Kem Tahfiz dan Anak Soleh

Assalamualaikum..

Pada Selasa - Khamis, 22 - 26hb Nov 2015..umi abah dah plan nak hantar Luqman join Kem Tahfiz & Anak Soleh kat Masjid Teras Jernang, Bangi. Tak berapa jauh la dari umah. Boleh join kem ni start dari umur 8 tahun ke atas, so Jannah tak boleh join lagi la, kan. Terpikir gak nak hantar 2 orang sekali ni..duit gak ni kan. Kita bukan banyak duit. Tp abah cam nak bg Jannah join je kalau umur 7 tahun boleh join. Ada la tu duitnya..utk jati diri dan peribadi anak2 boleh saja la kan..

Sampai la hari start kem. Umi dah pek baju Luqman. Abah cakap try la pek baju Jannah sekali kot boleh join pulak nanti. So, pek je la..tp takde la banyak sebab ingat utk sehari je. Maybe kalo Jannah boleh join pun, balik petang la..tak yah tido sana. Mula2 kitorang ingat tido semalam je, esoknya time ada qiamulail tu..tp rupanya tido 2 malam. Umi bawa baju utk sehari je la dulu mula2.

Kejut 2 badik bersiap..tanya Jannah kalo dia boleh join nak tak..nakkkk la jawabnya kan. Ok jom gerak. Sampai sana awal..sebelum pukul 8 lagi..daftar. Baru tau tido 2 malam. Ok.. Tanya utk Jannah lak, 7 tahun boleh join tak. Diorang cakap boleh. Ok, confirm join. Tp tak pasti lagi nak bagi tido ke tak. Sbb dia kecik, takde kawan kan. So, kitorang bayar utk sampai siang je la dulu. Nanti tgk ada kawan baru bagi stay tido sana. Tgk kat senarai nama peserta ada sorang budak laki 7 tahun..tp laki mana leh jadi kawan Jannah.hehe. Jom cari breakfast dulu...

Makan roti canai kat kedai makan tak jauh dari masjid, datang ke masjid semula tgk dah penuh dewan. Umi abah siap bawa Luqman Jannah kencing dulu, risau sejuk2 lama dalam tu, tak berani nak minta izin keluar ke toilet pulak kan. Masuk dewan semua dah penuh. Umi tgk semula senarai peserta memang takde yg sebaya Jannah. 7 tahun dia sorang saja laki pompuan. Confirm bongsu la awak kat situ. Tanya dia nak tido ke tak situ..nakkk juga jawabnya. Berani budak ni walaupun belum ada kawan. Syok sebab leh join ngan Luqman sekali la kot.

Umi pasan ada sorang budak sebelah Jannah umur 8 tahun, tp badan besar la. Umi tanya mak dia, budak tu tido ke tak..tido katanya dan takde kawan. So, cantik la.. Confirm bg Jannah join tido sekali. Tambah la lg yuran. Ok, pasal yuran. Sebenarnya yuran seorang peserta RM170. Jadi dok bayangkan kalo Jannah join tido sekali..RM340 la kan. Ingat balik petang tak tido hanya RM120 seorang utk Jannah. Sebab hantar 2 badik, diskaun RM170 turun ke RM150 utk Luqman. Jadi bila dua2 tido jumlah yuran keseluruhan kena bayar ialah RM150 + 150 = RM300. Paham dok??hihihi..

Kem kat Masjid Besi cam Luqman pegi tahun lepas tu pun ada lagi..ada qiamulail juga. Dulu RM150, sekarang dah naik RM170..maybe sebab ada qiamulail..tp kitorang nak Luqman cuba kem kat lain pulak..tambah pengalaman kan. Kat Masjid Besi tetap penganjuran daripada pihak yg sama cam dulu..Mantop Training.

Umi abah jenguk diorang Zohor dan Isyak hari pertama tu. Hari kedua umi bawa 2 badik je jenguk abg kakak time selepas Zohor. Lepas tu jemput hari last lepas Asar tu je la. Kalo umi abah pegi pun, bukan diorang nak duduk jumpa lama pun..adik2 langsung diorang tak tegur..bertuah betul.hehe. Nak cepat je ke dewan kuliah. Kena disiplin la kan. Bangun pagi pun senang banding kat umah.

Jemput balik hari Khamis petang. Masing2 hepi la..seronok dapat join kem kata diorang. Nak lagi join pasni. InsyaAllah, doakan Allah murahkan rezki kita sekeluarga. Semua ni berbayar kan.. Sibuk nak bercerita nak bagitau pengalaman masing2. Afiq yg sunyi kat umah, takde abg kakak pun nak bersembang gak, tp kena marah ngan kakak suruh diam. Sian si adik..sedih dah cebik nak nangis. Adik pun rindu abg kakak.. Takpe, cuti sekolah panjang ni, main la puas2 ye. Yg penting, jadilah anak2 umi abah yg soleh, yg baik, yg cerdik bijak, yg rajin..ye....

Resit yuran. Mula2 bayar Rm270 je..pastu dah confirm bagi Jannah join tido, baru lah tambah lagi jadi RM300.
Poster Kem Tahfiz. Mula2 tgk gambar Dr. Asmadi tu terpikir ada agaknya Dr. ni..sebab kadang2 saja je penganjur letak gambar orang terkenal, tp yg datang wakilnya je. Tp Alhamdulillah kem ni memang Dr. sendiri yg datang bg talk motivasi kat peserta.
Jadual sepanjang kem 3 hari 2 malam. Mula2 tgk jadual, umi abah ingatkan tido semalam je..rupanya 2 malam.
Breakfast dulu di kedai makan tak jauh dari masjid.
Adik2 yg akan merindui abg dan kakak.
Suasana pada hari pertama pendaftaran. Peserta pakai kain nama ikat kat kepala.

Jumpa Luqman waktu Isyak kat masjid. Nak cepat je pergi masuk dewan semula.
Jumpa Jannah lak..pompuan dan laki turun dari dewan kuliah ke bawah ikut tangga berlainan walaupun berkongsi dewan kuliah yg sama. Diorang bersedia nak baca Yasin selepas solat Isyak tu. Peserta semua solat kat dewan kuliah je, tak join solat kat dewan solat, takut mengganggu agaknya kan..
Kawan pertama Jannah masa kat sana. Maisarah umur 8 tahun..beza tul ngan Jannah yg cinonit, kan..hehe. Lepas tu Jannah dah berkawan dgn semua kakak2. Sebenarnya Jannah la peserta termuda di sini..7 tahun. Kira bongsu la budak ni, ye..
Geng lelaki baca Yasin kat dewan kuliah..geng pompuan baca Yasin kat asrama pompuan sebelah je dewan kuliah..belah kiri. Asrama laki lak kat sebelah dewan sebelah kanan.
Dah sampai masjid. Sebelum budak2 ni join kem kat sini, kitorang memang dah biasa juga ngan masjid ni..dah beberapa kali singgah gak la. Luqman penah jatuh licin kat lantai masjid..tahun bila tah. Tp kalo tanya dia, mmg dia ingat kejadian tu.
Masjid Teras Jernang, Bangi
Foyer nak masuk ke dewan solat. Persekitaran cantik, bersih, nayaman..ramai je jemaah berehat2 kat lantai ni.
Kitorang kalo nak tunggu abg, kakak..duduk lepak kat mini perpustakaan ni je la. Depan je ngan dewan solat. Umi snap gambar atas tu dari sini la.hehe..
2 badik yg sunyi sunyi kat umah bila abg kakak takde.
Amboii..kemain hepinya dia. Tak yah nak paksa2 Jannah masuk kem, dia yg beria2..bersemangat nak join walaupun belum cukup umur.hehe. Boleh masuk asrama dah la camni. Nak jumpa umi dan adik2 pun sekejap je, tak sabar nak naik atas semula.
Budak ni pun sama la. Nak cepat tul..tak rindu kat umi abah dan adik2 ye.hehe.. Tgk mata dah cam orang tak cukup tido dah ye.
Aloloo..siann terlena dah si kecik 2 badik ni teman umi g jumpa abg kakak. Diorang berdua ni mmg kawan baik. Tp bab suka marah tu si adik la. Abg tak marah adik pun.. Adik selalu, siap puk2 abg lg..penah je abg nangis sebab adik buat, tp abg tak balas balik pun.
Letihnya diaaa..dalam kete masa jemput diorang balik tu lagi dia dah terlena.
Ni pun sama..masuk umah baring tgk tv terus terlelap..lena. Letih sangat la ye. Malam last kena bangun qiamulail kul 3, 4 pagi katanya.. Senang pulak bangun solat kalo dok asing dari umi abah. Kalo kat umah nak kejut bangun pagi, mak aiiiii....hihihi..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform