Sape yg kena denggi ni?? Itulah budak pompuan, kakak Nur Jannah. Dia ni jenis kuat sket antibodi banding Luqman n Afiq. Lama sket baru demam.
So, pagi Selasa 16 Sept, Hari Malaysia kan cuti. Kitorang dah plan nak bali umah Atuk Keramat..nak tinggalkan 3 badik kat sana la..budak2 lak tgh cuti sekolah seminggu. Bangun pg Jannah dok hek hek wat perangai cam lemah sangat. Umi ingat die main saja nak wat manja2, malas nak layan sebab dok kemas pek baju budak2 ni. Sebelum tu dok melipat la hape kan. Abah la yg dok layan Jannah. Sekali, abah cakap Jannah demam betul..panas badan.
Tanya, camne dah demam nak dok tak umah atuk nenek ni? Yg Luqman n Afiq mmg semangat dah la..dari sebelum cuti lagi dah tak sabar nak g umah atuk..kan ada Ipad..budak2 ni kalo ke sana dpt main benda alah tu, memang tak ingat benda lain dah. Benda ada 2, berebut la 3 badik. Jannah ckp die nak dok gak umah atuk. Ok, jom la ke sana dulu..nnt kalo tak leh, balik je la ikut umi, abah.
Sebenarnya, nak anta diorang ke sana ni sebab umi ada urusan nak buat. Kalo ada budak2 ni (cuti sekolah, kan)..terpaksa la usung 4 badik skali. Umi mmg gerak sendiri je, malas nak kaco keje abah kat ofis tu. So, bila umi tanya nenek, boleh tak jaga budak2 ni, nenek pun cakap ok. So, jadi la antar. Ikutkan malas gak nak antar sebab nenek sekarang dok jaga cucu sorang lagi, Fateh..anak Paksu Amad. Kang ramai sangat, susah lak atuk nenek..tu yg umi tanya dulu.
Umi nak ke bank setelkan pasal duit raya Luqman. Sebelum2 ni umi dah setelkan pasal duit Afiq n Najla kat Tabung Haji, duit Jannah beli Tomei..so tak sabar nak setelkan sume la. Urusan lain, umi nak ke klinik kesihatan utk appointment 2 bulan Najla. Lgpun, umi bercadang nak buat Pap Smear n family planning, camne kalo usung sume..tak sesuai la. Kalo setakat utk appointment Najla takde hal bawa diorang. Minggu sebelum tu umi dah usung 4 badik ke klinik gg utk tampal n cabut gigi Luqman. Takde hal, pandai la berdikari.
Panjang tul mukadimah ye.hehe. Sambung..
Dok ngan atuk nenek ropenya Jannah still demam tp dok main ipad siang tu ok la. Mai malam panas badan menyerang balik. Umi ingat nak jemput esoknya, Rabu..tp nenek cakap nnt diorang antar budak2 balik ari Khamis lps balik klinik. So, ok la. Balik umah pun still demam berlarutan..bila malam la. Kat Keramat pun atuk nenek ada bawa die g klinik la.
Eh, ni dah lain ni.. Ari Sabtu, umi abah bawa ke Klinik Kesihatan Presint 9..memang bagus klinik ni sebab Sabtu, Ahad pun buka. Masa on the way ke klinik baru pasan dah naik cam bintik2 merah dalam kulit Jannah. Kat kaki dan tangan nampak jelas. Dah terpikir..ni denggi ke apa ni.
Sampai sana, kena amek darah..dan confirm suspek DENGGI. Platlet darah dia kurang (143) dari normal 150. Aduyaiii.. Esok, Ahad kena datang semula utk amek darah lagi. Camne la, anak dara ni boleh kena lak. Balik tu, minta abah beli air 100 plus, pastil vitamin C, ketam nak wat sup..apa saja yg leh bantu naikkan semula platlet darah.
Ok, sambung entri baru..jangan mare..hikhikhik..
Bintik merah kat dalam kulit tgn n kaki..tak berapa nampak sgt kat gambar |
Anak2 umi. |
Bb Najla kat umi lg. Ni kat makmal |
Abah take over jaga bb sbb umi nak handle jannah amek darah |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.