Roti pizza homemade

Assalamualaikum..

Ok, entri ni penuh dgn gambar pizza ye..hihi. Roti pizza sebenarnya, bukan doh piza biasa tu..homemade, dibakar sendiri oleh umi (ada sekali abah yg prepare dan bakar di Keramat).

Nampak gayanya roti piza ni bakal menjadi menu rutin kitorang sekeluarga lah lepas ni..bebudak pun suka, tak penah jemu. Kena sentiasa ada stok bahan piza kat umah la jawabnya.

Semuanya bermula selepas nenek send gambar roti piza yg dibuat sendiri oleh nenek kat wasap group Keramat. Abah tgk, terus cakap nak buat la lepas ni..so kena la cari bahan. Ingat nak tunggu gaji, tp lambat la pulak..poket dah semakin semput kan..hihi. Takpe, korek la emergency saving atau swipe la kan.. InsyaAllah rezeki anak2 tu sentiasa ada je. Alhamdulillah. Tau bebudak suka piza kan..nak beli dah la mahal..tak cukup lak tu..jom kita buat sendiri je.

Mula2 try tu, abah beli cream cheese je..yg orang dok buat kek tu. Try je la..ok je rasa dia..asal boleh telan.hihi. Tp tak bape best la kan. So, slow2 abah beli cheddar cheese ngan mozarella lak. Setakat ni dah lebih 5x umi buat. Suka sgt la bebudak. Piza takde bawang, sayur apa pun..dah bebudak ni tak makan. Setakat sosej, ayam kisar, isi ketam, ayam goreng..itu je la.

Ok, umi buat roti piza ni guna periuk ajaib Are Ikan umi tu je..tak guna pun oven. Ada sekali nak guna oven lama yg nenek bagi tah tahun bila tu, on suis je...3, 4x blackout alatan letrik kat dapur..tak leh guna. Mujur la ada periuk ajaib umi ni kan..berguna juga. Cumanya, sekali bakar dapat buat 4 keping je. Biasanya umi buat 8 keping je sekali makan. Tu pun tak cukup kat Luqman. Kalo nak tau, budak ni sekarang sgt kuat makan..badan pun dah berisi sebab tu ramai orang tegur dia gemuk.haha. Tak sabar nak timbang berat dia, yg orang dok cakap gemuk tu.hehe.

Pertama kali umi buat piza..cuma guna cream cheese saje..

Ni pulak abah yg prepare dan bakar kat umah nenek Keramat..guna oven bakar 10 minit saja. Umah nenek mmg banyak la bahan kan..tak macam umah kitorang..ala kadar je.haha. 

Kat umah kitorang 1st time umi guna cheddar cheese dan mozarella..tetap guna periuk ajaib la..dah oven tak leh guna. Microwave tah la boleh guna ke tak..tak penah try.

Roti piza terbaru homemade by umi.. 1st time guna isi ketam. Berdendang aje la si Luqman dok minta buat piza..buat piza. Ha..nah makan puas2..hehe..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform