Kembali kepada fitrah - Jam Tawaf

Assalamualaikum..

Jam tawaf..bergerak ikut arah tawaf sekeliling Kaabah di Mekah
Alhamdulillah. Umi hepi sgt2.. Tima kasih byk2 abah..umi sgt2 menghargai. Hadiah Anniversary advance la ye..ikut Kalendar Islam Hijrah, pada 1 Zulkaedah yg lalu, dah 10 tahun usia pernikahan kita. Ikut kalendar Masihi pula, 2 Disember nanti. InsyaAllah.. I love u so much!..

Sejak tahun bila umi pun tak pasan, kat negara kita diperkenalkan dengan jam tawaf iaitu jam yang berpusing ikut arah tawaf sekeliling kaabah di Mekah. Sepatutnya kita sebagai umat Islam perlu tau akan kepentingan pakai jam ikut arah tawaf ni kan. Bumi pun berputar dan mengelilingi matahari mengikut arah lawan jam sebagaimana tawaf sekeliling Kaabah. Sejak tu umi sangat tingin memiliki jam tangan atau jam dinding tawaf ni tp bila tgk harga yg sgt mahal maka pendamkan lah dulu. Ada rezki satu hari nanti mungkin dpt memiliki. InsyaAllah..

Umi pun dah lama sangat tak pakai jam tangan..dah beberapa tahun tak ingat la. Jam couple yang umi abah beli masa hantaran kawen 10 tahun dulu dah pecah, retak seribu. Jadi, dah lama tak pakai jam tangan la. Abah pun dah terbiasa tak pakai, dah malas nak pakai lagi.

Baru2 ni umi ternampak kat web ada iklan jam tawaf promosi setengah harga tak sampai RM100 pun. Selalu harga sgt la mahal kan.. Tanya abah nak tak kita beli jam tawaf couple tp dia tak nak..malas pakai jam katanya. Tp umi beli la..abah hadiahkan. Eh, betul ke ni?? Yerr..abah cakap. Kat ofis orang jual RM200 lebih, ni lagi murah boleh la order.

Apa lagiii..marilah kita order di page Al Isra Watch HQ Jam Tawaf harga promosi RM89 free pos. Kedai diorang ni bertempat di Tanah Merah, Kelantan. Jauh nau..so kita pos je la ye.. Mungkin selepas ni ada rezki, umi memiliki jam tawaf dinding pula. InsyaAllah.. Boleh la umi anggap jam tangan ni hadiah Ulangtahun Perkahwinan daripada abah utk umi..yg dah masuk 10 tahun, 1 Zulkaedah yg lepas ikut tahun Hijrah, dan 2 Disember akan datang ikut tahun Masihi.

Alhamdulillah hari Jumaat 6 Nov, jam tawaf umi telah selamat sampai kat tangan umi. Hepi sangat2..dapat jam tangan baru. Jam tawaf pulak tu.. Sepatutnya dari dulu2 lagi kita pakai jam ikut arah tawaf tp dari dulu2 kita diperkenalkan dgn jam lawan arah tawaf. Ayuh, marilah kita kembali kepada fitrah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform