Throwback Balik Kampung Raya Haji 1436H

Assalamualaikum..

Dah seminggu kitorang balik dari kampung..Kulim, Kedah..baru arini rajin update citer kat kampung ye..slow2 la, asal update ye tak..hehe.. Kitorang balik kampung kali ni selama 5 hari 4 malam daripada Khamis Raya Haji sampai Isnin..plan nak elak jem, so tak nak balik Sabtu/Ahad sebab sure jem giler highgway tambah2 bebudak cuti sekolah seminggu juga kan. Memang betul la plan kami ni sebab jem teruk highway Utara Selatan dan Pantai Timur (lagi teruk lah). Dan bonusnya, Isnin bdak2 tak perlu ponteng sekolah sebab PM umumkan Putrajaya, KL, Selangor, Negeri Sembilan cuti sebab jerebu teruk. IPU lebih 200.

Kitorang sekeluarga balik kampung utk sambut Hari Raya Haji. Raya pertama pagi sampai petang di KL dulu..takde ke mana2 pun, kecuali pagi tu umi abah g masjid solat sunat raya. Bebudak lak ada ikut abah solat Zohor, amek daging korban kat surau dan masjid, pastu ke dobi utk dry baju nak bawa balik kampung..senang bawa baju yg dah basuh dan kering..boleh terus pakai nanti.

Dalam pukul 4.30 petang, barulah kitorang gerak dari umah Keramat. On the way tu just singgah kat RTC Gopeng utk solat jamak zohor+asar dan beli ole2 sket utk kampung. Kat KL gatal tak beli siap2 kan..apadaaa.. Abah dan Luqman solat dulu, gilir sebab bebudak lena dalam kete. Time umi dan Luqman nak solat lak, tup tup blackout satu apa tak nampak dlm surau. Haishh..sori la, jom blah. Risau kena rompak ke apa, dlm gelap kan. Kita cari surau kat stesen minyak je nanti. Mujur kat depan sket ada stesen minyak. Alhamdulillah.

Sampai umah Tokwan tepat jam 9.30 malam. Ramai kat depan umah dok tunggu kitorang sampai..diorang lepak kat kerusi batu depan umah. Paklang Pi'an ngan Alang Tie, Achik Azah, Pakndak Man, anak2 Toknjang pastu bebudak la..sepupu sepapat anak2 umi ni. Rupanya tunggu kitorang sampai sebab nak pasang bunga api cantik cam tahun baru tu. Tak silap ada 180 shot kot. Jom tgk bunga api sambut orang Putrajaya.haha..



Pastu Achik terus potong kek besday Rania yg ke 2 tahun. Umi tak join la, bebudak je. Umi dok prepare makanan kat dapur. Tak singgah makan kat mana2 td, makan kat umah je. Best sangat dapat makan ketupat Tok yg sangat sedap. Bila la umi nak belajar dan reti buat ketupat sendiri ni??


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform