Boboiboy Afiq

Assalamualaikum..


Ni ha boboiboy Afiq punya aksi. Tetiba aritu pas balik sekolah umi abah tgk dah berubah wajah..pakai cam hape..rappers ke apa.haha. Baju sekolah belum buang, terus sarung pakai baju umah pulak. Siap pakai topi lagi. Sengih je bila umi abah tegur dia pakai baju camtu.hehe..

Utk pengetahuan, Afiq dah tak sekolah dah. Umi abah bentikan terus minggu terakhir bulan 10 dan bulan 11. Abah dah abis cuti sebulan jaga umi dan babies, so dah masuk keja semula..susah nak keluar berkali jemput Afiq, Luqman, Jannah cam sebelum ni. Abah lak masuk keje ditukarkan ke unit lain, lagi susah la nak keluar2 ofis selalu kan.

Umi bagitau Cikgu Liza dah..takpe la..dia pun ok je. Tinggal tak sampai sebulan je lagi. Ni hari Isnin Selasa start sekolah pun air takde kat sekolah Kemas diorang, cikgu cakap kalo budak tak dtg sekolah pun takpe. Mm..kalo still bersekolah pun, confirm umi tak bg pegi..kang nak kencing melabur kat sekolah pun susah.

Kenangan di Hospital Putrajaya

Assalamualaikum..

Gambar2 ni umi korek kat phone abah..kumpul buat 1 entri la. Tu pun..ni kali ke 2 umi taip sebab yg 1st entri ilang..penat umi taip bagai. Kadang tulis blog jadi camtu geram je rasa..sbb phone pblm ke..laptop problem ke..camtu la. Takpe, jom buat lagi..utk kenangan keluarga umi.

Gambar2 ni kebetulan semuanya kat Hospital Putrajaya kenangan umi bersalin kat si kembar Hadif Hasif. Bila tgk gambar baru tau abah snap gambar masa umi terbaring atas katil tolak ke dewan bedah..ada juga bilik khas abah tunggu umi tgh bedah (hospital gomen suami tak boleh tunggu isteri time operate).

Abah cite gak lepas kelahiran babies, nurse anta babies kat abah utk azan..pastu biar lepak ngan abah sekejap kat bilik tu sebelum bawa ke wad. Umi still kat dewan bedah la. Comei je abah kata babies berdua senyap buka mata..umi tak dapat nak rasa pengalaman tu.huhu.

Bukti umi check in kat Hospital Putrajaya 22 Sept 2016 pukul 4.30 ptg. Sakit doc cucuk ni..darah keluar byk sampai kena baju putih dia. Masa kat dewan bedah ada sorg doc betulkan..sempat dia bebel.."sape la buat camni". Tah la apa yg tak betul, bukan umi tau.hihi.
Mak buyung si kembar lepas tuko unifom hospital. Masa ni duduk kat bilik katil 6 dulu, tak lama pastu terus pindah bilik katil 2..1st class katanya.
Tunjuk perut sudah la ye..sebelum perut dibelah nak lahirkan si kembar Hadif Hasif
2 anak kembar umi. Tgk balik gambar ni umi pun tak pasti yg mana satu abg, mana satu adik.hihi.. 
Dewan bedah..tempat perut umi dioperate caesarian..melahirkan si kembar.
Bilik abah menunggu sementara umi dibedah..umi pun tak tau bilik ni..tp katanya kat sebelah dewan bedah je. Nurse bawa babies kepada abah utk diazankan kat sini la.
Bilik kat situ gak kot..tak tau la umi.
Kedudukan si kembar kat katil di wad. Umi kat sebelah lena..kepala masih weng2 lepas operate.
3 badik Jannah, Afiq dan Najla tunggu kat bawah hospital sebab masih di bawah umur..tak boleh naik ke wad. Terpaksa la abah temankan.. Atok Nenek dan Maklong Shikin yg datang melawat nak tgk baby kembar. Rindu umi kat si comel kakak Najla. Tunggu umi boleh keluar hospital barulah boleh jumpa.
Sumbat 2 badik kembar dalam stroller..muat2 diorang je..sian..hehe. Kena la cari stroller atau car seat yg sesuai utk diorang gamaknya. Stroller zaman Afiq ni elok sgt2..macam baru sbb jarang guna dan disimpan elok. Kita nak let go utk cari yg baru lah.. Sape berminat?hihihi..

Masukkan video urutan kaki baby kembar..kena pegi ke unit fisio hospital sebab kaki bengkok sket terutamanya si abg sebab kedudukan dalam rahim yg sempit utk diorang berdua..dah habit dalam rahim duduk kaki bengkok agaknya..tp boleh dibetulkan..ok la. Mudah2an kaki diorang ok bila jalan nanti.


Meniti hari si kembar comei..

Assalamualaikum..

Pakat seronok nak bg adik baby minum susu. Kalo Kakak Jannah mmg boleh diharap, daripada Najla baby lg dia dah pandai jaga, sekarang kat baby kembar Hadif Hasif pulak. Umi cuma benarkan dia pegang baby kat atas katil je.
Baby 4 bulan 8kg..haha. Anak Pakcik Syukri, kawan baik abah..diorang dtg melawat nak tgk baby kembar. Giant sungguh baby depa.haha. Masa umi pregnant lagi kitorang dah melawat baby depa..masa tu Pakcik Syukri dok teka dah kitorang dapat baby kembar..abah terpaksa pecah rahsia tak macam member2 lain, dah bersalin baru tau kembar.hehe..
Kena ikat kaki ngan Tok. Masa Tok Kulim still dok jaga umi dan babies 2 minggu pertama tu..tali pun Tok buatkan..sebab kaki babies ni bengkok sket..sempit dlm perut umi..dah terbiasa bengkokkan kaki la tu. Yang single pun ada kaki bengkok, apa lagi twin. Tp harap kaki babies ok la..dok urut n ikat sket tu.
Guna jugak selimut tebal depa ni..umi ingat tak pakai dah la lepas balik hospital sbb tebal. Tp Tok cakap buat selimut atas dada baru baby tak terkejut sgt.
Baby Hadif Hasif bergaya dgn romper newborn pertama yg muat utk diorang. Pakcik Latif ngan Makcik Anne yg bg..10 helai jugak la, baby Adam punya tak muat sbb dia membesar bagai juara.haha. Mmg romper newborn kecik je..muat2 badan si kembar. Dah besar sket mmg tak boleh pakai dah. Sebab tu umi beli romper saiz besar tu. Gambar ni yg kanan si abg Hadif tp nampak dia kecik pulak..padahal dia dah besar sket dari Hasif..beza daripada masa lahir dulu. Hasil kuat minum susu.
Alololo..comeinya Kakak Najla dah pandai bagi susu kat adik baby dia. Nanti Najla dah besar boleh tgk gambar ni..macam Kakak Jannah cakap Jannah dah jaga Afiq masa kecik sbb tgk gambar Jannah bg susu kat Afiq masa kecik2.hehe..
Kakak baby comei ni..still manja abah umi ni. Cepat tersentuh sket sejak dapat adik baru. Ye la..tiba2 dah tak dpt tido ngan umi cam dulu..pastu kena chicken pox sket..kena pisah dari adik baby pulak..padahal dia sayang baby..nak pegang cium baby dia.
Sepupu kembar, baby Adam. Beza 23 hari je diorang ni. Adam lahir Hari Kebangsaan. Masa lahir berat 3.5kg..masa sebulan dah 4.8kg. Beza la ngan si kembar haluih ajo..hihi.

Prolong Jaundice

Assalamualaikum..

Sejak bersalin sampai la ke hari 15, umi abah dok kuar umah hampir setiap hari pegi klinik, hospital segala. Macam2 urusan la berkaitan babies ni..umi yg baru lepas operate ni macam dah tak operate ye..berjalan sana sini. Tu yg jahitan tu nyut2 aje..sakit. Terbuka jahitan ke tak, entah la. Nak telan haruan, gamat bagai tak boleh lagi.

Ok, last hari ke 15 kembar masih lg jaundis penyakit kuning tu..dah dikira prolong jaundis..tp syukur la si adik Hasif je yg tinggi sket, abg Hadif walaupun ada lg kuning tp dah turun ke tahap ok la. Bacaan akhir yg kitorang dapat utk baby Hadif 150, utk baby Hasif pulak 169..dah turun banyak la. Yg pelik..amek darah kat KK P9 turun aje result..pegi kat KK P18 asyik naik je..tak betul apa makmal tu.huhu. So, baby Hadif kena bawa la ke Hospital Putrajaya utk amek darah dan urin..sebijik cam Afiq dan Najla masa kecik2 baby dulu.

Sama la cam dulu..kena ke bilik prosedur yg sama. So, umi snap gambar pintu yg sama..yg beza cuma baby..pastu abg kakak yg makin membesar. Masa Afiq dan Najla dulu normal aje..takde masalah apa. Harap baby Hasif pun macam tu jugak la. Lagi 2 minggu lepas amek darah dan urin, kena call hospital tanya result. Baby Hadif umi tak bawa la..tinggal kat Tok ngan Luqman di umah.

Tak berubah..pintu yg sama..sticker pintu pun sama..Bilik Prosedur. Baby kena amek masuk dlm bilik..amek darah dan urin. Umi abah ddk tunggu kat luar dengar suara baby nangis.huhu.. Siann..
Kakak dan Afiq bergambar kat pintu bilik..dulu Afiq baby, Afiq pun kena masuk bilik tu. Sekarang dah 5 tahun berlalu..
Abah letih ye..mmg patut abah amek cuti sebulan kan..tiap2 hari keluar masuk umah. Umi lagi letih dan sakit la jawabnya..tp terpaksa juga lalui semua ni..
Dapat belon kat mana 3 badik ni.
Najla dlm buggy..umi panggil nama dia nak suruh tgk kamera phone. Dia jawab "apa..?".. Comei je.. Sian Najla tiba2 naik bintik2 chicken pox kat badan..masa baru dpt baby kan..kena kuarantin la jawabnya sbb bahaya utk adik2 baby.

Ujian..Dugaan ada Hikmahnya..

Assalamualaikum..

Mm..lamanya tangguh nak buat entri ni. Dok dalam draf je, gambar dah upload lama dah..ceritanya yg umi tak sempat nak karang. Jadi, jom la update slow2.

Umi bersalin caesar kat si kembar pada 23 Sept kan..lepas 3 malam di hospital termasuk sebelum bersalin, discharge la dari hospital, bawa balik si kembar. Tok Tokwan pun dtg ke Putrajaya hari umi discharge. Atok Nenek datang hantar anak2 yg lain ke rumah.

Tok duduk ngan kitorang kat Putrajaya selama 2 minggu..jaga umi dan babies. Tokwan balik kampung 2 hari kemudian dgn family Maklong Lina yg kebetulan dtg bercuti kat umah kitorang..Tokwan pun nak setelkan pasal pembelian kereta Persona baru Tokwan.

Alhamdulillah..mmg sgt perlukan bantuan Tok walaupun abah bercuti sebulan kan. Pengalaman pertama dapat si kembar. Orang kata, jaga sorang baby pun jenuh..apatah lagi 2 baby. Kena operate pulak tu..lagi la susah sebenarnya.

Memang tak semudah yg disangka. 2 minggu pertama tu pun, hampir setiap hari perlu ke klinik dan hospital sebab jaundis (admit si kembar kat Nicu gak), test pendengaran, fisio kaki..macam2. Umi yg masih sakit lepas operate pun terpaksa tahan la kesakitan tu..ke sana sini berjalan..mmg terasa sakit kat jahitan walaupun pada minggu ke 5 bersalin (saat umi tulis entri ni).

Nak jadi cerita..belum pun sampai 2 minggu bersalin, tup2 perasan naik bintik besar kat badan Najla. Allahhh..apa pulak ni, chicken pox ke?? Aduh..risaunya, kita dah la ada baby kecik baru berapa hari..bahaya kot kalo berjangkit..lum ada imunisasi campak pun. Abah bawa Najla pegi klinik..doc cakap confirm chicken pox..malam atau esoknya akan naik banyak ke seluruh badan..kena kuarantin jauhkan daripada adik babies dia. Alahaiii..huhuhu..dugaan apakah ni..??

Macam2 cara yg dipikirkan..balik kampung jauh pulak.. Last2 umi plan duduk umah Paknjang Najib kat Jalan Ipoh dulu sebab Tok ada kan..pastu weekend minggu ke 2 tu Tokwan dgn Achik Azah nak datang jemput Tok balik kampung, pastu umi dan babies ke Keramat pulak la. Abah jaga anak2 lain kat umah. Afiq yg belum kena chicken pox tu tak bawa la..kang boring takde kawan pulak.

Bawa diri lah kami ke umah Paknjang Najib pada hari Jumaat malam.. Sabtu baru Tokwan dtg. Sedih umi tgk Najla..sian, baru je dpt bersama umi ngan babies, nak diasingkan pulak. Terasa sedih la dia..cam umi tak hiraukan dia lepas dapat adik2 baru kan. Dah la manja umi. Bila dia nak dekat ngan babies, kita tak bg pulak..huhu..

Abah jaga 4 badik di rumah sepanjang umi takde..bawa jalan2 shopping complex, main taman dll. Najla bad mood juga abah ckp..tingat umi sama kot. Umi dok tanya pasal bintik di badan je..yg peliknya nape bintik2 tu tak naik banyak cam Luqman Jannah dulu tah. Naik sket je cam bukan demam campak. Kalo tgk pun orang tak tau dia kena campak.

Isnin Tok nak balik Kulim semula (malam sebelum tu Tok sempat kena rawat di Hospital Selayang sebab tiba2 sesak nafas lepas minum madu kelulut kat umah Tokcik Pah). Abah datang jemput umi bawa anak2 nak bawa ke Keramat. Kitorang tgk sket sgt bintik kat Najla ni..betul ke chicken pox. Ikutkan dah masuk seminggu sejak hari pertama naik bintik. Kalo dah ok, tak naik dah bintik, tak nak la umi lepak Keramat..baik umi balik Putrajaya je..dok ngan family sendiri..abah pun ada cuti 2 minggu lg..utk jaga umi, babies dan anak2 lain. Kalo dok Keramat pun umi rasa tak hepi kot tanpa abah dan anak2.

Jadi, pegi Keramat dulu..tanya pendapat Nenek. Nenek tgk Najla pun cakap tak macam chicken pox..so apa lagiii..jom balik Putrajaya. Yahuuuu...hahaha. Tp tetap pantau gak la jangan bagi Najla dekat ngan adik2 (konon lerr..ingat kakak ni tak sayang adik dia yg 2 orang tu ke..org lain dpt adik sorg je, dia 2 orang Allah bagi.hehe..lg nak didekat nak cium, nak tido ngan umi..huhu..alahaii la anak).

Allah Maha Pengasih Maha Penyayang..Dia Lebih Mengetahui akan segala sesuatu.. Dia tak akan uji sesuatu yg lebih berat dari kemampuan seseorang. Umi doakan segalanya dipermudahkan. Sembuhkan Najla, jangan la berjangkit dgn adik2..sembuhkan umi dengan cepat..bagi kekuatan.

Alhamdulillah Najla baik terus, tak tumbuh langsung bintik2 baru. Adik2 dan Abg Afiq pun tak berjangkit. Cuma mula2 Najla cirit birit dan muntah berhari jugak. Mood dia kena cari balik lepas asyik berpisah dgn umi kan.. Abah bawa ke klinik lagi..takde apa pun. Chicken pun macam bukan kata doc..main2 ni katanya.hehe.

Alhamdulillah.. Saat umi menulis entri ni dah masuk minggu ke 5 bersalin.. Babies pun dah sebulan..makin membesar. Najla pun makin ok. Abah dah start kerja minggu ni..hari pertama agak kelam kabut..umi belum dpt rentak sbb babies susah tido lena la..sama cam abg kakak dulu. Kali ni semua benda yg tak terpikir nak bagi..itu la yg umi cari.huhu. Bagi susu formula, bagi puting, nak sumbat buai cepat2 (setakat ni belum lagi la), terbaru tido meniarap..benda yg umi pikir mudah nak jaga 2 badik kembar ni. Sementara kecik ni la rasa susah sebenarnya..dah besar nnt jadi kenangan je semua tu. Akan dirinduii..syukur la Allah bagi peluang menimang cahayamata kembar..bukan senang nak dpt anugerah tu.

Kali ni 2 orang sekaligus lak umi kena jaga sorang2 ditambah dengan Najla dan Afiq sama..mmg agak mencabar. Sangat perlukan bantuan sebenarnya..tp tak perlulah meminta2..InsyaAllah minta bantuan Allah lagi utama. Tak sabar nak balik kanpung cuti sekolah nanti. Syukur lah sebulan je lagi nak cuti panjang..kita balik jumpa Tok Tokwan ye babies.. InsyaAllah lepas buat akikah, tahnik, marhaban baby twin ni join beramai2 kat Masjid Besi awal Disember nanti, kita balik kampung..hoorayyyy..

Ada lagi nak cerita..Allah Maha Pengasih..berikan bantuan pada umi di saat umi memerlukan. Abah dah kerja hari Isnin kan. Tp hari Selasa umi dah rasa ringan sebab Allah kirimkan Pakngah Nizam sekeluarga datang umah kitorang dari Isnin tgh malam sampai ke Khamis atau Jumaat InsyaAllah.. Alhamdulillah Ya Allah..aku bersyukur kepadaMu.

Pastu Luqman Jannah akan bercuti Deepavali selama 5 hari Jumaat-Selasa..ada la yg boleh bantu umi sepanjang abah keje nanti kan. Syukur la. Sabtu ni pulak kenduri kesyukuran dapat cucu2 baru dan akikah Adam anak Pakcik Latiff, so kita berkumpul di Keramat pulak.. Sementara umi nak dapat rentak jaga si kembar ni..dan umi akan merdeka daripada pantang 44 hari pada 6 Nov depan..tak berapa hari je lagi. Alhamdulillah. Ya Allah..permudahkan lah segala urusanku dan keluarga. Aminn..

Message ni abah yg kirimkan pada umi melalui wasap masa umi tgh stress awal2 dugaan yg Allah berikan tu. Tima kasih abah.. Memang penguat semangat umi.
Kesian sgt tgk gambar Najla baru bgn tido abah send. Umi kat bawah, Najla kena tido atas tak leh dok bawah ngan umi dan adik2. Ni hari ke 2 naik bintik2 tu. Kelaparan dia jaga dari tido..makan cheese macam makan nasi. Sepanjang berpantang, umi memang tak naik tangga ke atas langsung.
Antara bintik2 yg naik kat badan. Dah hari keberapa masih macam ni. Masa ni umi kat umah Paknjang Najib dah.
Abah bawa diorang jalan2 Alamanda. Sedih umi tgk anak2 kena jauh dari umi dan babies.
Lepak makan donut kat luar Alamanda. Afiq tukang snap gambar sbb dia takmo makan.
Abah bawa lepak library P16. Tak dapat pinjam buku sebab kad library ada kat umi.
Makan sama2..
Main gelongsor kat taman
Sukanya depa yee..
Luqman Jannah main badminton kat taman Presint Diplomatik
Dinner..tanpa umi dan babies di umah.huhu..
Umi suruh abah snap gambar Najla..nak tgk bintik naik tak. Rindu kat si comei kakak Najla ni..
Bapa mithali suap Najla makan bubur nasi. Najla tak lalu makan sebab asyik muntah..terpaksa cari makanan yg dia boleh telan. Suruh belikan air kelapa sama kot boleh keluar bintik2 lain..tp tetap tak keluar dah.
Alahaii monyok muka kak Najla. Moody time ni.
Bangun tido lepak bawah..
Main taman
Makan donut cam gambar atas tadi
Abah bawa Afiq Najla g Mydin cari barang utk umah Keramat dan utk Tok bawa balik kampung..send gambar kat umi. Kat keramat umah bawah ada toilet cangkung..seriau umi nak guna pas operate..kena cari bangku kecik cam gambar tu la.
Ok, gambar2 ni ke bawah ialah gambar umi dan babies kat umah Paknjang Najib pulak. Atas tadi abah dan budak2 kat Putrajaya tanpa umi dan babies.
Kuruih keciknya sayaa..hihi. Achik snap gambar ni send ke group family tanya siapa saya. Ni adik Hasif.
Si kembar berdua. Snap gambar ni tanya mana abang, mana adik pulak.hehe. Kitorang lepak kat bilik katil Queen. Ada baby kembar kena la dok katik besar kan..hihi. Ha..gambar ni..kanan abg, kiri adik. Masa ni abg kecik dari adik..tp sekarang abg dah besar dari adik..abg kuat minum susu.hehe..
Maknjang Azma snap gambar ni. Yg ni umi tak pasti mana satu abg, mana satu adik.kikiki.. Biasa la awal2 camni la. Sekarang InsyaAllah dah kenal.
Taraaaa..Tokwan dah sampai umah Paknjang Najib. Achik tunjuk kete Persona baru Tokwan. Bau kedai lagi tu..best la Achik dah rasmi. Bangga dan hepi utk Tokwan sebab berjaya memiliki kete baru lepas dah lama berpencen. Dulu2 Tokwan bertungkus lumus keje membesarkan kami anak beranak..simpan je hasrat pakai kete baru..semua beli kete 2nd je.
Pakat teruja tgk Tokwan dan Achik dah sampai. Ha..umah Paknjang Najib tingkat 1..kat sini terpaksa la umi turun naik tangga..tp sekali je la. Masa kat Putrajaya memang tak naik atas langsung la.
Alaaa..cian kak Najla sedih nangis. Dia sensitif sket..cepat terasa. Masa ni masih dalam pantauan jauhkan dia dari adik2..lepas umi balik Putrajaya semula. Sian sgt la..tak bagi masuk bilik umi..mana la dia nak. Siap nak tido ngan umi lg. Last2 biar je la..berserah pada Allah.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform