Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

Sukan Tahunan Kali Ke 9 SKPP14(1)

Assalamualaikum..

Pada hari  Jumaat yg lepas, 18 Mac 2017, berlangsung majlis Sukan Tahunan SKPP14(1). Umi abah nak join hadir ke majlis sukan yg menjemput ibu bapa sekali. Ibubapa yg memakai baju warna rumah sukan anak akan memberikan 1 mata kepada rumah sukan tersebut. Jadi, disebabkan tahun ni Jannah dah mula ada rumah sukan iaitu kuning..Luqman merah..terpaksa la umi dan abah pakai baju kaler 2 warna tu..termasuk la adik2 ni.

Kitorang cari je baju mana yang ada. Kebetulan twinny baby Hadif Hasif memang ada jersi romper kaler merah kuning yg Pakcik Latiff belikan lama dulu..tak penah pakai lagi, tunggu diorang besar..sekali dah pakai, muat elok dah  rupanyaa.. Yg best jersi ni ada nama kat belakang baju. Pakcik cakap Adam pun belum pakai lagi romper ni..nanti boleh la amek gambar sama2 ye.. No. 5 dan 6 tu adalah bilangan anak ke berapa..anak ke 5 dan 6..hehe..

Sukan kali ni Luqman memang tak layak masuk acara apa2. Jannah yg pertama kali nak bersukan walaupun  dah Tahun 3 (sebab sebelum ni cuma main sukaneka ikut kelas saja), cuma berjaya main acara lompat tinggi sampai ke pusingan ke 4 sahaja. Katanya perlu layak sampai ke pusingan ke 5 baru boleh bertanding ke akhir. Takpe la..cuba lagi lain kali ye.. Umi selalu dok usik dia..tak padan ketot kecik masuk acara lompat tinggi. Kalo boleh umi nak dia masuk acara lumba lari..macam umi zaman sekolah menengah dulu..100m dengan 200m memang minat sesangat lerr..pastu acara lompat jauh pun ada join jugak.

Walaupun diorang takde join acara apa2 kali ni, tp Luqman masuk perbarisan mewakili umah Merah, Kenyalang. Dok berlatih  pagi petang sampai itam merelit dah budak ni.hahaha.. Masa real perbarisan umah Merah mendahului, elok2 je kitorang sampai..dapat tgk Luqman tp jenuh cari mana dia..sebabnya diorang jadi Lego Ninja Go..tak nampak muka daaaa...haha. Kena la tengok seluar dan kasut dia.

Pastu, yg buatkan umi abah nak datang jugak selain Luqman perbarisan ialah..Afiq join sukaneka Pra Sekolah. Harus lah bagi sokongan walaupun diorang sesaja suka2 main je..takde yg menang kalah..semua dapat piala. Yeayyyyy...

Jom tgk hari sukan tahun ni. Tahun depan Jannah dan Afiq nak pindah sekolah dah..tinggal si Luqman sorang sebab dia nak amek exam UPSR kena la stay 1 tahun terakhir ni.

Abang silang kaki kiri
Adik silang kaki kanan..korang ni memang betul2 twin sehati sejiwa yee..
Romper jersi dan kasut baru pertama kali pakai..rasmikan pada hari sukan sekolah abang kakak ye..
Nape comeiiii sangat ni haaa???
Acara pertama, perbarisan oleh rumah merah. Cer cari Luqman.
Hasil dari teropong seluar dan kasut, jumpa la tuan punya badan.. Syabas Luqman..walaupun masuk perbarisan je..kena hafal step Ninja Go. Hasil usaha diorang berjaya mendapat Naib Juara acara perbarisan. Dan rumah Merah menang keseluruhan sukan kali ni. Tahniah!!
Rumah Merah dengan tema Lego Ninja Go.
Rumah Kuning dengan tema Minion
Biru tema apa ye..hidupan laut ke apa..tak ingat.
Hijau pun tak ingat tema apa.

Budak hensem 2 orang
Kak Najla pakai baju kuning sokong umah sukan kakak.
Hadif ngan umi
Hasif ngan abah..dah terlena dulu..jadi umi sorang je pegi tgk Afiq main sukaneka. Abah lepak kat kantin.
Budak yg sentiasa comei, kak Najla
Dah nak balik, si Hadif lak tido. Letih berpanas kat Padang..siann..
Jannah ngan kengkawan yg tak masuk acara dok lepak kat khemah umah sukan masing2. Cikgu tak bagi balik awal..so umi balik dulu la..lepas abis sukaneka Afiq.
Taraaa...akhirnyaaa.. Yg ni lah yg Luqman nanti2kan. Dapat pingat atau piala. Selama ni Jannah je asyik dapat (sukaneka 2 tahun berturut2 kelas dia Tahun 1 dan 2 Fansuri dapat Juara antara 7 kelas), sedih si Luqman dia tak penah dapat apa2. Kali ni dapat Naib Johan perbarisan dia sangat2 hepi..siap bawa tido masa hari pertama bawa balik medal.hahaha.
Afiqqqqqq..cer cari mana dia?? Yg duduk depan pandang umi tu lerrr..
Baca doa dulu. Sebelah tu Cikgu Lin, guru kelas Afiq.
Lari lajuuu Afiq..
Perubahan yg bagus. Dah pandai berkawan. Umi memang tak penah tgk Afiq kat kelas camne..tp umi selalu dok tanya dia..cakap tak ngan kawan..mula2 dulu dia bgtau tak cakap..dok diam je. Sekarang dah ada kawan dah.. Alhamdulillah. Tp tu la..thn depan nak pindah sekolah baru pulak. Dah pindah umah, kena la pindah sekolah jugak..yg dekat ngan umah.
Umi panggil Afiq..cakap "nnt atas pentas tgk umi tau..nak amek gambar"
Mmm..dia tak tgk punn.. Mujur gambar cantik.
Dengan kawan kelas dia..lupa pulak nama apa.
Yeayyy..kami semua menangggg!! Ketiga2 kelas dapat piala yg sama.
Makan kueytiow goreng dulu..pasni boleh balik.

Jom jemput-hantar abg kakak sekolah

Assalamualaikum..

Kalo petang, 4 badik ni peneman umi..car seat baby tu takde milik mana satu twinny ye, umi letak je ikut dan..so merasa la diorang dua2 kaler car seat.
Lama tak nampak lesung pipit abg hadif..masa baru2 lahir dulu selalu nampak. Agaknya dah makin berisi, makin hilang kott.. Hadif yg kanan ye..
Hadif warning.."jgn main2 tau..". Adik Hasif kat sebelah tgk je.."garang jugak abg aku ni ye.." kata dia dlm hati..
Masa ni nak hantar Luqman Jannah ke Kafa. Luqman ada kat kuar kete belum masuk.. Achik jahat..tgk gambar ni, dia kata Jannah macam mualaf cina..hahaha..

Bila anak2 dah mula bersekolah, maka rutin umi utk keluar masuk umah jemput hantar anak sudah kembali seperti biasa. Dulu akhir tahun walaupun dah abis pantang, umi tak antar pun..abah buat sampai cuti panjang. Sampai bila tah umi start bawa kete..lama sungguh umi tak drive..3 bulan rasanya.

Oowhhh..umi dah ingat, kali pertama umi drive sendiri selepas bersalin masa pegi Giant Taman Permata , gunting rambut. Memang 'me-time' betul la..bebas daripada baby..daripada anak2. Abah willing jaga baby yg tido kat umah Keramat. Alahh..tak risau pun sbb Nenek pun ada.

Lepas tu umi drive..bawa Afiq pegi daftar pra sekolah. Abah jaga baby kat umah lagi. Dulu2 abah tak biasa jaga baby kecik sebab umi menyusu. Sekarang dah tambah susu formula utk twinny, so mudah la kalo tinggalkan pada abah.

Ok..dah start sekolah..umi bincang ngan abah mana yg umi abah perlu jemput hantar.

Pagi masuk sama semua..7.30pg. Tp budak2 ni tiap ari lambat aje..susah tul nak kejut bgn pg.huhu.

Tengari Afiq blk kul 12. Jannah pulak Alhamdulillah blk awal sekarang..12.35. So, umi tugaskan kakak jemput Afiq, kang umi jemput depa dua..sementara tunggu abah datang dan Luqman keluar kelas kul 1.05.

Kira abah datang bawa Luqman Jannah pegi mandi tuko baju dan solat kat masjid or surau...umi pulak bawa balik 4 badik la. Kafa umi tak hantar dah..kelam kabut nk usung baby..kesian jugak.

Tp ada jugak time abah bz, jd tak dpt balik..terpaksa umi hantar ke Kafa. Waktu petang pun sama2 umi jemput ngan abah..kalo abah bz kat ofis terpaksa umi keluar jemput abg kakak jugak.. Itulah ceritanya..


Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform