Jumpa Cik Leen lagi..

Assalamualaikum..

Cik Leen ngan anak2 die..Muhd Darwisy, Nur Delisha, Muhd Danish n Nur Dhofwatul'Aisy

Alhamdulillah Allah bg kesempatan umi dan member baik umi Cik Leen berjumpa lagi. Biasa la..member yg berkomunikasi di telefon je..tiap ari..nak jumpa selalu tak boleh sebab jauh. Dari Sibu, Sarawak diorang sekeluarga pindah ke Dungun, Terengganu. Pastu, pindah pulak sekarang ni ke Kuantan, Pahang. Bila la umi sekeluarga free menjengah diorang di umah baru ni pulak tak tau la.

Disebabkan cuti sekolah minggu lepas, Cik Leen sekeluarga turun KL. Adik badik Cik Leen memang semua ada kat sini, so diorang turun KL dapat berjumpa walaupun seketika..melepaskan rindu. Dah mak dan ayah pun dah meninggal..tinggal la 4 badik diorang bersama keluarga. Umi memang rapat ngan Cik Leen, kenal rapat ngan arwah mak ayah die dan adik badik die semua. Umi ni dah macam anak angkat pada arwah berdua sebab penah duduk menumpang di rumah PPR diorang masa keje dulu.

Kami berdua pun memang Allah bg banyak persamaan (umi penah citer dulu..tp nak cari entri balik tu tak rajin..citer la serba sket kat sini ye..).

*pernah belajar course yg sama di UPM Serdang*grad-konvo sama*kerja ofis sama*tinggal serumah masa keje*minah rempit naik motor.hehe..*nikah dalam jarak hanya seminggu*pasangan muda setahun*tak bekerja-surirumah*suami keje gomen-suami die polis*anak 4 orang*selang bunga laki-pompuan-laki-pompuan*nama anak pun ringkas-Muhammad dan Nur.

 Ok, sambung citer pasal diorang datang umah kitorang ni. Cik Leen ada cakap lepas diorang adik badik semua berkelah kat Port Dickson, nak ajak adik badik semua singgah umah kitorang la. Tp tak confirmkan tul2 pun..so takpe la. Ok je nak datang pun kan..Cik Leen pun tak penah tengok bb Najla lagi.

Tup-tup maghrib tu Cik Leen whatsap cakap on the way nak g umah kitorang (umah umi la senang..hehe). Umi ingat kot tak jadi sbb malam dah kan. Tp takpe la..nak mai pun ok je, cuma mmg takde prepare ape2 la. Abah g surau solat Maghrib, pastu mmg ingat nak belikan makanan..so umi whatsap abah suruh beli satay. Mula2 Cik Leen ajak makan reramai kat Taman Warisan tp tak boleh la sebab Jannah demam..tak larat (nnt umi up entri ni) ngan ank2 kecik tak terlayan kot nak makan ngan tenang..so die cakap beli makanan, makan kt umh umi. Diorang nak beli makanan..tak bg abah beli. Haishh..tetamu lak datang bawa makanan, itu tidak betul.hehe. So, minta la abah tapaukan satay 100 cucuk. Satay ayam je ada malam tu, daging takde..huhu. Takpe, itu je rezki yg ada. Cik Leen n adik badik lak tapau nasi kandar n dunkin donut..cantik sgt la kan..rezki malam tu.

Maka, berkumpul la kitorang semua di umah Putrajaya. Kali ni sume adik badik Cik Leen lengkap 4 badik datang. Aritu abang sulungnya tak join. Dah lama umi tak jumpa ngan Kak Su, kakak ipar Cik Leen..seronok la dapat berkumpul ngan orang yg mmg kita dah kenal cam ahli keluarga kita sendiri kan. Lama lepak makan, berborak..pastu diorang pun balik la. Lepas ni tak tau bila lagi umi akan bertemu ngan Cik Leen lagi. Setakat ni lum ada waktu yg sesuai nak ke umah diorang di Kuantan. Setiap weekend pun bz. Tengok la..kot ujung tahun cuti sekolah ada peluang ke sana.

Cik Leen ngan umi
Dah setel hidang semua makanan, baru umi bw turun Najla..bagus die tido tak kaco umi sambut tetamu
Geng pompuan
Geng lelaki
Pakndak Man baru blk
Sian kakak Jannah demam. Lemah terbaring je

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform