Kali ni entri pasal Najla ngan permainan (menan) baru die. Umi pun tak pasti apa nama sebenar menan ni..tp rasanya orang sebut Gym..nak tulis dlm bahasa melayu Jim cam tak kena lak kan.hehe. Janji paham sudah lerr..
Ok. Gym ni bukanlah menan baru yg dibeli utk Najla sebenarnya..ni antara warisan abg kakak la jugak. Macam baru sebab akan simpan lepas tak digunakan. Gym ni adalah kepunyaan kak Jannah masa bb dulu, tahun 2008..maknanya dh nk masuk 6 tahun la benda alah ni.
Jom citer sape yg beli/bagi menan gym ni.
Menan gym ni dihadiahkan oleh kawan sekolah menengah abah iaitu Heikal dan isterinya Nadiah. Kebetulan diorang pun baru dpt bb sebelum kelahiran Jannah. Masa tu diorang still merantau belajar sambil bekerja di USA..Amerika Syarikat. Jadi, gym ni adalah dari sana la. Terima kasih kat diorang sebab belikan hadiah utk bb kitorang. Setahu kitorang, Jannah je kot dapat hadiah dari US ni masa tu..sebab hadiah ni diberi masa nak balik dari satu majlis (jap lg citer)..amek kat kete diorang..tanpa orang lain tau la.
Tahun 2008 tu..Jannah baru je bape bulan..tak silap dok pakai lagi mitten n booties, abah n kawan2 sekolah ada buat reunion..ramai jugak la yg berkumpul di restoran stimbot kat Ukay Perdana ke apa..umi ni lemah sket nama tempat. Tak tau sekarang ni ada lagi ke tak restoran tu. Sebelum lupa, nama sekolah diorang ni Sekolah Menengah Lembah Keramat, KL. Nnt umi try godek2 kot jumpa gambar masa reunion tu. Kenangan gak tu kan. Rasanya takde udpate dalam blog ni. Tah la..umi pun lupa. Luqman pun baru 2 tahun masa tu.
Update terbaru : Alhamdulillah umi godek2 kat fb kawan abah (kredit to Rafidah Ahmad), ada gambar2 masa reunion tu..so comel.hehe. Mengimbas kenangan lalu..Luqman n Jannah kecik lg masa tu. Jom tgk gambar reunion tahun 2008 dulu..
Alahai comei..Jannah pakai mitten booties lagi.hehe.. Sure umi baru abis pantang ni. |
Luqman ngan member..Luqman baru 2 tahun la ni. |
Makan stimbot |
Member lelaki |
Reunion SMLK..Kelas Alfa. Heikal yang berdiri kiri sekali tu.. |
Itulah ceritanya macam mana menan gym ni leh ada kat umah kitorang. Sekarang warisan diturunkan pada Najla lak. Suka die tgk menan tergantung tu..aksi cam nak capai tp tangan belum sampai nak mencapainya lagi. Takpe, tunggu besar sket dik, ye. Menan gym ni, kalo tak nak main leh lipat simpan leklok. Bagus la camtu kan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.