Umi saja nak masukkan gambar raya family Keramat walaupun kitorang takde kat situ..sama cam family Kulim..sebagai kenang-kenangan di masa depan nanti. InsyaAllah.. Ni pun amek dari group wasap, apa yg diorang share, kita amek je la.
Mula2 gambar family Neklong dtg beraya kat umah Atok Nenek. Rasanya yg ada masa tu Atok Nenek je la..hari keje n sekolah. Neklong ni masa abah kecik2 dulu penah la jugak dok jaga abah. Neklong cite abah ni baik je budaknya..diam je. Tgk la anak2 Neklong sume besar2..ada yg buli kot sepupu diorang ni..hahaha..
Masa umi abah nak kawen dulu, Neklong la yg datang wakil keluarga lelaki..memang setiap tahun sejak umi kawen, tak penah miss lagi rasanya beraya ngan Neklong.
Adik beradik Atok kalo tak salah umi 9 beradik (kalo salah ampunkanlah.huhu..pasal Moyang kembar pun umi baru tau lepas umi pregnant kembar). Atok sorang je lelaki, yg lain semua perempuan. Sebab tu semua anak buah panggil Atok, Pak Tunggal. Muka diorang semua ada iras.hehe..
Tahun ni Atok dah cakap awal2 tak buat open house raya sebab nak bagi laluan utk majlis akikah baby pertama Pakcik Latiff dan Makcik Anne nanti.
Gambar bawah ni pulak..Atok Nenek dengan Maklong Shikin, Paksu Amat sekeluarga jalan beraya ke Kluang Johor, umah adik nenek..umi lupa nama..maaf ye. Nenek bagitau nak pinjam kete kitorang sebab kalo pegi kete kecik sket tak muat..tak selesa. So, ok la. Diorang tido semalam kat hotel di sana.
Pastu baru tau, rupanya Pakcik Latiff pun balik beraya di kampung Makcik Anne di Muar..aritu diorang cakap tak balik raya. Esoknya diorang plan nak beraya umah Uncle Zaini kat Tangkak tu..baru tau kitorang je lah tak join.
Kebetulan malam tu ada lawan bola antara JDT ngan Kedah. Umi abah saja gurau2..patut la diorang tak ajak kita orang Kedah join sekali.wakakak. Tp takpe la..kalo diajak pun memang tak dapat join punya la..dengan kain baju sebeban sejak balik dari kampung Isnin tu nak setelkan.
Pastu, kebetulan motor besar Pakndak Man rosak kat tol Bangi..dia on the way nak balik Jasin. So tolak la dgn member bawa motor ke rumah kitorang, tido sini. Kalo kitorang takde, mana dia nak tido. Ni pun, dia sambung tumpang tido umah kitorang dekat sebulan sebab tak larat ulang alik KL-Jasin naik wira lama tu. Mujur belum bawa balik wira tu ke kampung sebab Pakndak cakap dah tak guna langsung lepas kawen dulu.
Dan yg paling penting, fulus memang dh kureng la. Dah balik beraya kampung katakan. Banyak kuar duit sampai ada bayaran yg tertangguh nak bayar..kena tunggu gaji baru lah jawabnya. Mudah2an Allah murahkan rezki kami sekeluarga. Amin..
Esoknya diorang balik KL, kitorang anta kete Atok ke Keramat sebab pikir jenuh diorang nak bersempit dalam kete dari Putrajaya sampai Keramat. Haa..aritu 17 Julai, Ahad besday Najla 2 tahun (belum celebrate lagi..minggu ni InsyaAllah)..kitorang ada beraya sambil ziarah baby baru Uncle Syukri kat Puchong..pastu mujur la sempat buat scan 4D kat klinik Dr Nurul di Cheras..dalam setengah jam elok2 je sampai dari Keramat pas amek kete kitorang. Tak sabar nak update pasal babies umi dan medical checkup yg makin kerap umi lalui..lepas ni yee...tungguuu..
Adik nenek kat Kluang, Johor. Umi baru sekali dua berjumpa, tak berapa ingat nama.. Gambar Tangkak takde pulak diorang share..tak dapat nak masuk blog sini. |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.