Selepas 6 tahun..

 Assalamualaikum..

Akhirnya..selepas 6 tahun umi boleh menulis semul di blog kesayangan umi.. Alhamdulillah..🥰

Last umi menulis masa anak bongsu umi, Khayra pun belum lahir lagi.. Nak sangat sambung menulis cerita pasal anak² tapi tak boleh..tak tau la kena buat apa tah blog ni..abah pun tak tolong buatkan. Ni, selepas 6 tahun..mimpi apa tak tau .dia godekkan untuk ummi menulis semula. 

Sayang jugak..gambar banyak yg tak dapat simpan bertahun²..sebab simpan kat phone je..phone dah bertukar tah berapa kali. Cuma beberapa tahun lepas, umi rajin cuci buku gambar family..boleh gak buat kenangan..

InsyaAllah..umi cuba sambung blog semula setakat termampu. Tahun 2023 ni kami sekeluarga 9 beranak. Putra putri ummi..Abg Luqman (17), Kak Jannah (15), Abg Afiq (12), Kak Najla (9), Hadif dan Hasif (7), dan Khayra (6). Dah besar masing²..🥰





Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform