Botak sudah..

Assalamualaikum..

Sehari selepas  majlis aqiqah Nur Najla kat Keramat tu, esoknya 31 Ogos Hari Kemerdekaan ke 57 tahun, bb Najla dicukur rambut sampai licin..botak. Dah abis pantang barulah die kena cukur, ye. Sebabnya nak tunggu majlis kenduri semalam la..kan ada cukur jambul sekali. Kalo ikutkan 3 badik sebelum ni memang awal2 lagi dah dibotakkan. Takpela, janji tetap botak buang rambut masa dlm perut tu kan.

Masa Luqman dulu, cukur rambut kat kampung pas wat kenduri doa selamat dan marhaban selawat Nabi tu. Utk Jannah n Afiq lak, Atuk diorang yang cukurkan sampai botak..masa seminggu camtu, umur diorang. Atuk memang pakar la..cantik licin atuk cukurkan..semua yg tgk kat kampung, semua puji la. Sebab biasanya bidan2 yang cukurkan.

Kali ni kitorang minta atuk sekali lagi cukurkan la. Cuma kali ni gak..tangan2 lain pun ikut serta dalam proses cukur rambut ni..iaitu nenek, abah n umi pun pakat cukur.hehe. Sebab bb Najla mula2 keje dok nangis lak. Gunting kecik tu tumpul sket, so abah g beli gunting baru. Mentang2 kedai runcit tul2 depan umah je, ye.hehe. Pastu, Najla batuk2 lak sampai muntah kuar kahak la. Sampai la die tertido, kitorang pun setelkan sampai licin. Alhamdulillah.. Proses cukur ni wat kat hall, sambil dok layan perarakan Hari Kebangsaan kat Dataran Merdeka tu. (Mana tau nampak Tokwan..Paknjang Najib bawa Tokwan tgk perarakan..hajat Tokwan selama ni dah tercapai. Alhamdulillah).

Jom layan gambar budak sudah botak.

Atuk cukurkan, abah dok tgk perarakan..hehe
Ok lagi..
Uwaaaaa......
Tadaaa....saya dah botak
Ni namanya senyum mamai..hehe. Camne, comei tak saya? Mak saya cakap saya comei sangat..


Botak kenalah pakai topi..baru comei.
Saya pakai cantik2 sebab nak ke kenduri aqiqah orang lain lak.
Mak saya buat lagi..ulang2 gambar saya.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform