Assalamualaikum..
Kelmarin Isnin, 8 September 2014 adalah hari lahir Nur Jannah yg ke 6 tahun. Selamat Ulangtahun Kelahiran buat sayang umi, Kak Jannah..semoga menjadi anak yg solehah, anak yg berguna pd agama, keluarga dan negara. Aminn..
Cam biasa, setiap tahun pasti akan disambut secara sederhana besday cucu2 Atuk Nenek Keramat. Disebabkan besday Jannah jatuh pada ari Isnin, jadi kitorang telah advance sambut besday dia pada Sabtu malam di kondominium Pakcik Latif dan Makcik Anne di Sentul. Kebetulan diorang baru berpindah masuk ke situ seminggu lalu..jadi, nak rasmi umah diorang, kita wat makan2 sket.
Pakcik Latif volunteer sponsor makanan utama iaitu Soto. Nenek sponsor dessert2 la macam biasa..nenek mmg pakar bab wat kuih n kek ni. Abah lak sponsor kek eskrim..nyum nyum dapnyaa..
Kitorang sekeluarga 6 beranak sampai awal ke umah diorang sebab plan asal nak bawa bebudak ni mandi kolam juga. Tp, dari Putrajaya ke Keramat pun dah singgah banyak tempat..g beli selipar Luqman la, timbang rambut Najla la, tindik subang Jannah la, beli kek la...last2 sampai umah Sentul tu dah pukul 6.15 petang.
Dah janji ngan budak2 nak mandi kolam, bawa gak la diorang..dapat setengah jam pun jadik la. Dah lama tak mandi kolam bebudak ni. Afiq pun dah tak berani nak mandi.hehe. Kena rajin2 balik bawa budak2 ni riadah mandi kolam segala pasni.
Pas Maghrib, semua ahli keluarga Keramat dah berkumpul..jom potong kek n makan2. Seronok bila dapat berkumpul reramai camni. Family Kulim je tak dapat buat..masing2 jauh..nak buat camne.
Apa2 pun, ucapan tima kasih pada Pakcik Latif yg sudi taja tempat n makanan, dan semua yg bg hadiah pd Jannah. Suka la die..
|
Kek Aiskrim dari Pistachio..sedap |
|
Suasana majlis.. |
|
Birthday girl ngan patung Barbie hadiah daripada Maklong Shikin |
|
Acara potong kek..rasa dah ikut susunan tp lari2 gakk..biar la, malas nak susun blk |
|
Mula2 Jannah malu n terharu kot..nak nangis pun ada.. Sensitif budak pompuan ni..dengar lagu yg emosi sket, mula la rasa nak nangis.hehe |
|
Malu.. |
|
Luqman Jannah mandi kolam |
|
Afiq tgk dari atas je |
|
Suasana kolam mandi kondominium |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.