Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Malam tarawih terakhir 2016

Assalamualaikum..

Kena rajinkan diri sungguh2 nak update blog ni..kena buka laptop masalahnya, memang mood rajin tu kurang sket la. Kalo update kat phone pun boleh tapi gambar kemain banyakkkkk tak daya nak update sket2 guna phone tu. Lagipun umi bukan boleh pegang phone lama2 sangat, tangan cepat kebas. Pregnant ni memang lain sket..agaknya sebab dua janin berebut2 zat daripada umi kan..kebas sungguh tangan.

Ni citer raya sepatutnya umi update kan, tp sebab ada gambar penting masa malam last terawih aritu, kita up  entri tu dulu lah ye..pasni baru masukkan gambar2 raya 2016. InsyaAllah..

Dapat juga bergambar kenangan dengan Imam Mesir yang tahnikkan Najla 2 tahun lepas. Umi melahirkan Najla pada 10 malam terakhir Ramadhan tahun 2014. Dah besar anak bertuah umi sekarang, nak jadi kakak dah pun..

Puasa 2 hari sebelum raya kitorang plan nak berbuka puasa kat surau Al Manar dekat umah cam biasa, tapi rupanya dah takde buka puasa situ..agaknya semalam imam dah umumkan, tp kitorang tak dengar kot. Seronok buka puasa kat surau tu..walaupun 10 malam terakhir baru kitorang start ke situ.

Akhirnya kitorang terus ke Masjid Besi la..buka puasa roti2 dan air botol dalam kete je, makan berat lepas solat Maghrib cam biasa kat Masjid Besi. Alhamdulillah, dapat jugak kami bertarawih malam terakhir dengan imam dari Mesir ni, Dr. Samy..tahun2 sebelum ni tak dapat pun kitorang join tarawih malam last dengan beliau..maybe dah pulang ke kampung. Malam terakhir tarawih di Masjid Besi bermaksud khatam sebuah Al Quran la malam tu..sebab imam baca surah2 bermula dari awal Al Quran sepanjang solat tarawih.

Alhamdulillah, malam ni Allah bagi nikmat menghayati pemergian bulan Ramadhan yang entah umi akan bertemu lagi ke tidak pada tahun hadapan. Walaupun Doa Imam sewaktu witir terakhir tu sangat lamaaaa...dan umi tak paham apa doa yg imam bacakan, tp emosi yg imam gunakan masa baca doa berjaya menarik jemaah malam tu sama2 bersedih akan pemergian bulan Ramadhan..sangat2 sedihhhh..huhuhu.

Ya Allah, mudah2an amal ibadatku yg tidak seberapa ini diterima dah dirahmati olehMu dan diberi ganjaran pahala berlipat ganda. Mudah2an aku dapat bertemu lagi dengan Ramadhan yg akan datang. Amin..

Nak balik malam tu, abah suruh isi nota utk wakaf Quran, pastu imam Mesir tu berjalan dgn imam besar Masjid Besi lalu dekat tempat wakaf Quran tu..ada la orang bergambar dengan imam Mesir sebagai kenangan. Umi pun cakap kat abah, jom la amek gambar..kenangan tu..2 tahun lepas Imam ni la yg tahnikkan adik Najla yg baru berusia 7 hari di Masjid Besi ni. Bila dah takde orang sangat, umi pun cakap la kat salah sorang imam masjid, nak bergambar..pastu bagitau 2 tahun lepas Dr Samy tahnikkan Najla. Imam masjid pun bagitau kat Dr Samy dalam bahasa Inggeris tp Dr Samy tak paham.hihi.. Dia ingatkan nak tahnik sekarang... Takkan besaq gajah ni nak tahnik kot..lawak jugak.hehe.. Takde sape pandai cakap bahasa Arab nak fahamkan Dr Samy kot. Imam besar yg lama dulu..mmg friendly, sekarang dah bertukar imam baru..kalo tak, dapat la kitorang sampaikan maklumat yg betul pasal tahnik Najla tu. Takpela..hehehe..

Terima kasih kat imam masjid tu yg berusaha nak bagi kitorang bergambar jugak dgn Imam Mesir Dr Samy. Alhamdulillah dapat jugak bergambar kenangan.

Bulan puasa

Assalamualaikum..

Awat tak rajin nak update tak tau..hehe. Kalo boleh, sebelum raya nak up entri sebelum raya dulu..nanti raya kita tumpu bab raya je..tp tak rajin tulll.. Cepat, rajin..rajin..

Umi menaip ni sambil tunggu turn nak jumpa nurse Klinik Kesihatan Presint 14 ni (Isnin)..lagi 2 hari je nak raya. Disebabkan tahun ni raya KL dulu..jd dekat2 nak raya pun still kat Putrajaya..hehe. Abah pun keje lg. Kalo raya Kulim, mau dah balik dah Sabtu aritu. Mm..esok kita balik Keramat ye..ada byk keje nak setel lagi ni. Pek baju, basuh baju, alter baju..semua baju aje.hehe..

Haa..nak bgtau gak, umi mai klinik arini sebab kena observe berat turun sket aritu. Dok risau la kali ni pun turun sbb dlm masa 2 minggu ni dah 2x cirit birit lagi.huhu. Semalam pecah rekod la..11x ulang ke toilet. Harap baby2 ok je walaupun umi tak sihat ye..

Ok, jom citer sket bab bulan posa ni. Kitorang cam tahun2 lepas berbuka kat masjid. Weekend ada gak berbuka di Keramat. Kitorang penah berbuka kat Masjid Besi Mizan, Masjid Putra, Masjid Biru Shah Alam pun penah. Sampai la 10 terakhir Ramadhan, kitorang berbuka di surau dekat umah ni ha..Surau Al Manar.

Masjid Besi
2 badik makan berkelah ngadap kolam, adik lena nampak kaki je.hehe..
Posa ke Afiq? Layu semacam je..
Masjid Negeri Shah Alam
Bear spiderman dok lena kat dashboard belakang elok je.. Bukan bear ye..si Afiq tu ha. Boleh dia p landing kat belakang tu sampai terlena..haha. Othway nak g buka posa kat Masjid Besi.


Ok, pastu citer beli baju raya pulak. Alhamdulillah..baju raya pertama semua 6 beranak dah selesai cari dlm bulan posa jugak la. Rezki dpt bonus raya Rm500 utk baju raya je la..duit raya belum lg ye.. Tema kitorang tahun ni kaler coklat-kuning. Tak plan pun, tgk apa ada terus amek je.

Baju kasual ada juga abah beli sket, pastu rezki budak2 ni..Atok dan Maklong ada belikan juga. Dpt la berbaju baru budak2 ni. Umi abah tak per..tak perlu semua tu..yg penting utk anak2. Umi dah basuh semua sekali..tinggal nak alter dan iron sket je la.

Kakak try tgk baju adik muat ke tak. Beli baju pompuan je sini.
Sempat abah selfie ngan Najla sementara tunggu umi cari tudung raya
Mak buyung teman Luqman try suar raya..
Atok tgh beratur nak bayar baju suar bebudak ni. Tima kasih bebanyak Atok..
Baju raya pertama 6 beranak..sedia utk dibasuh. Basuh sket2 semua sbb takut ada yg luntur warna.
Baju kasual bebudak.. Alhamdulillah rezki Allah bg pada diorang

Ok, bab duit raya pulak. Luqman Jannah pegi sekolah umi tetap bg duit tapi Rm1 je la..kalo ada derma, bg derma la. Kalo takde, balik masuk tabung. Kalo derma, nnt kang umi ganti balik. Gitu. Jadi, ada gak bertambah duit tabung kan.

Afiq pulak, kat skolah kalo tak makan atau puasa separuh hari..cikgu janji nak bg duit raya..sehari Rm1.50. Ada 3 hari je Afiq makan, lain semua tak makan. Jadi, rezki dia dapat duit raya Rm15. Tinggal la adik Najla sorang, tabung tak bertambah. Eh..mana boleh camtu. Sian dia.. So, umi dah masukkan dlm tabung dia banyak mana yg abg kakak dpt dlm bln posa ni la..dari duit belanja skolah juga. Br adil kan..

Duit raya hasil Afiq puasa kat sekolah Rm16


Budak2 di masjid lagi..

Assalamualaikum..

Selagi masih dalam bulan Ramadhan, akan ada la aksi budak2 ni semua kat Masjid Besi. Bukan lah tiap2 hari sepanjang bulan puasa kitorang ke sana, ada juga la berbuka puasa di rumah dan bertarawih di surau lain, bergantung kepada sesuatu keadaan la.

Ada sekali aritu, abah balik lambat dari ofis, terpaksa berbuka di sana..server problem ke hapa..umi pun tak tau. So, umi dan anak2 di rumah saja. Penah aritu Luqman tiba2 demam, dok terbaring tido je..memang wajib la kat umah, kan.

Walaupun komen orang ramai tak nak datang Masjid Besi sebab panas, takde aircond..tp kitorang sekeluarga lebih serasi dengan masjid ni juga. Dapat dengar lagi suara imam tarawih dari Mesir, Dr. Samy yang tahun lepas telah mentahnikkan adik Najla masa hari ke 7 kelahiran tu..

Orang dok solat, umi snap gambar bebudak lak ye..hihi. Masa ni dah lepas tarawih 8 rakaat, umi pun stop la. Kitorang biasa lepak kat tingkat atas..selesa sket bebudak ni nak duduk..
Si dara tencik umi tu, sejak dapat kaki memang berjalan je la kejenya. Memang berubah 100% dari kat umah, tak leh umi tinggal. Kat sini, dia yg tinggal umi. Mujur ada abg kakak leh tengokkan adik.
Satu-satunya gambar Luqman kat sini, tu pun umi terjumpa die ngan kawan2 tengah sibuk berurut mesin..buat keje apa yg sampai nak berurut tu, Luqman..hehe..
Jalan-jalan si comei sorang ni..
Gambar memang tak clear la, pakat tak dok diam. Dah la phone umi cap ayam. Bila la orang nak hadiahkan phone canggih ni..haha..
3 sekawan..




Salam Ramadhan 1436H

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke 6 kita semua umat Islam seluruh dunia menunaikan ibadah puasa Ramadhan. Syukur Allah masih lagi beri peluang berpuasa bersama keluarga. Seperti tahun2 yg sudah, kami sekeluarga masih meneruskan amalan berbuka puasa dan bertarawih di masjid. Sehingga ke hari ini, masih lagi setia dengan Masjid Besi/Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin..walaupun agak jauh dari rumah, agak lewat sampai ke rumah. Mungkin lepas ni akan mencuba di surau dekat rumah iaitu Surau Al Manar. Kali ni, turut join dgn kami sekeluarga, Pakndak Man yg tinggal dgn kami. Tahun lepas dia beli makanan, berbuka sorang2 di rumah.

Tahun lepas umi masih ingat lagi, umi dok usung perut 9 bulan, menunggu hari melahirkan bayi..berbuka puasa dan bertarawih di Masjid Besi, masuk 10 terakhir Ramadhan, umi melahirkan bayi comei ni..tahun ni pulak, umi usung budak kecik Nur Najla yg dah berumur 11 bulan ni. Makin besar..makin banyak peel ye..hehe.  Kalo nak tau, Hari Raya pertama nanti, InsyaAllah pada 17 Julai, genap la umur budak kecik ni setahun. Besday pada hari raya..jgn tak tau. Sambut raya dan besday serentak la ye.

Najla baru je 'dapat kaki' sebenarnya. Alhamdulillah..ujung2 terakhir usia 10 bulan, di kampung aritu, Najla start menapak. Kira sama la ngan kakak Jannah dia, start menapak umur 10 bulan. Bezanya, kakak awal bulan 10..masuk je 10 bulan terus menapak dgn jayanya. Si adik pulak ujung 10 bulan..itu pun malas sikit. Start menapak kat kampung sekali je..pastu terus stop. Tak rajin dah nak try jalan. Balik Putrajaya, masuk umur 11 bulan, baru la dia start rajin nak belajar semula. Saat umi menulis entri ni, memang Najla tgh syok belajar jalan. Malam tadi di masjid, dia rajin bangun berjalan..bangun berjalan. Chaiyokk adik Najla!

Pasal puasa pula. Umi menaruh harapan yg tinggi, tahun ni Luqman Darjah 3, dapat berpuasa penuh, tp sedikit kecewa sebab dia terikut2 kawan di sekolah Kafa, pakat  beli air di kantin..huhu. Kecewa juga sebab kantin KAFA, Sekolah Agama SAR boleh buka kantin sedangkan kantin sekolah pagi tutup sepanjang Ramadhan. Memang ramai la budak yg ke kantin, walaupun hanya beli air kotak/tin. Hari pertama puasa, Hari Khamis Kafa cuti, jadi elok je berpuasa di rumah siap cakap kuat, tak rasa lapar. Esoknya dah sekolah, dia beli air minum pulak. Dah brainwash budak ni, harap jangan buat lagi. Ibu bapa berharap anak puasa, anak2 senyap2 minum di belakang ye.. Tak baik. Dah rugi 1 hari walaupun sekadar minum air je sepanjang hari.

Tahniah utk Jannah, Darjah 1 sebab sehingga ke hari ni dia masih lagi berpuasa penuh. Jannah start belajar puasa pada tahun lepas, dapat tak sampai 10 hari pun kalo tak silap umi..dah lupa. Luqman pun tak penah puasa penuh setakat ni, tahun lepas tinggal beberapa hari.. Tahun ni umi kejut sahur dua2 sekali..makan sampai time Imsak sama2 dengan umi, abah dan Pakndak. Ada geng baru semangat sket puasa kan. Apa2 pun harap diorang dapat menunaikan ibadah puasa dan solat dengan baik. Amin..

Jom tengok gambar budak2 ni pada malam ke 2 atau 3 tarawih di Masjid Besi.

Abg Afiq dgn buah limau pun buat main
Bayi Ramadhan
Budak ni memang suka sangat menonggeng cenggini..hehe..
Kakak dan adik..sama2 bayi Ramadhan
Cakk!! Bila adik menonggeng, kakak suka cak kan adik
Kami. Luqman tolong snap gambar. Gambar Luqman takde sebab dia memang ngan kengkawan je la

Aktiviti Ramadhan di Masjid Besi/MTMZA

Assalamualaikum..

Seperti tahun2 yang lepas, kitorang sekeluarga masih meneruskan tradisi berbuka puasa dan bersolat terawih di Masjid Besi.Cuma, tahun ni umi sarat mengandung..masuk je bulan Ramadhan memang umi menunggu hari untuk bersalin je la. Walaubagaimanapun, umi masih mampu berterawih berjemaah. Alhamdulillah.

Sampai la ke tarikh 19 Ramadhan bersamaan terawih malam ke 20, 10 malam terakhir...Allah swt. dah menetapkan umi melahirkan seorang bayi perempuan..cahayamata ke 4 kami sekeluarga. Alhamdulillah syukur padamu, Ya Allah.

Masjid Besi tahun ni masih mengekalkan imam terawih yg sama seperti tahun lepas iaitu imam dari Mesir, Imam Syeikh Dr Samy Abdul Rahman Al-Fakky. Dan lebih beruntung tahun ni, lepas je abis terawih yg ke 20 rakaat, ada tazkirah dari Imam Syeikh Ismail Musa Menk (lebih dikenali sebagai Mufti Menk)..Mufti Zimbabwe yg terkenal. Alhamdulillah..

Buka puasa kat lantai je..pastu nak bangun mmg jenuh gak ler umi.hehe
Ini buka puasa kat meja yg disediakan utk keluarga..kalo ada kosong lagi, boleh la duduk sini. Luqman ngan kawan2 die.
Jemaah wanita di tingkat 1. Umi tak mampu dok bawah dah tahun ni..ramai sangat..dah sarat ni kita dok tingkat atas je. Senang, ada tempat angkat wuduk dan ruang kosong yg banyak.
Tiba2 ada kipas gergasi kat bahagian perempuan. Memang panas sket kat Masjid Besi ni sebab hanya mengharapkan udara semula jadi berbanding Masjid Putra ada air cond.
Tazkirah oleh Mufti Menk
Jemaah lelaki
Jemaah wanita
2 badik yg setia menemani umi. Abg Luqman depa time nak balik nnt baru muncul la..dah ada kawan katakan. Kakak Jannah, awat rambut dah serupa Michael Jackson tu..tudung mana?? Umi mmg suka usik rambut die tu.hehe

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum..

Alhamdulillah arini 1 Ramadhan, kita masih diberi peluang oleh Allah SWT. untuk bernafas di bumi Allah ni..dan masih berpeluang bertemu dengan Ramadhan tahun ini. Umi sekarang dah masuk 9 bulan kandungan, maknanya sedang menunggu hari..bila2 saja akan melahirkan baby dlm perut ni. Dok risau gak jangan la baby keluar awal sangat sebelum bulan pose..jenuh la nak menggantikan pose sebulan kan.hehe.

Due umi bersalin sebenarnya pada 24 Julai 2014, lagi 4 ari nak raya la. Tp kite pun tak tau ketentuan Allah, bila tarikh sebenar nak bersalin kan. Cam Luqman dulu LEWAT dari due seminggu. Jannah lak AWAL 2 minggu dan Afiq AWAL 1 minggu. Kalo kena cam masa bersalin kat Jannah, bersalin masa bulan pose la. Kita rileks dok berpuasa..berjalan sana sini, rasa lambat lagi nak bersalin..tup-tup 2 minggu sebelum due, die dah meronta2 nak kuar.. Ish..ish.. Umi memang tak bersedia yg die nak kuar awal kan.hehe. So, pregnant kali ni, umi kena bersedia awal la. Mana tau si adik ni pun nak kuar awal gak bulan pose ni. Tp awal2 pun, baru tadi umi pek beg umi n baby utk bawa ke hospital.hehe. Umi doakan pada Allah SWT, mudah2an umi berpeluang berpuasa dan melakukan ibadah fardhu dan sunat yg lain selama setengah bulan sekurang2nya. Aminnn...

Alhamdulillah..semalam tarawih pertama kami sekeluarga berada di Masjid Besi @ Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Sejak sebelum Maghrib lagi kitorang dah keluar umah. Teruja sangat2 nak menyambut ketibaan Ramadhan. Alhamdulillah masjid besar indah tersebut dipenuhi dengan umah Islam yg meraikan kedatangan Ramadhan.

Alhamdulillah juga..tahun ni masih berpeluang mendengar suara Imam sebagaimana tahun lepas..umi lupa nama penuh beliau. Sayu sangat masa mula2 dengar suara beliau..pastu sayu bila pertama kali dengar selawat nabi menandakan solat tarawih akan bermula. Ya Allah, syukur padamu kerana masih memberi peluang kepadaku, perempuan mengandung ni utk beribadah kepadaMu. Berilah aku kekuatan sedaya yg termampu sebelum aku melahirkan anakku, Ya Allah. Semoga ibadahku diterima olehMu dan diberi pahala berlipat ganda..InsyaAllah. Aminn..

Umi abah merancang sebagaimana rutin kitorang tahun lepas..buka puasa adalah di Masjid Besi..terus bertarawih di sana la. Umi memang bercuti dari memasak utk berbuka lah ye. Kalo nak masak pun mungkin sikit2 cam goreng2 bihun ke apa kan. Umi just masak untuk bersahur je la.

Puasa pertama tahun ni jatuh pada hari cuti, jadi agak mencabar gak la nak ajar 2 badik, Luqman Jannah belajar berpuasa. Kalo kat sekolah mungkin tak terasa sangat kan. Ini, baru kul 12 tghari, dah tanya bila nak Maghrib..aduhaiii..hehe. Takpe, belajar la slow2 kan. Umi abah tak paksa kalo diorang tul2 tak larat sangat. Tp setakat kul 4.30 petang ni Luqman masih bertahan la. Tp suruh tido ke apa tetap tak nak. Jannah dah mengalah pukul 3 tadi..dah siap2 nangis tak tahan sangat dah. Takpe, buka je la kakak. Esok kita belajar lagi ye. Tp die tak tunjuk kat Luqman la, kang Luqman pun terikut nak makan..naya je. Awak tu dah la abang..Darjah 2 dah pun. Si adik kecik Afiq ni pun sian la..makan pun kena sorok2..makan lambat lak tu. Mujur die tak bising ngamuk lapar ke apa. Haihhh..pengalaman membesarkan anak2 masih kecil, camni la. Pasni bertambah sorang lagi ahli keluarga, ye.hehe.

Kenangan berbuka puasa di masjid

Assalamualaikum..

Disebabkan lepas 2 bulan baru nak muncul balik, so terpaksa la umi korek2 gambar lama update sket kat sini ye..

YB Afiq on the way ke Masjid Besi untuk berbuka puasa. Songkok tinggi, itu pasal la umi panggil YB.hehe..

Makan di meja khas untuk yg berkeluarga. 2x je kot kitorang dok kat meja. Selebihnya, kitorang lebih senang lepak di mana2 sudut masjid, atas lantai la.

Alhamdulillah puasa tahun ni, kitorang sekeluarga datang berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan terawih di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin @ Masjid Besi. Dah terbiasa sbb setiap minggu pun akan datang untuk budak2 blaja Iqra' kan. Mmg ramai sangat orang yg berbuka puasa di Masjid Besi. Yg best sket sbb ahli keluarga boleh berkumpul sekali. Tahun2 sebelum ni kitorang biasa ke Masjid Putra, tapi asing lelaki dan perempuan bekeluarga.

Yg best lagi kat Masjid Besi sebab imam telah didatangkan khas dari Mesir..sedap sangat alunan bacaan Al Quran beliau..masih teringat2 bacaannya. Dan beberapa kali jugak la, beliau menangis dalam bacaan solat seperti di Mekah sana..walaupun kite tak paham, tp tetap terasa syahdu menusuk kalbu. Terutama pada malam 15 terakhir, bacaan doa Qunut dibaca.

Kami sekeluarga ada jugak berbuka puasa di Masjid Putra, Masjid Shah Alam dan Masjid Bukhari ape kat Jln Hang Tuah tu..dan Masjid Hulu Kelang. Saja nak rasa suasana di tempat lain. Abah lak, pada 10 malam terakhir mmg langsung takde kat rumah..beriktikaf di pelbagai masjid. Semoga abah bertemu Lailatulqadar yg dicari..

Akhir sekali, pertama kali dalam sejarah hidup umi..umi melakukan solat sunat tasbih pada malam raya di Masjid As Sobirin, Lembah Keramat. Tima kasih pd abah kerana mengajak umi..Allah swt memudahkan dan memberi ketenangan tidak terhingga. Alhamdulillah. Semoga kita semua masih berpeluang bertemu Ramadhan yg akan datang..InsyaAllah, Aminnn..

Sambungan..tehehe..

3. Bln pose kali ni baru umi try wat kuih..dah nak beli pun ssh, baik mokcik bikin sendiri.hehe. Umi wat buah melaka/ondeh2..kuih ni menu wajib kalo bln pose kat kampung, so tau la serba sket camne cara nak wat die. Pastu umi try wat kuih lapis. Kali pertama wat just guna sirap kodial so tak merah sgt n lembik sikit kat lapisan bawah. Kali kedua wat beli pewarna merah..tak jadi pink dah la. Pastu umi wat lopes ngan seri muka gak.

Biskut raya lak baru dpt wat mazola. Ok, ni 1st time bikin biskut raya sbb sblm ni mana ada oven..nenek dah bg aritu, so dapat la wat. Kekangan masa ngan peel anak2, umi rasa sambung wat kat kampung je la ye.hehe. Duit pun 1 hal..menjadi surirumah duit bknnya ada sgt kan..kena minta kat Menteri Kewangan dulu.. Sian mokcik.huhu.



4. Shopping raya. Sebenarnya family 5 beranak ni tak shoping raya sangat pun..ada la g kat jualan raya sebelah ofis abah tu..beli kasut umi abah, murah je, lg murah dari kasut anak2.hehe. Beli beg travel 3 in 1, biskut raya sket (tu pun 2 bekas dah selesai sblm raya.haha)..baju ke hape tak beli. Utk umi abah mmg tak yah la kan..

Mujur baju raya pertama kitorang dah ada, pakai baju kenduri Paksu Amat dulu je. Aritu abah g Bali ada beli bj kat Luqman Jannah so dah jimat kat situ. Ada 1 tshirt Luqman, Pakcik Latif die belikan 2 thn lps kalo tak silap..baru sekarang muat..jimat lg kan..syukur. Setakat ni atuk nenek yg bawa n belikan baju n kasut raya kat bdk2 ni tau. Mcm2 atuk nenek belikan..abah pun tarak sanggup woo..hehe. Ye la, mmg dpt bonus tp bile wat bajet duit raya je dah dkt 1k, rakyat ramai sgt kat kampung..pastu pas beraya Kulim, kena lari ke Kelate lak..byk gak la belanja kan. Camni la hidup merantau..konon.hehe. Best tak kalo beraya kat oversea ek? Tetiba soalan..hehe. Sekali mmg kena alami mau berlinang air mata seharian kot.hehe.

Walaucamne pun kitorang tetap bersyukur pd Allah sgt2 dgn pemberian bonus raya ni..mmg tul2 byk membantu meringankan perbelanjaan kewangan kami. Bayangkan kalo tak dapat, sempit gak la..pastu sebelum2 ni dpt RM500 je kan? Kali ni syukur digandakan.

5. Bawa Luqman Jannah potong rambut raya. Rambut depa dah serabai umi tgk, so sekarang dah pendek, sedap mata memandang sket. Afiq tak leh potong rambut kat kedai, haru biru kang tukang gunting terpotong telinga kot..kemain ssh, so umi dah potongkan sket. Fair la..tiga2 potong rambut.

6. InsyaAllah kitorang akan bercuti raya start Khamis ni..balik berbuka n sahur di Keramat dulu..bersalam2an, bermaaf2an..pastu Jumaat gerak blk Kulim. Kat Kulim sampai raya ke 4, Rabu gerak ke Tanah Merah, Kelantan..then Jumaat balik KL beraya sini sat. Sampai sini je la citer sebelum raya kitorang.


Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform