Assalamualaikum..
30hb lepas, Hari Rabu..Makngah Lynn SMS umi ckp nak dtg lepak umah kitorang malam tu. So, ok la..mai la, dah tetamu nak dtg umah kita kan.. Masa last datang tu pun diorang dah bgtau nak dtg ujung bulan, cuma tak sangka la hari sekolah kan.
Tunggu punya tunggu Rabu malam, Pakngah Nizam call semula ckp mlm tu tido umah Tokcik Pah. Diorang singgah sana dulu la..terus kena paksa tido situ. Ok takpe la..
Esoknya, dari pagi bawa le tghari sampai la ke ptg diorg tak kunjung datang..rupanya kat Mines tgk wayang. Petang baru la sampai..malam lak Pakngah Nizam nak ke reunion skuad Pulapol die..dah 16 tahun mula berkerja ngan PDRM tu. Dia sorang je ke majlis dinner tu..di hotel apa kat Pudu tu umi tak ingat. Tinggal la isteri dan anak2 di umh.
Siang tu umi ada masak sket, so malam tu kita makan reramai la. Alhamdulillah..
Esoknya Jumaat, bebudak ni tetap pegi sekolah pagi. Petang je Kafa cuti seminggu sebab ada exam PSRA. Makngah Lynn yg masak breakfast dan lunch..dah setel makan semua baru kitorang keluar jalan. Tgk jam dah dekat pukul 5 petang..alahaiii..
Qistina pulak ada kat umah kitorang seminggu sebab Kafa cuti la. So, disebabkan mama dan abah dia keje, bz..so dia pun join kitorang jenjalan. Sempit la dalam kete Innova Pakngah Nizam tu.hehe.
Kitorang plan asal konon nak g kilang Vincci buat pesta jual kasut semua harga RM15 tu tp dah tutup sebab pompuan ganas2 sgt.haha. Sebelum kuar umah lg, umi dah tak rasa boleh masuk sebab anak2 pun ramai kena usung. Sekali diorang nak pergi juga..memang jem la sekejap kat dlm tu kan..
Last2 kitorang lepak Giant Shah Alam je la. Bagi bebudak main taman..tp mmg alert jaga betul2 la..takut sekarang kes budak kena culik la hape kan. Lagi2 bawa anak orang jugak..si Qis tu. Kalo umi abah tak berani la nak lepaskan anak sendiri kat orang lain..walaupun adik badik kite sendiri..
Dah puas main, kencing..ajak bebudak makan. Diorang nak KFC..Pakngah Nizam la belanja makan. Alhamdulillah..
Balik Putrajaya nak anta Qis ke umah dia dulu..tgk2 abah dia takde. Mama dia still keje..so terpaksa usung sekali lagi. Diorang nak jalan Alamanda pula..walaupun dah lewat..nak tutup tak lama lagi. Jom la lepak2 lagi. Abah pun lum balik umah, gi meeting ngan member biz dia.
Kat Alamanda just lepak2 je kat 1 tempat. Takde jalan mana pun. Tgk la aksi bebudak ni..nampak menan token kuda pusing tu pakat nak main lak. Merasa la berpusing 2x. Mula2 masuk RM3..pastu RM5 lak. Hepi sgt la depa ye..
Esoknya, Sabtu tengahari Pakngah Nizam 1 keluarga bertolak balik ke Terengganu. InsyaAllah panjang umur jumpa lagi bulan 12 nnt..kenduri kawen sepupu kitorang di Batu Caves.
|
Wefie reramai |
|
Cucu2 lelaki Tok Tokwan |
|
Best..dpt makan KFC |
|
Ayein n Afiq main sama |
|
Luqman Abg Is |
|
Ayein n Luqman pulak main |
|
Riuh rendah ngan sore depa je dlm KFV ni.hehe |
|
Naik menan token sat..free je. Naik la berapa lama pun.. |
|
Naik kuda pulak dah.. |
|
Ceaa..Afiq posing dshsyat.. |
|
Main apa dok terkangkang gitu, Jannah..hehe |
|
With my SIL..Makngah Lynn..yg berasal dari Batu Kurau, Perak |
|
Tidoq lambat..bangun pagi g tgk tv sampai terlena 2 sepupu ni. Luqman dan Aina.. |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.