Assalamualaikum..
Kita sambung kat sini lak ye. Dari kilang biskut Beryls tu umi ngan mak-mak dan kakak yg teman anak dan adik ni kena tuko bas lain utk ke destinasi seterusnya sebab bas mula2 naik td sangat la padat. Kena duduk berhimpit. So, terpaksa la kitorang berpisah dgn group tadika sendiri..join tadika lain. Tak berapa syok la kan..walaupun destinasi tujuan sama tp aktiviti berkumpulan tak sama. Agak pasif la jadinya anak2 seramai 6 orang ni..termasuk Afiq.
Destinasi seterusnya PETROSAINS KLCC! Lepak2 dalam bas, sekali masuk kat Bukit Aman, Taman Rama2, Taman Botani.. Dlm hati umi, 'Eh, apahal lalu sini pulak ni..KLCC bukan lalu sini.' Diorang lain diam lagi..mungkin berkata2 dlm hati cam umi gak la. Takpe, sabar je la dulu..kot nak singgah mana2 kan.
Sekali, bas benti dan kitorang semua kena turun. Kitorang tgk signbod. 'Eh, ni Planetarium Negara bukannya Petrosains..cikgu salah cakap ke kitorang salah baca ni??' Tanya mak2 lain sume cakap Petrosains. Aik, apa dah jadi ni? Kena tipu ke apa. Geram la sat rasanya. Tgk tiket masuk pun murah je.. Ish, berbaloi ke tak kite bayar ni kan..
Nak tanya kat Cikgu Liza diorang lum sampai. So, cikgu tadika lain yg kitorang join tu pun bercakap2 la ngan kitorang. Katanya diorang berwasap ngan cikgu2 dalam bas tadi. Diorang sendiri pun tertipu. Dalam bas tadi baru Fasi cakap tempat bertukar..tak leh g Petrosains sbb tgh renovate dan harga tiket dah dinaikkan. Marah gak la cikgu2..mana boleh buat camni, apa diorang nak jawab kat parents kan..dah janji Petrosains tp yg melawatnya Planetarium..mmg tak adil!!
Mujur kami ikut teman anak2..tau la kan tertipu. Camne parents yg tak ikut mati2 ingat anak ke Petrosains tp rupanya tak. Bengang gak la kan. Tp apa nak buat..dah kita pun orang yg bawa, nak tak nak terpksa terima, terpaksa redha la. Masuk la ke Planetarium dgn perasaan tak best. Tp anak2 kecik mmg tak paham apa la kan..dapat jalan2 ngan cikgu, kawan2..dapat naik bas, hepi aje la diorang. Itu pun dah cukup la bagi cikgu dan kitorang kan.
Baru nak bagi Afiq merasa jalan kat Petrosains sebab dia ngan Najla tak penah pegi lagi. Umi abah penah bawa Luqman dan Jannah dulu..masa tu Afiq dlm perut umi.hihi. Ok, jom layan gambar.
|
Afiq duduk ngan member2 sekolah lain..lagi membisu la jawabnya.. Tgk, kaki suar pun dah tinggi sebelah..hehe.. |
|
Add caption |
|
Dengan mak2 dan kakak tadika Afiq. Mak2 sekolah lain tu takde ikut ke apa..hihi.. |
|
Planetarium Negara |
|
Suruh Afiq try pegang butang walaupun tak paham..hehe. Dah la die cinonit, bukan nampak pun benda alah apa kat atas tu. Beberapa kali gak kena angkat dia nak tgk sesuatu. |
|
Ni kat pelantar teropong ke apa nama dia pun tak tau. Kena naik lif padan cam tin sardin utk naik ke atas. Mujur adik Najla mmg baikk sangat. |
|
Kesayangan.. |
|
Pemandangan KL |
|
Suasana dalam Planetarium |
|
Suruh tekan butang gak. |
|
Berebut nak pegang alatan sains |
|
Kite teman abang jalan2 kan, dik.. |
|
Kawan baik ni..tp kadang adik suka garang2 ngan abang.hehe.. |
|
Eh, ada bebudak laki dalam surat khabar la.. |
|
Ngan Kasih, kawan kelas Afiq. Anak kepada pembantu cikgu. |
|
Lepak main taman menan dulu seround. Lepas geng pompuan main, bagi peluang kat geng laki lak. |
|
Harga tiket masuk ke Planetarium..murah je punnn.. |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.