Bercuti di Port Dickson

Assalamualaikum..

Walaupun tak dapat upload gambar2 yg umi snap sebelum dan semasa ke Port Dickson, umi masih dapat upload gambar2 lain yg dapat dari phone abah dan isteri2 member abah. Tp semestinya umi sgt2 terkilan tak dapat simpan gambar2 kenangan kat phone kesayangan umi tu. Teringat2 je..takpe la, takde rezeki umi kan..redha je la.

Umi upload gambar mana yg ada je la. Citer sket pasal bercuti ke PD tu. Abah dah bgtau awal2 lagi..sebulan awal tak silap, yang abah dan 2 orang geng biz diorang nak wat retreat kat Avillion Admiral Cove Hotel di PD. Diorang nak meeting, ada keje sket la nak buat pasal biz part time diorang tu. So, sesekali bawa la family sekali kan. Dah lama kitorang tak berkumpul lepak makan sesama. Tahun lepas, ada diorang buat retreat ke Langkawi, tp kami sekeluarga tak dapat join sebab clash dengan kenduri kawen Pakcik Latif kat Muar, Johor tu. So burn gitu je la..lebih RM1k..tiket flight dan hotel segala tu. Berkorban utk family, kan..

Selain tu, kitorang berkumpul makan2 gitu la..tp memang dah lama tak berkumpul ramai2. Tak silap last jumpa ramai2 tu masa open house raya umah Atuk bulan Ogos aritu. Budak2 ni pulak memang excited la dapat bercuti, tido hotel, mandi kolam. Benda yg jarang diorang dapat join, kan. Paham aje lah, abah bukan berharta, umi tak berkerja..macam orang lain juga..gaji cukup2 je setiap bulan, mana la nak bercuti bagai kan. Jadi, bila dapat peluang bercuti camni, diorang sangat la hepi. Tak sabar tunggu tarikh tu sampai.hehe..

Umi pun agaknya terlebih excited kot, sampai phone baru masuk air tu..hihi.. Benda di luar jangkaan..benda dah jadi. Let it gooo..

Jom tgk gambar la..umi takde gambar daripada phone sendiri, tak reti nak cite camne dah..hehehe..

3 sekawan ni..Luqman, Jannah dan Aina sibuk dok main kumpul lidi otak2. Syok main sgt sampai makan pun tak berapa nak. Mak pak depa je la yg pulun makan sampai gemokk..
Breakfast di hotel sebelum phone umi masuk kolam mandi..huhu.. Breakfast ni kanak2 free. Alhamdulillah.. Depa tak sabar nak mandi kolam sebab petang semalam tak dapat, hujan. Breakfast yg banyak makanan pun tak nampak menarik bg depa.

Sempat bergambar di luar kafe hotel. Abah nak mai bayar breakfast budak2 tp free diorang cakap.
Tgk tu Afiq berebut nak dok ngan adik..nak bergaduh la tu..banyak lg tempat kosong.
Dengan anak2 dara umi
Gambar2 kat bawah ni kat Muzium Tentera..mai singgah jalan2 sini sat..
Mula2 takut nak turun tangga masuk dlm gua atau jalan bawah tanah ni, tp abah masuk jom la ikut..hehe..
Umi suruh abah snap gambar jet ke kapal terbang tentera ni sebab sapa2 yg nak melawat akan nampak benda ni dulu la kat pintu masuk muzium.
Usung Najla yg sedap je lena sepanjang jalan kat sini
3 badik keletihan balik bercuti..lena on the way balik Putrajaya
Adik Najla dah puas lena masa abg2 kakak tido, dia test drive sat..hehe..
Danish Saifullah anak Pakcik Sairul..sebaya Najla tp debab besaq ngat aih..berat lebih dari Abg Afiq lagi kot nihh..haha..
3 sekawan.. Aina ni anak Pakcik Azanni
Aina takut masa jalan dlm laluan bawah tanah ni..kuat pegang baju abah kat depan tu..hihi..
Abah snap gambar kolam mandi petang kitorang check in tu..ujan renyai tak dapat bagi bebudak mandi kolam. Kolam yg telah menamatkan riwayat J7 umi.haha
Kat lobi hotel sebelum kuar dinner . Awat rambut bebudak kaler putih dah cam uban nampaknya..haha.
Ni apa kes makan sorang sana sorang sini..hihi. Sebenarnya, abah dok layan suap Afiq makan tu. Makan sungguh sampai penuh perut. Gambar2 kat phone umi abis ilang tak dapat disimpan..sayang tul la.
Pakcik Sairul dan Acik Mas/Yana
Mandi kolam..masa ni phone umi dah terkorban. Budak2 hepi takpe la. Najla je yg tak nak berendam..takut air sungguh. Umi peluk adik yg sampai tak pasan beg silang dah terendam dalam air. Afiq dah berani mandi tp dia lg selesa sebab ada pelampung aeroplane dia tu la.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform