Pinjam buku di library

Assalamualaikum..

Ni cerita semalam. Weekend dua2 hari Sabtu dan Ahad semalam, abah ada job PA..so umi bawa bebudak lepak kat library Pusat Kejiranan Presint 16.

Plan kali ni nak daftar kad ahli kat bebudak la. Leh pinjam2 buku. Sabtu Ahad kat pusat kejiranan tu ada buka pelbagai gerai kat foyer, mencabar gak la kalo bebudak ni nak singgah tgk menan.hehe. Beli gak 2 ketul Robocar Poli (Roy dan Amber), harga murah je la..RM3 sebijik.

Kat library, orang lengang kat kaunter baru umi register. Tgk jadual harga ahli kat dinding utk dewasa mahal sket so utk umi tak yah la. Tumpang Luqman Jannah punya je. Afiq tak boleh lagi, belum cukup umur.

Dah register dan dpt kad, terus pinjam 4 buku la. 1 kad boleh pinjam 2 buku. Tak kisah buku apa. Tempoh pinjam selama 2 minggu, kalo nak extend, sms je bgtau.

Ok jom tgk buku apa kitorang pinjam kali pertama.

Jumlah bayar utk Luqman Jannah semalam RM12 la. Umi sampai RM16 tak yah la.hehe.. Afiq 4 tahun tak leh
register lagi.
Kad depa siap ada nama cam kat library besar lain la kan..hepi bebudak ni pakat nak pegang sendiri..mai sini umi simpan, hilang baru tau..
Belakang kad
4 buku pertama yg kitorang pinjam.


Najla dan kembar..

Assalamualaikum..

Aik, Najla ada kembar ke? Bila masa lak budak ni ada kembar nii..hahaha.. Uii..syoknya kalo dapat anak kembar. Umi tingin sangat memiliki anak kembar tp takde rezeki..Allah dah tetapkan anak2 umi semuanya lahir sorang, takde kembar..takpe la, tetap bersyukur atas anugerah kurniaan Allah ni. Saje je nak citer tingin anak kembar pun sebab kot la ada gen2 kembar tu boleh melekat lak kat umi abah.hehe. Sebenarnya, mak umi dulu penah mengandung kembar tapi gugur. Kira ada gak la pembawa gen2 kembar kottt..entah la..haha.

Jom tengok Najla dgn kembarnya. Betul ke Najla ada kembar ni??


Seiras betul kan kembar Najla?kikikiki...

Abg, kakak dan adik2..

Assalamualaikum..

Masuk gambar budak sikit..buat kenangan.



Gambar dan video atas ni masa abg Luqman dan kakak Jannah takde aritu..pegi kem tahfiz. Adik2 main berdua je la kat umah jadi peneman setia umi.

Ini pulak masa Atuk Nenek bawa bebudak jenjalan kat AEON AU2 sbb umi abah ngan Najla pegi jalan Sogo nak beli barang sket..ada sale.hehe. Nak bawa diorang semua ramai2 tak dapat bayangkan kat sana yg sesak org cari brg sale kan..

Kem Tahfiz dan Anak Soleh

Assalamualaikum..

Pada Selasa - Khamis, 22 - 26hb Nov 2015..umi abah dah plan nak hantar Luqman join Kem Tahfiz & Anak Soleh kat Masjid Teras Jernang, Bangi. Tak berapa jauh la dari umah. Boleh join kem ni start dari umur 8 tahun ke atas, so Jannah tak boleh join lagi la, kan. Terpikir gak nak hantar 2 orang sekali ni..duit gak ni kan. Kita bukan banyak duit. Tp abah cam nak bg Jannah join je kalau umur 7 tahun boleh join. Ada la tu duitnya..utk jati diri dan peribadi anak2 boleh saja la kan..

Sampai la hari start kem. Umi dah pek baju Luqman. Abah cakap try la pek baju Jannah sekali kot boleh join pulak nanti. So, pek je la..tp takde la banyak sebab ingat utk sehari je. Maybe kalo Jannah boleh join pun, balik petang la..tak yah tido sana. Mula2 kitorang ingat tido semalam je, esoknya time ada qiamulail tu..tp rupanya tido 2 malam. Umi bawa baju utk sehari je la dulu mula2.

Kejut 2 badik bersiap..tanya Jannah kalo dia boleh join nak tak..nakkkk la jawabnya kan. Ok jom gerak. Sampai sana awal..sebelum pukul 8 lagi..daftar. Baru tau tido 2 malam. Ok.. Tanya utk Jannah lak, 7 tahun boleh join tak. Diorang cakap boleh. Ok, confirm join. Tp tak pasti lagi nak bagi tido ke tak. Sbb dia kecik, takde kawan kan. So, kitorang bayar utk sampai siang je la dulu. Nanti tgk ada kawan baru bagi stay tido sana. Tgk kat senarai nama peserta ada sorang budak laki 7 tahun..tp laki mana leh jadi kawan Jannah.hehe. Jom cari breakfast dulu...

Makan roti canai kat kedai makan tak jauh dari masjid, datang ke masjid semula tgk dah penuh dewan. Umi abah siap bawa Luqman Jannah kencing dulu, risau sejuk2 lama dalam tu, tak berani nak minta izin keluar ke toilet pulak kan. Masuk dewan semua dah penuh. Umi tgk semula senarai peserta memang takde yg sebaya Jannah. 7 tahun dia sorang saja laki pompuan. Confirm bongsu la awak kat situ. Tanya dia nak tido ke tak situ..nakkk juga jawabnya. Berani budak ni walaupun belum ada kawan. Syok sebab leh join ngan Luqman sekali la kot.

Umi pasan ada sorang budak sebelah Jannah umur 8 tahun, tp badan besar la. Umi tanya mak dia, budak tu tido ke tak..tido katanya dan takde kawan. So, cantik la.. Confirm bg Jannah join tido sekali. Tambah la lg yuran. Ok, pasal yuran. Sebenarnya yuran seorang peserta RM170. Jadi dok bayangkan kalo Jannah join tido sekali..RM340 la kan. Ingat balik petang tak tido hanya RM120 seorang utk Jannah. Sebab hantar 2 badik, diskaun RM170 turun ke RM150 utk Luqman. Jadi bila dua2 tido jumlah yuran keseluruhan kena bayar ialah RM150 + 150 = RM300. Paham dok??hihihi..

Kem kat Masjid Besi cam Luqman pegi tahun lepas tu pun ada lagi..ada qiamulail juga. Dulu RM150, sekarang dah naik RM170..maybe sebab ada qiamulail..tp kitorang nak Luqman cuba kem kat lain pulak..tambah pengalaman kan. Kat Masjid Besi tetap penganjuran daripada pihak yg sama cam dulu..Mantop Training.

Umi abah jenguk diorang Zohor dan Isyak hari pertama tu. Hari kedua umi bawa 2 badik je jenguk abg kakak time selepas Zohor. Lepas tu jemput hari last lepas Asar tu je la. Kalo umi abah pegi pun, bukan diorang nak duduk jumpa lama pun..adik2 langsung diorang tak tegur..bertuah betul.hehe. Nak cepat je ke dewan kuliah. Kena disiplin la kan. Bangun pagi pun senang banding kat umah.

Jemput balik hari Khamis petang. Masing2 hepi la..seronok dapat join kem kata diorang. Nak lagi join pasni. InsyaAllah, doakan Allah murahkan rezki kita sekeluarga. Semua ni berbayar kan.. Sibuk nak bercerita nak bagitau pengalaman masing2. Afiq yg sunyi kat umah, takde abg kakak pun nak bersembang gak, tp kena marah ngan kakak suruh diam. Sian si adik..sedih dah cebik nak nangis. Adik pun rindu abg kakak.. Takpe, cuti sekolah panjang ni, main la puas2 ye. Yg penting, jadilah anak2 umi abah yg soleh, yg baik, yg cerdik bijak, yg rajin..ye....

Resit yuran. Mula2 bayar Rm270 je..pastu dah confirm bagi Jannah join tido, baru lah tambah lagi jadi RM300.
Poster Kem Tahfiz. Mula2 tgk gambar Dr. Asmadi tu terpikir ada agaknya Dr. ni..sebab kadang2 saja je penganjur letak gambar orang terkenal, tp yg datang wakilnya je. Tp Alhamdulillah kem ni memang Dr. sendiri yg datang bg talk motivasi kat peserta.
Jadual sepanjang kem 3 hari 2 malam. Mula2 tgk jadual, umi abah ingatkan tido semalam je..rupanya 2 malam.
Breakfast dulu di kedai makan tak jauh dari masjid.
Adik2 yg akan merindui abg dan kakak.
Suasana pada hari pertama pendaftaran. Peserta pakai kain nama ikat kat kepala.

Jumpa Luqman waktu Isyak kat masjid. Nak cepat je pergi masuk dewan semula.
Jumpa Jannah lak..pompuan dan laki turun dari dewan kuliah ke bawah ikut tangga berlainan walaupun berkongsi dewan kuliah yg sama. Diorang bersedia nak baca Yasin selepas solat Isyak tu. Peserta semua solat kat dewan kuliah je, tak join solat kat dewan solat, takut mengganggu agaknya kan..
Kawan pertama Jannah masa kat sana. Maisarah umur 8 tahun..beza tul ngan Jannah yg cinonit, kan..hehe. Lepas tu Jannah dah berkawan dgn semua kakak2. Sebenarnya Jannah la peserta termuda di sini..7 tahun. Kira bongsu la budak ni, ye..
Geng lelaki baca Yasin kat dewan kuliah..geng pompuan baca Yasin kat asrama pompuan sebelah je dewan kuliah..belah kiri. Asrama laki lak kat sebelah dewan sebelah kanan.
Dah sampai masjid. Sebelum budak2 ni join kem kat sini, kitorang memang dah biasa juga ngan masjid ni..dah beberapa kali singgah gak la. Luqman penah jatuh licin kat lantai masjid..tahun bila tah. Tp kalo tanya dia, mmg dia ingat kejadian tu.
Masjid Teras Jernang, Bangi
Foyer nak masuk ke dewan solat. Persekitaran cantik, bersih, nayaman..ramai je jemaah berehat2 kat lantai ni.
Kitorang kalo nak tunggu abg, kakak..duduk lepak kat mini perpustakaan ni je la. Depan je ngan dewan solat. Umi snap gambar atas tu dari sini la.hehe..
2 badik yg sunyi sunyi kat umah bila abg kakak takde.
Amboii..kemain hepinya dia. Tak yah nak paksa2 Jannah masuk kem, dia yg beria2..bersemangat nak join walaupun belum cukup umur.hehe. Boleh masuk asrama dah la camni. Nak jumpa umi dan adik2 pun sekejap je, tak sabar nak naik atas semula.
Budak ni pun sama la. Nak cepat tul..tak rindu kat umi abah dan adik2 ye.hehe.. Tgk mata dah cam orang tak cukup tido dah ye.
Aloloo..siann terlena dah si kecik 2 badik ni teman umi g jumpa abg kakak. Diorang berdua ni mmg kawan baik. Tp bab suka marah tu si adik la. Abg tak marah adik pun.. Adik selalu, siap puk2 abg lg..penah je abg nangis sebab adik buat, tp abg tak balas balik pun.
Letihnya diaaa..dalam kete masa jemput diorang balik tu lagi dia dah terlena.
Ni pun sama..masuk umah baring tgk tv terus terlelap..lena. Letih sangat la ye. Malam last kena bangun qiamulail kul 3, 4 pagi katanya.. Senang pulak bangun solat kalo dok asing dari umi abah. Kalo kat umah nak kejut bangun pagi, mak aiiiii....hihihi..

Hepi Besday Luqman 9 Tahun..

Assalamualaikum..

Kek besday Luqman 9 Tahun..cantik dan sedap.
Antara makanan yg ada. Piza dan donut belum hidang.
Ni ha..piza nenek buat sendiri. Umi tak belajar lagi buat doh piza..kena belajar gak nanti sebab piza ni makanan kegemaran abah dan anak2.
Kami sekeluarga. Abah tgh snap video la tu. Umi sedap2 je delete kan..huhu..

Tanggal 18 Nov lepas genap umur Luqman 9 tahun. Tahun ni besday dia masih lagi dalam minggu terakhir persekolahan. Kitorang just ucap besday kat dia camtu je la. Dia pun ke sekolah cam biasa, dah besar..takde nak heboh kat kengkawan 'Arini besday aku!!!!'..haha. So, takde la sesapa tau aritu besday dia. Alaa..dia tak kisah pun, sebab dia dah tau nanti semua family Keramat akan sambut besday dia. Diorang ni, benda dah macam wajib setiap tahun..kira dok tertunggu je tarikh besday..siap dgn permintaan 'hari jadi Luqman, Jannah nanti..nak minta dot dot'..bertuahnya badan ye. Tp Afiq belum penah buat permintaan lagi.

Sabtu Ahad aritu kitorang balik Keramat sbb nak celebrate besday Luqman la. Diorang dah cadang potong kek hari Sabtu. Pagi sampai tengahari kitorang join pertandingan mewarna, sukaneka bagai tu kan..lepas tu terus gerak. Ke KL dulu cari Tobot bebudak ni nak. Tengok kat Presint 16 orang tu jual RM15 sebiji, nak beli 3 biji sekali tak mo la. Jom kita g Chow Kit..sebijik sebuntat abah dapat RM10 sebiji. Ok jimat RM15. Budak2 tgh menggila Tobot sekarang. Citer yg tgh main kat Astro Ceria sekarang ni. Tobot X la..Y pun ada, Z..D tah apa lagi umi pun tak tau.

Tobot Y katanya..biru. Kalo X kuning. Z merah.

Pastu balik umah keramat, tgk Nenek tgh buat piza. Nenek dah beli kek besday kat Pistachio (sedap..sekejap je selesai..). Nanti Maklong Shikin beli KFC kongsi ngan abah. Sape beli Donut tak tau..Paksu Amat or Atok kot. Pakcik Latif takde sebab diorang bercuti kat Melaka. Umi ingat nak potong kek malam..dok lepak2 la dlm bilik. Biasa budak2 balik Keramat suka layan kartun, boring la..sama la kat umah pun..tv tu hak diorang je.

Nenek cakap jom potong kek, semua makanan dah ada. Tp Paksu sekeluarga keluar sekejap..umi dok call nak bgtau, tp Paksu tak angkat..kalo boleh biar ssemua ada la kan..tp dah tuan umah nak suruh potong gak, teruskan la. Dah start potong kek, baru nak makan, Paksu pun muncul. Legaaa.. Tak syok sebenarnya kalo tak tunggu sebab tau diorang keluar sekejap je.hehe.. Dapat gak la makan reramai..

Abah bukan nak belikan Tobot je kot utk Luqman rasanya..hihi. Rega RM10 je, pastu bukan Luqman je dapat, sekali adik2 pun nak. Kena beli benda lain gak sebab abah cakap selain besday, nak hadiahkan Luqman sesuatu sebab berjaya dapat no. 2 dalam kelas KAFA aritu. Nanti ingatkan abah suruh belikan ye.. Atok Nenek hadiahkan Luqman beg sekolah Mizuno. Mahai la..tp nipis takut tak tahan lama. Luqman ni kalo pakai beg sekolah keje bertukar2 je dalam setahun. Beg berat, buku teks banyak. Jadi beg tu umi suruh bawa ke KAFA..kalo sekolah Kebangsaan tak sampai setahun memang dah rabak..walaupun MAHAL!! Utk sekolah kebangsaan dah jimat, tak perlu beli lagi sebab Maklong bagi beg laptop yg memang tebal la kan. Abah pun dapat ganti bag laptop baru. Yg lama rabak.

Maklong tak belikan hadiah, jadi maklong bagi duit RM100 utk Luqman..beli la apa2 pun. Pastu siap tambah lagi RM50 sebab dapat no. 2 aritu. Jannah pun dapat sebab besday Jannah aritu tak belikan hadiah juga. Untung lerr.. Gambar tak banyak la..sebab pakat tak snap. Tu dari phone Maklong sket, dari phone abah umi snap gambar kek. Abah ada snap video, umi terdelete..tak dapat diselamatkan. Ingat gambar tp tak jelas, tak cantik..tu yg terdelete. Awat la abah p snap video. Umi nak gambar. Mujur ada gak kenangan celebrate besday Luqman.

Sambungan hari pertama cuti sekolah.

Assalamualaikum...

Sambung entri sebelum ni..hari Sabtu pertama selepas sekolah mula bercuti. Bangun awal cam nak g sekolah gak..sebelum 7.30 pagi dah kuar umah..

Lepas pertandingan mewarna, duduk lepak breakfast ada disediakan nasi lemak dan teh o. Beratur amek belon daripada badut..pastu tunggu permainan sukaneka la. Lambat abg2 dan kakak fasi susun alatan so ajak masuk foyer buat plastesin atau doh tanah liat. Mm..bagus gak kan, dpt belajar buat sendiri tak perlu nak beli dah.

Budak2 ni tak sabar nak buat la, umi tolong isi bahan, diorang je yg uli. Taknak kotor tgn katakan.hehe.. Tp tu la, tak sempat nak amek bawa blk plastesin yg diorang buat sbb nama utk sukaneka dah panggil. Ok, sebelum lupa, jom senaraikan bahan2.

Air, garam, pewarna, minyak masak, tepung. Mula2 kacau pewarna dlm air dan garam. Masuk minyak dan kemudian tepung..gaul dan uli sampai jadi plastesin.

Jom join sukaneka lak..acara pertama tiup gula2 dlm tepung. Afiq pun join. Afiq dok blkg skali..org lain sume dah abis, dia yg last..so semua abg kakak fasi tumpu kat dia.. Kelakar je. Slow pergerakan dia..comei sgt nmpk. Diorang pakat snap gambar dia la. Mujur dia nak join gak kan..bagus Afiq.

Acara ke 2, acara lambung kasih. Baling belon isi air kat pasangan. Jannah dan Luqman masuk tp psgn lain2 la. Luqman dpt no. 2.. Jannah sikit lagi je boleh dpt hadiah..no. 4.

Acara seterusnya, boling kelapa. Jannah dan Luqman masuk gak..dlm group lain2. Yg ni tak menang pun. Asal diorang hepi sudah la. Ada acara kerusi muzik tak dpt nak join sbb serentak ngan boling padang.

Setel acara ni semua terus ke dewan sebelah surau utk acara penyampaian hadiah. Umi sempat g cuci yak adik Najla dulu..uncuk.hehe. Tunggu Luqman je dpt hadiah sukaneka td..pertandingan mewarna tak harap apa la.

Tgh duduk2 tu tiba2 dengar nama Nur Jannah disebut. Lorrr..Jannah dpt la pertandingan mewarna saguhati ataupun no. 5. Alhamdulillah. Abah cpt2 terus bawa Jannah ke dpn amek hadiah. Umi lak cpt2 snap gambar dia. Dpt pun..hehe.

Luqman dpt, Jannah pun dpt. Afiq tak la..suka2 je bg join. Tp pasangan Luqman dlm sukaneka tu sedap2 je bawa hadiah g kat mak dia simpan sorang2. Luqman lak rasa sedih dah. Dah sama2 main, kongsi la kan. Dia ckp kat budak tu tp tak dpt perhatian. Camni, kena mak ni gak la main peranan. Umi g cakap kat budak tu dulu..kalo wat derk juga, mmg terus jumpa mak budak tu la.

Bukan nak amek lebih atau amek kat kita sorang..bg la kat budak ni sama..dah sama2 menang kan. Ok, budak tu bgtau kat mak dia barulah diorang buka hamper. Umi ke sana tolong amek sekali jajan2 hamper utk Luqman. Amek 2 jenis je..lain sume bg diorang. Dan diorang ucap terima kasih. Ok selesai.

Dah abis majlis diorang suruh tunggu makanan lunch..tp tunggu dlm kete tak sampai2 gak..takde rezeki, jom blk la. Sebab kitorang nak blk Keramat. Nak cepat, tak leh la tunggu makanan tu sampai. Sekian saja laporan kali ni.hehe...

Aktiviti pertama cuti sekolah..

Assalamualaikum..

Hari Sabtu, hari pertama cuti sekolah. Oo..jangan ingat dah cuti boleh bangun lewat yee... Subuh, abah kejut Luqman pegi solat Subuh kat surau. Dah nak nangis budak tu, ngantuk.hihi.. Tp dah cuci muka, angkat wuduk terus segar la.

Balik surau, terus kejut Jannah dan Afiq suruh mandi bersiap nak masuk pertandingan mewarna Robocar Poli kat apartment depan sekolah.

Pung pang pung pang..mandi bersiap, umi sempat g cari baju semua nak pek dlm beg..nanti nak lepak umah Atuk Nenek Keramat.

Kejut adik Najla mandi bersiap semua..belum 7.30 pagi dah kuar dari umah..kira cam hari sekolah juga la kan.. Sampai apartment 14-12 terus mendaftar pentandingan mewarna dan juga sukaneka..utk budak2 ni je la.

Inilah aktiviti pertama bebudak ni sempena cuti sekolah akhir tahun. Diorang hepi dpt kaler 2 jenis. Hepi mewarna reramai..hepi main sukaneka..hepi dapat hadiah. Gambar byk, so jom jadikan 2 entry..

Aktiviti ni sebenarnya anjuran KRT Presint 14 dgn kerjasama pelajar2 UPM.. Penduduk Presint 14 amek student2 ni jd anak angkat, jadi abg2 dan kakak2 ni la yg handle aktiviti2 yg ada..sebagai fasilitator la (fasi).

Pertandingan mewarna lak, kitorang ingat kena warna gambar Robocar Poli sbb dalam wasap dan banner terpampang gambar Robocar Poli..tp gambar lain rupanya. Tak pe, yg pasti budak2 hepi..dapat kaler lg..2 jenis.

Banner iklan pertandingan mewarna Robocar Poli

Snap gambar kat mural taska kat apartment tu dulu..
Alas perut..breakfast seround. Time mendaftar dapat beg kaler ngan goodies.
Start mewarna. Afiq dok sebelah kakak, lega la sket. Gambar sama je walaupun kategori umur berlainan tp kertas Afiq kecik sket la.
Luqman kat depan Jannah n Afiq je..baru pasan depan dia tu member sekolah sebaya dia je.
3 badik.. Tengok Jannah dan Afiq tu, siap meniarap tu ha. Buat cam umah sendiri lak ye..
Ok tak?
Saya punya camne?
Ni saya punya..
Suasana dlm blk mewarna..crowded. Kena duduk kat foyer luar lak sape yg dtg lambat.
Beratur nak dapatkan belon dari badut.
Saya nak belon gak..jom beratur..
Ok, Najla pun dah beratur.
Tengok adik tu..takut badut la tu.
Belon bear utk adik Najla
Kenangan 4 badik ngan badut



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform