Hari Asyura pada bulan Muharram

Assalamualaikum..

Sekarang dah masuk Tahun Baru Hijrah 1437, dah masuk 11 Muharram. Mungkin masih ada yg berpuasa sunat hari ni. Umi abah puasa 9 dan 10 Muharram saja.

Alhamdulillah rezki org berpuasa, dua hari berturut berbuka puasa di masjid..murah rezki, makanan pun banyak.

Hari Tasu'a 9 Muharram kitorang sekeluarga berbuka puasa di Masjid Besi. Banyak makanan malam tu..makan2 baru solat Maghrib tak macam berbuka puasa bulan Ramadhan la, berbuka dgn air, kurma dan kuih lepas tu solat Maghrib seterusnya barulah makan berat.

Lepas solat Maghrib malam tu ada ceramah berkenaan Hari Asyura oleh PU Yusuf. Umi ada snap sket slide yang PU Yusuf terangkan pada mlm tu. Ilmu berguna utk kami semua. Alhamdulillah.

Poster majlis berbuka puasa dan ceramah di Masjid Besi
Suasana kat depan masjid..umi tak snap sekeliling pun..
Ada 4 bulan haram dlm 12 bulan iaitu Muharram, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah
Ayat Al Quran yg menyebut mengenai terdapat 12 bulan di sisi Allah, 4 bulan daripadanya adalah bulan haram di mana tidak boleh berperang.
Sesiapa yg melakukan amalan kebaikan akan mendapat pahala berlipat ganda pada bulan ini..manakala sesiapa yg berbuat kejahatan mendapat dosa atau keburukan berlipat ganda. Jadi perbanyakanlah amalan kebaikan pada bulan2 haram ini.
PU Yusuf dgn gayanya yg tersendiri. Alhamdulillah mudah terima apa yg beliau sampaikan..
Perbanyakkan lah puasa sunat pada bulan Muharram ni kerana sebaik2 puasa selepas bulan Ramadhan adalah bulan Muharram
Fadhilat berpuasa pada Hari Asyura 10 Muharram, Allah menghapuskan dosa setahun yg lalu. InsyaAllah..
Sejarah bagaimana Rasulullah mula2 melaksanakan ibadah puasa Hari Asyura. Untuk membezakan kita umat Islam dgn orang Yahudi, maka disunnahkan berpuasa pada 9 dan 10 Muharram atau 10 dan 11 Muharram. Juga boleh berpuasa selama 3 hari..9, 10 dan 11 Muharram..wallahu'alam..
Hari Asyura mula dilakukan oleh Nabi Musa tetapi kenapa setiap tahun tibanya Hari Asyura tidak diceritakan tentang Nabi Allah Musa a.s. Nabi Musa dianugerahkan 9 mukjizat oleh Allah s.w.t.
Ayat Allah ini diturunkan ketika Nabi Muhammad s.a.w. dan sahabat baginda Abu Bakar As Siddiq bersembunyi di dalam gua. Allah turunkan ayat utk menenangkan hati sababat baginda itu supaya 'jangan bersedih, Allah sentiasa bersama kita'..

Itu saja sedikit slide yg umi sempat snap. Alhamdulillah dapat makan rezki yg berkat..dan juga dapat ilmu yg berkat.

Esoknya puasa hari Asyura 10 Muharram, kami sekeluarga berbuka puasa di Masjid Putra pula. Alhamdulillah rezki daripada Allah s.w.t..makanan banyak utk orang yg berpuasa. Sama macam Masjid Besi, makan dulu kemudian baru solat Maghrib berjemaah.

Lepas solat juga ada ceramah berkenaan Hari Asyura tp kami sekeluarga ambil keputusan nak dengar ceramah di surau lain di Putrajaya. Malam tu yg tau ada Ustaz Don di Presint 8 dan Ustaz Ebit Lew di Presint 5. Kami sepakat nak ke Presint 5 sebab tak biasa hadiri ceramah Ustaz Ebit Lew lagi.

Jemaah surau Alhamdulillah sgt ramai..ada makanan berbuka puasa juga situ..adik Najla tido, tempat perempuan pun penuh, jadi umi tak dpt masuk dalam tempat solat wanita..duduk kat luar..halaman surau sambil riba Najla. Umi tak snap gambar pun..dapat ikuti ceramah antara dengar tak dengar sbb suara anak2 kecik bermain kuat.hihi.

Selepas solat Isyak ada jamuan makan lagi. Alhamdulillah, dpt merasa bubur Asyura pandan..sedap sgt. Bihun sup dan juga pelbagai kuih pun ada..rezki Allah yg berkat. Alhamdulillah.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform