Lawatan Tadika Kemas Afiq

Assalamualaikum..

Hari Rabu 11 Nov 2015 semalam, Tadika Kemas Afiq ada buat lawatan. Ada citer gak pasal tempat tu..ikutkan nak tulis tajuk nama tempat terus tp ada citer lain, cancel la nama tempat tu.hehe. Kita citer kat bawah ni je la ye.

Disebabkan Afiq baru 4 tahun, dgn perawakan pendiam dia tu, umi pikir panjang gak la nak bg tak dia join lawatan ni. Nak lepaskan pegi sendiri mmg umi tak berani la. Kang cikgu tak pasan dia tertinggal ke..ishh..minta jauh la. So, sama ada tak bg pegi langsung atau bg pegi tp umi kena teman.

Umi jumpa Cikgu Liza tanya parent boleh teman budak tak. Kalo boleh berapa kena bayar.. Cikgu cakap boleh, kena bayar RM45. Afiq ngan kawan2 cuma bayar RM20 saja, yg lain sekolah tanggung. Ok la tu..murah kan. Pikir punya pikir, sian lak tak bg Afiq join..kawan2 semua pegi. So, jom la join. Umi bawa Najla teman abg Afiq nnt. Abah amek cuti nak uruskan Luqman Jannah sekolah.

Hari Lawatan Rabu. Isnin, Selasa sebelum tu cuti Deepavali. Pukul 8 abah dah antar kitorang ke sekolah..dah cikgu cakap kul 8 dah ada bas. Sekali kul 9 lebih kot baru bas dtg.huhu. Mujur abah jumpa kawan breakfast..sebelum tu abah ajak makan dulu tp umi takut lambat, tertinggal bas. Abah amek cuti nak servis Exora sekali tp tak dpt buat gak..sian. Kena tipu ngan Proton tu. Abah suruh umi up kat blog pasal tu. Nanti umi tanya semula. Kalo kat FB umi memang tak aktif sgt pun.

Eh, umi buat 3 entri la pasal lawatan Afiq ni..sebab gambar banyak gilos..so leh cite pjg sket la..kdg kan terciter bab lain gak.hehe.. Sebab nak pi lawatan Afiq la kena beli handphone baru gak cepat2. Nak contact abah, nak snap gambar kenangan..tu yg gambar byk tu kan..haha. Duit korek la mana ada..nak buat camne memang penting pun. Nak contact abah pun susah..dok guna PM FB je sepanjang seminggu lebih takde phone ni.

Ok, sebenarnya lawatan ni cikgu cakap nak ke Petrosains KLCC dan Kilang biskut Beryls, Serdang (tp ada cite pasal tempat tu ye..nnt entri lain umi bgtau). So..ok lah jom layann..

Tempat pertama kita ke kilang biskut Beryls. Umi dok ingat yg tepi jalan tu..rupanya tu kilang coklat Beryls..tak sama ye. Umi tau kawasan Serdang, Selangor ni sebab umi abah kan dah bertahun2 kat kawasan ni..17 tahun jugak la ikutkan..daripada belajar Matrikulasi UPM Serdang sampai la dok menginap kat Putrajaya.

Kat kilang biskut tunjuk la cara buat biskut ke apa..tp dari luar cermin je..pekerja kilang pun tak ramai. Masuk panggung tgk wayang buat biskut tiba2 bau taikkk..haha. Sape punya keje la ni..bau kat bebudak laki. Tanya sape pun tak ngaku. Bila kuar baru dpt tau sape punya keje. Aduhaii.. Cikgu Liza terpaksa la handle. Macam2 hal rombongan ngan budak tadika ni kan.haha.. Diorang tau hepi je tp bukan paham pun sebenarnya pasal tempat lawatan tu. Comei..comei.. Siapa yg penyabar dan sayang budak2 je boleh jadi cikgu tadika ye..

Sebelum bergerak ke destinasi seterusnya sempat la umi beli biskut sket. Tak penah lagi beli biskut Beryls sebelum ni.

Lupa pulak nk bgtau..sebenarnya tadika upah sekumpulan persatuan atau pertubuhan budak2 kolej kot..macam fasilitator la. Diorang ni yg handle aturcara sepanjang lawatan. Cikgu2 cuma ikut sebagaimana umi mak2 ni dan budak2 tadika. Fasi ni semua lelaki dalam 6, 7 orang kalo tak silap.

Yg join lawatan ni ada 3 buah Tadika Kemas berdekatan (5 kelas)..jadi 3 buah bas la yg join. Tadika Afiq ada 6 orang mak/kakak yg temankan anak/adik..jadi kitorang join bas lain sebab bas 1 lagi dah penuh. Tu yg aktiviti semua kena join ngan tadika lain..budak2 berenam ni agak pasif sket la sbb bukan kawan sekolah diorang kan.

Ok, sepanjang lawatan ni, ada satu nyanyian ke nak sebut..nak sebut pantun pun bukan.hihi. Cara abg2 Fasi ni nak bagi budak2 jangan bising atau berbaris, berkumpul elok2. Budak2 kan..mmg kelam kabut sikit nak kawal, jadi kena ada cara bagi diorang ikut cakap orang dewasa. Jadi bila nampak kelam kabut, nak suruh berkumpul beratur elok2, diorang akan nyanyikan camni..

"Angkat tangan atas bahu kawan, lurus-lurus macam pembaris!"

Rangkap ni akan sentiasa kedengaran sepanjang lawatan ni..bila kena berkumpul beratur je, bebudak2 ni akan nyanyi beramai2 la sambil beratur dan senyap. Bagus kan?..hehe..

Bas dah sampai..jom berkumpul
6 mak-mak/kakak yg join teman anak/adik
Cinonitnya Afiq.hihi. Takpe, dia 4 tahun..yg lain tu 5 tahun. Kat kelas dia ada 3 orang je 4 tahun.
Beratur naik bas. Budak laki dulu. Sebelah Afiq tu nama Sufi, 4 tahun gak. Masa ni naik bas ngan kawan sama tadika dulu..padattt. Dekat Beryls nanti baru tuko bas.
Yeayyyy..kalo angkat tangan tu sebut yaeyy la tu.hihi.
Jauh snap gambar..kecik nau nampak. Mana satu Afiq, mana satu umi dan Najla..hehe..
Jari di mulut..diam
Yg ni comei sebab kena senyum tunjuk gigi..hihihi..

Najla baru terjaga dari tido.. Dia mmg bagus, tak kaco langsung sepanjang lawatan. 3x dia lena. Semua cakap baiknya dia ni, senang bawa ke mana2. Tido je keje..hehe.
Bagi Najla diri sebelah anak Cikgu Liza..sebaya ngan Najla, beza umur sebulan je. Najla diri keras je..haha..
Yeayyy!!
Ngan mak-mak lak..
Afiq ngan Faqeh, member 4 tahun juga.
Masa ni dah tuko bas. Tu 2 orang kakak yg teman adik. Lagi 4 orang mak yg teman.
Wefie 4 beranak sat..susah nak snap gambar 2 badik ni. Sat dia ni camtu, sat dia tu camni, kena pilih la mana elok.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform