Ni citer terbaru..hari Isnin. Antar Afiq arini, Cikgu Liza jemput umi datang makan2 dalam kul 4 ptg. Rupanya ada buat majlis makan2 sambut besday pelajar bulan Sept - Dis 2015. Tak ramai pelajar yg datang lak arini..15 orang tak silap, kira dalam 10 orang tak dtg.. makanan berlebih, banyak.
InsyaAllah umi dtg. Pukul 4 ptg, adik Najla lena..sempat umi basuh baju, melipat baju seround. Pukul 4.10 petang baru umi keluar. Hujan pulak tu..usung la Najla yg tgh tido tu. Tak tau ramai ke tak mak pak yg dtg. Masuk sekolah tgk ada 2 je mak..campur umi 3 orang la.hehe. Tak semua kot cikgu jemput ni. Tak lama pastu ada sorang mak jemput anak dia balik, so panggil la makan seround..4 orang la jawabnya. Yg lain dtg kemudian tak jemput dah la.
Tima kasih Cikgu Liza sudi jemput umi makan2.. Alhamdulillah, murah rezki. Dapat makan sate, bubur nasi, pulut kuning, kek dan macam2 lagi la. Goodies Afiq dah dapat banyak, cikgu hulur lagi kat umi. Biskut pun dpt..untuk mak yg datang je. Suka la si abg kakak tgk nanti ni.
Alhamdulillah rezki jangan ditolak..musuh jangan dicari.
Cikgu Liza ngan pembantu cikgu dok agihkan puding jeli kat bebudak. |
2 mak yg join makan2 tu.. |
Tu dia..sampai kembung pipi Afiq. Pastu dia suruh umi tiup..pastu pas sorang2 kawan Afiq suruh umi tiup. |
Hasil tangkapan di sekolah Afiq. |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.