Assalamualaikum..
Tajuk on the way balik raya pun ada..jangan tak tau..wakakak.. Kitorang balik ke kampung Kulim, Kedah pada hari raya ke 2, Khamis..dan balik ke Putrajaya semula pada hari raya ke 6, Isnin. Konon nak elak jem la kan..sekaliii hamek ko..pergi balik jem.
|
Selfie baju raya ke 2 nak balik Kulim. Kenangan mengandungkan si kembar masa 6 bulan lebih. |
|
Anak dara umi 2 orang ni, Jannah dan Najla..1st time ada baju sama, Atok belikan. |
|
Ni lak 4 badik..budak pompuan sedondon, budak laki pun sedondon.hehe. Umi sama kaler ngan abah, tp dah abah tak suka bergambar, biar die..wakaka. Tp gambar2 ni abah la snapkan..bagus, ada gak kenangan leh masuk blog. |
|
Perjalanan di higway Utara Selatan..balik ke kampung jem, balik ke KL semula pun jem..walaupun balik raya ke 2 dan hari Isnin orang dah start keja. Ini baru raya kan..kalo tak jem, tak raya la namanya..betul tak? Masa balik Kulim, sepatutnya leh balik 5 jam termasuk singgah rehat, solat..jadi 6 jam. Masa balik ke KL yg teruk sket..bertambah jadi 8 jam pulak. Tu kira ok la jugak, ada orang sampai 12 jam perjalanan..huhuhu.. |
|
Singgah solat kat RTC Simpang Pulai..budak2 amek peluang main taman menan sat. |
|
Ni bebudak yg suruh umi snap gambar depa. Depa pun suka bergambar ha..kan leh wat kenangan di blog kesayangan umi ni. |
|
Kalau cukup korum ni, abah la tolong snap.. Kalo tak, umi je dok layan budak2 ni bergambar. |
|
Abah suruh pandang satu arah..hehe.. |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.