Assalamualaikum...
Sambung entri sebelum ni..hari Sabtu pertama selepas sekolah mula bercuti. Bangun awal cam nak g sekolah gak..sebelum 7.30 pagi dah kuar umah..
Lepas pertandingan mewarna, duduk lepak breakfast ada disediakan nasi lemak dan teh o. Beratur amek belon daripada badut..pastu tunggu permainan sukaneka la. Lambat abg2 dan kakak fasi susun alatan so ajak masuk foyer buat plastesin atau doh tanah liat. Mm..bagus gak kan, dpt belajar buat sendiri tak perlu nak beli dah.
Budak2 ni tak sabar nak buat la, umi tolong isi bahan, diorang je yg uli. Taknak kotor tgn katakan.hehe.. Tp tu la, tak sempat nak amek bawa blk plastesin yg diorang buat sbb nama utk sukaneka dah panggil. Ok, sebelum lupa, jom senaraikan bahan2.
Air, garam, pewarna, minyak masak, tepung. Mula2 kacau pewarna dlm air dan garam. Masuk minyak dan kemudian tepung..gaul dan uli sampai jadi plastesin.
Jom join sukaneka lak..acara pertama tiup gula2 dlm tepung. Afiq pun join. Afiq dok blkg skali..org lain sume dah abis, dia yg last..so semua abg kakak fasi tumpu kat dia.. Kelakar je. Slow pergerakan dia..comei sgt nmpk. Diorang pakat snap gambar dia la. Mujur dia nak join gak kan..bagus Afiq.
Acara ke 2, acara lambung kasih. Baling belon isi air kat pasangan. Jannah dan Luqman masuk tp psgn lain2 la. Luqman dpt no. 2.. Jannah sikit lagi je boleh dpt hadiah..no. 4.
Acara seterusnya, boling kelapa. Jannah dan Luqman masuk gak..dlm group lain2. Yg ni tak menang pun. Asal diorang hepi sudah la. Ada acara kerusi muzik tak dpt nak join sbb serentak ngan boling padang.
Setel acara ni semua terus ke dewan sebelah surau utk acara penyampaian hadiah. Umi sempat g cuci yak adik Najla dulu..uncuk.hehe. Tunggu Luqman je dpt hadiah sukaneka td..pertandingan mewarna tak harap apa la.
Tgh duduk2 tu tiba2 dengar nama Nur Jannah disebut. Lorrr..Jannah dpt la pertandingan mewarna saguhati ataupun no. 5. Alhamdulillah. Abah cpt2 terus bawa Jannah ke dpn amek hadiah. Umi lak cpt2 snap gambar dia. Dpt pun..hehe.
Luqman dpt, Jannah pun dpt. Afiq tak la..suka2 je bg join. Tp pasangan Luqman dlm sukaneka tu sedap2 je bawa hadiah g kat mak dia simpan sorang2. Luqman lak rasa sedih dah. Dah sama2 main, kongsi la kan. Dia ckp kat budak tu tp tak dpt perhatian. Camni, kena mak ni gak la main peranan. Umi g cakap kat budak tu dulu..kalo wat derk juga, mmg terus jumpa mak budak tu la.
Bukan nak amek lebih atau amek kat kita sorang..bg la kat budak ni sama..dah sama2 menang kan. Ok, budak tu bgtau kat mak dia barulah diorang buka hamper. Umi ke sana tolong amek sekali jajan2 hamper utk Luqman. Amek 2 jenis je..lain sume bg diorang. Dan diorang ucap terima kasih. Ok selesai.
Dah abis majlis diorang suruh tunggu makanan lunch..tp tunggu dlm kete tak sampai2 gak..takde rezeki, jom blk la. Sebab kitorang nak blk Keramat. Nak cepat, tak leh la tunggu makanan tu sampai. Sekian saja laporan kali ni.hehe...
|
Uli doh plastesin |
|
Ajak Afiq join buat bentuk apa2 je.. |
|
Suasana acara buat doh atau plastesin |
|
Beratur utk acara tiup gula2 dlm tepung. Afiq dok belakang, last la jawabnya..hehe.. Jadi perhatian semua orang. |
|
Luqman |
|
Jannah tak nak tiup sbb ada kakak fasi tu suruh stop sbb dah ada pemenang. Biar je la sampai abis budak buat kan..suka2 je pun. Tu dia tunduk dlm keadaan malas nak tiup tu. |
|
Yg ni comei..pergerakan Afiq slow je..tp dia tetapkan tiup sket n amek gula2 yg abg fasi dah amek sebiji keluarkan utk dia. Semua tgh tgk dia dan amek gambar masa ni.. |
|
Comei abg Afiq.. |
|
Acara lambung kasih |
|
Budak2 main lama banding org dewasa sbb belon jatuh pun tak pecah.hehe.. |
|
Ok, tinggal 3 pasangan. Luqman menang no. 2 |
|
Acara boling padang..susah gak ni. Umi penah main dulu..langsung tak jatuh botol.haha. Jannah pun sama. Luqman jatuh sebotol. |
|
Luqman dpt hadiah ngan kawan tp hadiah org tu je pegang..sedih dah budak ni. |
|
Yeayy..Jannah dpt juga rupanya. Setakat ni masuk pertandingan mewarna sure Jannah dapat walaupun saguhati je. |
|
Hadiah kami. Luqman amek keropok sebungkus ngan 3 ketul puding jeli..lain bagi kat kawan dia la. |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.