Showing posts with label Cerita saja. Show all posts
Showing posts with label Cerita saja. Show all posts

Rumah baru dah nak siap..PPA1M

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, tak lama lagi kitorang akan berpindah ke umah baru setelah hampir 9 tahun menghuni di umah kuarters teres 2 tingkat di Presint 14 ni. Akhirnya umah yg abah beli..umah PPA1M Fasa 1, Pangsapuri Selasih Presint 17 yg abah berjaya dapat pada pengundian kali pertama tu akan siap sepenuhnya tak lama lagi. Ikut maklumat selepas sign S&P dulu akan siap pada penghujung Disember 2017..tup2 awal la pulak. Katanya akhir bulan April dah nak dapat kunci umah. Wahh..jenuh duit la ye..dengan nak raya lagi bulan Jun nanti..nak puasa dulu sebelum tu. Mm..rasanya kitorang tangguh kot..lepas raya baru pindah sepenuhnya..tgk camna. Banyak duit kena keluarkan ni..dengan maintenance, strata title, advance bil api air..macam2 lagi. Mana nak renovate umah, mana nak beli barang umah..huhu. Ya Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga..murahkan rezeki kami sekeluarga. Aminn..

Jom la tgk antara gambar2 yg kengkawan group Selasih share. Daripada umah bawah, kitorang akan duduk umah atas semula..tp takde la tinggi mana..hihi. Tingkat 3 tp ikut bangunan tu Tingkat 2 je (bawah takde ground floor)..

Kat Selasih ni sama cam umah PPA1M pangsapuri yg lain, ada 3 saiz iaitu 1000 sqft, 1200 sqft dan 1500 sqft. Kami beli umah saiz 1500 sqft dgn harga RM300,000.

Dah nak siap sepenuhnya..cantik dari luar..
Suasana malam. Lampu pun dah buka..
Semua gambar rumah ni saiz 1500 sq ft di blok kami.
Rumah contoh juga di blok kami. Untung sape yg dapat umah contoh ni..rezeki.

Photobook - Pixajoy

Assalamualaikum..

Aritu kat newsfeed FB umi kuar page sponsored dari Pixajoy..cuci gambar buat buku photobook RM4.90 saja. Uih, murah gile.. Tp harga tu tak termasuk pos la. Dlm RM8 je kos pos. Saiz buku 6x6, mukasurat sebanyak 48 halaman. Umi pun, apa lagiiii..terus apply la. Sebenarnya dah lama nak cuci gambar studio kitorang sekeluarga sempena anniversary umi abah 10 tahun, 2 tahun lepas..tp mahal sangat kot..tak tercuci sampai sudah. Jadi, terjumpa iklan murah camni, terus nak buat koleksi la.

Alhamdulillah..abah pun tolong umi buatkan photobook..edit itu ini. maka terhasil la 3 photobook keluarga kami. Abah buat satu buku je,,lain2 umi setelkan. Syok sangat ada kenangan dalam bentuk buku secara fizikal..takde la kena tgk kat phone atau CD lagi.

InsyaAllah lepas ni plan masuk studio bergambar dengan twinny pulak..cuci gambar cari album pulak..lagi lawa kot sebab gambar semua sama saiz je kan..harap tercapai nanti. Tengok kat company Photobook di Lazada ada kos cuci gambar 4R hanya RM12 untuk 100 keping..free post. Aduhh..bestnya. Tp dah takde sangat gambar nak cuci..kena masuk studio la nanti. InsyaAllah..

3 buku photobook kenangan keluarga kitorang. 1 sempena anniveersary 10 tahun umi abah, 1 utk kenangan anak2 masa kecik2..comei. Dan last gambar2 zaman sekarang ni la.

Hari Keluarga Cucu Cicit Lebai Shafie CCLS 2017

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..impian umi nak berkumpul keluarga besar camni tercapai jugak. Selalu dok tgk orang lain je berkumpul ramai2 mengeratkan silaturrahim. Kali ni adalah yg ke 3 diorang berkumpul..baru lg lah ditubuhkan..

Tahniah pada Tokwan, Tok, Maklong Lina dan Paklong Amar yg berusaha korek2, cari2 balik ahli keluarga belah kitorang ni..utk disatukan dlm group besar Lebai Shafie. Maka dapatlah berkumpul kali ni..bertambah ramai ahlinya.

Tapi..trip kali ni, umi sekeluarga belum berpeluang join. Bukan umi je, ramai lagi tak dapat blk kampung join sebab salah timing. Memang sesuai dah hari keluarga ni buat time raya cina..masalahnya minggu depan nak kena balik pulak utk kenduri kawen anak Toknjang Zah, Alang Mira.

Jadi, kebanyakan dari kami amek peluang berkumpul waktu kenduri nnt la. Mana boleh nak balik 2x ataupun ponteng keje dan sekolah lama2 kann..

Semoga kami semua berpeluang join trip akan datang pulak..katanya berlangsung 2 thn sekali. Trip kali ni berjaya mengumpulkan lebih 500 orang dan dimasukkan dlm akhbar Sinar Harian.

Family umi yg join kali ni Tok Tokwan dan Maksu Yayah, Maklong Lina sekeluarga, Achik sekeluarga dan Pakndak Man n Makndak Tikah. Kami daripada generasi Osman bin Lebai Shafie..Maklong cakap generasi kitorang yg paling ramai datang hari tu.. Maklong yg paling banyak berusaha carikan list nama seluruh ahli keluarga generasi Osman.

Jom kita tgk..sampai mana dah generasi Lebai Shafie sekarang.

1. Lebai Shafie
πŸ‘‡ Generasi pertama
2. Osman bin Shafie
πŸ‘‡ Moyang umi, Tokwan Tokwan..kikiki
3. Chah binti Osman
πŸ‘‡ Tok umi, mak Tokwan
4. Ahmad bin Saad
πŸ‘‡Tokwan, abah umi
5. Noraziha binti Ahmad
πŸ‘‡ Sapa lagi..ai lerrr..hihi
6. Luqman + Jannah + Afiq + Najla + Hadif + Hasif bin/binti Muhd Razif (anak2 umi)

Tu lah salasilah ahli keluarga kami. Kiranya sampai ke anak2 umi dah generasi ke 6 la. Tak pasti dah ada generasi ke 7 ke belum kalo ikut anak2 Lebai Shafie yg lain.

Walaupun umi tak join, umi tetap nak masukkan gambar hari keluarga CCLS aritu..bertarikh 29 Januari 2017 di Alang Kenari, Yan, Kedah.

Baju urusetia CCLS..
My 3 sisters
My family semua ni..
Pakat naik 4x4 Paklong Amar nak p mana pulak ni?
Hepi la depa mandi kolam ye. Depa kata dalam kawasan tepi tu..tu yg pakat bergayut belaka..
Tokwan dapat hadiah apa tu??
Paklong Amar pun dpt ke?
Maklong Lina jd MC pgg mic tu..Paklong Amar pegang bekas cabutan bertuah
Ahli keluarga umi. Ada lg generasi Osman cam kitorang, katanya penyertaan teramai kali ni..tp pakat balik awal..tinggal la yg ni je.
Para urusetia. Ada gak kat situ Tokwan, Paklong Amar dan Maklong Lina
Maklong Lina sempat posing sementara kat belakang sibuk nak bergambar reramai
Meja pendaftaran
Kalo tak silap ni satunya generasi pertama yg masih ada. Adik Lebai Shafie. Tak pasti betul tak..nnt umi update kalo salah.
Suasana family day
Kolam mandi..yg ni pakat tak sabar nak terjun la yee..hihi
Berkumpul reramai tp tak semua yg join ada situ. Diorang tak tunggu semua ada pun. Ada yg dok mandi kolam, ada yg dok lepak bilik, ada yg dah balik.. Family umi yg ada situ Maklong Lina dan Paklong Amar je la.
Cerita family day CCLS masuk dalam paper Sinar Harian. TAHNIAH!!





Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform