Last minute plan hantar Maklong Lina di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya

Assalamualaikum..

Ok, entri ni nak citer psl kitorang antar juga Maklong Lina dan Paklong Amar kat Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Tak plan pun..mmg pada awalnya tak nak pergi sebab Maklong ckp tak yah, diorang tak keluar dah..dari hotel situ terus check in lapor diri je. Tak sempat kalo kitorang pergi, hari keje kan..abah pun lewat blk.

Tp ari Isnin tu jerebu kuat,budak2 umi cutikan Kafa..family Pakngah Nizam pun dah gerak balik Terengganu tghari tu. Pakndak Man lak balik umah MC sebab tiba2 pening, sakit perut la hape..die ckp sian takde sapa antar Kak Lina mlm ni..org lain ramai (pengalaman dia antar bakal pak mak mertua dia beberapa hari sebelum tu).

So, umi pun wasap abah tanya nak g tak..abah kata boleh je pas Maghrib. Tanya Maklong lak, mula2 ckp tak smpt..tp tak lama pastu wasap semula kata smpt la jmp skejap. Ok la decide pergi je dlm kul 8mlm. Wasap kat Tokcik Pah dan Maknjang Azma bgtau nak g lps Maghrib..bgtau dah lewat la dlm kul 7ptg. Rupanya Maknjang Azma pun mmg nak pergi. Ok junpa sana je la.

Kitorang sume bersiap bagai..yg abah tak balik keje lagi..jenuh umi ni dah panas je rasa..kalo abah tak leh pergi, bz ngan ofis tak yah la kelam kabut kan..setel je hal ofis..tp cakap nak g gak..on the way dari awal sampai kul 8.15 baru sampai. Bukan apa, kalo abah tak boleh, kitorang pergi ngan Pakndak je la. Tp abah dah sampai 8.15, tak makan..tak mandi apa terus gerak pakai baju keje je. Perut kelaparan..sian abah.

Laju juga bawa..jauh kan..Putrajaya-Kelana Jaya. Paknjang Najib dah sampai, kitorang on the way. Yg Tokcik Pah baru baca message umi. Tp umi rasa takde masalah pun kalo umi bgtau lewat nak pergi sebab dioranh daripada awal dah maklum Maklong naik kat Kelana Jaya. Diorang lagi dekat, bila2 masa je boleh pergi sendiri..tp tetap salahkan kitorang tak maklumkan awal. Wallahu'alam.. Tak kisah la. Asalkan kami sempat gak jumpa Maklong Lina sudah la.

Sampai sana, diorang suruh ke Kafe..mmg Paklong Amar tak nak turun bersesak ngan org ramai kat bawah dah. Jumpa..salam..bergambar, Maklong Lina sempat minta abah bacakan doa utk diorang ke sana dlm tak sampai 15 minit gitu aje..pastu berpisah. Kalo orang lain nak terasa hati juga..tak kisah la. Lepas tu kitorang yg tinggal ni amek peluang makan lerr..dinner. Abah kan lum makan, laparrr. Kitorang yg lain dah makan masa tunggu abah blk tu. Tp tetap isi perut lagi.hihi. Makan bubur, sandwich, nuget gitu la. Dah abis makan, jom balikkk..

Alhamdulillah sempat juga jumpa bakal jemaah haji berdua ni sebelum ke Mekah. Semoga Maklong Lina dan Paklong Amar diberikan kemudahan sepanjang beribadah kat sana. Semoga selamat pergi dan balik dan dikurniakan haji yg mabrur. Amin.

Semoga kami yg belum penah sampai Mekah ni pun akan dijemput oleh Allah menjadi tetamuNya di sana. InsyaAllah. Semua dah daftar haji kat Tabung Haji dah ke belum? Kalo belum, cepat2 la ye..semoga kita semua usaha dan simpan niat. Umi dan abah Alhamdulillah dah..InsyaAllah tahun 2026 nnt tahun yg dicadangkan...umur 45 dan 46 tahun gitu. Mudah-mudahan Allah jemput lebih awal. Amin.. Kalo boleh dalam usia yg masih muda dan kuat la..macam Maklong Lina, umur 40 dan 41 tahun. Jom tgk gambar..

Bergambar beramai-ramai
Bergambar dgn kakak sulungku sebelum tunaikan haji
Wefie ngan anak2 kat toilet. Biasa la, kalo time makan je confirm ada anak2 akan cakap "nak kencing, nak berak"..hahaha..
Nape dikk? Serius jerr
Ha..dia bg sengih dah..puas ati?hihi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform