Ramadhan..Di Hati.

Assalamualaikum..

Dekat pukul 2.30 ptg td lepas hantar Luqman Jannah pegi Kafa, tetiba DJ radio Ikim.fm pasang lagu Ramadhan Maher Zain.. Wahhh..dah ada lagu ni ye. Tahun lepas baru dgr sepanjang Ramadhan. Sayu je rasa..dah tak lama lagi bulan Ramadhan akan menemui kita. Mudah2an kita semua diberi peluang berpuasa dan melakukan ibadah lain pada bulan Ramadhan kali ni. InsyaAllah..

Gambar kat bawah ni takde kena mengena ngan lagu pun. Saja masuk sekali dlm entri ni..sesuai dengan tajuk Ramadhan juga ye.hehe.. Comei budak kecik pakat solat.


Berlatih persembahan Hari Guru Kafa

Assalamualaikum..

Esok, Khamis..ada sambutan Hari Guru kat sekolah agama budak2 ni. Sekolah kebangsaan lak sambut hari Jumaat. Masa Kafa ustaz ustazah dah tanya sesiapa nak masuk persembahan bagi nama.

Luqman ada cakap buat persembahan pantun tp dia je yg hafal katanya..tak tau kawan2 yg join sekali buat ke tak pantun diorang..bertuah tul.hehe.  Sepatutnya dah habis exam tak buat apa tu, berlatih la kan..hehe.

Cam Jannah ni ha..memang berlatih ngan kengkawan. Mula2 dia cakap nyanyi lagu cikgu tp arini ustazah send wasap gambar dan video budak2 kelas dia berlatih buat persembahan..Jannah n the geng nyanyi lagu Kun Anta pulok.hehe.. Ustazah tak campur pun, semua bebudak handle sendiri je..pandai budak yg lead tu ye..hehe..

Jom layan latihan persembahan diorang. Mak pak tak dijemput pun..so dpt tgk video ni pun dah ok..hehe.

Group Jannah nyanyi lagu Kun Anta. Si kecik kena la dok depan ye..hihi..
Group 1 lagi nyanyi lagu Terima Kasih Cikgu



Boboiboy di Mines

Assalamualaikum..

Ni citer Ahad semalam. Umi abah ajak Luqman Jannah puasa sunat Nisfu Syaaban. Saja nak belajar dulu sementara tunggu kedatangan bulan Ramadhan 15 hari lagi.

Umi dok menyidai baju, basuh baju dulu pagi tu. Bebudak dah bersiap la..umi cakap nak g Library Presint 16 pinjam buku. Lama sgt dah tak pinjam. Exam pun dah abis, leh la nak baca buku cerita kan.

Pukul 12 tengahari lebih kitorang keluar..lepak library pilih buku..jom g Zohor kat surau sebelah dulu. Aduhaii..elok je angkat wuduk umi terlicin selipar gedebuk terjatuh ke lantai..tapi sempat kontrol biar kaki dan tgn yg jatuh dulu..jgn montot, bahayaaa... Ni still rasa lenguh kaki sket la. Alhamdulillah takde apa2 jadi, risau la jugak. Jannah dok main kat luar toilet pun dengar kuat bunyi kat toilet cam bunyi bom katanya..hehe. Kuat betul la umi jatuh camtu.

Dah selesai solat, jom ke Alamanda. Dah berkurun2 kitorang tak jejak kaki ke sini..walaupun nama orang Putrajaya..hehe. Dah bukan jenis kaki berjalan pun. Saje la nak bawa budak2 ni tgk Boboiboy. Dok ajak dari hari apa lagi..sian la. Dah la puasa..kena la senangkan hati diorang, bagi lupa bab tak larat dan lapar.

Pertandingan mewarna dah tak leh join..so beli air kotak, bergambar di photobooth je la. Nak beli cenderamata lain minta maaf la..mak pak korang bukan berduit. Kalo mmg berduit, tak yah minta memang umi abah belikan terus.hihihi.

Pastu ajak jalan g main taman menan sat..then balik umah la. Sampai kul 4 petang diorang boleh bertahan lagi..tak buka puasa. Umi pun langsung tak rasa lapar cuma agak lemah sket la. Abah bukakan cite Boboiboy The Movie pasang kat projector bagi bebudak tgk. Ada yg terlena gak.

Alhamdulillah..sampai ke saat berbuka puasa diorang bertahan. Dapat la 1 hari pose sunat.
Nak bergambar kat booth bergambar percuma dgn pembelian barang Yeos RM5 ke atas. Beli sedozen air kotak utk bebudak ni..
Kenangan keluarga kitorang utk letak dlm album gambar..


Takut miawwwww...

Assalamualaikum..

Ni gambar Sabtu aritu..lunch kat kedai. Umi n budak2 g jemput abah kat Desa Pinggiran Putra sebab abah anta kete sebijik lg servis.

Dah alang2 kat sana..dah nak tengahari, kita lunch terus la. Alhamdulillah kenyang makan masing2. Dok lepak2 sekejap tup2 terasa kat lutut umi ada sesuatu. Si kucing miawww rupanya. Mujur umi bukan penggeli kucing, kalo tak mau terjerit kat situ.kihkih... Kucing ni umi cuma takut dia gigit dan cakar je, tu kurang sket nak bermanja2 main ngan kucing.

Adik Najla yg dok sebelah umi tau tiba2 pasan kucing muncul sebelah baby chair dia terus tarik muka nak nangis..diri atas bb chair dia.hehe.. Sian..bebudak ni suka tgk kucing tapi nak pegang dekat tak berani. Tu yg jadi cam kes si Najla ni. Umi pun suruh abah snap gambar Najla takut miawww.. Kucing tu 2, 3x gak mai panjat diri kat lutut umi tu.




Teman abah repair phone kat Mines

Assalamualaikum..

Sabtu aritu kitorang ke Mines ikut abah repair phone..tak sampai 2 jam siap la. Phone abah tu tah nape tetiba je problem. Asalnya tuko sim kad kitorang berdua masuk phone masing2 nak check connection internet ok tak. Celcom first umi ni ha..tak lena pun tenet kecuali wasap..bayar saja je la kan..sekali masuk kat phone abah terus gelap apa pun tak nampak.

Aih..sim celcom umi ni apekehenya?? Masuk sim abah balik pun tak leh gak. Virus ke apa ni.. Antar repair format balik ilang abis la segala data2..tak backup dulu sebelum tu.huhu.. Still tak boleh data celcom umi ni..apa kena tuko ke plan lain ke..tinggalkan celcom terusss?

Sementara tunggu turn abah kat Pusat Samsung tu, kitorang anak beranak lepak je kat luar tu. Dok berlari si Jannah ngan Afiq, terlanggar Najla yg dok nari2 sensorang. Jatuh terus benjol dahi..sian adik.

4 Badik sementara tunggu abah setel tunggu turn repair phone..

Kami sekeluarga..

Assalamualaikum..

Weekend aritu lepak umah Keramat..abah nak belanja Atok Nenek makan mlm. Esok siangnya jalan2 ngan Atok Nenek lagi pegi beli tiket train ETS Butterworth-KL utk Atok Nenek nak balik dari kenduri kawen Pakndak Man kat Kulim nanti.

Pastu terus g cari basikal baru utk Afiq..hadiah besday 5 tahun dia..daripada Maklong Shikin. Maklong wasap tanya Afiq nak hadiah apa. So dia jawab nak basikal kaler hijau.hihi. Tp tak dapat kaler yg dihajati sebab kemain mahai nau..yg oren ni pun mahai jugak ikutkan.. Sekarang dia dok kayuh beskal kecik Jannah kaler pink tu. Kesian la jugak kan..tp abah takde plan nak belikan beskal baru pun. Syukur..rezki Afiq dpt hadiah daripada Maklong. Terima kasih Maklong.

Basikal 3 badik. Jangan Najla pun minta beskal baru, sudah..hihi. Najla naik je beskal kecik pink kakak dulu tu..elok lagi.

Atok Nenek lak belikan tshirt ada nama Afiq..lawa juga. Kalo dpt buat baju camtu utk 3 badik lagi bagus juga. Kena try survey nanti2 kot ada rezki lebih dapat buatkan..


Haa..sebelum kuar jalan tu, sempat wefie sekeluarga sat.hehe. Abah pun tiba2 nak join walaupun nampak kepala je.hehe..

Kami sekeluarga..hepi.

Sempat lagi depa selfie..

Assalamualaikum..

Umi check phone umi, tah bila depa dok main phone umi ber'selfie'. Biasa kalo phone ilang tu, pakat amek dok tgk youtube boboiboy ke, upin ipin ke..

Kenangan utk depa jugak..masuk kat blog lah ye..

Abang sulung
3 Badik..awat comot sgt kakak n abg cik tu
Amboii..berselfie 2 badik


Budak2 ni.

Assalamualaikum..

Ngantuk..ngantuk..masuk gambar je.

Bapaku pulang dari kota..mmg sesuai sgt lagu ni ngan depa.hehe
Mm...nyum nyum sedapnya makan buger. Abah jemput Jannah masa tu, sambil tunggu Luqman pulak kuar sekolah
Appointment kali ke 2 Jannah dgn pakar mata Hospital Putrajaya.
Gaya tido camna ni??...berpusing2 aku pijak hang, hang pijak aku.kikiki..

Majlis pembukaan rasmi klinik gigi jiran.

Assalamualaikum..

Awal bulan Mei aritu, kitorang dijemput oleh jiran setaman kitorang ke majlis rasmi pembukaan klinik barunya.. Dr Linda dan suami, Hud tahun lepas penah tumpangkan anak dia kat umi. Tahun ni umi tak dapat teruskan komitmen tu..rasa dgn anak2 sendiri pun dah kecoh 1 umah.haha. Umi dpt jemputan dari 3 group wasap la..group Krt jiran, group sekolah kebangsaan dan sekolah agama sebab Jannah sekelas ngan anak diorang pagi dan ptg.

Umi tak pasti lagi hari kejadian boleh ke tak kitorang pegi..tunggu dan lihat je la. Tup2 sampai hari kejadian..kebetulan mmg kitorang ada kat umah..tak ke mana lepas 2 hari join kenduri anak Toknjang tu. Linda wasap personal jemput dtg..anak dia Qistina remind suruh dtg..kawan Jannah tu la. Mm..cakap kat abah, dah dpt wasap personal ni, jom je la. Abah pun ok je la..

Kuar umah ujan lebat pulak..sampai ke klinik di Bazaar 8, ujan lebat lagi. Dapat parking slow2 menapak ke klinik. Ujan lebat, Linda cakap naik atas jenguk klinik dulu la..baru join makan kat khemah. Ok je..nak redah ujan pun tak best gak kan.

Masuk klinik, Qistina nampak je Jannah terus suka la dia..ke mana2 je bertiga termasuk Luqman. Ada badut watkan belon pulak..suka la bebudak ni..tak makan pun tak pe kalo dah gini yerr.hehe.. Cantik, selesa klinik baru Linda. Bagus la dia dah buka klinik dekat ngan umah..banding dulu kena keje sampai Shah Alam nun..  Tahniah daripada kami sekeluarga utk Dr Linda dan Hud sekeluarga. Semoga terus berjaya..

Rasa dah lama lepak atas, kitorang pun turun bawah..ke khemah..ujan dah benti. Masa utk menjamu selera. Makanan terbaik..sedap bihun sup. Nak makan nasi ambik je nasi lemak bungkus kecik tulis 8 kupang atau 80 sen. Sandwich, kuih2 dan kek. Qistina pun join skali la. Pastu bebudak nak naik atas semula..nak sambung minta belon kat Mr Badut td tu la. Teror badut ni macam2 dia boleh buat bentuk belon. Hepi tul bebudak ni.

Dah lama lepak klinik, jom la kita minta diri. Terima kasih atas jemputan. Semoga success. Diorang ni kedai dobi pun ada juga...bagus la kan.. Rezeki Allah yg luas.

Suasana dalam klinik baru
Abah berkenan rak pantry..mungkin boleh amek idea buat camni kat ofis biz abah.
Mr Badut bijak melayan kanak2..
Amboii..hangpa. Sukanya banyak belon ye..

Alhamdulillah..selesai beli rumah ke 2.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah pada hujung April aritu dah selesai majlis tandatangani S&P pembelian rumah PPA1M abah..yg dpt 3 tahun lepas tu. Umah tu pun dah hampir siap..bape kali lalu kat tempat tu..mmg sekejap je naik bangunannya. InsyaAllah dijangka siap pada pertengahan tahun depan..2017.

Bakal berpindah ke umah sendiri la lepas ni kitorang sekeluarga. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan, murahkan rezeki kami sekeluarga. Tak sangka jugak semacam hadiah pulak..bila tgk balik alamat umah yg diundi utk kami tu..tarikh besday ye..bukan senang nak dpt tu.hehe.

Nak masukkan gambar floor plan umah la ye.. Umi mmg suka sket tgk floor plan umah mana2 pun. Saja suka nak bayangkan keadaan sebenar umah tu camna.

Harga umah mmg agak mengejutkan..harga maksimum yg diberi. Jenuh juga la ye..moga Allah permudahkan dan murah rezeki. Tp ikutkan harga tu dah murah banding umah2 apartment kondo yang lain.


Sambungan majlis perkahwinan sepupu umi.

Assalamualaikum..

Kita sambung masuk gambar2..pada hari resepsi bersanding belah pengantin pompuan di Subang Perdana. Kitorang sampai awal juga, lepak dulu homestay Toknjang, pekena bihun seround..padahal jap lagi nak makan nasi kenduri dah. Anak2 Toknjang wasap suruh ke situ dulu sbb makanan banyak sgt, family pengantin pompuan bawa..ingat ramai pakat dok homestay tp family Toknjang je. Ye la..kitorang lain umah memang kat sini2 je..balik hari je la ye.hehe.

Dah berkumpul semua yg datang semalam, tambah 1 lg family..makin ramai la wakil family lelaki. Alhamdulillah..family belah Tokwan memang jenis tolong menolong bantu membantu kalo ada majlis2 ni. Semoga berterusan sampai ke anak cucu kitorang nanti pulak la.

Jom layan gambar2..

Sori..gedik nak selfie pulak..kikiki.. Bukan apa, baju baru minta Cik Nal jahitkan.. Aritu masa kenduri Pakndak pun dia jahit baju..skirt tu beli siap..seksi pulak rasa pakai..so yg ni minta Cik Nal besarkan la kain dan labuhkan baju. Ok puas hati. Murah2 je sbb harga kawan2. P kenduri aritu tgk2 sedondon sama kaler dgn pengantin la pulok..
Yg bestnya, dah la kita minta dia jahitkan baju..dia siap jahitkan instant shawl ni hadiahkan utk umi. Alhamdulillah..syukur. Umi mmg tak banyak shawl..tingin nak beli tp tak tau kat mana murah2..lawa2.. Tima kasih bebanyak ye Cik Nal. Plan nak minta dia jahitkan shawl lg pasni.
Jemput makan nasi kenduri..bapa mithali sedang melayan anak2nya makan.hehe
Toknjang ngan Tokcikpah kat meja makan pengantin
Toknjang Yaakob ngan Tokcik Zakaria
Achik ngan Makndak Tikah dgn tagline masing2..sorang single, sorang taken..hihi
Toknjang berdua ngan anak menantu. Syahdu masa ni sebab Toknjang tak dpt menahan sebak..gembira sebab anak lelaki sulung dah kawen..
Adik badik pengantin lelaki..cukup 5 orang. Sepupu2 rapat umi la ni..dari diorang kecik lagi dok sebelah umah kitorang..
Sebahagian rombongan pengantin lelaki
Achik dan anak2. Damia awat yg tutup muka tu?..
Achik ngan Maklang Mira
Tokndak dan Toksu..ni suami isteri tp umi panggil nama pakcik makcik lain2.hehe..
Maklong Lily sepupu umi juga..anak arwah Toklang Remli, adik Tokwan. Anak dia 5 orang, lg 2 tinggal kat umah nenek. Best anak ramai...
Tokcik pun nak tumpang sekaki
Sama kaler la pulak umi ngan pengantin ye. Kenangan kitorang sekeluarga..depa cakap anak ramai, 4 orang. Zaman sekarang dah tak cam dulu. Kalo dulu 4 orang tu sket..cam adik badik abah.hehe. Tp sekarang, tgk 4 orang anak, ramai anak orang kata. Umi abah mmg nak ramai anak. Takpe..kita tambah lagi pasni bagi betul2 ramai..hahaha.
Adik badik pengantin kat homestay
Lengkap ahli keluarga Toknjang..sgt susah nak dpt snap gambar lengkap camni.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform