Jalan2 kenduri kawen

Assalamualaikum..

Lepak kusi luar umah Tokwan dan Toknjang sementara tunggu semua siap
Kalo Tok dah kuar maknanya semua dah siap dan kunci pintu umah
Cam biasa Exora penuh ngan budak2.. Anak2 Maklong Lina dok ngan Tok Tokwan sepanjang mama abah diorang buat haji kat Mekah nun
Door gift/goodies kanak2 dpt popcorn
Tok cantik dgn shawl 2 muka..hehe
Budak suka makan minum sendiri ni
Shawl instant baru kaler hitam umi beli kat market Kulim..ok x?hehe
Afiq takmo umi snap gambar dia..tunjuk mata je..hehe
Sampai dah umah kenduri
Tunggu Toknjang semua sat.. Achik dok bagi arahan plan sebenarnya tu
Anak dara kecik umi lena tu..kalo tido mmg umi akan dukung atau riba je bg dia lena lama..

Hari Sabtu kenduri kawen kat Kg Keladi..kampung Tokwan dan kat Kuala Ketil. Jumaat ada 1 kenduri tp tak snap gambar pun. Kami p 2 biji kereta la.

Kat Keladi tu umah ustazah umi masa sekolah rendah dulu..dah besaq la anak2 dia..dah umi pun beranak pinak dah kan. Ustazah pun tak kenai umi dah ha..anak murid ramai camne nak kenai kan.

Tp kalau nak tau, umi suka nama anak2 ustazah sebab depa masa kecik baik, tertib, comei je. Nama Afif dan Afifah. Camne umi boleh tak letak nama Afiq sebagai Afif ek..hehe. Abah yg carikan nama Afiq so umi ckp ok je. Memang dah dlm Lauh Mahfuz lagi Allah dah bagi nama Afiq kan..

Tp nak habaq gak..dapat gak amek nama anak2 ustazah utk Maksu Yayah..masa lahir dulu Tok nak letak nama Nur Hidayatul Murni. Tp arwak Toknek cakap pelik nama Murni..so nak buang la nama tu..tak tau nak ganti dgn apa.

Umi pun bg cadangan..letak Afifah. So Tok setuju maka kekal la nama maksu Nur Hidayatul Afifah. Nama ni pun Allah dah bg kat Lauh Mahfuz lagi. Ingat tu!

Ok sambung psl kenduri. Kitorang teruskan perjalanan ke kenduri kawen sedara Tokwan di Kuala Ketil. Kitorang 2 biji kete dah sampai..2 biji kete lagi Toknjang dan family yg tak sampai2 lg..sesat kat mana tak tau. Padahal kami yg lambat sebab g kenduri ustazah td.

Biasalah kalo sedara mara Tokwan berkumpul, riuh rendah kat kenduri kawen orang.hehe.. Pastu Tokwan ajak ziarah umah anak buah Tokwan kat Tembak..kitorang je pergi 2 buah kete..Toknjang takmo dah..tak larat. Entri sambung seterusnya..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform