umah Paknjang Najib, geng2 kem diorang buat open house..tak snap gambar la pulak..kira tak dapat la nak join open house KRT kitorang kat Putrajaya, dah jauh kan..malas nak pusing2 blk. Umah sepupu kat Sepang pun tak dpt join..maaf sgt2.

Esoknya kitorang dah ada plan nak jalan raya ke rumah mak sedara abah (kakak Atok), Nenek Jamilah kat Sungai Buloh. Pegi beraya dgn Atok Nenek dan Pakcik Latiff dan Makcik Anne je. Paksu tak dpt join sbb jaga anak2 kat umah, Maksu keje.

Petangnya pulak mmg dah plan ke umah Tokcik Pah sebab diorang buat open house, so ajak Atok Nenek semua sekali la lepas tu. Pagi ada majlis raya taman perumahan Atok kat dewan depan umah pun tak rajin nak pegi..takut perut penuh sgt..tak termakan dah nanti bila nak jalan tengahari dan petang.

Budak2 purple ni buat perbincangan apa..duduk sekelompok kat hall tu?
Nenek Jamilah tgh bercerita pasal salasilah keturunan Atok sekeluarga..hihi. Baru la nampak sket bila dah citer tu kan..
Awat Pakcik dgr cite sambil tutup muka ni..hihi.. Kitorang dijamu mee sup aritu..
Arwah Mohd Amin, ayah kepada Atok dan 8 adik badiknya. Atok sorang lelaki tunggal dlm keluarga. Moyang Mohd Amin ni la yg ada kembar tak seiras..
Ni arwah Mak Itam dan suaminya..yg menjaga anak2 moyang selepas kematian ibu dan ayah. Orang kaya Kampung Baru kalo tak salah.
Kat umah Tokcik Pah, Batu Caves pulak.. Kat sini umi makan laksa dan bubur kacang. Ada nasi dagang juga..

Inject Dexa utk matangkan paru-paru bayi

Assalamualaikum..

Semalam ari Jumaat, masih dalam minggu ke 28, umi pegi inject dexa kat Pusat Bersalin Berisiko Rendah Presint 8. Semalamnya ke hospital scan sampai dh pukul 12 dah lewat, so doktor suruh buat esoknya je la..tak yah ke hospital sebab parking penuh..ssh kan. So suruh ke Presint 8. Alhamdulillah.

Umi dah google pasal dexa ni lepas doc bagitau umi kena inject minggu depan. Sebelum ni umi penah dengar sekali je pasal dexa daripada Cik Lynn yg 3 tahun lepas baby pramatang tp dia tak inject dexa tu.

Wahh..bila sendiri yg kena, wajib la kita google. Aduiii..sakit sangat inject ni..huhu. Pengalaman doc sendiri pun cakap sakit gilakkk.. Dah la kena inject 2x..dalam tempoh 12 jam. Kira pagi sekali, pastu malam sekali. Aduh..tahan je la..dah memang terpaksa kan..dah memang tau umi prengnant kali ni berisiko bersalin awal. Redha n tahan je la.

Apa2 pun, umi tetap berdoa akan bersalin operate bila babies dah cukup matang, dah masuk 9 bulan ataupun dah lebih 36 minggu. Mudah2an tarikh operate ceasar yg doc bagi tu sgt sesuai utk babies umi keluar ye.. Amin.. Harap sangat babies punya berat lebih 2 kg tak perlu dimasukkan kat dalam inkubator NICU. Moga Allah permudahkan. Amin..
Ni ha ubat dexa utk matangkan paru-paru baby, inject kepada ibu2 yg berisiko bersalin awal atau pramatang. Pengalaman pertama lah bg umi ni. Pelik sket sbb kena amek kat farmasi hospital bawa ke nurse inject kat bilik tertentu. Kiranya ubat kawalan la ni kan..
Keluar dari dewan bersalin, Pusat Bersalin Risiko Rendah Presint 8. Sakittt sangat masa kena inject dan selepas inject tu..dok pegang montot je la..hahaha.. Inject tu kat bilik bersalin. Kali ni umi dah tak bersalin di dewan bersalin lagi la..bersedia lah ke dewan pembedahan utk operate ceasarian.
Berehat sekejap ilangkan sengal2 sakit lepas inject. Inject pagi td terus berjalan ke kete..abah dah tak sabar nak ke ofis dia sbb dah 2 hari masuk lambat, teman umi ke klinik dan hospital. Kitorang pergi 2 kete sebenarnya, abah pegi punch card dulu..jumpa di Presint 8 la. Umi jalan dan macam penguin kot..dah la tahan sakit sambil dok gelak..citer kat budak2 depa kata dah cam orang gila..hahaha. Bertuah punya budak.
Malam 4 badik ikut la. Pagi pegi ngan Najla je..yg nyenyak tido. Umi tunggu dalam kete sampai Najla bangun..sampai la hilang sengal sakit inject.
Sementara umi inject, bebudak main taman kat luar dewan bersalin dulu. Dulu umi penah dok kat sini lepas bersalin Najla kat Hospital Putrajaya sebab wad kat spital penuh so diorang anta ke sini. Ok la..selesa..sbb tak ramai cam spital. Cuma umi tak leh bersalin sini sbb ada sejarah operate ceasar.

Entri ke 1000.. Yeahhhhhhh!!! - Perkembangan terbaru baby kembar umi..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, tak sangka dah masuk entri ke 1000 blog kesayangan umi ni, Putra Putri Yang Ku Sayang. Dah 9 tahun umi menulis blog ni..mmg sayang sangat nak stop tinggal camtu je. Ada banyak gambar dan cerita kenangan boleh dicoretkan dalam ni.

Daripada Luqman lahir sampai la sekarang nak dapat anak ke 5 dan 6 dah pun, umi masih berjuang menulis walaupun selalu bersawang kan..hehe.. Kalo tak bersawang mau beribu entri dah ada kot..hahaha.

Ok, sempena merasmikan entri ke 1000 ni..umi update pasal perkembangan mengandung anak2 kembar umi ye..tak sabar sebenarnya, sampai tak boleh tido dari malam sampai ke pagi..huhu. Alhamdulillah, esok dah nak masuk minggu ke 29 kandungan.

Makin last2 pregnant ni, umi perlu lebih kerap scan kat hospital. Kat klnik cam biasa tetap setiap 2 minggu sekali. Minggu lepas, minggu 27 scan terus nampak dan confirm jantina kembar umi berdua ni. Confirm BOY ye..kembar seiras.hehe. Ni memang jelas, so umi bagitau terus je la kat blog. InsyaAllah boleh tambah cucu boy kat Kulim yg tak ramai boy.hehe.

Minggu tu jugak doc bgtau umi kena inject dexa minggu depan utk persediaan jika terpaksa bersalin awal..pramatang.huhu. Masa scan jantung tu, 2 orang doc cakap pengaliran darah dari uri ke baby tinggi..tp diorang pun tak pasti kot salah mesin tu..so diorang suruh dtg lg minggu depannya.

Buku merah kali ni tebal dan comot sebab kertas banyak..semua pakai kertas je sekarang..dah la selalu kena checkup kat klinik dan hospital. Dah la kena g klinik setiap 2 minggu dari awal pregnant lagi.
Perkembangan babies umi masa 27 minggu..minggu lepas la. Alhamdulillah pertumbuhan diorang, berat diorang memang sesuai dengan usia kandungan umi masa tu. Dapat due pun sesuai dgn due asal umi. Bagus sangat babies ni sebab walaupun berkongsi uri, diorang berkongsi makanan sama je tak de nak curi lebih.hehe. Berat diorang pun lebih kurang je. Harap kat luar nanti pun sama jugak ye..saling sayang menyayangi..adil.
Ni bukti doc cakap perut umi besar..dah cukup due dah.hehe. Uterus at 36 week, padahal umi baru 27 minggu. Memang sgt2 pelik doc cakap perut besar sbb kalo kat luar semua org cakap perut umi kecik tak macam pregnant twin.hehe. Tu umi pikir, bila baring memang jadi besar kot. Ukur rahim kat klinik pun mmg tinggi rahim tu lebih banyak dari usia kandungan pun. Special tul pregnant twin ni kan..hehe..


Sambung cite.. Pegi scan minggu ke 28 pulak.. Alhamdulillah pertumbuhan, berat babies pun masih baik. Dan yg paling penting, pasal uri tu Alhamdulillah normal tak macam minggu lepas. Mudah2an akan berterusan normal sampai tarikh bersalin nanti. Amin..

Sepatutnya inject dexa hari tu jugak tp patient ramai sgt aritu..turn umi jumpa doc pun dah pukul 12 tghari, tak sempat nak inject kot..kalo tak, pukul 12 malam kang pulak kena datang inject..uii jangan. So kena la inject esoknya. Perlu amek ubat dexa kat farmasi dan bawa esoknya.

Yg best scan minggu ni..siap dapat tarikh bersalin operate ceasar.haha. Memang tak sangka betul nihh..tak sedia kot..rasa cam awal lagi. Tp doc senior laki tu cakap kena amek siap2 takut nanti tak de tempat pulak.

Jeng jeng...tarikh operate ialah pada Jumaat, 23 September 2016 bersamaan 21 Zulhijjah seminggu lepas raya haji dan cuti sekolah seminggu..masa kandungan 37 minggu 5 hari camtu. InsyaAllah. Due asal umi ialah pada 9 October 2016. Tarikh jumpa pakar bius utk taklimat pada 5 Sept.

Doc tanya nak ikat rahim sekali ke..umi jawab ye. Memang nak stop dah. InsyaAllah. Jadi nnt operate ceasar terus ikat la. Mudah2an takde apa masalah. Umur umi tahun ni dah 36 tahun..plan asal nak 5 orang anak saja, tp Alhamdulillah Allah bg rezeki lebih, dikurniakan 6 orang anak. Cukup la tu kan..Terima kasih Ya Allah. Syukur Alhamdulillah..

Perkembangan dan pertumbuhan babies pada minggu 28. Sama2 membesar macam sebelum ni. Alhamdulillah. Berat babies pun dah capai 1.2kg setiap seorang. Semoga masa bersalin nanti berat melebihi 2kg ye adik dan abang berdua ni.
Scan 2D twin umi..cam biasa scan hospital dan klinik..sorang cephalic kedudukan normal, sorang lagi breech, songsang. MPV pengaliran darah dari uri ke babies pun normal. Alhamdulillah.
Plan utk seterusnya..inject dexa esok, scan lagi 2 minggu akan datang, MGTT minum ayaq gula minggu dpn. Pastu dapat tarikh operate ceasar dan ikat rahim pada 23 Sept..dan jumpa pakar bius pada 5 Sept. Sekian..


Kenangan abah beraya kat ofis pun nak join blog..

Assalamualaikum..

Jangan mare, gambar abah beraya kat ofis gomen abah pun umi masukkan ye. Kenangan gak ni. Jamuan raya peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi.

Kalo nak tau, abah ni cukup susah nak pakai baju melayu kalo ke ofis..dah nama jamuan raya pakai je la kan..tp dia segan ke hapa tak tau la. Kalo hari Jumaat lagi bertuah la dia nak pakai. Bagi dia baju melayu tu pakai masa raya pertama gitu je.haha. Abah..abah. Abah sape la ni....

Umi iron baju melayu siap sampin, dengan kemeja sekali sebab dia kata nak pakai kemeja dulu. Kalo tak yah tuko, pakai je la kemeja..tp sampai je ofis memang kena tuko.haha. Tgk la..sampin pun tak pakai..penat umi iron tau..hihi..

Masa jamuan raya ni, umi ada appointment 27 minggu kat hospital. Dah abah bz, dia tinggal je la umi ngan Najla kat hospital.. Apa nak buat. Dah 2x umi ngan Najla je. Usung budak kecik tu masuk toilet. Kalo dia tido, umi terpaksa tinggal kat kaunter nurse. Kalo kat klinik kesihatan umi tak kisah pegi sendiri pun..

Raya family KL pulak..kitorang takde pun, cuma sebagai kenangan..

Assalamualaikum..

Umi saja nak masukkan gambar raya family Keramat walaupun kitorang takde kat situ..sama cam family Kulim..sebagai kenang-kenangan di masa depan nanti. InsyaAllah.. Ni pun amek dari group wasap, apa yg diorang share, kita amek je la.

Mula2 gambar family Neklong dtg beraya kat umah Atok Nenek. Rasanya yg ada masa tu Atok Nenek je la..hari keje n sekolah. Neklong ni masa abah kecik2 dulu penah la jugak dok jaga abah. Neklong cite abah ni baik je budaknya..diam je. Tgk la anak2 Neklong sume besar2..ada yg buli kot sepupu diorang ni..hahaha..

Masa umi abah nak kawen dulu, Neklong la yg datang wakil keluarga lelaki..memang setiap tahun sejak umi kawen, tak penah miss lagi rasanya beraya ngan Neklong.

Adik beradik Atok kalo tak salah umi 9 beradik (kalo salah ampunkanlah.huhu..pasal Moyang kembar pun umi baru tau lepas umi pregnant kembar). Atok sorang je lelaki, yg lain semua perempuan. Sebab tu semua anak buah panggil Atok, Pak Tunggal. Muka diorang semua ada iras.hehe..

Tahun ni Atok dah cakap awal2 tak buat open house raya sebab nak bagi laluan utk majlis akikah baby pertama Pakcik Latiff dan Makcik Anne nanti.



Gambar bawah ni pulak..Atok Nenek dengan Maklong Shikin, Paksu Amat sekeluarga jalan beraya ke Kluang Johor, umah adik nenek..umi lupa nama..maaf ye. Nenek bagitau nak pinjam kete kitorang sebab kalo pegi kete kecik sket tak muat..tak selesa. So, ok la. Diorang tido semalam kat hotel di sana.

Pastu baru tau, rupanya Pakcik Latiff pun balik beraya di kampung Makcik Anne di Muar..aritu diorang cakap tak balik raya. Esoknya diorang plan nak beraya umah Uncle Zaini kat Tangkak tu..baru tau kitorang je lah tak join.

Kebetulan malam tu ada lawan bola antara JDT ngan Kedah. Umi abah saja gurau2..patut la diorang tak ajak kita orang Kedah join sekali.wakakak. Tp takpe la..kalo diajak pun memang tak dapat join punya la..dengan kain baju sebeban sejak balik dari kampung Isnin tu nak setelkan.

Pastu, kebetulan motor besar Pakndak Man rosak kat tol Bangi..dia on the way nak balik Jasin. So tolak la dgn member bawa motor ke rumah kitorang, tido sini. Kalo kitorang takde, mana dia nak tido. Ni pun, dia sambung tumpang tido umah kitorang dekat sebulan sebab tak larat ulang alik KL-Jasin naik wira lama tu. Mujur belum bawa balik wira tu ke kampung sebab Pakndak cakap dah tak guna langsung lepas kawen dulu.

Dan yg paling penting, fulus memang dh kureng la. Dah balik beraya kampung katakan. Banyak kuar duit sampai ada bayaran yg tertangguh nak bayar..kena tunggu gaji baru lah jawabnya. Mudah2an Allah murahkan rezki kami sekeluarga. Amin..

Esoknya diorang balik KL, kitorang anta kete Atok ke Keramat sebab pikir jenuh diorang nak bersempit dalam kete dari Putrajaya sampai Keramat. Haa..aritu 17 Julai, Ahad besday Najla 2 tahun (belum celebrate lagi..minggu ni InsyaAllah)..kitorang ada beraya sambil ziarah baby baru Uncle Syukri kat Puchong..pastu mujur la sempat buat scan 4D kat klinik Dr Nurul di Cheras..dalam setengah jam elok2 je sampai dari Keramat pas amek kete kitorang. Tak sabar nak update pasal babies umi dan medical checkup yg makin kerap umi lalui..lepas ni yee...tungguuu..

Adik nenek kat Kluang, Johor. Umi baru sekali dua berjumpa, tak berapa ingat nama.. Gambar Tangkak takde pulak diorang share..tak dapat nak masuk blog sini.

Orang mai raya umah kitorang..

Assalamualaikum..

Sebenarnya bukan plan orang mai beraya pun..hehe. Ni ha Paknjang Najib mai umah sebab nak amek barang diorang yg Tokwan Tok kirim dari kampung. Kitorang baru balik semalamnya..dah inform nak bagi kat tepi jalan masa on the way balik Putrajaya tp diorang tak free pulak. Nak datang amek kat umah kitorang esoknya. So, ok la kan..

Esok malam umi pun ingat2 lupa depa nak mai..ingatkan siang tp tak datang..dah hari sekolah ngan keje sure tak leh kan. So malam depa bertandang. Abah kuar solat terus g beli pizza Domino 3 kotak regular ngan lemang. Tak sangka pulak Maknjang Azma ajak adik dia sekeluarga datang amek barang dari diorang. Tak ajak masuk tak syok la kan..so jemput la masuk.

Abah pun beli makanan ingatkan tak ramai la.hehe. Sebelum tu umi goreng prata 7 biji dah makan puas dah la bebudak. Tp takpe la..makan la apa ada kan..hehe. Nak buat open house tah bila la. Rasanya tunggu pindah umah nanti baru leh buat kot..sekali kenduri masuk umah baru. InsyaAllah..

Bebudak ni seronok la dapat jumpa main sama2. Anak2 adik Maknjang Azma ni 1 sekolah kafa ngan Luqman Jannah.. Dapat jumpa Qistina ngan adik2 pun seronok la..aritu kat kampung tak de kan..depa raya Kelantan.
Jemput makan apa ada..tima kasih sudi datang jadi tetamu kitorang. Dapur bersepah baru balik dr kampung semalam..mmg tak terlayan dulu la.haha..
Bebudak makan kat hall sambil tgk tv.

Raya sebulan kan..

Assalamualaikum..

Cam biasa kalo raya je keje makan2 je la kan.. Kat Malaysia je buat makan2 raya sebulan ni. Takpe la..boleh juga eratkan silaturrahim sesama mukmin. InsyaAllah..

Ni ofis biz abah bawa kitorang family2 CEO dengan staff makan2 sempena Aidilfitri la. Open table kat Seoul Garden, IOI Mall Putrajaya..makan stimbot buffet. Alhamdulillah moga murah rezeki ofis abah dan kawan2. Amin..

Tp gambar tak dapek la nak nolong..tgk la gambar apa abah snap..kalo umi jumpa staff masuk gambar kat fb, umi try amek la. Tu pun orang selfie je.hehe..

Ada umi, Afiq ngan Najla je..
Suasana malam tu.. Umi pun lamaa sekali baru la dapat jumpa wife2 member abah ni. Bila jumpa ni baru tau..oo..pakat nak tambah baby baru..hehe.
Gambar apa abah snap tak tau..anggap snap perut umi je la..haha. Kan ada 2 baby boy tu..wakakak


Ni pulak sekeping je gambar ihsan member master abah dulu..member baik dia jugak la..kat Puchong. Uncle Syukri..dia buat makan, ajak kitorang beraya umah dia sambil ziarah baby baru diorang. Lahir bulan Mei sebelum puasa aritu. Abah yg dok tanya bila diorang free, kitorang nak melawat baby baru kan.. Bila dah bersua, baru diorang tau abah sendiri pun nak tambah baby baru.hehe..

Depa jamu makan bihun sup. Alhamdulillah.. Cakap Kedah je la sini ye sbb Uncle Syukri org Tanjung Dawai..wife dia Hana orang Penang..

Raya di Kulim 2016 - Part 2

Assalamualaikum..

Sambung gambar raya kat Kulim lak. Ni kebanyakan amek kat wasap group..sape yg rajin snap gambar tu, ada la kenangan. Ada gambar2 dalam ni umi sekeluarga takde kat sana pun, tp sebagai kenangan umi masukkan je sekali..nak tgk sedara mara nanti2 kan..

Hari raya pertama umah Tokwan Tok. Kitorang takde, dok beraya kat KL lg. Toknjang ngan Tok cik sekeluarga mai beraya ngan abg kakak diorang..camni la selalunya raya pertama di Kulim.
Diorang sambung beraya ke umah baru Toklang Ishak pulak..adik Tokwan jugak. Cantik umah barunya..tp umi abah tak sempat ziarah raya pun.
Family Tokcik Pah beraya di umah Toklang Siti Aminah..adik2 Tokwan jugak ni.
Tokwan dgn Aiman anak Tokcik Pah. Bapak sedara kesayangan semua orang.hihi..
Depa pakat beraya sakan raya pertama tu..gerak beramai2 semua..ni beraya di Kampung Dusun umah menantu Tokwan, Paklang Pian..buat makan2 nasi daging.
Sepupu umi beraya di umah Toksu Yah.
Adik badik umi dan ipar..Maksu Yayah, Makndak Tikah, Achik Azah dan Alang Ti. Sampai sini pun umi sekeluarga belum sampai Kulim lg.hehe..
Suasana malam depan halaman umah Tokwan, Toknjang dan arwah Toknek. Bebudak ni ada je stok bunga api depa dapat.. Achik dok bagi sket2.
Afiq melengging pakai seluar saja. Umi abah baru balik..tgk budak bertuah ni gitu..dok main kat luar umah.hehe.
Tokwan ajak kitorang beraya umah geng masjid Tokwan. Ada lg 2 geng Tokwan join..
Geng sepupu diorang Damia ngan Rania je..dah sepupu sepapat lain pakat tak balik kan. Anak2 serba purple aritu.
Ni pulak, abah ikut Tokwan pegi marhaban, baca Yasin kat umah kenduri. P pagi, pastu ptg pegi pulak bawa kitorang kenduri kawen situ. Kitorang kalo balik kampung memang Tokwan dok usung abah g marhaban je.hehe. Semua veteran2 belaka. Geng2 tokwan pun kenal abah dah..
Luqman Jannah ikut Achik g jalan2 pasaraya. Achik belanja beli ayam.goreng frozen, sosej pastu Maksu Yayah masak sup cendawan kat umah.
Taraaa...siap dah Afiq punya makanan..
Sepupu2 yg ada beraya kat Kulim..ni je la.hehe.. Dok sakan wefie ngan Achik.
Abah teman Afiq, Najla main ngan Damia kat halaman umah yg luas dan indah mata memandang..
Lepas balik kenduri kawen terus singgah open house kat kampung..ada marhaban sekali lepas Asar. Tp kitorang singgah sebelum asar..jenuh tunggu je la kat situ. Kalo balik umah memang malas nak mai semula. Tok Tokwan balik dulu.. Umah kawan sekolah umi jugak ni sebenarnya, Mat Leh. Dia pun dok Putrajaya.
Tokwan borak ngan tuan umah dulu sebelum balik ngan Tok.
Ala..abah tak pandang pulak.
Umi dan kakak n adik2. Luqman pun nak enterprem..lindung je perut comei umi..hihi..
Tunggu kemain lama..hihi. Majlis lum start, sapa suruh p tunggu.. Masa ni Tok ngan Tokwan belum balik lg
Si dara sulung umi..Jannah. Pakai tudung baru comei..susah sket nak pakai tudung budak ni..rambut dah malas sikat..
Tok ngan gigirl kat umah kawan Tokwan tak silap ni..
Baru pas makan kenduri. Achik n the gigirls..
Ni minta gambar salam raya kat Achik..tp gambar depa lain dia tak simpan..tak dapat masuk blog ni.




Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform