Kawan baru..C.A.R.

Assalamualaikum..

Nak kongsi..3 tahun lepas masa kelahiran Afiq, kami sekeluarga dapat kawan baru Si Merah Exora..Alhamdulillah tahun ni kelahiran Najla, kitorang dapat kawan baru Si Putih Viva Elite pulak.hehe.. Tercapai jugak hajat umi nak bawa kete kecik, sebab dok bawa si Merah tu asyik cuak je bab nak parking yg rapat2 dan sempit. Dah la umi ni lemah bab parking sisi. Punya susah masa nak parking Si Kelabu Iswara lama tu..ngan manualnya pastu bukan power stereng..aduhai jenuh dok kerah tenaga.haha.

Terima kasih abah sebab tunaikan hajat umi..walaupun sekarang abah cam tak best sebab Perodua Axia akan kuar..kete model baru kan, lg syok la. Tp takpe, sekurang2nya kite dapat Viva Elite ngan harga lebih murah, kan. Dah naik ke hulu hilir dah pun. Abah pun suke giler bawa kete kecik ni.hehe.

Sebenarnya, boleh sambar Viva ni sebab kitorang jual Iswara lama buat bayar deposit. Iswara pun dah lama sgt, sesuai la tukar yg baru..kete automatik lagi senang bawa kat KL ni kan. Sekarang dua2 kete auto, harap umi tak lupa la bawa kete manual. Rugi tu..sebab ramai sedara yg tak leh bawa manual..tak reti.

Ok, kitorang dapat kete ni lepas raya..atas permintaan kitorang la. Sebelum raya dah leh dapat, tp memandangkan nak balik kampung seminggu raya..umi pun dalam pantang bukan bawa kete..so pas raya je la..4 Ogos 2014. Maknanya amek kete selepas kelahiran Najla. Exora dulu, umi drive dulu sebelum kelahiran Afiq. Sekarang, nak tau umur kete, ingat umur dua badik ni je la..senang.

Si Putih Viva Elite
Kenangan bersama Si Kelabu Iswara pada hari terakhir sebelum bertukar hak milik. Dia akan ke Terengganu khabarnya. Baru balik dari check jaundis bb Najla, bulan pose aritu..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform