3 hari berturut2..dok tunggu laporan dari Kementerian Pendidikan Malaysia je la..pasal sekolah tutup.. |
Sangat tinggi IPU.. |
Putrajaya |
KLCC |
Puchong |
KL |
Dataran Merdeka, KL |
Hari ni Selasa 20/10/2015..hari ke 2 bebudak ni bercuti sekolah disebabkan jerebu yg masih berada pada paras tidak sihat. Semalam Isnin cuti dan esok Rabu pun awal2 dah diumumkan cuti lagi sehari.
Teruk sangat jerebu kali ni..sampai dah nampak udara kekuningan..bau asap tak payah cakap la. Bebudak ni sepatutnya start exam Isnin semalam, dah sekolah ditutup terpaksa la ditangguhkan ke minggu hadapan. Nak elakkan dari bertindih dengan exam Kafa minggu depan pun tak dapat lah jawabnya. Sepatutnya minggu ni exam final sekolah kebangsaan, minggu depan exam final Kafa..terpaksa lah lalui kedua2nya sekali.huhu..
Hari ni paling teruk rasanya..memang IPU bacaan udara sangat tinggi mencecah 300. Kat sini IPU macam ni pun dah rasa teruk, camne la agaknya di Sumatera Indonesia sana yg IPU dah lebih 2000..huhu. Tapi, semuanya memang berpunca dari Indonesia yg melakukan pembakaran hutan terbuka. TERIMA KASIH INDONESIA!!
Apa2 pun, semoga Allah swt. melindungi kita semua daripada sebarang malapetaka dan penyakit. Amin.. Budak2 ni memang dilarang sama sekali main kat luar umah la..sangat bahaya.
Mari sama2 kita berdoa..
DOA KETIKA CUACA BURUK (JEREBU)
اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ هَذِهِ الرِّيحِ،
وَخَيْرِ مَا فِيهَا وَخَيْرِ مَا أُمِرَتْ بِهِ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ هَذِهِ الرِّيحِ، وَشَرِّ مَا فِيهَا وَشَرِّ مَا أُمِرَتْ بِهِ.
Ya Allah sesungguhnya kami memohon kebaikan dari angin dan cuaca ini dan kebaikan apa yang ada padanya dan kebaikan apa yang diperintahkan dengannya.
Dan kami memohon denganMu agar dijauhkan dari keburukan angin dan cuaca ini dan dari keburukan yang ada padanya dan keburukan yang diperintahkan dengannya.
Hadith Nabi riwayat Imam Muslim, Tirmizi, Ibnu Abi Syaibah dan selainnya
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.