Entri ke 1000.. Yeahhhhhhh!!! - Perkembangan terbaru baby kembar umi..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, tak sangka dah masuk entri ke 1000 blog kesayangan umi ni, Putra Putri Yang Ku Sayang. Dah 9 tahun umi menulis blog ni..mmg sayang sangat nak stop tinggal camtu je. Ada banyak gambar dan cerita kenangan boleh dicoretkan dalam ni.

Daripada Luqman lahir sampai la sekarang nak dapat anak ke 5 dan 6 dah pun, umi masih berjuang menulis walaupun selalu bersawang kan..hehe.. Kalo tak bersawang mau beribu entri dah ada kot..hahaha.

Ok, sempena merasmikan entri ke 1000 ni..umi update pasal perkembangan mengandung anak2 kembar umi ye..tak sabar sebenarnya, sampai tak boleh tido dari malam sampai ke pagi..huhu. Alhamdulillah, esok dah nak masuk minggu ke 29 kandungan.

Makin last2 pregnant ni, umi perlu lebih kerap scan kat hospital. Kat klnik cam biasa tetap setiap 2 minggu sekali. Minggu lepas, minggu 27 scan terus nampak dan confirm jantina kembar umi berdua ni. Confirm BOY ye..kembar seiras.hehe. Ni memang jelas, so umi bagitau terus je la kat blog. InsyaAllah boleh tambah cucu boy kat Kulim yg tak ramai boy.hehe.

Minggu tu jugak doc bgtau umi kena inject dexa minggu depan utk persediaan jika terpaksa bersalin awal..pramatang.huhu. Masa scan jantung tu, 2 orang doc cakap pengaliran darah dari uri ke baby tinggi..tp diorang pun tak pasti kot salah mesin tu..so diorang suruh dtg lg minggu depannya.

Buku merah kali ni tebal dan comot sebab kertas banyak..semua pakai kertas je sekarang..dah la selalu kena checkup kat klinik dan hospital. Dah la kena g klinik setiap 2 minggu dari awal pregnant lagi.
Perkembangan babies umi masa 27 minggu..minggu lepas la. Alhamdulillah pertumbuhan diorang, berat diorang memang sesuai dengan usia kandungan umi masa tu. Dapat due pun sesuai dgn due asal umi. Bagus sangat babies ni sebab walaupun berkongsi uri, diorang berkongsi makanan sama je tak de nak curi lebih.hehe. Berat diorang pun lebih kurang je. Harap kat luar nanti pun sama jugak ye..saling sayang menyayangi..adil.
Ni bukti doc cakap perut umi besar..dah cukup due dah.hehe. Uterus at 36 week, padahal umi baru 27 minggu. Memang sgt2 pelik doc cakap perut besar sbb kalo kat luar semua org cakap perut umi kecik tak macam pregnant twin.hehe. Tu umi pikir, bila baring memang jadi besar kot. Ukur rahim kat klinik pun mmg tinggi rahim tu lebih banyak dari usia kandungan pun. Special tul pregnant twin ni kan..hehe..


Sambung cite.. Pegi scan minggu ke 28 pulak.. Alhamdulillah pertumbuhan, berat babies pun masih baik. Dan yg paling penting, pasal uri tu Alhamdulillah normal tak macam minggu lepas. Mudah2an akan berterusan normal sampai tarikh bersalin nanti. Amin..

Sepatutnya inject dexa hari tu jugak tp patient ramai sgt aritu..turn umi jumpa doc pun dah pukul 12 tghari, tak sempat nak inject kot..kalo tak, pukul 12 malam kang pulak kena datang inject..uii jangan. So kena la inject esoknya. Perlu amek ubat dexa kat farmasi dan bawa esoknya.

Yg best scan minggu ni..siap dapat tarikh bersalin operate ceasar.haha. Memang tak sangka betul nihh..tak sedia kot..rasa cam awal lagi. Tp doc senior laki tu cakap kena amek siap2 takut nanti tak de tempat pulak.

Jeng jeng...tarikh operate ialah pada Jumaat, 23 September 2016 bersamaan 21 Zulhijjah seminggu lepas raya haji dan cuti sekolah seminggu..masa kandungan 37 minggu 5 hari camtu. InsyaAllah. Due asal umi ialah pada 9 October 2016. Tarikh jumpa pakar bius utk taklimat pada 5 Sept.

Doc tanya nak ikat rahim sekali ke..umi jawab ye. Memang nak stop dah. InsyaAllah. Jadi nnt operate ceasar terus ikat la. Mudah2an takde apa masalah. Umur umi tahun ni dah 36 tahun..plan asal nak 5 orang anak saja, tp Alhamdulillah Allah bg rezeki lebih, dikurniakan 6 orang anak. Cukup la tu kan..Terima kasih Ya Allah. Syukur Alhamdulillah..

Perkembangan dan pertumbuhan babies pada minggu 28. Sama2 membesar macam sebelum ni. Alhamdulillah. Berat babies pun dah capai 1.2kg setiap seorang. Semoga masa bersalin nanti berat melebihi 2kg ye adik dan abang berdua ni.
Scan 2D twin umi..cam biasa scan hospital dan klinik..sorang cephalic kedudukan normal, sorang lagi breech, songsang. MPV pengaliran darah dari uri ke babies pun normal. Alhamdulillah.
Plan utk seterusnya..inject dexa esok, scan lagi 2 minggu akan datang, MGTT minum ayaq gula minggu dpn. Pastu dapat tarikh operate ceasar dan ikat rahim pada 23 Sept..dan jumpa pakar bius pada 5 Sept. Sekian..


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform