Cuti jerebu 4 hari..ke library lg la jawabnya..

Assalamualaikum..

Hari ni Khamis dah 4 hari sekolah tutup..4 hari la budak2 dengan umi je. 2 hari umi bawa ke library. Hari ni ingat tak nak datang dah sebab pagi appointment Najla ke klinik..petang nak rehat la..lagi pun arini umi abah puasa sunat 9 Muharram, bangun sahur pun awal..ngantuk rasa nak rest lelap petang ingatnya.

Sekali..pergi klinik abis awal la pulak. Rezeki Allah permudahkan urusan di klinik arini. Ingat nak ajak abah teman sebab umi kena usung sume budak2 kan, tp abah ada program kat ofis pagi ni..tak dapat la. Appointment pukul 8.20 pagi..kitorang sampai klinik lebih kurang waktu tu gak..letak buku Najla kat kaunter klinik ibu dan kanak2, pastu nurse panggil timbang Najla..baru nak duduk nak tunggu nurse panggil utk masuk bilik nurse lain, utk check up baby..terus nurse kat belakang tempat timbang baby tu panggil masuk check up.

Uihh..biar betul. Terus check? Selalu kena tunggu kemain lama....iniii terus panggil. Memang Allah permudahkan betul. Alhamdulillah syukur pada Allah. Umi lak, kebetulan perut dah rasa meragam..cery bery sejak pagi td. Lega la dah setel awal. Sebelum pukul 9 dah abis check up. Tepat pukul 9 dah kat farmasi nak amek ubat cacing baby Najla. Bagi budak main taman menan kecik, umi pun mengkadha hajat.hehe.

Pastu terus ke Presint 16, bg bebudak breakfast roti canai, capati seround baru la masuk lepak kat library. Tercapai gak hajat budak2 ni nak lepak library arini. Adik Najla ni 3 hari berturut2 datang library dia lena dulu..hihi. Sedap je terbaring kat tempat rest bilik kanak2 tu. Ok, kita lepak sampai tengah hari je ye..nak balik rest lak. Rasanya esok Jumaat dah sekolah kot..udara nampak clear sket arini. Exam diorang nampaknya memang bertindih la sekolah pagi dan petang. Takpe la, semoga diorang dapat buat yg terbaik. InsyaAllah..

Main taman menan klinik seround..kecik je tempat ni. Klinik Kesihatan Presint 18 yg baru dibuka.
Masuk je library terus cari buku la..
Budak sedap lena..hehe..
Yeayy..jaga dah adik Najla

Ni semalam punya, umi snap gambar Najla sedap lena ditemani sorang abang tu. Abang dan kakak tu kena lepak kat library sementara mak ayah bekerja di ofis..apa nak buat..sekolah tutup, terpaksa tinggal di library..maybe tak boleh bawa ke ofis kot.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform